FELDA πŸ…
907 subscribers
917 photos
22 videos
10 files
727 links
FELDA adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956.
Download Telegram
Alhamdulillah dan Tahniah! Yayasan FELDA atas penganugerahan Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR): Most Dialysis Machines Donated By An Organisation.

Yayasan Felda sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan oleh MBOR atas sumbangan sebanyak 58 buah mesin dialisis di hospital Kerajaan dan di Pusat Hemodialisis yang beroperasi secara amal.

Sumbangan Yayasan FELDA berbentuk peralatan ini menzahirkan kesungguhan FELDA dan seluruh warganya untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia serta kepada peneroka secara khususnya dalam bidang perubatan dan menjadi salah satu agensi penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di negara.
Alhamdulillah, pengiktirafan ini adalah yang ke-2 diterima oleh Yayasan FELDA, apabila pada tahun 2021, Yayasan FELDA telah diiktiraf oleh MBOR atas pencapaian dan sumbangan sebagai Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertama yang menawarkan program pengajian dialisis di Malaysia.

Majlis penganugerahan ini berlangsung di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur dan telah diserahkan oleh wakil Malaysia Book Of Records kepada YBhg. Tan Sri Idris Jusoh, Pengerusi FELDA.

#KejayaanDalamKeberkatan
#MalaysiaBookOfRecords
Tahniah! kepada generasi baharu FELDA yang merupakan GRADUAN CEMERLANG pengajian diploma Kolej Yayasan FELDA.

Kesemua empat orang pelajar ini terdiri daripada anak dan cucu peneroka FELDA tamat pengajian dengan cemerlang, meraikan kejayaan penuh bermakna bersama keluarga tercinta dalam sebuah majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Yayasan FELDA semalam.

Alhamdulillah, generasi baharu FELDA kini telah berjaya dan melihat bidang pendidikan sesuatu yang amat penting, diterjemahkan pula dalam iltizam kuat untuk berjaya pada masa hadapan. Inilah buktinya.

Tahniah! Generasi baharu FELDA terus maju dan berjaya!

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA

*Facebook*
https://www.facebook.com/100064478960733/posts/pfbid0WDbrvAgiAqJe4fq68MysKCxRFJQ5p5CcSmS8JVMoZYAKeW8pUuRwgSfMacpX1raol/?mibextid=cr9u03

*IG myfelda*
https://www.instagram.com/p/CobpaoUJu-a/?igshid=Zjc2ZTc4Nzk=

*Telegram*
https://fb.watch/i9_k4eoyLz/?mibextid=cr9u03
𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ”πƒπ€ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π†πˆπ€π“ π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŠπŽππ†π’πˆ π‘π„π™π„πŠπˆ

Fezty Edayu, anak jati FELDA Serting Hilir merupakan seorang usahawan muda berjaya dan merupakan pengasas kepada salah satu produk minyak wangi dalam pasaran tempatan.

Menurut Fezty, berkat kegigihan dan semangat tidak putus asa, beliau kini telah mempunyai lebih daripada 1,600 pengedar aktif berdaftar.

β€œRezeki yang dipinjamkan oleh Allah SWT, saya pulangkan semula kepada golongan yang memerlukan”- kata Fezty.

Menarik mengenai beliau, dalam kejayaan demi kejayaan, beliau sentiasa menjadikan amalan bersedekah dan tolong-menolong sebagai salah satu tanggungjawab sebuah komuniti antaranya melakukan program bantuan minyak motosikal kepada pengguna motosikal di kawasan berhampirannya.

Kejayaan di landasan keberkatan. Semoga anak jati FELDA Serting Hilir ini akan terus maju jaya.

#KejayaanDalamKeberkatan
#UsahawanBerjaya
Aminatul Aini Baharim, cucu peneroka FELDA Bukit Aping Barat bersyukur apabila dapat melanjutkan dan cemerlang dalam pengajian diploma di bawah landasan inisiatif pendidikan FELDA.

Beliau telah tamat pengajian Pengurusan Pentadbiran menanam iltizam menjadi seorang usahawan berjaya dan telah bermula dengan kini membantu perniagaan keluarganya. Menurut beliau, pengajian di Kolej Yayasan FELDA amat berguna untuk diaplikasikan dalam dunia perniagaan yang bakal diceburinya.

