Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
50.5K subscribers
308 photos
27 videos
1 file
729 links
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Download Telegram
Selamat hari raya Eidul Fitri dan maaf zahir batin. Terima kasih banyak banyak pada semua sahabat yang sudi follow channel telegram saya ni. Jaga makan, jaga kesihatan, jaga diri baik-baik ye semua. 😊
Kalau ada mak ayah yang terima info macam ni, ini maklumat palsu ye. Jangan kita sebarkan pada orang lain pulak.

Sumber: KPM

T.me/notaALB
Kalau nampak bayi kita kat rumah tu kurang selera makan atau minum susu, mak ayah wajib ambil tahu perkara-perkara ni: πŸΌπŸ‘Ά πŸ›

πŸ‘‰ Kita mungkin selalu beri dia susu berlebihan. Tu yang buatkan dia kurang selera masa nak makan.

πŸ‘‰ Biasanya baby akan kurang selera makan kalau kita baru je lepas beri dia susu kurang 2 jam sebelum nak suapkan makan.

πŸ‘‰ Pemberian minuman manis pun boleh buatkan si kecil kurang selera makan.

πŸ‘‰ Masa nak makan, kena wujudkan suasana mesra dan positif dengan bayi kita tu. Cubalah bercakap-cakap dan tatap wajah si comel sambil kita suapkan makanan.

πŸ‘‰ Pastikan bayi tak terlalu penat atau mengantuk bila tiba waktu nak berikan makanan.

πŸ‘‰ Kalau baby selsema biasanya dia akan tak selesa dan jadi kurang berselera. Kita kena usaha pastikan hidung bayi tak tersumbat.

πŸ‘‰ Bab sediakan makanan tu pun penting. Tengok umur si kecil tu. Mana makanan perlu dilecek, mana yang kena cincang dan kena tengok mana yang perlu ditapis.

πŸ‘‰ Makanan yang gunakan sayur berwarna, dipotong cantik dan dihidangkan dengan kreatif memang akan tarik minat bayi seterusnya buatkan si comel kita tu untuk jadi lebih berselera.

Jom belajar lebih banyak ilmu mahal tentang anak kita kat sini ye : T.me/notaALB
❀1πŸ‘1
πŸ’‘πŸ’‘Ni haa saya nak share tips nak pilih mainan untuk bayi yang masih belum boleh merangkak:

➑️ Carikan mainan yang meransang 5 deria si kecil iaitu penglihatan (see), pendengaran (hear), deria rasa (taste), deria sentuhan (touch) dan deria bau (smell).

➑️ Mainan yang berwarna warni, ada color-color yang terang dan ada bunyi-bunyi paling bagus sebab boleh bantu baby kita jadi lebih fokus.

Best kan bila kita dah tahu tips ni? 😊

T.me/notaALB
Walaupun kita berikan mainan tapi sebenarnya kalau ikutkan kajian baby umur 3 bulan ke bawah lebih suka tengok muka mak ayah dia. πŸ‘ΆπŸ‘Ά

Baby suka sangat tengok:

πŸ‘‰ muka yang tersenyum

πŸ‘‰ muka yang pandang mereka direct ke mata

πŸ‘‰ muka yang berikan respon pada dia

Jadi bila mak ayah bermain dengan baby secara berdepan, bayi bukan je akan rasa gembira tapi itulah antara cara nak kuatkan bonding paling hebat. 😊

T.me/notaALB
Biasa ada mak ayah yang mengadu badan anak panas macam demam tapi bila kami periksa suhu badan si kecil tu normal je.

Tak cecah 37.5'c pun.

Selalu untuk kes macam ni tak perlukan ubat demam. Cuma kami tetap akan nasihatkan untuk:

βœ… Galakkan si comel kita tu supaya banyakkan minum air.

βœ… Beri mereka rehat secukupnya.

βœ… Suapkan mereka buah yang tinggi vitamin C seperti jambu batu, nenas, kiwi, lemon, betik dan mangga.

Nanti insyaAllah tubuh anak kita tu akan pulih balik macam biasa. 😊

T.me/notaALB
πŸ‘1
Sebelum nak marah anak, kena cuba faham dulu apa niat dan motif sebenar anak kita buat benda yang kita rasa pelik tu:

➑️ Boleh jadi otak dia tengah ligat fikirkan idea yang dia rasa sangat kreatif.

➑️ Boleh jadi dia cuma dahagakan kasih sayang kita dan nak sangat tarik perhatian kita.

➑️ Boleh jadi jugak benda pelik tu sebenarnya cubaan dia untuk berkomunikasi dengan kita.

Kalau kita dapat faham betul-betul perkara ni, barulah kita dapat jadi mak ayah yang hebat dalam mengurus emosi diri. 😊πŸ’ͺ

Jom belajar banyak lagi teknik parenting yang sangat penting kat group telegram πŸ‘‰ T.me/notaALB .
πŸ‘2
7 benda ni kena tengok elok elok sebelum kita masak telur dekat rumah tu dan beri family kita makan.

Klik kat sini untuk baca:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3137585342929857&id=100000352658144

Harapnya tragedi kes keracunan makanan berpunca dari telur tamat tempoh ni tak kan berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat kat group telegram ni. πŸ˜”

T.me/notaALB
πŸ‘ΆπŸ‘Ά Ada ibu yang tak berapa pasti baby dapat susu cukup ke tak. Ni antara tanda baby dah terima kuantiti susu yang cukup: πŸ‘ΆπŸ‘Ά

πŸ‘‰ Bayi kerap membuang air kecil

πŸ‘‰ Air kencing tu warnanya kuning jernih. Bukan kuning pekat atau oren.

πŸ‘‰ Najis lembut, bukan berketul-ketul keras.

