Nadir Al-Nuri
265K subscribers
4.36K photos
867 videos
21 files
1.52K links
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Download Telegram
👆Kami sedang menuju ke sini inshaAllah. Tayar kenderaan pecah, doakan selamat dan sempat sampai.
Ramai yang duk fikir nak bawa apa ke majlis makan raya ofis, surau dan sebagainya. Yelah kita kan raya sebulan ++

Kalau yang nak special, boleh dapatkan Rempeyek Rare ni. Sesuai untuk kunyah sambil bincang isu umat, isu politik setempat.

Satu balang biasa tak cukup ni sebab isu kan banyak. Beli dua, tiga balang sekaligus baru puas hati.

Dibungkus setiap satu, sekeping sekeping jadi bila tak pecah. Memang makan rempeyek bukan sedut serbuk pakai straw. Penuh kacang pula tu.

Satu bekas RM35 tapi kalau beli dua terus, RM65. Kalau tak memang tak puas makan.

Klik sini hah https://kurmarutob.bilisworld.com/rempeyek-nan/

Kruup kraap kruup kraaap. Pehhh memang sedap.
Rafah 😭
Apa harapan kamu? Ditanya kepada anak kecil yang menempuh ombak bergelora untuk mendapatkan bantuan makanan yang dicampakkan daripada kapal terbang.

Saya berharap yang saya akan mati!

Allah. Allah. Apa yang telah anak kecil ini lalui sehingga di usia sebegini, dia berharap untuk mati?

Mati lebih mudah, lebih indah kerana di dalam syurga, makanan sentiasa ada, di dalam syurga, ibu ayah kami menunggu penuh setia, kata sebahagian mereka.

Kalian hanya ada Allah. Semoga Allah yang memberikan kalian kesabaran dan kekuatan.
Video ini membuatkan saya sedih lebih daripada melihat gambar anak-anak kita yang syahid di Rafah setiap saat pada waktu ini.

Kerana apa? Kerana video ini menggambarkan satu rasa yang cukup menyakitkan, rasa yang kalau orang tak beriman mungkin akan mengambil nyawa sendiri, rasa kosong dan hidup tak lagi bermakna.

Ia adalah rasa قهر yang tidak boleh diterjemahkan secara terus dalam BM. Tetapi maksudnya lebih kurang putus asa, putus harapan, hidup seperti zombie dan menghitung hari-hari berlalu yang kosong dan tak lagi bermakna.

Saya pernah diuji rasa ini apabila mengheret 2,3 beg dan berjalan berkilometer untuk masuk ke sempadan Rafah, saya merasainya juga apabila menjunjung bagasi berjalan masuk ke kota Dimashq di bawah bedilan Apache berjam lamanya.

Ketika itu kerana terlalu penat, kita sudah tak peduli kalau dibedil bom atau ditembak sniper. Apa nak jadi, jadilah, aku redha.

Rasa inilah yang dirasai anak kecil yang menolak meja yang diterbalikkan untuk berpindah menyelamatkan sedikit harta dan nyawa, rasa inilah yang dilalui si ibu yang menarik di hadapan. Setiap langkah dipaksa, setiap titisan peluh diseka, hanya kerana dia tahu masih ada yang bergantung kepadanya.

Allah sahaja yang dapat memberikan kalian kekuatan dan kesabaran. Ya Allah permudahkan urusan mereka, campakkan semula sinar dan keinginan meneruskan hidup di dalam hati mereka, ameen ameen 😭
👆Terus berkongsi tentang P. InshaAllah sekejap lagi saya juga akan berkongsi tentang kenapa kita masih 'belum menang' sehingga saat ini.
Malam ini saya dan isteri akan berkongsi di sini inshaAllah 🤲
Kita sering melihat ilustrasi pokok zaitun yang dikaitkan dengan perjuangan pembebasan Palestin. Kita tahu pokok zaitun terkenal dan banyak dijumpai di negara arab, namun mengapa ia mampu menjadi salah satu simbolik untuk Palestin?

Dahan pokok zaitun dikatakan lambang keamanan dan kemakmuran setelah berabad-abad. Pokoknya yang tahan lasak kerana mampu bertahan walaupun musim kemarau ataupun sejuk disebabkan kekuatan akarnya. Oleh itulah, pokok zaitun ini melambangkan kekuatan dan ketahanan penduduk Palestin terhadap Israel penjajah.

"If the olive trees knew the hands that planted them, their oil would become tears". -Mahmoud Darwish

#CGMKongsi
Agak-agak budak ni siapa? Jawapannya, ni Haura' beberapa tahun lepas 😆

Cepat budak ni membesar walaupun sejak dari kecil memang dah suka pakai make-up bagai, penangan ada kakak-kakak yang dah besar kot.

Tapi bila di Malaysia, Haura' mula ikut rentak Babanya pula. Dia tahu kalau kat sini memang ke hulu ke hilir berceramah, berjumpa orang, gambar gambar makan makan.

Jadi bila Haura' buka mata je, soalan pertama dia akan tanya saya, Baba, hari ni kita ada mesyuarat kat mana? Berapa mesyuarat? 😄

Kalian buat apa cuti-cuti ni? Layan anak-anak tu, main bersama, bawa berjalan sebelum mereka membesar. Kejap je nanti mereka dah bukan 'milik' kita.