Nadir Al-Nuri
262K subscribers
4.73K photos
928 videos
21 files
1.61K links
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Download Telegram
Hari ini pasti akan jadi hari yang menyedihkan.

Sebab hari ini kami akan sampaikan sumbangan fasa pertama 60 ribu dollar kepada 60 keluarga-keluarga para syuhada' yang terkorban dalam serangan lepas. Jumlah keluarga syuhada' ada 250 keluarga lebih tapi kami terpaksa sampaikan berperingkat supaya kerja lebih teratur.

Saya minta NGO tempatan yang akan bawa kami pilih enam buah keluarga untuk kami ziarahi, cerita sedikit pengalaman dan harapan mereka, berborak tentang apa yang mereka lalui dan bagi mereka rasa macam sedang berborak dengan adik-beradik.

Saya juga maklumkan kepada NGO yang nak bawa kami supaya serahkan saja duit sumbangan kita kepada keluarga selepas kami meninggalkan rumah kelak supaya mereka tak sedih dan terasa. Biarlah hari ini kita bertemu mereka bukan sebagai NGO tapi sebagai saudara yang nak berkongsi kesakitan mereka.

Mereka yang terkesan selepas perang baru ni sensitif sikit kerana luka mereka masih segar.

Apa pun saya akan sampaikan salam kalian dan kalau ada rezeki nanti kita ceritakan kepada kalian apa yang mereka rasa, apa yang mereka lalui supaya perjuangan kita untuk mereka tak berhenti dan tak bermusim.

Jangan lari fokus dan jangan lupa, merekalah hero Palestin yang sebenar.
Hadiah untuk kalian bersempena malam Hari Arafah yang penuh keberkatan.

Ini salah sebuah kisah yang dapat kita kongsikan selepas ziarah yang baru selesai sekejap tadi. Sumpah tak rugi kalian luangkan 5,6 minit untuk dengar riwayat yang baru diceritakan dari mulut ibu ini!

MashaAllah, kisah inspirasi yang sangat hebat! Kalau nak cari hero Palestin, look no further!
Photo from Nadir Al-Nuri
Sambil-sambil berbuka pusa, menadah tangan berdoa dan mengharapkan belas ihsan Pencipta, jom hulurkan apa yang ada untuk membantu rakan-rakan kita yang memerlukan di tanah air sendiri.

Ya Allah berikan kami kelapangan urusan, kemurahan rezeki dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat.
Photo from Nadir Al-Nuri
Jom bertakbir raya bersama kami pada malam ini.

Jam 9pm, di laman facebook My Aqsa Defenders.
Jom bertakbir raya bersama untuk dapat keberkatan pada malam ini. Ada wakil Gaza, wakil Inteam, Ustazah Isfadiah dan wakil-wakil NGO MAD!

https://www.facebook.com/myaqsadefenders/videos/1540486446294507
Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin dari bumi Gaza.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

CORETAN PERIBADI MISI TIM EBIT LEW (EL), SEBUAH TEGURAN, IKTIBAR & PEDOMAN

Assalamualaikum W.B.T, di hari yang besar dan mulia ini bagi seluruh Umat Islam yang menyambutnya saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha. Sebagai seorang insan yang lemah dan kerdil tertarik untuk berkongsi beberapa perkara setelah menerima pelbagai persoalan, cacian dan fitnah daripada kalangan mereka-mereka yang tidak mengenali saya.

Saya tidaklah mewakili mana-mana pihak melainkan ianya adalah dari tinta pengalaman peribadi sendiri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung berkaitan misi ke bumi Gaza oleh kru dan tim EL.

Walaupun saya jauh berkelana di bumi Gaza dan tidak mengenali EL secara dekat, saya telah mengikuti semua cerita-cerita kebajikan EL di Malaysia dan menjadikannya inspirasi untuk mendapatkan semangat terus bekerja dan berbakti di bumi Gaza ini khususnya di waktu-waktu tertekan dengan cabaran kerja-kerja NGO, urusan pengajian sarjana muda kedua dalam bidang Syariah dan mengurus keluarga. Walaupun ada suara kecil hati pernah terdetik untuk berehat dari dunia kemanusiaan ini yang dikecimpung setiap hari setiap jam sejak 2013 di sini, alhamdulillah hasil inspirasi daripada orang-orang hebat dan sokongan rakyat saya gagahkan diri terus berbakti dan bekerja tanpa menoleh kebelakang.

Secara peribadai saya tidak pernah menyimpan perasaan dengki, iri hati apalagi memperlekehkan perjuangan seseorang yang umum mengetahui adalah seorang insan hebat dan terkenal di bumi Malaysia. Penulisan ini hanyalah tidak lain sebagai teguran kasih-sayang, iktibar dan pedoman untuk mendidik terutama bagi diri saya, tim EL dan semua yang terlibat. Saya pasti EL dan timnya sebagai contoh dan pedoman kepada masyarakat yang sentiasa mengajak kepada berkasih-sayang dan persaudaraan mampu menerima nasihat dan pandangan daripada rakan seagamanya.

