Cakna Bahasa Melayu
4.91K subscribers
990 photos
10 videos
177 files
307 links
Pelbagai info dan maklumat terkini tentang bahasa Melayu.
Download Telegram
Kekeliruan penggunaan 'ianya'.

ia-kata ganti nama diri ketiga
nya-kata ganti nama diri ketiga
nya-kata pembenda
nya-kata penekan
nya-kata ganti nama diri yang merujuk Tuhan

Oleh hal yang demikian, perkataan 'ianya' dianggap salah dari segi penggunaan kerana tidak mendukung maksud yang ingin disampaikan.

1.kata ganti nama diri ketiga
ia=dia(hanya merujuk manusia)

Dia abang saya yang sulung.(/)
Ia abang saya yang sulung.(/)

2.kata ganti nama diri ketiga
nya-his/her

Ibunya seorang kerani di pejabat itu.(/)
Ayahnya akan menunaikan umrah pada musim haji yang akan datang.(/)

3. nya-kata pembenda

Kipas itu berputar dengan ligat.(×)
Kipas itu berputar dengan ligatnya.(/)
Ali berlari dengan pantas.(×)
Ali berlari dengan pantasnya.(/)

4.nya-kata penekan

Sesungguhnya,ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak terpuji dalam diri anak-anak.(/)

Hakikatnya,kehidupan kita masih dibelenggu oleh masalah sosial selepas pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak berwajib.(/)

5. nya-kata ganti nama diri yang merujuk Tuhan

bagi penggunaan ini, perkataan awal ditulis dengan huruf besar dan diawali oleh tanda sempang.

-Nya

Kita haruslah senantiasa bersyukur atas limpah kurnian-Nya.(/)

Kita haruslah tabah menghadapi segala dugaan daripada-Nya.(/)


Maka,sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan 'ianya' merupakan penggunaan yang salah.

disediakan:Cikgu Theeban
Info Bahasa

Adakah klausa komplemen boleh menjadi objek dalam sesuatu ayat?

Lihat contoh ayat:

Ibu mengatakan bahawa ayah perlu berkursus di ibu kota pada minggu hadapan.(aktif)

Bahawa ayah perlu berkursus di ibu kota pada minggu hadapan dikatakan oleh ibu.(pasif)

Anissa menyatakan bahawa buku-buku itu sudah tersusun di pusat sumber.(aktif)

Bahawa buku-buku itu sudah tersusun di pusat sumber dinyatakan oleh Anissa.(pasif)

Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa klausa komplemen(bahawa) dapat menjadi objek dalam ayat aktif dan menjadi subjek dalam ayat pasif.

disediakan:Cikgu Theeban
Forwarded from Deleted Account
Assalamualaikum / Salam Mesra ...

Cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak didik sekalian, nak dapatkan soalan Target Cemerlang dan Ramalan UPSR 2019. Saya sedia membatu kalian untuk memperoleh serta Skor 2A dalam Bahasa Melayu melalui Modul MuLus Pecutan Akhir UPSR 2019 ...
In Shaa Allah, Mimpi 2A menjadi realiti ...

Harga : MODUL MULUS 2A
RM20.00 (Murah tetapi Berbaloi)

Beli Modul MuLus, PERCUMA ...
1. Modul Harapan Skor 2A
2. Modul Ramalan UPSR 2019

Akaun Maybank:
158060-849055
Akaun CIMB Bank:
7028158059
(Md. Ramli Sabran)
019-5758131
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Matariffin Ismail
Photo from Mat Ariffin Ismail
Forwarded from Matariffin Ismail
Aku berjalan di tepi pinggiran kampung yang indah nian. Aku melihat sebatang pokok kelapa yang diberikan nama pokok seribu guna. Pelbagai boleh digunakan antaranya termasuklah santan, daun dan tempurungnya. Aku juga ternampak pokok buluh yang selalu digunakan untuk membuat tabung. Banyak kebaikan menabung ini untuk masa depan kita. Aku terus berjalan. Di hujung kampung aku melihat penduduk sibuk bergotong royong umtuk mengemas dewan bersempena dengan hari penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang di kampung itu. Selain itu, anugerah orang yang disayangi juga diadakan. Nampaknya penduduk mengamalkan cara menjadi hidup bahagia jelas terpapar pada wajah mereka. Semasa aku pulang, aku terlihat pasukan RELA menjaga keselamatan kampung itu. Mereka juga mengawal lalu lintas kanak-kanak yang pergi ke tadika. Selepas seminggu aku di kampung, aku balik ke rumah aku kerana keesokan harinya aku akan ke sekolahku semula.

Semasa sampai di sekolah, aku melihat banyak aktiviti sekolah akan diadakan. Antaranya, aktiviti hari guru dan hari kanak-kanak serta program mencantikkan sekolah. Setelah pulang, aku membuat catatan dan laporan sepanjang aku di kampung itu dan aktiviti di sekolah. Aku sempat berbual dengan kawan aku tentang minggu bahasa di sekolah aku. Aku tulis dialog hasil perbualan aku dengan kawan baik aku itu.

