Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
50.9K subscribers
308 photos
27 videos
1 file
729 links
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Download Telegram
Mak ayah sibuk kerja. Balik rumah pun, asyik berkepit dengan gajet.

Anak cuma banyak habiskan masa dengan bibik atau pengasuh. Interaksi dengan parent 'zero'.

Akhirnya kita jugak yang pening, "kenapalah anak aku ni tak pandai berkomunikasi." 😰

Kalau serius nak atasi problem ni, nak tak nak kita kena banyakkan "eye-level communication" dengan si kecil tu.

πŸ‘‰ Bercakap secara berdepan dengan dia.

πŸ‘‰ Pastikan ketinggian badan kita pun sama dengan dia.

πŸ‘‰ Biar dia lihat wajah kita dan ada eye contact dengan kita.

Barulah kemahiran sosial komunikasi si kecil tu akan jadi makin hebat! πŸ”₯😊

Nanti saya akan share lagi teknik untuk tingkatkan communication skills si comel tu ye.

Jom ajak pasangan masing-masing join dan belajar kat channel telegram ni ➑️ t.me/notaALB .
πŸ‘1
πŸ’‘πŸ’‘Saya nak tahu, ramai tak parents kat sini yang tak sanggup nak tengok si kecil tu dapat masalah SPEECH DELAY, bab membaca, menulis tu pun jadi slow dan nak sangat belajar teknik yang betul untuk ajar skills tu semua sendiri kat rumah?
Anonymous Poll
99%
Saya nak sangat peluang belajar teknik hebat tu
1%
Saya tak rasa teknik tu penting sebenarnya
Saya sarankan mak ayah semua baca Modul KickStart ni dan terus ajak anak kita tu lakukan aktiviti β€œmultisensory learning” macam yang disusun dalam tu kalau nak dia jadi lebih fokus dan berjaya kuasai skills menulis, membaca dan bercakap dengan bagus.

Sebak sangat sebenarnya bila saya dapat tahu rupanya ramai parents yang tengah berdepan masalah anak tak mampu fokus belajar, umur dah 5 tahun tapi cara pegang pensil pun masih salah sampaikan nak mula belajar menulis pun asyik tak berjaya. 😰

Belum cerita lagi kisah anak yang kerap tantrum memanjang, menumbuk, menendang, marah sampai menjerit-jerit selalu sebab tak reti nak luahkan perasaan dalam bentuk percakapan akibat lambat pandai bercakap.

Kita nampak masalah tu depan mata tapi tak tahu teknik yang tepat untuk bantu anak kita atasi semua problem tadi.

Sebab tu saya nak mintak sangat kalian cepat-cepat baca ebook Modul KickStart ni. Kat dalam tu ada 400 aktiviti mudah yang kita boleh buat terus kat rumah dengan anak yang berusia 18 bulan hinggalah 10 tahun.

Lepas baca, boleh terus buat.

Yang paling best, modul ni melibatkan multisensory learning. Jadi si kecil kita tu akan merasai pengalaman hebat belajar dari semua channel of learning.

Dia akan belajar gunakan tangan.
Dia akan belajar gunakan kaki.
Dia akan belajar gunakan telinga.
Dia akan belajar gunakankan mata.
Dia akan belajar banyak vocabulary baru untuk nak bercakap.

Semua elemen SENSORY, MOTOR, COGNITIVE dan SOCIAL akan diransang semaksimum mungkin melalui aktiviti dalam modul ni. Barulah anak kita tu konsisten belajar skills baru dengan cara mudah dan menyeronokkan.

400 modul aktiviti mudah ni, harganya murah sangat.

Klik sini segera untuk dapatkan modul tu ye:

https://bit.ly/FormulaLatihAnakKatRumah
https://bit.ly/FormulaLatihAnakKatRumah
https://bit.ly/FormulaLatihAnakKatRumah
πŸ©ΊπŸ’‰ 3 benda ni wajib disimpan kat rumah kita πŸ’‰πŸ©Ί

Senang nanti kalau nak legakan hidung si kecil kita yang tengah tersumbat dengan hingus dan kahak seterusnya elak keadaannya jadi lebih teruk.

β›‘ Normal saline nasal drop

Bila perlu, korang titiskan je normal saline tu pada setiap lubang hidung bayi. Ulang langkah ni setiap 3-6 jam.

β›‘ Nasal spray

Antara yang mudah nak jumpa kat farmasi πŸ‘‰ Sterimar nasal spray.

Spray je kat hidung baby, nanti gumpalan hingus akan mencair dan meleleh keluar.

β›‘ Baby nasal aspirator

Ni kita guna untuk sedut hingus tu keluar dari hidung si kecil.

