πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
682 subscribers
1.61K photos
350 videos
142 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
KEJADIAN BERLAKU DI LUAR NEGARA!

Pemandu teksi seorang muslim melompat keluar dari kereta yang dipandunya selepas penumpang biadap menakutkannya dengan seekor anjing. Ini bukan sekadar menakut-nakutkan atau gurauan, tapi ini berbentuk serangan. Bagaimana kita boleh terima seorang kafir meletakkan anjing atas kepala seorang muslim? 🀬🀬🀬

Kredit ➑️ Threads budak.kampung78


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita tak racist.. tapi padang awam rosak.. pembakaran besar macam ni patut ada tempat khas.. dah lah tengah jerebu πŸ₯Ί Kenapa sekarang macam tak ada undang undang ya?

πŸ“Lokasi flat taman mount austin jb.

Kredit ➑️ Threads emmafarhanna_


@myblockchecking
Eman Manan kini Datuk

KUALA TERENGGANU: Pelakon Eman Manan dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Anugerah berkenaan sekali gus melayakkan beliau menggunakan gelaran Dato'.

Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.

Pengiktirafan itu turut meletakkan nama pelakon berkenaan sebaris dengan penerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang lain.

Eman Manan adalah antara pelakon berpengalaman yang telah mewarnai industri seni tanah air menerusi pelbagai watak dalam drama, filem dan karya televisyen sepanjang kerjayanya.

Eman Manan telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali, termasuk menerusi filem pertamanya, Matinya Seorang Patriot (1984), Bintang Malam (1991), dan Buai Laju-Laju (2004).

Penganugerahan
berkenaan menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang telah diceburinya selama bertahun-tahun.

Wartawan BH
September 6, 2026 12:22pm
Artikel ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis β€’ Kedah (Langkawi) β€’ Pulau Pinang (Barat Daya) sehingga 3:00 Petang; Ahad, 6 September 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 12:20 tengah hari, 6 September 2026



@myblockchecking
PENUNGGANG P-HAILING MAUT MOTOSIKAL TERBABAS DI LEBUH AMJ

DUYONG 6 September - Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum melanggar pokok di pembahagi jalan di Lebuh AMJ, Semabok, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Hakimin A. Samah, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai dalam perjalanan dari Kandang menghala ke Bandar Melaka.

β€œSetibanya di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan sebelum terjatuh.

β€œMangsa yang parah di bahagian kepala, badan dan kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan,” katanya.

Halim berkata,
pemeriksaan di lokasi turut menemukan kesan perlanggaran pada pokok serta kesan pecahan di pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada saksi awam berada di lokasi kejadian ketika siasatan dijalankan dan tiada rakaman kamera papan pemuka diperoleh daripada kenderaan terbabit.

β€œBedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

β€œSiasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - Farah Othman / Melaka Hari Ini

πŸ“Έ Polis Daerah Melaka Tengah

Kredit ➑️ Melaka Hari Ini


@myblockchecking
Pelajar Lelaki 18 Tahun Maut Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Treler Di Muar

MUAR, 6 September 2026 – Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar.

Ketua Polis Daerah Muar memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang melibatkan sebuah motosikal dan treler.
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa berada di bahagian sisi kiri hadapan treler sebelum hilang kawalan lalu berlaku pelanggaran dengan kenderaan berat tersebut.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu treler berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Muar bagi tujuan bedah siasat.

Polis turut menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi bebas serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Hasil ujian alkohol dan saringan air kencing terhadap pemandu treler mendapati keputusan adalah negatif.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Al-Fatihah buat mangsa. Takziah kepada keluarga dan waris yang ditinggalkan.

Artikel Infosemasaofficial



@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dentuman dari langit gegar Bandung, punca masih jadi teka-teki

BANDUNG - Dentuman misteri yang menggegarkan Bandung Raya dari lewat malam hingga awal pagi Sabtu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk ketika beberapa gunung berapi di Indonesia turut meletus.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) kemudiannya tampil untuk memberi penjelasan tentang bunyi aneh tersebut.

Berdasarkan analisis data pemantauan, BMKG mengklasifikasikan kejadian itu sebagai fenomena β€˜skyquake’ atau dentuman dari langit yang sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti punca utamanya.

Ketua BMKG Stesen Geofizik Kelas I Bandung, Suaidi Ahadi berkata, pihaknya telah memeriksa semua instrumen pemantauan geofizik dan meteorologi termasuk data gempa bumi, aktiviti kilat, keadaan cuaca serta anomali medan magnet bumi bagi tempoh kejadian antara 11 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan).

Hasil pemantauan mendapati keadaan cuaca di Bandung Raya agak cerah dan tiada aktiviti gempa bumi tempatan dikesan di kawasan
Sesar Lembang, Sesar Cimandiri dan sesar aktif lain.

Teguh memaklumkan fenomena sama pernah berlaku di Bogor pada April 2020. Kebiasaannya, bunyi dentuman di daratan boleh berpunca daripada gempa bumi berkelompok (swarm earthquake) atau siri gempa kecil yang berlaku berturut-turut seperti ketika gempa Cianjur pada 2022.

Apa yang menarik, imej satelit Himawari dan data daripada stesen medan magnet bumi di Serang dan Sukabumi menunjukkan gangguan anomali magnetik serta aktiviti ribut petir yang tinggi di kawasan Gunung Anak Krakatau ketika berlaku letusan gunung berapi.

Namun begitu, kaitan antara dentuman di Bandung dengan aktiviti Anak Krakatau masih menjadi persoalan dalam kalangan saintis.

β€œPenduduk di Banten, Jakarta dan Bogor yang lebih dekat tidak melaporkan atau membincangkan bunyi dentuman tersebut. Fenomena itu hanya dilaporkan berlaku di Bandung dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Dari segi jarak dan geografi, letusan Krakatau pada skala biasa dianggap terlalu jauh untuk bunyinya sampai ke lembangan Bandung Raya, apatah lagi tanpa dikesan di kawasan-kawasan yang terletak di kawasan berhampirannya. - Agensi

MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
06 September 2026 07:00am
Artikel ➑️ Sinar Harian


@myblockchecking
Gara-gara berang dengan tindakan isteri memasang televisyen dengan kuat, seorang warga emas yang dalam keadaan mabuk menetak wanita berkenaan dengan parang di Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi malam tadi.



@myblockchecking