Cakna Bahasa Melayu
4.92K subscribers
984 photos
10 videos
177 files
307 links
Pelbagai info dan maklumat terkini tentang bahasa Melayu.
Download Telegram
Assalamualaikum / Salam Mesra ...

Saya telah meyediakan analisis soalan BM UPSR 012 beserta grafik serta sebahagian item yang saya jangka keluar dalam UPSR 4 September nanti.

Cikgu-cikgu juga boleh menokok tambah set karangan contoh Bahahian A / B / C yang cikgu jangka akan ditanya dalam UPSR nanti. Semoga prestasi BM tahun ini meningkat lagi.

Sekian, terima kasih.
Haji Md. Ramli Sabran (GC BM)
Rumus Tatabahasa Edisi Distingtif

1. ialah-digunakan sebelum kata nama

Kesan pencemaran alam sekitar ialah penularan penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat.

2. adalah-digunakan sebelum kata sendi nama dan kata adjektif

Prasyarat pertandingan catur peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut.

Rumah-rumah banglo yang tersergam indah di atas Bukit Serene itu adalah amat besar.

Nota Tambahan:

1. ialah-dapat digunakan sebelum kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Hobinya ialah bersukan pada waktu senggang.

2. ialah-dapat digunakan sebelum kata hubung pancangan relatif 'yang'.

Semua peserta program sains itu ialah yang terpilih oleh panitia sekolah dan pejabat pendidikan daerah.
Teknik Pendahuluan

Pendahuluan tiga tema popular.

1. Tema Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai
kepada umat manusia.Alam sekitar haruslah dipelihara dan dilestarikan secara bersama oleh setiap orang.Akan tetapi,manusia yang sewajarnya menjaga alam sekitar telah menjadi perosak dan pemusnah kurnian ini bagai harapkan pagar,pagar makan padi.

2. Tema Kesihatan
Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang vital dalam agenda hidup setiap manusia. Kesihatan haruslah dipelihara secara optimum agar kelancaran hidup tidak terbantut.Oleh hal yang demikian,kita haruslah membudayakan langkah menjaga kesihatan diri sejak azali lagi kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

3. Tema Kekeluargaan
Keluarga merupakan institusi asas yang melahirkan anak-anak yang berminda kelas pertama.Curahan kasih sayang dalam kalangan keluarga menjadi pendorong dan pembentuk sahsiah dalam diri seseorang.Walau bagaimanapun, kesibukan dan kesuntukan masa warga metropolitan semakin mengekang kelahiran keluarga penyayang pada dewasa ini.

disediakan:Cikgu Theeban Anbalagan
Assalamualaikum / Salam Mesra ...

Cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak didik sekalian, nak dapatkan soalan Target Cemerlang dan Ramalan UPSR 2019. Saya sedia membatu kalian untuk memperoleh serta Skor 2A dalam Bahasa Melayu melalui Modul MuLus Pecutan Akhir UPSR 2019 ...
In Shaa Allah, Mimpi 2A menjadi realiti ...

Harga : MODUL MULUS 2A
RM20.00 (Murah tetapi Berbaloi)

Beli Modul MuLus, PERCUMA ...
1. Modul Harapan Skor 2A
2. Modul Ramalan UPSR 2019

Akaun Maybank:
158060-849055
Akaun CIMB Bank:
7028158059
(Md. Ramli Sabran)
019-5758131
elak
gelak
galak
selak

mengelakkan
menggalakkan
menggelakkan
menyelakkan

semua kata dasar yang bermula dengan 'g' akan bergabung dengan awalan 'meng'.

menggabungkan
menggunakan
menggariskan
menggores
menggerit
menggubah
mengganas
menggonyoh
menggontai
Forwarded from Matariffin Ismail
Buku untuk memantapkan penguasaan BM. Mengikut DSKP (KPM)
Persembahan terancang agar murid belajar mengikut standard pembelajaran yang betul.
Dapatkan buku-buku ini dengan segera untuk anak kita atau anak-anak murid kita.
Tempah segera kerana buku seperti ini selalunya kehabisan stok sebelum buka sekolah 2020 .
Viralkan dalam semua group para sahabat kita
Forwarded from Matariffin Ismail
Photo from Mat Ariffin Ismail
Ejaan yang betul.
1. semak samun
2. jimat cermat
3. susah payah
4. sanak saudara
5. bukit bukau
6. lemah lembut
7. sampah sarap
8. kuat kuasa
9. urus setia
10. lebuh raya
11. pilihan raya
12. setiausaha
13. halaju
14. ibu bapa
15. juruukur
16. juruulas
Edisi Ulang Kaji Eksklusif
1. terkial-kial
maksud-sedaya upaya/bergoncang-goncang badan

