Nasional Daily
90 subscribers
2.35K photos
2 videos
5 files
11K links
Terkini, Sahih, Dipercayai
Download Telegram
Apabila sesuatu kandungan dihasilkan secara konsisten dan mempunyai nilai praktikal dalam kehidupan seharian, ia mampu membina hubungan yang kuat di antara pencipta kandungan dan khalayak.

Ramai pengguna media sosial berkongsi bahawa mereka akan menonton video tersebut terlebih dahulu sebelum merancang menu berbuka pada hari tersebut.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/12/fenomena-khairul-aming-resipi-setiap-hari-menghidupkan-ramadan/
Yang disentuh bukan hanya keilmuan beliau yang tinggi, tetapi keteguhan memegang amanah, keberanian bercakap benar dan janji intelektualnya untuk mendidik ummah.

Dari situ, mesej dekan menjadi jelas iaitu warga fakulti tidak sepatutnya bekerja hanya untuk menyempurnakan tugasan, tetapi juga untuk meninggalkan ilmu yang dapat mengangkat ummah.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/12/naratif-dekan-fkp-2026-kpi-sebenar-adalah-untuk-ummah/
Sejak ditubuhkan, KWSP telah berkembang dari segi saiz dan kini yang mampu menguruskan lebih daripada 16 juta ahli dengan jumlah aset pelaburan melebihi RM1 trilion (www.kwsp.gov.my).

Fokus utama KWSP untuk membina masa hadapan persaraan rakyat negara ini yang lebih baik. Dengan demikian, dapat membantu ahli-ahli mencapai pendapatan persaraan yang selesa.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/13/mengenali-kwsp-melalui-syiling-peringatan/
Menariknya, periuk besar juadah ikonik Ramadan itu dimasak sendiri oleh Pengerusi Masjid, Jafri Muskiman dengan dibantu barisan jawatankuasa masjid serta sembilan pensyarah undang-undang yang diketuai Pengarah program, Mohd Syahril Ibrahim.

Gandingan antara pakar akademik dan pemimpin komuniti ini mempamerkan sisi santai warga universiti yang sanggup mengetepikan seketika status profesional demi memasak bubur lambuk bersama para jemaah.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/13/sinergi-kawah-ilmu-pensyarah-undang-undang-uitm-negeri-sembilan-rewang-bubur-lambuk-di-masjid-kariah-rasah-jaya/
Propel Global berkata anugerah itu susulan penglibatan kumpulan itu sebelum ini dalam projek tersebut dan mencerminkan keyakinan berterusan terhadap keupayaan teknikal, piawaian pelaksanaan projek dan pematuhan keselamatan usaha sama itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Angeline Lee, berkata arahan kerja tambahan itu menggariskan rekod prestasi Propel Global yang semakin meningkat dalam menyediakan kerja-kerja infrastruktur khusus untuk pembangunan pusat data.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/13/propel-global-terima-pesanan-kerja-tambahan-rm59-04-juta-untuk-projek-pusat-data/
siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Feb lepas telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/14/zamri-vinoth-tamim-dahri-larikan-diri-ke-thailand-polis/
“Bomba yang tiba lima minit kemudian mendapati rumah pertama musnah kira-kira 90 peratus (rumah Zubaidah) manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.

“Kejadian turut memusnahkan sebuah kereta yang terbakar 80 peratus dan kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/14/rumah-bekas-pengarang-wanita-bh-terbakar/
Rafizi sepatutnya kembali menggerakkan penyokong untuk mencabar jawatan presiden parti secara lebih beradab dan melalui saluran yang sesuai.

Bagaimanapun, beliau mendakwa Rafizi telah menyatakan tidak lagi berminat menjadi pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merancang untuk bertanding secara bebas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/14/rafizi-kini-liabiliti-kepada-ph-tajuddin/
Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat seorang wanita muda ditemui dalam keadaan berbungkus rapi dalam kotak plastik tersebut. Pasukan forensik kemudian membawa mayat berkenaan ke hospital untuk proses pengecaman identiti dan bedah siasat.

Siasatan lanjut polis akhirnya berjaya mengenal pasti identiti mangsa sebagai Rahmadani Siagian, seorang wanita berusia 20 tahun yang berasal dari daerah Labuhanbatu Utara dan bekerja di sebuah kedai peranti telekomunikasi di bandar Medan.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/14/misteri-kotak-plastik-berbau-busuk-terbongkar-wanita-20-tahun-dibunuh-di-hotel-sebelum-mayat-dibuang/
Ketegangan turut merebak ke Lubnan apabila tentera udara Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa bandar termasuk Beirut, Saida, Kfar Tebnit, Jebchit dan Nabatieh di selatan negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan bersenjata Hezbollah turut melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke wilayah utara Israel seperti Galilee, Nahariya, Metula dan beberapa kawasan lain di sempadan utara.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/14/mutakhir-perang-asia-barat-ketegangan-iran-as-israel-semakin-memuncak/
Tambahan pula sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, Sungai Pahang yang mengalir sepanjang 459 kilometer dari Banjaran Titiwangsa hingga ke Laut China Selatan melalui bandar seperti Temerloh, Jerantut dan Pekan menjadi aset semula jadi yang berpotensi besar sebagai destinasi eko-pelancongan berasaskan sungai.

Salah satu aktiviti yang boleh menjana ekonomi berasaskan eko-pelancongan adalah yang berkonsepkan restoran terapung di atas sungai atau “river café”.

https://www.nasionaldaily.com/2026/03/16/eko-pelancongan-tepi-sungai-pacu-ekonomi-pahang/