πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
682 subscribers
1.54K photos
323 videos
142 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, lapan lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge

Ahad, 06 September 2026 10:45 AM

SEORANG pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, Pahang pada Jumaat.

UiTM Cawangan Pahang memaklumkan mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal merupakan peserta dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan menyertai acara itu yang bermula sejak 2 September lepas.

β€œPengurusan UiTM menzahirkan rasa amat berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry, peserta KKEC 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

β€œPihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham,” kata UiTM Cawangan Pahang menerusi kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, pihak pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan, serta keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar dan dipermudahkan tanpa sebarang kesulitan.

Selain itu, katanya, pihak penganjur turut menetapkan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan.

β€œUntuk makluman, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia ini berlangsung dari 2 hingga 8 September 2026 di UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

β€œSemua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, terdapat beberapa peserta terdahulu yang diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir tersebut.

Artikel Mstar



@myblockchecking
Seorang penuntut UiTM sertai KKEC meninggal dunia, lapan lagi terima rawatan di hospital

Kuantan: Seorang peserta meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dekat Jengka, Maran.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian itu pada 6.59 petang semalam.

"Mangsa yang meninggal dunia merupakan penuntut lelaki berusia 21 tahun dan butiran lanjut akan diberi selepas laporan bedah siasat diterima," katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, kesemua mereka tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dipercayai akibat faktor cuaca panas.

Sementara itu, UiTM Cawangan Pahang dalam kenyataan menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga peserta program KKEC daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd
Fellimal.

Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham.

"Pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan dan keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar serta dipermudah tanpa sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.

UiTM memaklumkan sebagai bukti komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pihak penganjur sudah menetapkan pertandingan membabitkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan.

Menurut kenyataan itu, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia berlangsung dari 2 hingga 8 September di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka sudah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

"Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula. Malah, beberapa peserta terdahulu sudah diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir terbabit," menurut kenyataan itu.

Pihak UiTM memandang serius kejadian ini dan akan terus memantau rapi situasi semasa bagi memastikan kebajikan semua pihak yang terlibat terpelihara.

"Segala kesulitan amatlah dikesali, dan kerjasama serta doa daripada semua pihak amat dihargai dalam mendepani waktu yang sukar ini," menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: September 6, 2026 10:04am
Artikel ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Polis siasat kanak-kanak 2 tahun dikasari di taska

TEMERLOH: Polis membuka kertas siasatan susulan tular di media sosial memaparkan rakaman video seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikasari pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Mentakab, di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian berkenaan semalam.

Menurutnya, polis turut menerima laporan dibuat ibu kanak-kanak terbabit berusia 29 tahun, kira-kira jam 6 petang tadi.

"Ibu mangsa memaklumkan anak perempuannya berusia dua tahun dihantar ke pusat asuhan berkenaan.

Disyorkan
"Pengadu mendakwa mangsa menerima layanan kasar pengasuh di taska itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Nasyim berkata, susulan laporan itu, kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti kejadian sebenar selain tindakan lanjut terhadap pihak terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, individu
terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Oleh Khirrul Nirwan Bahaudin
September 6, 2026 1:06am
Artikel ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
KEJADIAN BERLAKU DI LUAR NEGARA!

Pemandu teksi seorang muslim melompat keluar dari kereta yang dipandunya selepas penumpang biadap menakutkannya dengan seekor anjing. Ini bukan sekadar menakut-nakutkan atau gurauan, tapi ini berbentuk serangan. Bagaimana kita boleh terima seorang kafir meletakkan anjing atas kepala seorang muslim? 🀬🀬🀬

Kredit ➑️ Threads budak.kampung78


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita tak racist.. tapi padang awam rosak.. pembakaran besar macam ni patut ada tempat khas.. dah lah tengah jerebu πŸ₯Ί Kenapa sekarang macam tak ada undang undang ya?

πŸ“Lokasi flat taman mount austin jb.

Kredit ➑️ Threads emmafarhanna_


@myblockchecking
Eman Manan kini Datuk

KUALA TERENGGANU: Pelakon Eman Manan dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Anugerah berkenaan sekali gus melayakkan beliau menggunakan gelaran Dato'.

Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.

Pengiktirafan itu turut meletakkan nama pelakon berkenaan sebaris dengan penerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang lain.

Eman Manan adalah antara pelakon berpengalaman yang telah mewarnai industri seni tanah air menerusi pelbagai watak dalam drama, filem dan karya televisyen sepanjang kerjayanya.

Eman Manan telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali, termasuk menerusi filem pertamanya, Matinya Seorang Patriot (1984), Bintang Malam (1991), dan Buai Laju-Laju (2004).

Penganugerahan
berkenaan menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang telah diceburinya selama bertahun-tahun.

Wartawan BH
September 6, 2026 12:22pm
Artikel ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis β€’ Kedah (Langkawi) β€’ Pulau Pinang (Barat Daya) sehingga 3:00 Petang; Ahad, 6 September 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 12:20 tengah hari, 6 September 2026



@myblockchecking
PENUNGGANG P-HAILING MAUT MOTOSIKAL TERBABAS DI LEBUH AMJ

DUYONG 6 September - Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum melanggar pokok di pembahagi jalan di Lebuh AMJ, Semabok, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Hakimin A. Samah, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai dalam perjalanan dari Kandang menghala ke Bandar Melaka.

β€œSetibanya di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan sebelum terjatuh.

β€œMangsa yang parah di bahagian kepala, badan dan kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan,” katanya.

Halim berkata,
pemeriksaan di lokasi turut menemukan kesan perlanggaran pada pokok serta kesan pecahan di pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada saksi awam berada di lokasi kejadian ketika siasatan dijalankan dan tiada rakaman kamera papan pemuka diperoleh daripada kenderaan terbabit.

β€œBedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

β€œSiasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - Farah Othman / Melaka Hari Ini

πŸ“Έ Polis Daerah Melaka Tengah

Kredit ➑️ Melaka Hari Ini


@myblockchecking
Pelajar Lelaki 18 Tahun Maut Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Treler Di Muar

MUAR, 6 September 2026 – Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar.

Ketua Polis Daerah Muar memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang melibatkan sebuah motosikal dan treler.
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa berada di bahagian sisi kiri hadapan treler sebelum hilang kawalan lalu berlaku pelanggaran dengan kenderaan berat tersebut.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu treler berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Muar bagi tujuan bedah siasat.

Polis turut menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi bebas serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Hasil ujian alkohol dan saringan air kencing terhadap pemandu treler mendapati keputusan adalah negatif.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Al-Fatihah buat mangsa. Takziah kepada keluarga dan waris yang ditinggalkan.

Artikel Infosemasaofficial



@myblockchecking