Contoh ayat:
Pak Atan kelihatan terkial-kial mengayuh becanya ketika mendaki bukit itu.(sedaya upaya)

Kakak ketawa hingga badannya terkial-kial apabila mendengar cerita lucu itu.(bergoncang-goncang badan)

2. terhegeh-hegeh
maksud-suka menonjolkan diri/terkedek-kedek(jalan seperti itik)

Contoh ayat:
Kenapakah engkau terhegeh-hegeh mahu menyertai pasukan kami walaupun kami tidak berminat untuk menjadikan kamu sebagai anggota kami?(suka menonjolkan diri)

Adik Adriana yang baru berusia lima tahun berlari terhegeh-hegeh mengejar kucing peliharaan kakaknya.(terkedek-kedek)


3. terkedek-kedek
maksud-menggoyangkan tubuh seperti itik ketika berjalan/berlari

Contoh ayat:
Seorang wanita tua kelihatan berjalan terkedek-kedek ketika melalui lorong yang gelap itu.

4. terincang-incut
maksud-jalan terlompat-lompa kerana kecederaan pada kaki

Contoh ayat:
Azman berjalan terincang-incut kerana kakinya tersadung pada akar pokok di kebunnya.

5. terhuyung-hayang
maksud-bergerak ke kiri dan ke kanan akibat mabuk/tidak stabil

Contoh ayat:
Beberapa orang remaja kelihatan terhuyung-hayang ketika keluar dari kelab malam itu.

6. tersengguk-sengguk
maksud-pergerakan kepala orang yang mengantuk

Contoh ayat:
Zaidi tersengguk-sengguk ketika pengajaran Sejarah kerana dia tidur lewat pada hari semalam.

7. terkapai-kapai
maksud-ingin mencapai/menyentuh sesuatu objek dengan tangan/kaki

Contoh ayat:
Seorang remaja kelihatan terkapai-kapai untuk berpaut pada dahan pokok ketika dia dibawa arus banjir.

8. tersipu-sipu
maksud-berasa sungguh malu

Contoh ayat:
Kakak kelihatan tersipu-sipu ketika rombongan pengantin lelaki datang untuk melamarnya.

9. tersedu-sedu/teresak-esak
maksud-menangis dengan suara yang terputus-putus

Contoh ayat:
Ismail menangis tersedu-sedu/teresak-esak kerana dimarahi oleh ibunya.

10. terenjut-enjut
maksud-bergerak(turun naik/tinggi rendah badan/bahu)

Contoh ayat:
Encik Marzani jalan terenjut-enjut ketika melalui kawasan berlopak itu.

11. terumbang-ambing/terolang-aling
maksud-terayun-ayun ke kiri dan ke kanan(perahu/sampan/bot bukan MANUSIA)

Contoh ayat:
Perahu yang ditambat pada tunggul kayu itu kelihatan terumbang-ambing/terolang-aling akibat dipukul ombak.

12. tersekat-sekat
maksud-suara yang terputus-putus(gagap)

Contoh ayat:
Suara Aiman tersekat-sekat ketika menjawab soalan tatabahasa yang tidak diketahui jawabannya.

13. terpontang-panting
maksud-berlari tunggang-langgang(lintang-pukang)

Contoh ayat:
Viknesh berlari terpontang-panting apabila dikejar oleh sekawan anjing liar di kawasan padang itu.

14. terlenggok-lenggok/terliuk-liuk
maksud-keadaan ke kiri dan ke kanan-tarian/badan/lalang

Contoh ayat:
Lalang yang tumbuh meliar di kawasan padang itu kelihatan terlenggok-lenggok/terliuk-liuk akibat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

15. terkocoh-kocoh
maksud-tergopoh-gopoh/tergesa-gesa

Contoh ayat:
Vishalini kelihatan terkocoh-kocoh menyusun bukunya ke dalam beg sekolah apabila pemandu bas sekolahnya membunyikan hon beberapa kali.


