Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
50.9K subscribers
308 photos
27 videos
1 file
729 links
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Download Telegram
🩺💉 3 benda ni wajib disimpan kat rumah kita 💉🩺

Senang nanti kalau nak legakan hidung si kecil kita yang tengah tersumbat dengan hingus dan kahak seterusnya elak keadaannya jadi lebih teruk.

Normal saline nasal drop

Bila perlu, korang titiskan je normal saline tu pada setiap lubang hidung bayi. Ulang langkah ni setiap 3-6 jam.

Nasal spray

Antara yang mudah nak jumpa kat farmasi 👉 Sterimar nasal spray.

Spray je kat hidung baby, nanti gumpalan hingus akan mencair dan meleleh keluar.

Baby nasal aspirator

Ni kita guna untuk sedut hingus tu keluar dari hidung si kecil.

InsyaAllah bila hidung dah tak tersumbat , barulah bayi dapat relax seperti biasa dan hati kita mak ayah pun turut lega sama. 👶👶👨‍👩‍👧‍👧

Jom belajar lebih banyak ilmu penting untuk kesihatan bayi kita kat sini ➡️ t.me/notaALB .
👍3
"Multisensory play" ialah antara cara paling mudah nak ransang dan latih kehebatan minda si kecil tu kita.

Sebab tu semua parents wajib belajar dan lakukan aktiviti ni dengan anak kita tu kalau nak perkembangan minda dan fizikalnya jadi lebih hebat.

Cuba tengok link kat bawah ni. Mak ayah semua boleh belajar sampai 400 aktiviti Multisensory Play dekat situ. 😊

👉 bit.ly/Anak-Bijak
Salam EidulAdha kepada semua sahabat dalam channel telegram ni.

Kalian semua antara yang selalu memberikan inspirasi buat saya terus menulis. Saya doakan kalian semua sihat dan bahagia semuanya.

Ikhlas dari,
Dr Luqman dan keluarga.
☀️☀️ 3 Perkataan Power Ni Wajib Sebut Selalu Kat Rumah ☀️☀️

💟 Terima kasih

💟 Tolong

💟 Minta maaf

Bila kita selalu amalkan perkataan ni, insyaAllah si kecil kita tu pun akan ikut dan tiru sama sebab pada dia, apa yang mak ayah selalu buat itulah yang terbaik.

t.me/notaALB
👍1
🍼🍼 Tips elak baby sembelit 🍼🍼

3 faktor ni antara yang selalu buatkan masalah sembelit ni:

👉 Masalah dehydration

👉 Baby baru je tukar susu ibu ke susu formula

👉 Boleh jadi sebab baby baru mula makan makanan pelengkap (weaning diet).

Jadi parents kena tolong pastikan:

Baby dapat susu dalam kuantiti yang mencukupi.

Mana yang bancuh susu formula tu, make sure ikut betul-betul arahan sukatan tu supaya tubuh bayi kita dapat jumlah air yang secukupnya melalui susu formula tadi.

Baby berusia 6 bulan ke atas, selain susu, kita dah boleh mula berikan minum air.

Untuk si comel yang dah mula makan, berikan juga diet yang mengandungi serat supaya nanti najisnya jadi lebih lembut.

Antaranya sayur broccoli dan buah-buah seperti pear, prun dan epal.

Kalau kalian dah buat semua tu namun sembelit tu masih jugak berpanjangan, bawalah baby untuk dapatkan pemeriksaan ya. 🩺👶

t.me/notaALB
👍1
Ada satu doa ni, bagus sangat untuk mak ayah semua amalkan.

Doa ni ada diucapkan oleh Nabi Ibrahim seperti yang diceritakan dalam Surah As Saffat. Kalian boleh buka Al Quran, tengok je kat muka surat 449.

Belek ayat nombor 100 kat belah bawah.

رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

Even Nabi Ibrahim yang mulia tu pun berdoa mintak dengan Tuhan supaya dikurniakan zuriat yang soleh.

Jadi apa kata kita pun sama-sama ajak pasangan kita amalkan doa ni.

Mudah-mudahan si kecil kita tu lembut hatinya dan membesar dengan akhlak yang super hebat sebagaimana Nabi Ismail.

