Cakna Bahasa Melayu
4.91K subscribers
983 photos
10 videos
177 files
306 links
Pelbagai info dan maklumat terkini tentang bahasa Melayu.
Download Telegram
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Bahan yang hebat tak rugi dapatkan bahan..ini mirip upsr .Tahniah abg ramli
Terima kasih, mimpi UPSR ... semoga menjadi realiti ...
Kata kerja transitif yang perlu diberikan pendedahan dan perhatian holistik sebelum peperiksaan.

1. mengemudikan
2. mengisytiharkan
3. menguli
4. menggulai
5. mencandat
6. memangkas/mencantas
7. menggemburkan
8. mengukus
9. menakik
10. mencalit
11. melumurkan
12. menabur
13. menimbus
14. mengorek
15. mencanting
16. membanting
17. melulur
18. melapah
19. membelit
20. menambat
21. mengeram
22. menyuntik
23. mengendalikan
24. mengusap
25. mengubah
26. menggubah
27. mencedok
28. melayurkan
29. mencelurkan
30. memanggang


Saya berharap agar contoh ayat dan penerangan yang terperinci oleh rakan-rakan guru dapat mencelikkan para pelajar tentang maksud dan penggunaannya.
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Senarai kesalahan tatabahasa yang lazim
(Edisi Istimewa bulan Aadhi)

1. cintakan negara(×)
cinta akan negara(/)
sayang akan ibu(/)
rindu akan ibu(/)
benci akan sikap(/)
marah akan adik(/)

2. saling bantu-membantu(×)
saling membantu(/)
saling menolong(/)
saling menghormati(/)

3. sangat terang-benderang(×)
sangat terang(/)
terang-benderang(/)
sangat riuh(/)
riuh-rendah(/)
sangat gelap(/)
gelap-gelita(/)

4. semua murid-murid(×)
semua murid(/)
para guru(/)
kebanyakan peserta(/)
himpunan kata(/)
senarai nama(/)
Jumlah barang(/)

5. tersungguh cantik(×)
teramat cantik(/)
tersangat besar(/)
teramat indah(/)
tersangat ayu(/)
teramat bijak(/)

6. memperindahkan kawasan(×)
memperbesar rumah(/)
memperdalam parit(/)
mempersegar ingatan(/)
mempercantik kelas(/)
memperbugar suasana(/)

7. memperkata hal itu(×)
memperkatakan hal itu(/)
memperkasakan gagasan(/)
mempertemukan saudara yang terpisah(/)
mempertontonkan drama(/)
memperdengarkan rakaman video(/)

8. di dalam mesyuarat(×)
dalam mesyuarat(/)
dalam pertandingan(/)
dalam pemilihan(/)
dalam hati(/)
dalam perbicaraan(/)
dalam perdebatan(/)

9. dari masyarakat(×)
daripada masyarakat(/)
daripada kayu(/)
daripada sikap(/)
daripada ibu bapa(/)
daripada tamadun India(/)
daripada perbincangan bersama(/)

10. bergantung kepada usaha(×)
bergantung pada usaha(/)
berpaut pada kayu(/)
berpegang pada prinsip(/)
tergantung pada dinding(/)
terpampang pada dinding(/)


disediakan oleh:Cikgu Theeban
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Kesalahan Tatabahasa Lazim Edisi Kedua

1. dari masa ke semasa(×)
dari masa ke masa(/)
dari semasa ke semasa(/)
dari hari ke hari(/)
dari sehari ke sehari(/)

2. apa sahaja barangan(×)
apa-apa sahaja barangan(/)
mana-mana jurusan(/)
bila-bila masa(/)
siapa-siapa/sesiapa yang berkenaan(/)

3. kos perbelanjaan itu(×)
kos itu(/)
perbelanjaan itu(/)
kemudahan infrastruktur itu (×)
kemudahan itu (/)
infrastruktur itu(/)
pelbagai kuih-muih(×)
pelbagai kuih(/)
kuih-muih(/)

4. menghadiahkan ibu(×)
menghadiahkan sebentuk cincin(/)
menghadiahi ibu(/)
memberi ibu(/)
memberikan sebentuk cincin(/)

5. saya akan beli(×)
akan saya beli(/)
perlu kami buat(/)
sedang kami lakukan(/)
terpaksa kami lalui(/)
tidak mahu saya sertai(/)
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Kesalahan Tatabahasa Edisi Ketiga

1. antara langkah-langkah(×)
antara langkah(/)
antara kesan(/)
antara murid(/)
antara pasukan(/)
antara faktor(/)

2. saling bantu-membantu(×)
saling membantu(/)
saling menolong(/)
saling menghormati(/)
saling membahu(/)

3. sangat riuh-rendah(×)
sangat riuh(/)
riuh-rendah(/)
sangat gelap(/)
gelap-gelita(/)

