Najwan Halimi
52 subscribers
7 photos
1 video
7 links
Ikuti aktiviti dan maklumat terkini secara terus daripada Najwan Halimi, Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kota Anggerik.
Download Telegram
Channel created
Channel photo updated
Selamat menyambut Ramadan buat semua umat Islam.

Buat warga Shah Alam yang terjejas akibat hujan lebat dan ribut yang melanda hari ini, saya mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Selamat berpuasa dan menambah amalan di bulan yang mulia ini.
Buat kalian yang mulai keluar untuk bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, jaga diri elok-elok.

Sentiasa amalkan kawalan kendiri dengan menjaga pembatasan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair sanitasi.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kebaikan serta mengurniakan kesempatan untuk kita bertemu kembali dengan Ramadan di tahun hadapan.

Buat semua umat Islam, saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Sebagai ikhtiar untuk meringankan beban rakyat dan mencegah penularan wabak COVID-19; bermula 20 Januari 2021, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Selgate Corporation akan menggerakkan inisiatif ujian Antigen RTK COVID-19 khusus untuk pengundi DUN Kota Anggerik dengan bayaran serendah RM50 di Klinik Selcare, Seksyen 13 Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 018-4004150. Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan: t.ly/6yeD
Insya-Allah, bermula 26 Oktober ini, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Kelab PWB Kota Anggerik dan Wanita IKRAM Shah Alam akan menganjurkan kelas mengaji Al-Quran untuk wanita secara percuma.

Kepada yang berminat, anda boleh hubungi Puan Mimi di talian 019-2403071.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Raudhotul Firdaus di Alam Budiman, Seksyen U10.

Seperti yang saya janjikan ketika solat Jumaat di sini pada Disember 2021, hari ini saya turut menyerahkan sumbangan mimbar Jumaat yang dibina khas dari kayu nyatuh.

Semoga sumbangan ini beroleh keberkatan Allah SWT.
Photo from Najwan