FELDA ๐Ÿ…
913 subscribers
917 photos
22 videos
10 files
727 links
FELDA adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956.
Download Telegram
๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐ˆ๐ ๐Ÿ‘๐ƒ ๐€๐๐ˆ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐˜ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€

Program pendidikan generasi baharu FELDA inisiatif FELDA melalui Yayasan FELDA dengan kerjasama Les Copaque kini dibuka permohonan bagi sesi ambilan 2022. Tawaran ini terbuka kepada seluruh warga FELDA lepasan SPM tahun 2021 dengan syarat kelayakan yang disertakan.

Untuk memohon, klik pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfy2xiWmvphP1BFmYCHX6t-AH-thCOKR5DQOWHVZWd_m5v8WQ/viewform

Melalui program ini, FELDA mensasar generasi baharu dapat mengembangkan potensi diri dalam kerjaya dan industri seperti pembikinan animasi serta perfileman sekali gus meningkatkan mobility sosial warga FELDA.

Yayasan Felda

#KejayaanDalamKeberkatan
#pendidikangenerasibaharufelda
#MobilitiSosialWargaFELDA


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02CY9aEpt3oBecxkiyQHLn7ZmdqbfyzF1TQTg12tM9s3nxbaPfDXUfRkXhyEfHZncRl&id=100064478960733
KE ARAH SUMBANGAN 2.5 % PENGHASILAN DAGING NEGARA

Satu sesi Bengkel Pelan Ruminan FELDA (PRF) yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan (JPPT) FELDA telah dijalankan pada 26 - 27 September 2022. Tujuan utama pelaksanaan bengkel ini adalah bagi menyahut aspirasi kerajaan dalam menjamin keselamatan makanan negara iaitu penghasilan daging tempatan dan susu.

Beberapa pemain industri dalam bidang penternakan dari pelbagai cabang turut dilibatkan dalam bengkel ini. Sesi ini juga bertujuan memastikan perancangan serta pelaksanaan yang projek yang strategik dengan mengambilkira setiap faktor & risiko yang terlibat.

Model pelaksanaan PRF ini melibatkan program pembiakan di ladang nukleus, dan beberapa ladang satelit akan diusahakan oleh Koperasi-koperasi Rancangan FELDA, selari dengan Konsep Program Pembangunan Peneroka.


Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0XFGHJQJcPQHkYo2Jd9akMzFLQygEPdRbGD3o6o9NTWug5p1NeBqctErfqBNa41L3l&id=100064478960733&mibextid=z85qmb
Pada hari ini, FELDA amat berbesar hati menerima kunjungan dari pelajar-pelajar , guru-guru dan wakil PIBG dari SK FELDA Batu 8, Changlun, Kedah ke Menara FELDA.

Rombongan seramai 67 orang pelajar dari tahun 4 hingga tahun 6 ini tiba ke Menara FELDA pada jam 9.00 pagi telah disambut oleh Puan Mastura Abdul Manap, Pengarah Komunikasi Strategik FELDA mewakili pengurusan FELDA dan turut memberi penerangan ringkas mengenai FELDA kepada yang hadir.

Para pelajar serta guru turut dibawa ke sekitar Menara FELDA untuk melihat dan merasai sendiri kemudahan-kemudahan tersedia disini disamping melihat sendiri produk keluaran usahawan FELDA yang dipasarkan di outlet SAWARI.

FELDA menzahirkan rasa jutaan terima kasih atas kesudian pelajar dan guru SK FELDA Batu 8 ke Menara FELDA dan mendoakan keselamatan dan kelancaran perjalanan pergi dan pulang kelak. Semoga kunjungan ini memberi sedikit sebanyak pemahaman lebih mendalam mengenai FELDA kepada guru serta pelajar-pelajar SK FELDA Batu 8 terutamanya.
"ALHAMDULILLAH, PROJEK KAMI TELAH BERHASIL"

Seramai 25 org peserta Program Pembangunan Peneroka (PPP) di FELDA Seberang Tayor, Wilayah Terengganu telah mula menerima hasil dari projek plasma ternakan ayam kampung.

Tuaian ayam telah dibuat pada 28 Sept 2022 yang lepas. Sebanyak 5,000 ekor ayam telah dituai dengan berat bersih (karkas) adalah 7.3 mt. Pendapatan keseluruhan bagi 25 orang peserta ini adalah RM88 ribu, dengan purata pendapatan bersih bagi seorang peserta adalah RM 855/bulan.