4. Koleksi video-video(×)
koleksi video(/)
himpunan kata(/)
jumlah barang(/)
senarai barang(/)
kumpulan nasyid(/)

5. segala masalah-masalah(×)
segala masalah(/)
semua orang(/)
para pelajar(/)
keseluruhan pekerja(/)
kebanyakan pelajar(/)
pelbagai pendapat(/)

6. beberapa guru(×)
beberapa orang guru(/)
beberapa ekor burung(/)
beberapa pucuk pistol(/)
beberapa naskhah surat khabar(/)

7. membincangkan tentang(×)
membincangkan masalah(/)
menunjukkan gambar(/)
mengutarakan statistik(/)
mempamerkan sikap(/)

8. berpandukan pada peta(×)
berpandukan peta(/)
berlandaskan hukum agama(/)
berkonsepkan ketimuran(/)
berdasarkan buku(/)

9. ada dengan ibu(×)
ada pada ibu(/)
ada pada kucing(/)
ada pada pelajar itu(/)
ada pada kami(/)

10. ayam sate(×)
sate ayam(/)
daging ayam(/)
ayam daging(/)
susu lembu(/)
lembu susu(/)
telur ayam(/)
ayam telur(/)
orang ramai(/)
ramai orang(/)


Selamat Membaca.
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Kesalahan Tatabahasa Lazim Edisi Keempat

1. setengah orang(×)
sesetengah orang(/)
setengah-setengah orang(/)

2. setiap orang pelajar(×)
setiap pelajar(/)
tiap-tiap pelajar(/)

3. sebahagian kek(×)
sebahagian daripada kek(/)
separuh daripada kek(/)

4. satu setengah jam(×)
satu jam setengah(/)
satu ringgit setengah(/)
satu ribu setengah(/)

5. demi untuk berjaya(×)
untuk berjaya(/)
agar berjaya(/)
supaya berjaya(/)

6. berbagai jenis(×)
berbagai-bagai jenis(/)
pelbagai jenis(/)

7. kelima orang murid(×)
kelima-lima orang(/)
kedua-dua
ekor kucing(/)
keempat-empat batang buluh(/)

8. berjam lamanya(×)
berjam-jam lamanya(/)
beratus-ratus kilometer(/)

9. berlari dengan pantas(×)
berlari dengan pantasnya(/)
berputar dengan ligatnya(/)

10. antara Ali dan Abu(×)
antara Ali dengan Abu(/)
di antara Gemas dengan Segamat(/)

disediakan:Cikgu Theeban
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Titipan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Bahasa Istana

1. gering-sakit
2. masyghul-berdukacita/sedih hati
3. beradu-tidur
4. mangkat-meninggal dunia
5. berkenan-bersetuju
5. berangkat-pergi ke sesuatu tempat
6. bersiram-mandi
7. bertitah-berkata/menyuruh
8. dayang-pesuruh perempuan yang sentiasa mendampingi puteri/pernaisuri
9. inang-pesuruh perempuan yang lebih tua daripada dayang yang sentiasa mendampingi puteri/permaisuri
10. mencemar duli-datang
11. menjunjung duli-memberikan taat setia
12. menjunjung perintah-melaksanakan sesuatu perintah
13. menjunjung kasih-berterima kaaih
14. merafak sembah-menyampaikan sembah
15. ampun-maaf

Sumber:Bahasa Diraja Edisi Baharu

Disediakan:Cikgu Theeban Anbalagan
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Kesalahan Tatabahasa Lazim Edisi Kelima

1. mereka baca(×)
dibaca oleh mereka(/)
dibaca oleh dia(/)
dibaca olehnya(/)

2. memotong di belakang rumah(×)
memotong rumput di belakang rumah(/)
menebas semak samun di kebun(/)
memangkas pokok di hadapan rumah(/)

3. rumah-rumah di situ cantik-cantik(×)
rumah-rumah di situ cantik(/)
rumah di situ cantik-cantik(/)
bangunan di sana tinggi-tinggi(/)
bangunan-bangunan di sana tinggi(/)

4. daun-daun berguguran(/)
daun berguguran(/)
kelawar bergantungan(/)
daun-daun gugur(/)

5. meningkat dari 5% kepada 15%(×)
meningkat daripada 5% kepada 15%(/)
jarak dari rumah ke bandar(/)

'dari' berpasangan dengan 'ke'
'daripada' berpasangan dengan 'kepada'
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Kesalahan Tatabahasa Lazim Edisi Keenam

1. tersangat cantik sekali(×)
tercantik(/)
sangat cantik sekali(/)
cantik sekali(/)

2. dalam kalangan murid-murid(×)
dalam kalangan murid(/)
dalam kalangan guru(/)
dalam kalangan masyarakat(/)