Terlebih dahulu saya juga meminta maaf sekiranya kata-kata saya sebelum ini di salah ertikan atau ditafsirkan oleh pihak media, tim EL dan masyarat sebagai unsur-unsur dengki atau mengejek, walau jauh sekali di lubuk hati saya berfikir sedemikian. Di sini saya ingin membuat beberapa coretan berkaitan Misi Bantuan EL ke bumi Gaza dan Misi Tim EL ke bumi Gaza. Nampak serupa tapi tidak sama.
MISI BANTUAN EL KE BUMI GAZA

Perkara pertama yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan Misi bantuan EL ke Bumi Gaza, selepas mendengar perkhabaran ini, sayalah orang yang paling gembira kerana tidak sabar untuk berkhidmat untuk menjayakan misi bantuan beliau ini terutamanya apabila saya di hubungi oleh individu bernama Ustaz Zul dari tim EL yang bertanya bagaimana mahu mengirim bantuan ke Gaza (SS 1). Dengan segera saya terus menghentikan sementara kerja-kerja harian saya untuk mengutamakan penyediaan kertas kerja pek makanan secara terperinci dan menghantar semula kepada individu dari tim EL.

Selepas beberapa hari berlalu dan tiada sebarang maklum balas atau respon daripada tim EL maka saya meneruskan kerja-kerja bantuan dari NGO lain dengan mengandaikan tim EL terlalu sibuk dengan bantuan khidmat di Malaysia disebabkan PKP.
Photo from Nadir Al-Nuri
Photo from Nadir Al-Nuri
Photo from Nadir Al-Nuri
MISI TIM EL KE BUMI GAZA

Selang beberapa hari saya di kejutkan oleh kawan-kawan dan media berkaitan tim EL ingin membuat misi masuk ke Gaza dan sudah berada di Cairo Mesir, hati kegembiraan saya terpancar lagi walaupun ada rasa tertanya kerana sukarnya misi ini untuk berjaya kerana situasi PERANG. Sehinggalah saya mengemaskini status di paparan facebook peribadi saya dengan mengalu-alukan kedatangan tim EL dan berdoa semoga misi ini berjaya walaupun ianya agak sukar disamping BERJANJI akan menjadi ORANG PERTAMA menyambut Tim EL di sempadan bumi Gaza dan akhirnya saya mengotakan janji saya (rujuk video yang dikongsikan di bawah).

Semasa tim EL di Cairo, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan tim EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas. Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi risau tentang kehilangan ‘Hero Malaya’. Selama sebulan tim EL terus sepi, timbul pelbagai spekulasi keselamatan terancam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran.
Tim EL dimaklumkan rakan-rakan di Cairo masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh PAnya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke Gaza.

Alangkah baiknya ketika itu dinaikkan post dan ditenangkan hati jutaan pembaca bahawa keadaan mereka baik dan urusan masuk ke Gaza tersekat dan mereka perlu terus menanti keizinan? Senyap mereka dan soalan bertubi-tubi netizen di puluhan sesi LIVE membuatkan saya mengambil tanggungjawab untuk menulis post menasihati mereka supaya memaklumkan kepada pembaca tentang keadaan mereka, sehingga akhirnya dikeluarkan post oleh EL bahawa mereka selamat dan tidak ada bahaya apa pun ke atas mereka.

Walaupun telah mendapat liputan luas media tentang perjalanan EL ke Gaza, seperti dijangka usaha mereka terbantut apabila keizinan tidak diberikan oleh pihak Mesir.

Malah apabila Director General Kementerian Luar bertanya kepada saya tentang Tim EL (individu yang bertanya, Encik Mahmoud Al-Madhoun adalah individu yang sama yang memberikan tim EL sijil Duta Muhibbah, sijil yang diberikan kepada SEMUA ahli rombongan dari semua NGO yang masuk ke Gaza untuk memberi bantuan sebagai penghargaan), saya memberikan jawapan positif mengalukan kehadiran mereka dan mencadangkan Kementerian Luar menunjukkan kepada mereka projek apa yang sebaiknya dilaksanakan dan membawa isu Palestin ke persada memandangkan EL mempunya ramai pengikut di media sosial (SS2).

Hubungan saya dengan Encik Mahmoud sangat baik dan hampir setiap bulan pasca perang kami bertemu untuk membincangkan projek-projek paling utama dan prioriti untuk dilaksanakan di Gaza. Begitu juga dengan Timbalan Menteri Pembangunan Soisal Dr Ghazi, Ketua JK Belia dan Budaya Encik Ahmad Muhaisin dan wakil Kementerian Kesihatan Dr Ashraf yang ada dalam gambar ini, kami jumpa setiap bulan untuk berbincang.
Photo from Nadir Al-Nuri
Photo from Nadir Al-Nuri
Terjemahan : Pada pandangan saya kita menyambutnya dan menunjukkan projek apa yang bagus dijalankan, saya tak pasti berapa beliau dapat bantu tetapi pengikutnya antara yang paling ramai di Malaysia dalam kerja kebajikan dan ia akan membantu isu Palestin secara media.

Dan dijawab Mr Mahmoud "Saya bersetuju dengan pandangan ini."
Photo from Nadir Al-Nuri
Timbalan-timbalan menteri yang saya jumpa hampir setiap bulan untuk berbincang tentang prioriti projek di Palestin.