πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
682 subscribers
1.5K photos
304 videos
141 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Ustaz Halim Din meninggal dunia

Shah Alam: Pendakwah bebas, Ustaz Halim Din meninggal dunia di Hospital Shah Alam jam 11.55 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Maahad Tahfiz Al Khalidiah (MATAK) menerusi hantaran di Facebook.

"Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Abdul Halim bin Din telah kembali ke rahmatullah Pada pukul 11:55 malam (5 September 2026) di Hospital Shah Alam," katanya.

Menurut hantaran itu, solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda, Klang dekat sini.

Di dalam hantaran sama, pihak pusat pengajian itu turut memohon semua ahli keluarga dapat sama-sama berdoa agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak awal Julai lalu.

Di ruangan komen, orang ramai menyifatkan kehilangan Allahyarham yang juga pengerusi maahad terbabit sebagai kehilangan besar.

Disiarkan pada: September 6, 2026 1:11am
Wartawan HM
Lelaki parah jatuh pokok di Gunung Berembun
05 September 2026, 10:41pm

Oleh: Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Seorang lelaki cedera di kepala dan patah kaki akibat terjatuh dari pokok ketika mengambil buah-buahan di Gunung Berembun, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 petang.

β€œSepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan bergegas ke lokasi sebelum tiba jam 3.03 petang.

β€œDifahamkan mangsa berada sejauh lima kilometer (km) dari Pos Pendaftaran Perhutanan. Maklumat awal daripada pemanggil memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki berumur 45 tahun cedera di bahagian kepala dan tidak dapat meneruskan perjalanan ke kaki bukit.

β€œMangsa dikatakan berada di berhampiran lata Gunung Berembun. Komander operasi memulakan pendakian bagi operasi SAR mangsa dengan bantuan bersama orang awam (pemanggil) pada jam 3.05 petang tadi.

β€œNamun bantuan tambahan Pasukan Khas Unit STORM diperlukan berikutan mangsa cedera parah disebabkan terjatuh dari pokok.

β€œPada jam 4.40 petang, mangsa yang cedera di bahagian kepala, bahu kanan dan patah di kaki kiri diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun ke kaki bukit,” katanya.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking
Penyeludup beras dipercayai lemas terjun Sungai Golok

Oleh . UTUSAN MALAYSIA
6 September 2026, 8:03 am

TUMPAT: Cubaan dua lelaki menyeludup lebih 1.2 tan metrik beras dan beras pulut bernilai RM5,412 dari Thailand bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikuhatiri lemas di Sungai Golok, berhampiran kawasan stor haram Pok Ngoh, Pisau Raut di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.25 petang itu, seorang daripada penyeludup itu dikhuatiri lemas ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 8 PGA mengesan pergerakan sebuah perahu enjin galah menghampiri tebing Sungai Golok ketika menjalankan rondaan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan stor haram tersebut.

Katanya, anggota PGA menghampiri perahu itu sebelum kedua-dua penyeludup itu terkejut dengan tindakan tersebut.

β€œMereka berdua bertindak terjun ke dalam Sungai Golok dan berenang ke arah Thailand. Salah seorang suspek berenang ke tebing manakala seorang lagi lelaki tenggelam sebelum hilang daripada pandangan mata dan dikhuatiri lemas.

β€œAnggota PGA cuba mengendali perahu dinaiki kedua-dua penyeludup itu untuk memberikan bantuan, namun kipas enjin perahu tersebut tersangkut dengan kain sekali gus tidak dapat digunakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi berkata, anggota PGA kemudian melakukan pemeriksaan di dalam perahu sebelum menjumpai 1,178 kilogram (kg) beras dan 100 kg beras pulut yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Katanya, usaha mengesan dan mencari mangsa yang dikhuatiri lemas dijalankan secara bersama oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.

Menurutnya, semua rampasan beras diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994. – UTUSAN




@myblockchecking
Wanita Cedera Kemalangan Lori Dan Motosikal Di Jalan Lada

SIBU, 5 SEPT – Seorang wanita berusia 33 tahun cedera selepas terbabit kemalangan antara sebuah lori dan motosikal di Jalan Lada Lorong 16 di sini petang semalam.

Mangsa mengalami benjol di kepala dan pendarahan di mulut. Rawatan awal diberikan dan mangsa dipasang cervical collar sebelum dibawa ke Hospital Sibu menggunakan Ambulans APM.




@myblockchecking
JOHOR 06/09/2026.

Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori berhampiran Exit 312 persimpangan Gelang Patah, semalam.

Sumber ➑️ This Is Johor


@myblockchecking