Saya berharap agar perkongsian ini akan membantu para guru dan pelajar untuk memahami kata ganda di atas sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Disediakan khas:
Cikgu Theeban
Karangan:Fakta

Langkah-langkah menjadi pelajar cemerlang

Pendahuluan:
-Ilmu pelita hidup
-Pencapaian akademik menjamin masa hadapan seseorang.
-Para pelajar haruslah cakna akan kepentingan akademik dalam agenda kehidupan mereka.
-Sesungguhnya, pelbagai prakarsa harus dibudayakan untuk menjadi pelajar cemerlang.


Isi:
1. menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar
-tidak berbual-bual dengan rakan,bertanyakan soalan setelah kelas tamat
-dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik yang diajarkan

2. mengadakan kumpulan belajar
-melibatkan perbincangan antara rakan,diadakan di tempat yang kondusif seperti pusat sumber atau rumah rakan.
-dapat menjimatkan masa menelaah pelajaran/membandingkan jawaban dan pandangan daripada individu yang berlainan

3. mengulang kaji pelajaran
-membuat catatan,meminjam buku rujukan dari pusat sumber,membuat latihan intensif
-dapat mengingati sesuatu fakta dan teknik yang diajarkan

4. menghadiri kelas bimbingan
-memilih pusat tuisyen yang bertauliah,mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru pakar dan berpengalaman,mendedahkan pelajar kepada soalan sebenar
-dapat meningkatkan keyakinan diri sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Penutup:
-Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih
-tuntutan ilmu haruslah menjadi pengisi kehidupan seseorang murid agar insan yang syumul dapat dilahirkan

Disediakan khas:
Cikgu Theeban
Kekeliruan kata bilangan

1. 'semua'-tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan jika terdapat frasa nama selepas penjodoh bilangan itu

semua orang pelajar(×)
semua pelajar(/)

semua orang guru(×)
semua guru(/)

Semua orang haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan.(/)

2. tiap-tiap/setiap-tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan jika terdapat frasa nama selepas penjodoh bilangan tersebut

tiap-tiap orang pelajar(×)
tiap-tiap pelajar(/)

setiap orang guru(×)
setiap guru(/)

Setiap orang perlulah memastikan kebersihan diri pada setiap waktu.


disediakan khas:
Cikgu Theeban
Photo from Mat Ariffin Ismail
Sifu richard
Forwarded from Richard Lee
Karangan : Fakta
Langkah-langkah menjadi murid cemerlang

Pelajaran amat penting. Oleh itu terdapat langkah-langkah menjadi murid cemerlang.

Kita mesti menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Jangan berbual-bual atau bermain-main. Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Kita boleh buat kumpulan belajar dengan kawan-kawan sekelas atau jiran. Kita boleh berbincang bersama-sama.

Seterusnya, kita mesti rajin mengulang kaji pelajaran. Kita boleh belajar di rumah atau pusat sumber. Kita dapat ingat dengan mudah.

Akhir sekali, kita boleh menghadiri seminar di sekolah atau pusat tuisyen. Kita dapat menambahkan keyakinan diri.

Sebagai kesimpulannya, sekiranya kita berjaya dalam pelajaran, masa depan menjadi cerah.

ICK
ISI ▶️ CONTOH▶️KESAN
Untuk murid-murid aras lemah atau sederhana
Kirana Bahasa

dari-ATM
A-arah
T-tempat
M-masa

1. Pengembara itu datang dari Utara Thailand.(arah)
2. Pengembara itu datang dari Thailand.(tempat)
3. Pengembara itu akan mengikuti kembara hutan dari pagi hingga petang bersama-sama dengan beberapa orang rakannya.(masa)

daripada-apa/siapa
1. Meja makan di rumah Ali diperbuat daripada kayu bermutu tinggi.(apa)
2. Ali menerima sepcuk surat daripada rakannya.(siapa)


daripada-digunakan sebelum institusi yang mempunyai kaitan dengan MANUSIA seperti
1. sekolah
2. pejabat

1. Ali menerima sepucuk surat daripada institusi pengajian swasta itu.(institusi-kaitan dengan manusia)
2. Bunyi bising itu datang daripada dewan yang berhampiran.(dewan-kaitan dengan manusia)



disediakan khas:
Cikgu Theeban
Forwarded from Deleted Account
Jom kongsi ilmu

KARANGAN PENTING UPSR 2019
(Munsyi Azizi)

KARANGAN UPSR

Karangan FAKTA

Cara Menjadi Murid Cemerlang

Jaringan 6 A dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi impian setiap murid tahun enam. Keputusan yang cemerlang pasti akan membuka laluan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang bertaraf langit seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah sains, Sekolah Kluster kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP). Pelbagai usaha dapat kita lakukan untuk menjadi murid yang cemerlang.