InsyaAllah bila hidung dah tak tersumbat , barulah bayi dapat relax seperti biasa dan hati kita mak ayah pun turut lega sama. πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§

Jom belajar lebih banyak ilmu penting untuk kesihatan bayi kita kat sini ➑️ t.me/notaALB .
πŸ‘3
"Multisensory play" ialah antara cara paling mudah nak ransang dan latih kehebatan minda si kecil tu kita.

Sebab tu semua parents wajib belajar dan lakukan aktiviti ni dengan anak kita tu kalau nak perkembangan minda dan fizikalnya jadi lebih hebat.

Cuba tengok link kat bawah ni. Mak ayah semua boleh belajar sampai 400 aktiviti Multisensory Play dekat situ. 😊

πŸ‘‰ bit.ly/Anak-Bijak
Salam EidulAdha kepada semua sahabat dalam channel telegram ni.

Kalian semua antara yang selalu memberikan inspirasi buat saya terus menulis. Saya doakan kalian semua sihat dan bahagia semuanya.

Ikhlas dari,
Dr Luqman dan keluarga.
β˜€οΈβ˜€οΈ 3 Perkataan Power Ni Wajib Sebut Selalu Kat Rumah β˜€οΈβ˜€οΈ

πŸ’Ÿ Terima kasih

πŸ’Ÿ Tolong

πŸ’Ÿ Minta maaf

Bila kita selalu amalkan perkataan ni, insyaAllah si kecil kita tu pun akan ikut dan tiru sama sebab pada dia, apa yang mak ayah selalu buat itulah yang terbaik.

t.me/notaALB
πŸ‘1
🍼🍼 Tips elak baby sembelit 🍼🍼

3 faktor ni antara yang selalu buatkan masalah sembelit ni:

πŸ‘‰ Masalah dehydration

πŸ‘‰ Baby baru je tukar susu ibu ke susu formula

πŸ‘‰ Boleh jadi sebab baby baru mula makan makanan pelengkap (weaning diet).

Jadi parents kena tolong pastikan:

⏩ Baby dapat susu dalam kuantiti yang mencukupi.

Mana yang bancuh susu formula tu, make sure ikut betul-betul arahan sukatan tu supaya tubuh bayi kita dapat jumlah air yang secukupnya melalui susu formula tadi.

⏩ Baby berusia 6 bulan ke atas, selain susu, kita dah boleh mula berikan minum air.

⏩ Untuk si comel yang dah mula makan, berikan juga diet yang mengandungi serat supaya nanti najisnya jadi lebih lembut.

Antaranya sayur broccoli dan buah-buah seperti pear, prun dan epal.

Kalau kalian dah buat semua tu namun sembelit tu masih jugak berpanjangan, bawalah baby untuk dapatkan pemeriksaan ya. πŸ©ΊπŸ‘Ά

t.me/notaALB
πŸ‘1
Ada satu doa ni, bagus sangat untuk mak ayah semua amalkan.

Doa ni ada diucapkan oleh Nabi Ibrahim seperti yang diceritakan dalam Surah As Saffat. Kalian boleh buka Al Quran, tengok je kat muka surat 449.

Belek ayat nombor 100 kat belah bawah.

Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘Ω Ω‡ΩŽΨ¨Ϋ‘ Ω„ΩΩŠ Ω…ΩΩ†ΩŽ Ω±Ω„Ψ΅Ω‘ΩŽΩ°Ω„ΩΨ­ΩΩŠΩ†ΩŽ

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

Even Nabi Ibrahim yang mulia tu pun berdoa mintak dengan Tuhan supaya dikurniakan zuriat yang soleh.

Jadi apa kata kita pun sama-sama ajak pasangan kita amalkan doa ni.

Mudah-mudahan si kecil kita tu lembut hatinya dan membesar dengan akhlak yang super hebat sebagaimana Nabi Ismail.

InsyaAllah. Amin. 🀲

T.me/notaALB
πŸ§’πŸ“š Nak tahu tak teknik penting untuk bina tabiat suka baca buku kat dalam diri si kecil kita tu? πŸ§’πŸ“š

πŸ‘‰ Guna bahan bacaan yang sesuai.

Contohnya untuk baby atau anak kecil yang berusia bawah 2 tahun, tunjukkan pada dia buku yang ada banyak gambar menarik, berwarna warni dan ayatnya ringkas-ringkas saja.

πŸ‘‰ Jadikan amalan membaca ni tabiat rutin kat rumah kita.

Benda ni kalau mula lagi awal lagi bagus.

Deria pendengaran anak kita tu sebenarnya dah berfungsi dengan baik sejak dia dalam kandungan lagi tau.