Digelar sebagai โ€˜Peloporโ€™ sekuriti makanan negara, FELDA komited kearah 0.5% sumbangan FELDA kepada SSR Negara menjelang 2023.

#PPPFoodSecurity
#66TahunFELDA
#KejayaanDalamKeberkatan

Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0BEoKMo3ptewdrFUgAaWxhzvdVt8k4sL8uS7qjS8q17qaQj8Gw1wk5ndE9huuPkRel&id=100064478960733
Smart Classroom FELDA memanfaatkan generasi baharu dalam pendidikan berteras teknologi.

Inisiatif smart classroom FELDA di 101 buah sekolah menengah dalam rancangan FELDA melonjakkan potensi dan bakat pelajar di sekolah serta memberi ruang pelajar bergerak seiring perkembangan teknologi masa kini.

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0an9HkK77XYbRzoqryXu813aNfKxsny1F2VNtixaspNw9jfS5FsUsJa2DcqUc8pLAl&id=100064478960733
๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ซ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐’๐ฆ๐š๐ซ๐ญ ๐‚๐ฅ๐š๐ฌ๐ฌ๐ซ๐จ๐จ๐ฆ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€

Adik Muhammad Ammar Arif Fadzilah seronok dapat belajar menggunakan e-book melalui Smart Classroom FELDA.

Inisiatif pendidikan oleh FELDA ini telah membantu memaksimumkan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran tinggi generasi baharu serta usaha FELDA seiring mendokong hasrat kerajaan dalam mengintegriasikan teknologi dalam pendidikan.

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA
#RevolusiTeknologi4IR

Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02EDgFSAFoE5zrnp5u6mk8EFPNTv4gqfRkxVn19rk2wJHHnRtiBPhNgg9P7wGhRwGKl&id=100064478960733

IG myfelda
https://www.instagram.com/p/CjHR7_9J4Mv/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
โ€˜Seronok apabila saya dapat belajar secara audio visual, dan bukan hanya bergantung kepada buku semataโ€™ โ€“ Muhammad Hanif Hassim

Pelajar SMK Bandar Baru Serting, Wilayah Raja Alias berkongsi keterujaan beliau apabila kini beliau telah mengadaptasi pendidikan secara digital di sekolahnya.

Pelaksanaan inisiatif ini juga selari dengan hasrat Pengerusi Felda, YB Tan Sri Idris Jusoh dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang memberi nilai tambah pelajar-pelajar terutamanya generasi baharu FELDA .

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA
#RevolusiTeknologi4IR

Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0aSbUE31TMDTKhqmgZ6ZkKPf37Gph7oXL93vK4j9rVTdzUYhgpC2LLsjXsbCvnVXZl&id=100064478960733

IG myfelda
https://www.instagram.com/p/CjHee9BpOT3/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐€๐’๐‘๐€๐Œ๐€ ๐’๐„๐Œ๐€๐ˆ ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€

Sesi pengambilan pelajar tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022 / 2023 kini dibuka untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA bagi pengambilan tahun 2023.

Calon-calon boleh melayari laman rasmi Asrama Semai Bakti FELDA Online 2022 https://asbfeldaonline.com akan mulai dibuka pada 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022.

Ayuh! Adik-adik kini di Tahun 6 sesi 2022/2023 rebut peluang ini! Pelbagai inisiatif pendidikan termasuk kemudahan asrama disediakan demi kesejahteraan generasi baharu FELDA.

#KejayaanDalamKeberkatan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ZXJPR8hSJjn8aAhjfeHgaKDhA2daFWYpkGMdSVy9Afp8vcaG1VmpwFxpZLb92H5vl&id=100064478960733
โ€œMudah untuk saya belajar dan melakukan perbincangan bersama rakan-rakanโ€ โ€“ Iman Haiqal Khairul Izwan

Inisiatif Smart Classroom FELDA yang telah dilaksanakan sejak 2020 kini telah dimanfaatkan oleh pelajar โ€“pelajar dan akan dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 di semua 101 buah sekolah menengah di dalam rancangan FELDA.

Alhamdulillah, inisiatif ini membuka peluang pelajar luar bandar terutamannya generasi baharu FELDA menerima pendidikan digital yang berkualiti.

#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA
#RevolusiTeknologi4IR

Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid024iPJUKzafE6bYQLRpP7Gopv9nb1Gmo5QMxq6fnJXsB3GQ5YHYHhFDpgRBFLcBHkBl&id=100064478960733

IG myfelda
https://www.instagram.com/p/CjHvIjdP39W/?igshid=YmMyMTA2M2Y=