Pertamanya, kita wajar menumpukan penuh konsentrasi terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Budaya sering bertanya kepada guru dan rakan pula ternyata amat perlu agar setiap kemusykilan kita terbebas lepas.

Ketika berada di rumah, kita hendaklah sentiasa menyiapkan setiap latihan yang diberikan oleh guru. Banyakkan melakukan ulang kaji agar setiap ilmu yang telah kita peroleh akan kekal terakam dalam minda dan dapat dipakai guna berdasarkan keperluan semasa.

Dalam pada itu, kita perlulah menyediakan jadual belajar yang sistematik untuk mengimbangi masa bermain dengan masa mentelaah. Slot jadual pembelajaran harian ini amat penting kita patuhi agar masa kita akan terisi dengan manfaatnya.

Di samping itu, amalan belajar secara kumpulan juga akan menjadikan kita murid yang cemerlang daripada pelbagai aspek. Selain memperoleh ilmu tambahan, mengeratkan silaturahim, sikap kerjasama dan toleransi akan terbentuk hasil kesepakatan dalam majlis menimba ilmu secara berjemaah ini.

Kriteria murid cemerlang juga dapat kita capai dengan budaya membaca kerana "Buku Itu Jendela Dunia".

Kunjungilah perpustakaan dan layari Internet untuk membuat rujukan. Pada masa yang sama, kegemaran bertukar-tukar nota dan kertas peperiksaan dengan rakan dari sekolah, daerah atau negeri yang lain juga banyak membantu untuk melahirkan insan cemerlang dalam pendidikan pada abad ke-21 ini.

Selain memberikan komitmen yang jitu dengan menghadiri kelas-kelas bimbingan di sekolah dan kelas tuisyen, budaya mengikuti program-program motivasi juga banyak membantu seseorang murid untuk menjadi insan cemerlang.

Akhir sekali, selain kerajinan dan kecekalan, amalan tawakal juga perlu kita jiwai untuk merealisasikan impian untuk menjadi murid cemerlang.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
Munsyi Dewan DBP
KARANGAN FAKTA

Faedah Melibatkan Diri dalam Bidang Sukan

Sukan penting dalam hidup kita. Oleh itu, kita mesti bersukan.

Antara faedahnya, kita akan berpeluh apabila bersukan. Badan kita akan mengeluarkan
toksin. Kita akan menjadi sihat dan cergas.

Selain itu, bersukan menerapkan nilai murni seperti
kesabaran, kerjasama dan muhibah. Kesannya wujudlah perpaduan.

Seterusnya, bersukan dapat mengisi masa lapang. Kita tidak akan mencuri, melepak, membuli dan sebagainya. Masa digunakan dengan berfaedah.

Akhir sekali, bersukan dapat mencungkil bakat. Jika kita berlatih dan bermain bersungguh-sungguh, kita boleh mewakili sekolah atau daerah.

Sebagai kesimpulannya, bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif.

Kaedah ICK
ISI ▶️ CONTOH ▶️ KESAN
Sesuai untuk murid aras rendah dan sederhana
Analisis Bina Ayat Bm SJK UPSR
(Sejak 2005 - Situasi yg. belum keluar). Niat membantu sesiapa yg. memerlukan. Rasa beban abaikan.
1. Depan pagar sekolah
2. Ruang tamu
3. Halaman rumah
4. Pusat sumber
5. Perkelahan
6. Hospital
7. Dapur
8. Bank/Pejabat Pos
( Semua dalam keluaran Didik BH tempoh hari)
Analisis Ulasan Sjk
1. 2016 - Tema Kesihatan
2. 2017 - Tema Komuniti
3. 2018 - Tema Perpaduan
4. 2019 - TEMA KESELAMATAN - Ramalan Je.