Jika kita selalu mengaji, bacakan buku dan berbual-bual dengan anak kita, benda tu semua akan tingkatkan minat dia pada buku bila dah besar sikit nanti.

πŸ‘‰ Parent wajib jadi model di rumah.

Children see, children do. Percayalah, si kecil tu akan follow tabiat membaca ni kalau kita sendiri selalu amalkan dan tunjuk kat depan dia.

πŸ‘‰ Usaha luangkan masa untuk baca buku bersama setiap hari.

Antara waktu terbaik untuk lakukan perkara ni ialah sebelum tidur sebab waktu tu si kecil kita dah berada dalam mood tenang.

πŸ‘‰ Pelbagaikan nada suara masa bacakan buku.

Bila mak ayah kreatif untuk tarik minat anak baca buku, insyaAllah budak budak tu tak kan bosan dan terus bersemangat nak tahu pasal buku tu sampailah ke penamat.
.

Untung sangat anak yang mak ayah dia buat betul-betul semua teknik ni.

Bab minat membaca ni kena tanamkan betul-betul sebab kita nak brain power dan memory anak kita tu makin meningkat.

Lepas baca info ni, ajaklah pasangan kita buat sama-sama ya.

Jom join channel t.me/notaALB dan belajar lebih banyak lagi ilmu penting untuk hebatkan minda si comel kita. 😊
πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
Tolong kongsikan info ni dengan kawan-kawan yang ada baby kecil ye.

Risau sangat kalau ada yang masih tak tahu pasal ni dan tak sengaja berikan air kosong kat baby tu. 😨
Macam ni sebenarnya.

Buah pinggang si comel kita yang berusia bawah 6 bulan tu masih belum matang sepenuhnya.

Bila kita galak duk suapkan air kosong, air dalam badan dia boleh jadi berlebihan dan kandungan garam Sodium menurun.

Risiko tinggi untuk terkena sawan bila garam Sodium dalam badan ni terlalu rendah.

Jika sawan tu berlaku dalam tempoh yang panjang, otak si comel tu akan tercedera dan akibatnya, perkembangan minda dia pun akan terjejas sama.

Jadi tolong ye kawan-kawan. Jangan sesuka hati suapkan air kosong kat baby kita tu.

t.me/notaALB
πŸ‘1
πŸ’‘πŸ“š 4 benda positif ni lah antara sebab utama kenapa parents wajib jadikan buku sebagai teman pada anak kita tu dan kena jugak rajin bacakan buku untuk dia. πŸ’‘πŸ“š

πŸ‘‰ Minda si kecil tu akan selalu diransang untuk berfikir dan membayangkan sesuatu perkara.

Lebih-lebih lagi bila kita bercerita tu dengan penuh semangat dan intonasi suara yang menarik. πŸ˜‰

πŸ‘‰ Penguasaan bahasa akan jadi lebih hebat dan vocabulary baru pun sentiasa bertambah.

πŸ‘‰ Daya imaginasi si kecil tu terus berkembang.

Minda dia kerap berfikir untuk mencari solusi pada masalah yang dihadapi.

πŸ‘‰ Memori indah yang tercipta masa mak ayah bacakan buku tu akan terakam kat minda dia.

Percayalah, si kecil tu akan tahu yang kita sangat sayangkannya dan sampai ke besar nanti dia akan ingat momen bahagia tersebut. 😊

Beritahu juga info ni kat pasangan kita ye dan ajak mereka belajar lebih banyak ilmu untuk hebatkan minda anak kita kat channel telegram t.me/notaALB ni.
πŸ‘1
Ni haa saya share 8 tips penting untuk uruskan botol susu si comel tu dan elak ia jadi sarang kuman beranak pinak:

🍼 Cuci terus botol susu sebaik saja budak tu selesai menyusu.

🍼 Tak usah biarkan sisa susu tak habis lama dalam botol sampai bertukar jadi susu basi.

🍼 Gunakan berus khas masa basuh tu supaya tak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah akan jadi sarang kuman membiak tau.

🍼 Keringkan dulu botol setiap kali lepas dibersihkan ye. Jangan main simpan basah basah macam tu.

🍼 Sterilkan botol dan puting secara berkala.

🍼 Lagi bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Nanti boleh bertukar-tukar botol susu dan setiap botol dapat peluang untuk dibersihkan sempurna.

🍼 Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan - 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini.

🍼 Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.

Semoga bermanfaat. 😊

Jom join channel telegram ni untuk belajar ilmu best demi kesihatan si comel kita πŸ‘‰ t.me/notaALB .
Ajarkan ilmu ni kat anak kita ya kalau nak kesihatan dia terjaga dengan baik. 😊

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3358557370832652&id=100000352658144