Di rumah, aku selalu berbual dengan adik aku yang belajar di sekolah yang tidak sealiran dengan aku. Dia suka menulis surat kepada kawan-kawannya. Dia juga suka menulis dialog sama seperti aku jika ada masa terluang. Aku dan dia selalu bersama keluarga pada hujung minggu. Kami akan menyusun hadiah di ruang tamu. Hadiah itu kami dapat semasa program di sekolah seperti hari guru, hari kanak-kanak perkhemahan dan anugerah murid cemerlang. Ayahku selalu berpesan kepada adikku yang selalu tidak menjaga keselamatan di kantin dan di hadapan pintu utama sekolah. Ayah selalu berkata " kalau kamu sebagai kantin" beritahu ayah apa perasaan kamu, Pin . Kita mesti mempunyai sikap kasih sayang. Buatlah jadual tugas untuk lebih berjaya. Selain itu jika terlihat kawan-kawan ada masalah atau terjatuh, cepat-cepatlah hulurkan bantuan.
Pin!Pin !bangun ! Jom kita ke pasar malam.
Oh, rupa-rupanya aku bermimpi!
Aku muka mata ku. Seekor anak kucing mengiaw dari dalam longkang rumahku. Aku...
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama yang bersinonim

1. walaupun-meskipun,biarpun,
sunggupun,kendatipun

2. walaubagaimanapun-walakin begitu,namun begitu

3. andai kata-jika,jikalau,kalau,
sekiranya

4. untuk-demi,bagi

5. sejak-semenjak,dari

6. kerana-lantaran,disebabkan oleh

7. malah-malahan,tetapi juga

disediakan:Cikgu Theeban
Rumus Kata Adjektif

1. amat,sangat,sungguh-boleh diikuti oleh 'sekali'

amat cantik sekali(/)
sangat cantik sekali(/)
sungguh cantik sekali(/)

2. amat,sangat,sungguh boleh digunakan di belakang kata adjektif.

cantik sangat(/)
cantik amat(/)
cantik sungguh(/)

3. ter,paling,sekali-tidak boleh ditulis bersama

tercantik sekali(×)
tercantik(/)
cantik sekali(/)

paling cantik sekali(×)
paling cantik(/)
cantik sekali(/)

4. teramat,tersangat-penggunaan yang betul

teramat cantik(/)
tersangat cantik(/)

5. amat,sangat,sungguh-boleh diikuti oleh 'benar,nian,sekali'.

amat cantik sekali(/)
amat cantik nian(/)
amat cantik benar(/)

disediakan oleh:Cikgu Theeban
Kekeliruan antara ayat dasar dengan ayat tunggal

Ayat Dasar
1. ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat

Ali membaca buku.

2. terdiri daripada ayat penyata sahaja

Ali membaca buku.

Ayat Tunggal

1. terdiri daripada satu subjek dan satu predikat serta diikuti oleh penerangan.

Ali membaca buku di pusat sumber.

2. boleh terdiri daripada pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya,ayat seruan dan ayat perintah.

a. Ali membaca buku di pusat sumber.(penyata)
b. Ali membaca buku di mana?(tanya)
c. Amboi, Ali sudah mula membaca buku!(seruan)
d. Sila baca buku itu.(perintah)


disediakan:Cikgu Theeban
Theeban Anbalagan:
Tema Kewangan
1. kepentingan amalan berjimat cermat
2. cara-cara menjimatkan elektrik
3. faedah membawa bekal dari rumah

Hasil ilmu firasat hamba yang tidak seberapa
Kata kerja tunggal yang sering kali mengelirukan pengguna bahasa.

pergi
pulang
balik
datang

Ali pergi perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.(×)
Kami balik kampung pada cuti sekolah yang lalu.(×)

kata kerja tunggal di atas seharusnya diikuti oleh kata sendi nama untuk menyempurnakan maksud mengikut nahu bahasa yang betul.

1. Ali pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.
2. Kami balik/pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lalu.


Terdapat juga kata kerja yang dapat digunakan tanpa awalan dalam ayat aktif transitif seperti:

1. minta
2. mohon
3. makan
4. tidur
5. minum

tanpa menjejaskan nahu Melayu.

Kami minta jasa baik pihak tuan untuk mempertimbanhkan perkara ini.(/)
Kami mohon pihak berwajib supaya memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini.(/)
Alyssa makan kuetiau goreng di medan selera itu.(/)
Adik tidur terlentang di ruang tamu.(/)
Kami sempat minum jus buah sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.(/)

Maka,jelaslah bahawa bukan semua kata kerja transitif yang memerlukan awalan untuk membentuk ayat yang menepati nahu tatabahasa yang betul.Perlu diingat bahawa Bahasa Melayu kaya dengan unsur kekecualian.
Soalan:
1. Adakah kata hubung dapat digunakan pada awal ayat?
2. Adakah semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat dianggap ayat songsang?