InsyaAllah. Amin. 🤲

T.me/notaALB
🧒📚 Nak tahu tak teknik penting untuk bina tabiat suka baca buku kat dalam diri si kecil kita tu? 🧒📚

👉 Guna bahan bacaan yang sesuai.

Contohnya untuk baby atau anak kecil yang berusia bawah 2 tahun, tunjukkan pada dia buku yang ada banyak gambar menarik, berwarna warni dan ayatnya ringkas-ringkas saja.

👉 Jadikan amalan membaca ni tabiat rutin kat rumah kita.

Benda ni kalau mula lagi awal lagi bagus.

Deria pendengaran anak kita tu sebenarnya dah berfungsi dengan baik sejak dia dalam kandungan lagi tau.

Jika kita selalu mengaji, bacakan buku dan berbual-bual dengan anak kita, benda tu semua akan tingkatkan minat dia pada buku bila dah besar sikit nanti.

👉 Parent wajib jadi model di rumah.

Children see, children do. Percayalah, si kecil tu akan follow tabiat membaca ni kalau kita sendiri selalu amalkan dan tunjuk kat depan dia.

👉 Usaha luangkan masa untuk baca buku bersama setiap hari.

Antara waktu terbaik untuk lakukan perkara ni ialah sebelum tidur sebab waktu tu si kecil kita dah berada dalam mood tenang.

👉 Pelbagaikan nada suara masa bacakan buku.

Bila mak ayah kreatif untuk tarik minat anak baca buku, insyaAllah budak budak tu tak kan bosan dan terus bersemangat nak tahu pasal buku tu sampailah ke penamat.
.

Untung sangat anak yang mak ayah dia buat betul-betul semua teknik ni.

Bab minat membaca ni kena tanamkan betul-betul sebab kita nak brain power dan memory anak kita tu makin meningkat.

Lepas baca info ni, ajaklah pasangan kita buat sama-sama ya.

Jom join channel t.me/notaALB dan belajar lebih banyak lagi ilmu penting untuk hebatkan minda si comel kita. 😊
👆👆👆
Tolong kongsikan info ni dengan kawan-kawan yang ada baby kecil ye.

Risau sangat kalau ada yang masih tak tahu pasal ni dan tak sengaja berikan air kosong kat baby tu. 😨
Macam ni sebenarnya.

Buah pinggang si comel kita yang berusia bawah 6 bulan tu masih belum matang sepenuhnya.

Bila kita galak duk suapkan air kosong, air dalam badan dia boleh jadi berlebihan dan kandungan garam Sodium menurun.

Risiko tinggi untuk terkena sawan bila garam Sodium dalam badan ni terlalu rendah.

Jika sawan tu berlaku dalam tempoh yang panjang, otak si comel tu akan tercedera dan akibatnya, perkembangan minda dia pun akan terjejas sama.

Jadi tolong ye kawan-kawan. Jangan sesuka hati suapkan air kosong kat baby kita tu.

t.me/notaALB
👍1
💡📚 4 benda positif ni lah antara sebab utama kenapa parents wajib jadikan buku sebagai teman pada anak kita tu dan kena jugak rajin bacakan buku untuk dia. 💡📚

👉 Minda si kecil tu akan selalu diransang untuk berfikir dan membayangkan sesuatu perkara.

Lebih-lebih lagi bila kita bercerita tu dengan penuh semangat dan intonasi suara yang menarik. 😉

👉 Penguasaan bahasa akan jadi lebih hebat dan vocabulary baru pun sentiasa bertambah.

👉 Daya imaginasi si kecil tu terus berkembang.

Minda dia kerap berfikir untuk mencari solusi pada masalah yang dihadapi.

👉 Memori indah yang tercipta masa mak ayah bacakan buku tu akan terakam kat minda dia.

Percayalah, si kecil tu akan tahu yang kita sangat sayangkannya dan sampai ke besar nanti dia akan ingat momen bahagia tersebut. 😊

Beritahu juga info ni kat pasangan kita ye dan ajak mereka belajar lebih banyak ilmu untuk hebatkan minda anak kita kat channel telegram t.me/notaALB ni.
👍1
Ni haa saya share 8 tips penting untuk uruskan botol susu si comel tu dan elak ia jadi sarang kuman beranak pinak:

🍼 Cuci terus botol susu sebaik saja budak tu selesai menyusu.