3. beberapa orang murid-murid(×)
beberapa orang murid(/)
beberapa orang kanak-kanak(/)
beberapa ekor rama-rama(/)
beberapa ekor biri-biri(/)
beberapa ekor kunang-kunang(/)

4. dipermudahkan oleh-Nya(×)
dipermudah oleh-Nya(/)
diperhebat pegawai itu(/)
diperdalam oleh pihak berkuasa(/)

5. tertarik oleh keindahan alam(×)
tertarik pada keindahan alam(/)
tertarik akan keindahan alam(/)
(tertarik dalam ini mendukung maksud perasaan/emotif)

6. tertarik akan saya(×)
tertarik oleh saya(/)
(tertarik dalam ini mendukung maksud kerja)

7. Buku itu dibaca oleh saya(×)
Buku itu saya baca(/)
Saya baca buku itu(/)

8. berdasarkan pada nota(×)
berdasarkan nota(/)
berpandukan buku(/)
berbantalkan buku(/)

9. di dalam pertandingan(×)
dalam perbicaraan(/)
dalam perhimpunan(/)
dalam perasmian(/)
dalam perbincangan(/)

10. akan pernah menyertai(×)
sudah pernah menyertai(/)
belum pernah menyertai(/)
[8/6, 8:34 PM] Cikgu Theeban: Kesalahan Tatabahasa Edisi Keenam

1. memperbaiki(×)
membaiki/membaikkan(/)

2. indah nian sekali(×)
indah nian(/)
indah sekali(/)
amat indah nian(/)
amat indah sekali(/)

3. beberapa buah cadangan(×)
beberapa cadangan(/)
beberapa perkara(/)
beberapa hal(/)
beberapa penyelesaian(/)

4. lain-lain hal(×)
hal-hal lain(/)
perkara-perkara lain(/)
isu-isu lain(/)

5. setia-setiausaha(×)
setiausaha-setiausaha(/)
jawatankuasa-jawatankuasa(/)
urus-urus setia(/)
ibu-ibu bapa(/)
guru-guru besar(/)

6. jika sekiranya(×)
jika/sekiranya(/)
demi/untuk(/)
hingga/ke(/)

7. di rumah atau sekolah(×)
di rumah atau di sekolah(/)
ke rumah atau ke sekolah(/)
dari rumah atau dari sekolah(/)
Rumus Kata Majmuk
1+2=3

1-perkara satu
2-perkara kedua
3-dapat perkara baharu yang tiada kaitan dengan perkara satu dan kedua

sapu tangan
buah tangan
ambil hati
matahari
setiausaha
urus setia
kuat kuasa
antarabangsa
tanggungjawab
olahraga
buah hati
bulat kata
kata putus
tolak ansur
ambil berat
pecah tembelang
Kata Sendi Nama
di
ke
kepada
pada
dari
daripada
untuk
hingga
demi
sejak
tentang
terhadap
oleh
bagi
akan
dengan

Kata Bantu
perlu
harus
hendak
wajar
akan
sedang
pernah
masih
belum
boleh
dapat

Kata Hubung
untuk
dengan
manakala
kecuali
walaupun/kendatipun/meskipun/biarpun/sungguhpun
jika/jikalau/kalau/andai kata/sekiranya
sambil
sementara
dan
sedangkan
mahupun
kerana


Saya berharap agar anak-anak didik kita cakna akan golongan kata ini agar mereka tidak mengalami kekeliruan untuk mengenal pasti golongan kata ini kerana soalan ini kerap diajukan dalam bahagian B kertas pemahaman.
Kekeliruan ayat pasif yang bersubjek kata ganti nama diri pertama dan kedua.

Ayat Aktif-SKO

S-SUBJEK
K-KERJA
O-OBJEK

Saya membaca buku.

Ayat Pasif-OSK

Buku saya baca.(/)
Buku dibaca oleh saya.(×)

Maka,janganlah menggunakan rumus lazim untuk menukarkan ayat pasif bersubjek kata ganti nama diri pertama dan kedua.

Latihan kefahaman ayat pasif.

1. Beta akan menganugerahi pahlawan itu pingat kebesaran.
2. Hamba perlu menyediakan kelengkapan perang sebelum esok.
3. Kalian perlu menghantar tugasan itu kepada Cikgu Arul.
4. Anda perlu mengisi borang keahlian itu sekiranya ingin menganggotai pertubuhan tersebut.
5. Kami harus memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbir.
6. Kita perlu meningkatkan tahap kecergasan diri sebelum saringan pertandingan itu.
7. Kita perlu mendirikan khemah di kawasan yang sesuai.
8. Saya akan mengundang dif-dif kehormat ke majlis perasmian itu.
9. Kami akan mengikuti ekspedisi itu pada minggu hadapan.
10. Mereka akan menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa banjir.
Assalamualaikum / selamat sejahtera ... (8 Ogos 2019 - Khamis)

MODUL MIMPI UPSR (MuLus) ... Semoga mimpi menjadi realiti ...