Jawaban:
1. Semestinya kata hubung dapat digunakan pada awal ayat dan bukan semua *kata hubung* dapat digunakan pada awal ayat.

2. Bukan semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat membentuk ayat songsang.

Lihat contoh di bawah ini:

1. Yang berbaju merah itu abang saya.(ayat biasa)

Ayat asal:
Orang/Lelaki yang berbaju merah itu abang saya.

2. Bahawa ibunya sakit tenat diberitahu oleh Ali.
(ayat pasif)

Ayat asal:

Ali memberitahu bahawa ibunya sakit tenat.

3. Jika hari tidak hujan,saya akan ke rumah kamu.
(ayat songsang)

Ayat asal:
Saya akan ke rumah kamu jika hari tidak hujan.


Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas,jelaslah bahawa kata hubung dapat ditulis pada awal ayat dan setiap ayat yang terbentuk daripadanya membentuk pelbagai ragam dan jenis ayat.


disediakan:Cikgu Theeban
Assalamualaikum / Salam Mesra ...

Saya telah meyediakan analisis soalan BM UPSR 012 beserta grafik serta sebahagian item yang saya jangka keluar dalam UPSR 4 September nanti.

Cikgu-cikgu juga boleh menokok tambah set karangan contoh Bahahian A / B / C yang cikgu jangka akan ditanya dalam UPSR nanti. Semoga prestasi BM tahun ini meningkat lagi.

Sekian, terima kasih.
Haji Md. Ramli Sabran (GC BM)
Rumus Tatabahasa Edisi Distingtif

1. ialah-digunakan sebelum kata nama

Kesan pencemaran alam sekitar ialah penularan penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat.

2. adalah-digunakan sebelum kata sendi nama dan kata adjektif

Prasyarat pertandingan catur peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut.

Rumah-rumah banglo yang tersergam indah di atas Bukit Serene itu adalah amat besar.

Nota Tambahan:

1. ialah-dapat digunakan sebelum kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Hobinya ialah bersukan pada waktu senggang.

2. ialah-dapat digunakan sebelum kata hubung pancangan relatif 'yang'.

Semua peserta program sains itu ialah yang terpilih oleh panitia sekolah dan pejabat pendidikan daerah.
Teknik Pendahuluan

Pendahuluan tiga tema popular.

1. Tema Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai
kepada umat manusia.Alam sekitar haruslah dipelihara dan dilestarikan secara bersama oleh setiap orang.Akan tetapi,manusia yang sewajarnya menjaga alam sekitar telah menjadi perosak dan pemusnah kurnian ini bagai harapkan pagar,pagar makan padi.

2. Tema Kesihatan
Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang vital dalam agenda hidup setiap manusia. Kesihatan haruslah dipelihara secara optimum agar kelancaran hidup tidak terbantut.Oleh hal yang demikian,kita haruslah membudayakan langkah menjaga kesihatan diri sejak azali lagi kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

3. Tema Kekeluargaan
Keluarga merupakan institusi asas yang melahirkan anak-anak yang berminda kelas pertama.Curahan kasih sayang dalam kalangan keluarga menjadi pendorong dan pembentuk sahsiah dalam diri seseorang.Walau bagaimanapun, kesibukan dan kesuntukan masa warga metropolitan semakin mengekang kelahiran keluarga penyayang pada dewasa ini.

disediakan:Cikgu Theeban Anbalagan
Assalamualaikum / Salam Mesra ...

Cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak didik sekalian, nak dapatkan soalan Target Cemerlang dan Ramalan UPSR 2019. Saya sedia membatu kalian untuk memperoleh serta Skor 2A dalam Bahasa Melayu melalui Modul MuLus Pecutan Akhir UPSR 2019 ...
In Shaa Allah, Mimpi 2A menjadi realiti ...

Harga : MODUL MULUS 2A
RM20.00 (Murah tetapi Berbaloi)

Beli Modul MuLus, PERCUMA ...
1. Modul Harapan Skor 2A
2. Modul Ramalan UPSR 2019

Akaun Maybank:
158060-849055
Akaun CIMB Bank:
7028158059
(Md. Ramli Sabran)
019-5758131
elak
gelak
galak
selak

mengelakkan
menggalakkan
menggelakkan
menyelakkan

semua kata dasar yang bermula dengan 'g' akan bergabung dengan awalan 'meng'.

menggabungkan
menggunakan
menggariskan
menggores
menggerit
menggubah
mengganas
menggonyoh
menggontai
Forwarded from Matariffin Ismail
Buku untuk memantapkan penguasaan BM. Mengikut DSKP (KPM)
Persembahan terancang agar murid belajar mengikut standard pembelajaran yang betul.
Dapatkan buku-buku ini dengan segera untuk anak kita atau anak-anak murid kita.
Tempah segera kerana buku seperti ini selalunya kehabisan stok sebelum buka sekolah 2020 .
Viralkan dalam semua group para sahabat kita