🍼 Tak usah biarkan sisa susu tak habis lama dalam botol sampai bertukar jadi susu basi.

🍼 Gunakan berus khas masa basuh tu supaya tak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah akan jadi sarang kuman membiak tau.

🍼 Keringkan dulu botol setiap kali lepas dibersihkan ye. Jangan main simpan basah basah macam tu.

🍼 Sterilkan botol dan puting secara berkala.

🍼 Lagi bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Nanti boleh bertukar-tukar botol susu dan setiap botol dapat peluang untuk dibersihkan sempurna.

🍼 Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan - 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini.

🍼 Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.

Semoga bermanfaat. 😊

Jom join channel telegram ni untuk belajar ilmu best demi kesihatan si comel kita 👉 t.me/notaALB .
Ajarkan ilmu ni kat anak kita ya kalau nak kesihatan dia terjaga dengan baik. 😊

👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3358557370832652&id=100000352658144
Selain apa yang saya cerita kat post FB tu, ada jugak anak kita yang saya perhatikan suka benar duk meraba kat bahagian luar topeng muka dia tu guna jari.

Excited sangat barangkali.

Tapi yang tak bestnya, lepas dibukaknya topeng tadi, terus digosok-gosoknya bahagian mata dan hidung guna jari tadi.

Kemuncaknya, siap ada budak bertuah yang tak sengaja terus lakukan tabiat suka hisap jari dia tu.

Habislah segala jenis kuman yang dah melekat pada luar lapisan topeng tadi, berpindah ke jari jemari dia kemudian berpesta masuk ke dalam tubuh badan si kecil tu melalui mata, hidung dan mulut dia. 😨😰😱

Jadi, tolong ajarkan anak kita 3 benda yang saya pesan kat post FB tu untuk elakkan benda tak baik ni berlaku kat si kecil tu ya.

t.me/notaALB
Si kecil tu kerap batuk dan selsema? 😷🤧😰

Ini 10 tips penting untuk bantu anak kalian atasi masalah tersebut.

1. Galakkan dia supaya banyakkan minum air kosong. Tekak yang kering tu akan jadi lega. Kahak pun nanti tak lah terlalu pekat.

2. Untuk bayi berumur bawah 6 bulan, berikan susu badan atau susu formula dengan lebih kerap.

3. Kalau boleh, tak usah berikan dia makanan pedas, berempah atau berminyak sebab kita tak nak tambah irritation pada tekak dia.

4. Suapkan dia buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

5. Nak suapkan madu pun boleh. Tapi ni untuk anak kita yang umurnya setahun ke atas je tau.

6. Boleh jugak ikhtiarkan dengan mengambil influenza vaccine. Ianya salah satu protection yang bagus.

7. Kalau terpaksa bawa keluar kat tempat awam, tolong make sure dia pakai face mask betul-betul. Jangan sampai ada risiko berjangkit pada orang lain pulak.

8. Sebaiknya kuarantin kan dulu budak tu kat rumah kalau dia tengah batuk dan selsema.

9. Cepat-cepat dapatkan pemeriksaan doktor kalau simptom tu berterusan lebih 3 hari.

10. Akhir sekali, kalau doktor bekalkan ubat, sila makan ubat tu ikut aturan yang ditetapkan supaya ubat tu nanti dapat berikan kesan yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat. 😊

Jom belajar tentang ilmu kesihatan si kecil kita kat channel telegram ni ➡️ t.me/notaALB .
1👍1
Wajib beri perhatian kat 3 benda ni bila susukan baby untuk elak kembung perut:

👉 Tak usah terlalu condongkan botol tu masa susukan baby.

👉 Gunakan botol dengan saiz lubang puting yang sesuai

Terlalu condong dan saiz lubang yang terlalu kecil berisiko buatkan banyak udara ditelan masa menyusu dan perut baby jadi kembung.

👉 Burp the baby tiap kali selesai menyusu.

Channel telegram Dr Luqman
➡️ t.me/notaALB
1