Modul Pecutan Akhir UPSR, persediaan mantap permata hati, anak didik menggalas cabaran 2A ...

Saya telah menyediakan Set Modul MoLus Skor 2A Bahasa Melayu UPSR (SK) dan (SJK) ... mengandungi soalan Pemahaman & Penulisan (item Mudah Lulus dan KBAT) ...

Modul disediakan dalam bentuk fail Pdf. yang kemas dan amat menarik sekali ...
Mengandungi dua set: Modul Murid - latih tubi = RM10.00 sahaja. Mengandungi 75 muka surat.
Modul Guru - Soalan dan skema jawapan lengkap = RM10.00 ... Mengandungi 88 muka surat.
Dua Set Modul MuLus = RM20.00 sahaja.

Penghantaran dua set Modul MuLus melalui tapak Telegram kepada guru-guru dan ibu bapa yang berminat untuk memilikinya ...
Terima kasih atas sokongan kalian selama ini ...

Akaun Maybank:
158060-849055
Akaun CIMB Bank:
7028158059
(Md. Ramli Sabran)
019-5758131
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
[8/7, 11:48 PM] Cikgu Theeban: Betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pak Ali menebang semak samun di belakang rumahnya dengan menggunakan sabit.
2. Seekor rama-rama yang cantik kelihatan berkipasan di taman permainan itu.
3. Puan Hainani mencadangkan untuk berkelah di tepi bersama-sama dengan keluarganya.
4. Saya berdoa agar semua urusan saudara akan dipermudahkan.
5. Kawasan stadium kelihatan sungguh terang-benderang kerana semua lampu stadium tersebut dibuka.
6. Ali berhasrat untuk pergi ke rumah rakannya jika sekiranya hari tidak hujan.
7. Angin yang bertiup dingin telah merobohkan beberapa buah rumah di kawasan itu.
8. Buku-buku itu kami akan susun di pusat sumber.
9. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong telah diadakan dengan penuh adat istiadat.
10. Alyssa ingin menghadiahkan ibunya sepasang baju kurung Sarawak bersempena dengan hari ulang tahun lahir ibunya itu.
[8/7, 11:48 PM] Cikgu Theeban: Betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

(Edisi Jawaban)
1. Pak Ali *menebas* semak samun di belakang rumahnya dengan menggunakan sabit.
2. Seekor rama-rama yang cantik kelihatan *berterbangan* di taman permainan itu.
3. Puan Hainani *bercadang* untuk berkelah di tepi *pantai* bersama-sama dengan keluarganya.
4. Saya berdoa agar semua urusan saudara akan *dipermudah*
5. Kawasan stadium kelihatan *sungguh terang* kerana semua lampu stadium tersebut *dinyalakan*
6. Ali berhasrat untuk pergi ke rumah rakannya *sekiranya* hari tidak hujan.
7. Angin yang bertiup *kencang* telah merobohkan beberapa buah rumah di kawasan itu.
8. Buku-buku itu *akan kami* susun di pusat sumber.
9. *Pertabalan* Yang di-Pertuan Agong telah diadakan dengan penuh adat istiadat.
10. Alyssa ingin *menghadiahi* ibunya sepasang baju kurung Sarawak bersempena dengan hari ulang tahun *kelahiran* ibunya itu.
Assalamualaikum / selamat sejahtera ... (8 Ogos 2019 - Khamis)

Terima kasih atas sokongan semua rakan guru, ibu bapa dan anak didik sekalian terhadap Bahan Bahasa Melayu UPSR yang saya telah bangunkan ...

1. Modul Tuntas 2.0, Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR 2019.
2. Slaid PowerPoint "Pelangi Ilmu" edisi Cakna UPSR 2019.
3. Set Pra-Percubaan dan Percubaan UPSR BM1 & BM2 Tahun 2019.
4. MODUL MIMPI UPSR (MuLus), Modul Pecutan Akhir Skor 2A BM edisi item ramalan ... Semoga Mimpi 2A menjadi realiti ...

Segala perhatian dan sokongan daripada rakan guru sekalian merangsang dan mendorong saya untuk terus berkarya.
Mencipta sesuatu bahan yang berinovasi untuk saya kongsikan buat kalian yang saya hormati sekalian.

Keempat-empat bahan di atas dan buku-buku yang saya hasilkan merupakan satu wadah tuntas sebagai persediaan mantap kepada permata hati, anak didik menggalas cabaran 2A dalam UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ...

Sekian, secebis kata selautan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan rakan guru dan ibu bapa serta anak didik sekalian ...

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada saya untuk semua ...