πŸ‘‰ Berat badan baby meningkat secara konsisten selepas berusia satu minggu.

πŸ‘‰ Baby tidur lena dan bila terjaga, anak kita tu kelihatan cergas dan sihat.

Jom belajar lebih banyak lagi ilmu penting tentang kesihatan anak kita kat sini ➑️ t.me/notaALB .
⚑⚑⚑⚑⚑
Ini 3 sebab kenapa kita wajib sendawakan baby:
⚑⚑⚑⚑⚑

πŸ‘‰ Elak masalah kembung perut. Masa baby kita tu menyusu atau menangis, selalunya udara berlebihan ikut masuk ke perut si kecil tu sekali.

πŸ‘‰ Bila tak ada angin atau udara berlebihan kat dalam perut, baby pun akan rasa lebih selesa dan mudah nak dapat tidur yang nyenyak.

πŸ‘‰ Baby jadi lebih ceria, selesa dan aktif.

Nak lebih faham ilmu tentang kesihatan anak kecil? Jom sertai group telegram t.me/notaALB .
Cuba cek ada tak sikap ni pada anak kita?
πŸ˜”πŸ˜₯

🚫 Dia jenis yang tak hiraukan emosi dan perasaan orang lain.

🚫 Tak pandai nak kongsi barang atau mainan dia dengan orang lain.

🚫 Bila dia nak apa-apa selalu je gunakan kekerasan.

🚫 Orang sekeliling tak berapa suka kat dia.

Anak yang ada sikap macam ni biasanya Interpesonal Skills dia sangat lemah.

Mak ayah kena tolong anak kita tu atasi masalah ni.

βœ… Galakkan dia lebih banyak bergaul dengan kawan-kawan atau jiran sekampung/taman. Cuma pastikan kita pantau dan kenal kawan-kawan dia tu.

βœ… Kurangkan masa dia dengan gajet. Selalunya anak yang terlalu kerap screen time dia, kadang tu nampak biadap. Bukan sebab dia nakal tapi sebab dia tak pandai nak bergaul dengan orang lain.

Klik je link ni kalau nak belajar ilmu tentang anak anak kecil kita dengan lebih mendalam πŸ‘‰
t.me/NotaALB .
πŸ‘1
Ini kejayaan kita semua. ❀️
✴ Bab anak suka berkelahi dan bergaduh ni rupanya antara yang buatkan mak ayah selalu pening kepala. ✴

Biasanya anak-anak kita tu buat perangai macam tu sebab sifat empati belum berkembang lagi kat dalam diri mereka.

Macam mana nak suburkan sifat empati tu❓

⏩ Kena kerap galakkan si kecil kita untuk berkongsi, memberi dan saling tolong menolong antara mereka. Tips ni sebenarnya paling berkesan kita ajarkan waktu mood mereka tengah gembira.

πŸ‘‰ Galakkan si kakak ambilkan minuman untuk adiknya bila waktu makan.

πŸ‘‰ Galakkan si abang tolong susunkan sama mainan si adik.

πŸ‘‰ Ajarkan si adik untuk berkongsi dan suapkan makanan kat kakak dia.

πŸ‘‰ Buatlah apa-apa pun, janji waktu tu mereka dalam mood gembira dan bahagia sebab anak kita tu akan buat semua tu dengan rela hati.

Jom amalkan ilmu mahal ni pada anak-anak kita. 😊

Saya akan kongsikan lebih banyak lagi ilmu parenting kat sini: t.me/notaALB
Tanda ni semua penting untuk mak ayah perhatikan kalau kepala anak kita tu terhentak kuat.

Jemput baca kat sini ye:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3157110774310647&id=100000352658144
Tadi saya ada post kat FB teknik mudah nak bantu hebatkan otak anak kita. 🧠🧠

Ni saya nak share satu lagi tips penting untuk tingkatkan prestasi otak dan kuatkan memori si kecil tu.

πŸ‘‰ Jadikan amalan berjalan kaki sebagai aktiviti riadah keluarga kita. πŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ

Tahun 2017 dulu ada satu kajian yang disiarkan kat Journal Experimental Biology menemui yang aktiviti berjalan kaki ni dapat akan tingkatkan aliran darah ke otak seterusnya baiki fungsi memori dan menaikkan prestasi otak.

Jadi kalau si kecil tu selalu terlekat kat gajet dan kurang lakukan aktiviti lain, hati-hati sebab prestasi pembelajaran dia masa akan datang mungkin tak selaju anak-anak yang lebih aktif dengan aktiviti fizikal. πŸ˜”πŸ˜”

Jom belajar lebih banyak tentang perkembangan otak anak kita kat sini πŸ‘‰ t.me/notaALB
πŸ”’πŸ”£ Ni saya tunjukkan teknik nak aktifkan subconscious mind anak kita supaya minat belajar πŸ”£πŸ”’

πŸ‘‰ Cari jalan supaya dia minat pada subjek yang dipelajari tu.

πŸ‘‰ Contohnya kalau kita nak dia hebat dalam Matematik, janganlah asyik paksa dia belajar tambah tolak bahagi je.

πŸ‘‰ Tapi sekali sekala cuba cerita kat dia (storytelling) macam mana hebatnya orang yang pakar dalam Matematik ni.

πŸ‘‰ Boleh jugak bagi dia main game Matematik yang boleh bantu dia kuasai kepantasan mengira.

Kalau kita berjaya buat ni semua, insyaAllah kat subconcious minda anak kita akan tertanam yang subjek ni menyeronokkan dan automatik motivate dia untuk jadi power dalam subjek tu. 😊

Jom belajar teknik hebat yang lain untuk bantu proses pembelajaran anak kita kat sini ⏩ t.me/notaALB .