Bersama kita doakan kejayaan adik Aini menjadi seorang usahawan berjaya kelak. Jangan lupa nantikan temu ramah bersama Aini, graduan cemerlang Kolej Yayasan FELDA nanti!

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA


*Facebook*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0rHLzxGRLZGr8z8cMS6ydxim8Tsv2a2AkzwbpsFAMjcZL88jPe9bHwrLc6c3ZQpJ8l&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz

*IG myfelda*

https://www.instagram.com/p/CodyNjFJOeE/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Saksikan temu ramah bersama salah seorang graduan cemerlang Kolej Yayasan FELDA serta merupakan cucu peneroka FELDA Bukti Aping Barat, Johor.

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA

https://fb.watch/iBMeYY5g2-/?mibextid=cr9u03
Alhamdulillah, 37Mt/Hektar Pencapaian Hasil Wilayah Raja Alias 2022 Membanggakan!

Bagaimanakah pencapaian ini berjaya dicapai?

Dengarkan perkongsian daripada Encik Mohd Helmi Fakhzan, Pengarah Wilayah Raja Alias dalam satu temu bual yang sempat dirakam baru-baru ini.

#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAHighPerformanceCulture
#LadangKitaHasilKita


https://fb.watch/iFyTisOABZ/
SESI TEMUDUGA BERSEMUKA PENDIDIK (GURU TAHFIZ) DI MRSM FELDA (ULUL ALBAB) TAHUN 2023

Pada 14-15 Februari 2023 akan berlangsung sesi temuduga melibatkan 176 calon dimana calon yang berjaya bakal menjadi pendidik guru tahfiz / pendidikan Islam di MRSM FELDATrolak.

MRSM FELDA Trolak (Ulul Albab) bermula tahun akademik 2023 adalah inisiatif pendidikan FELDA yang telah diumumkan semasa sambutan Hari Peneroka FELDA 2022 bertujuan sebagai nilai tambah bagi melahirkan generasi baharu FELDA yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Temuduga ini melibatkan tiga peringkat melibatkan Beep Test, Microteaching dan Temuduga Bersemuka.

Pengurusan FELDA mengucapakan selamat berjaya kepada kesemua calon terlibat πŸ’ͺ

#generasifeldaberjaya

MRSM FELDA Trolak
@yayasanfelda


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0YgLpHhbrRpMtFgWi7MAaTndob5XrxkNCHuoG973wzi2otoEeKTMFSaxzco4savS8l&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz
https://fb.watch/iIgAtOuPN0/?mibextid=cr9u03

Kejayaan, sifat komited dan kecemerlangan Muhammad Firdaus Suleman, generasi baharu FELDA Sg. Nerek dalam pelajaran, kini membolehkan beliau mencipta kerjaya dalam bidang pengurusan Makanan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Tonton video temuramah bersama Firdaus mengenai kejayaan dan pengalaman beliau.

#KejayaanDalamKeberkatan
#GenerasiBaharuFELDA
#MobilitiSosialWargaFELDA

https://fb.watch/iId4o4l-BN/
πŸ’πŸŽπŸŽ πŽπ‘π€ππ† πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π π‰πŽπŒ πŒπ€π’π”πŠ 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍(π‰πŒπ‘) π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

Terima kasih warga Alor Setar kerana hadir memeriahkan JMR di Felda Rimba Mas hari ini. Antara intipati dan objektif utama JMR ini diterangkan sendiri oleh YM Puan Raja Faridah, TPB Pembangunan Komuniti, iaitu sebuah program untuk hebahan informasi terkini secara terus kepada warga Peneroka. Warga Peneroka juga berpeluang bertanyakan terus permasalahan yang wujud atau peluang-peluang perniagaan di kaunter jabatan-jabatan dan anak-anak syarikat FELDA.

Lagi gambar aktiviti akan dimuatnaik selepas ini.

#KejayaanDalamKeberkatan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid026mPky4xaHy7UC3XRL1x39Q9JEf3e8UZbFYBt2rM1yZ4bjbEznBrn6JgzxmWd6Ufkl&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz