JOHOR 05/09/2026.
Kemalangan di Lebuhraya utara selatan Km 59.0 arah selatan dari Machap ke Simpang Renggam.
Sumber β‘οΈ Media sosial
@myblockchecking

WANITA CEMAS DIKEJAR DAN DIKEPUNG BELIA
JOHOR. Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila keretanya didakwa dikejar dan dikepung beberapa penunggang motosikal di sekitar Taman Universiti, Skudai.
Kejadian dipercayai bermula selepas seorang penunggang mendakwa motosikalnya dilanggar kereta wanita itu, sebelum rakannya menghampiri kenderaan berkenaan dan meminta bayaran ganti rugi.
Bagaimanapun, wanita itu mendakwa tiada sebarang pelanggaran berlaku, malah percaya penunggang terbabit sengaja mengambil kedudukan di hadapan, tengah dan belakang kereta bagi memaksanya berhenti.
Bimbang akan keselamatannya, wanita itu membunyikan hon untuk meminta bantuan orang awam sebelum menuju ke balai polis berhampiran. Detik berkenaan dirakam kamera papan pemuka bertarikh 2 September 2026.
Abang pengadu mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan rakaman berkenaan diserahkan bagi membantu siasatan.

Pernah tak jadi situasi macam ni?
Anda tengah lepak minum dengan kawan-kawan di mamak.
Jam dah pukul 10 malam.
Kawan anda selamba order kopi.
Anda pula terus pandang dia pelik.
βEh, kau minum kopi malam-malam ni tak susah tidur ke?β
Dia jawab:
βTak. Aku minum kopi pun boleh tidur.β
Balik rumah?
Betul.
Dia terus tidur.
Anda pula minum kopi pukul 4 petang tadi, pukul 1 pagi masih terkebil-kebil tengok siling.
Mesti ada yang cakap:
βBadan dia dah kebal kopi kot.β
Adakah ini mitos? Atau fakta?
Saintis memang mendapati bahawa kesan kafein BERBEZA antara seorang dengan seorang yang lain.
Ada orang minum satu cawan terus segar.
Ada orang boleh minum kopi malam dan masih rasa mengantuk.
Kenapa Anda Terpilih? Ini Senarai Semaknya:
1. GENETIK
(Geng Slow Metabolizer Sila Lapor Diri!)
Kafein diproses terutamanya di hati melalui enzim CYP1A2.
Tetapi aktiviti enzim ini tidak sama bagi setiap orang.
Ada individu yang memproses kafein lebih cepat.
Ada pula yang lebih perlahan.
Kalau anda jenis yang metabolisme kafein perlahan, kesannya boleh kekal lebih lama dalam badan.
Sebab itu kawan anda minum kopi malam boleh tidur.
Anda minum petang pun masih berjaga.
2. OTAK ANDA MUNGKIN LEBIH SENSITIF
Kafein bekerja dengan menyekat reseptor adenosine.
Adenosine ialah salah satu bahan yang membantu menghasilkan rasa mengantuk.
Tetapi sensitiviti reseptor ini berbeza antara manusia.
Sebab itu ada orang minum setengah cawan pun dah rasa:
β’ Mata segar
β’ Susah tidur
β’ Gelisah
β’ Jantung rasa berdebar
Kawan sebelah?
Relax je.
3. βAKU DAH BIASA MINUM KOPIβ
Ini memang boleh berlaku.
Kalau anda minum kopi setiap hari, badan boleh membina TOLERANCE terhadap kafein.
Maksudnya, kesan βkickβ yang dulu kuat boleh jadi semakin kurang terasa.
Sebab itu ada peminum kopi tegar yang boleh minum kopi malam tanpa rasa macam baru dapat tenaga tambahan.
Tapi ingat.
Kurang rasa kesannya tak bermaksud kafein dah hilang daripada badan.
4. MASA MINUM KOPI
Kafein tidak hilang daripada badan dalam masa satu dua jam.
Secara purata, separuh daripada kafein yang anda ambil boleh masih berada dalam badan beberapa jam kemudian.
Jadi kalau anda minum kopi lewat petang atau malam, sebahagian kafein mungkin masih aktif ketika anda cuba tidur.
Contoh mudah:
Minum kopi pukul 6 petang.
Malam nanti, sebahagian kafein itu masih boleh berada dalam sistem anda.
5. βTAPI AKU BOLEH TIDUR LEPAS MINUM KOPIβ
Boleh tidur tak semestinya bermaksud kopi langsung tak memberi kesan.
Sesetengah orang masih boleh tertidur selepas minum kopi.
Tetapi kafein lewat hari boleh mempengaruhi tempoh atau kualiti tidur pada sesetengah individu.
Jadi jangan ukur kesan kafein dengan satu soalan sahaja:
βAku boleh tidur ke tak?β
Kalau anda selalu susah tidur selepas minum kopi, itu bukan sebab anda βlemahβ.
Itu mungkin sebab badan anda memproses kafein lebih perlahan atau otak anda lebih sensitif terhadapnya.
Tips min min, kalau tahu diri tu jenis minum kopi pukul 5 petang pun pukul 1 pagi masih tengok kipas siling, janganlah ikut member order kopi malam-malam.
Dia punya CYP1A2 mungkin laju.
Anda punya mata yang kena berjaga. π
Public Health Malaysia

Ustaz Halim Din meninggal dunia
Shah Alam: Pendakwah bebas, Ustaz Halim Din meninggal dunia di Hospital Shah Alam jam 11.55 malam tadi.
Berita sedih itu dikongsikan Maahad Tahfiz Al Khalidiah (MATAK) menerusi hantaran di Facebook.
"Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Abdul Halim bin Din telah kembali ke rahmatullah Pada pukul 11:55 malam (5 September 2026) di Hospital Shah Alam," katanya.
Menurut hantaran itu, solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda, Klang dekat sini.
Di dalam hantaran sama, pihak pusat pengajian itu turut memohon semua ahli keluarga dapat sama-sama berdoa agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Terdahulu, kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak awal Julai lalu.
Di ruangan komen, orang ramai menyifatkan kehilangan Allahyarham yang juga pengerusi maahad terbabit sebagai kehilangan besar.
Disiarkan pada: September 6, 2026 1:11am
Wartawan HM

Lelaki parah jatuh pokok di Gunung Berembun
05 September 2026, 10:41pm
Oleh: Ahmad Hasbi
SEREMBAN: Seorang lelaki cedera di kepala dan patah kaki akibat terjatuh dari pokok ketika mengambil buah-buahan di Gunung Berembun, di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 petang.
βSepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan bergegas ke lokasi sebelum tiba jam 3.03 petang.
βDifahamkan mangsa berada sejauh lima kilometer (km) dari Pos Pendaftaran Perhutanan. Maklumat awal daripada pemanggil memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki berumur 45 tahun cedera di bahagian kepala dan tidak dapat meneruskan perjalanan ke kaki bukit.
βMangsa dikatakan berada di berhampiran lata Gunung Berembun. Komander operasi memulakan pendakian bagi operasi SAR mangsa dengan bantuan bersama orang awam (pemanggil) pada jam 3.05 petang tadi.
βNamun bantuan tambahan Pasukan Khas Unit STORM diperlukan berikutan mangsa cedera parah disebabkan terjatuh dari pokok.
βPada jam 4.40 petang, mangsa yang cedera di bahagian kepala, bahu kanan dan patah di kaki kiri diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun ke kaki bukit,β katanya.
Artikel Buletin Tv3

Penyeludup beras dipercayai lemas terjun Sungai Golok
Oleh . UTUSAN MALAYSIA
6 September 2026, 8:03 am
TUMPAT: Cubaan dua lelaki menyeludup lebih 1.2 tan metrik beras dan beras pulut bernilai RM5,412 dari Thailand bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikuhatiri lemas di Sungai Golok, berhampiran kawasan stor haram Pok Ngoh, Pisau Raut di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.25 petang itu, seorang daripada penyeludup itu dikhuatiri lemas ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 8 PGA mengesan pergerakan sebuah perahu enjin galah menghampiri tebing Sungai Golok ketika menjalankan rondaan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan stor haram tersebut.
Katanya, anggota PGA menghampiri perahu itu sebelum kedua-dua penyeludup itu terkejut dengan tindakan tersebut.
βMereka berdua bertindak terjun ke dalam Sungai Golok dan berenang ke arah Thailand. Salah seorang suspek berenang ke tebing manakala seorang lagi lelaki tenggelam sebelum hilang daripada pandangan mata dan dikhuatiri lemas.
βAnggota PGA cuba mengendali perahu dinaiki kedua-dua penyeludup itu untuk memberikan bantuan, namun kipas enjin perahu tersebut tersangkut dengan kain sekali gus tidak dapat digunakan,β katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Radzi berkata, anggota PGA kemudian melakukan pemeriksaan di dalam perahu sebelum menjumpai 1,178 kilogram (kg) beras dan 100 kg beras pulut yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Katanya, usaha mengesan dan mencari mangsa yang dikhuatiri lemas dijalankan secara bersama oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.
Menurutnya, semua rampasan beras diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994. β UTUSAN

Wanita Cedera Kemalangan Lori Dan Motosikal Di Jalan Lada
SIBU, 5 SEPT β Seorang wanita berusia 33 tahun cedera selepas terbabit kemalangan antara sebuah lori dan motosikal di Jalan Lada Lorong 16 di sini petang semalam.
Mangsa mengalami benjol di kepala dan pendarahan di mulut. Rawatan awal diberikan dan mangsa dipasang cervical collar sebelum dibawa ke Hospital Sibu menggunakan Ambulans APM.