๐Ÿš“โ€ผ๏ธ ๐•€โ„•๐”ฝ๐•† โ„๐• ๐•”๐•œ๐”น๐•๐• ๐•”๐•œ ๐•„๐•ช๐Ÿš“
682 subscribers
1.41K photos
283 videos
141 links
โš ๏ธๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹ไบŒ็พค @avnvyou6
707ไผ˜ๆƒ ๆœบๅ™จไบบ @The707CommunityBot
707่ต›ไบ‹็›ดๆ’ญ @livescore707
ๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹  @ahmoisexy
707ๆ‹…ไฟ็ฝ‘ https://707guarantee.com
็”ตๅฝฑ็พค @movieat707
ๅƒ็“œไบšๆดฒ  @chiguaasia
DJ่ˆžๆ›ฒ  @musicwabo
ๅคง้ฉฌ่ทฏๅ†ตๆถˆๆฏ @myblockchecking
Download Telegram
Banjir dan tanah runtuh Nepal: Angka korban cecah 1,344 - Polis

Kathmandu: Angka korban akibat kejadian gelongsoran lumpur di Nepal melepasi 1,300 orang, menurut Polis Nepal pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan polis, sebanyak 1,344 mayat ditemukan setakat 5 pagi waktu tempatan Sabtu.

Polis memaklumkan 4,898 orang masih tidak dapat dihubungi setakat pagi Sabtu, manakala 8,631 orang berjaya diselamatkan setakat ini ketika agensi keselamatan meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat gelongsoran lumpur.

Pihak berkuasa turut mempergiat usaha mengenal pasti identiti mayat menerusi ujian DNA. Sampel DNA telah diambil daripada 1,260 mangsa yang terkorban dan 972 ahli keluarga mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sampel yang dikumpulkan sebanyak 2,232.

Disiarkan pada: September 5, 2026 4:37pm
Kredit โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
Operasi perniagaan Kafe Secangkir berakhir secara rasmi, premis diserah kepada penyewa baharu

Kuantan: Premis Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, di sini, yang diusahakan Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan akan diserahkan kepada penyewa baharu susulan operasi perniagaan kafe itu berakhir semalam.

Abang Allahyarham, Muhammad Hafiz Rifqi, 33, berkata, keputusan mengenai penyewa baharu adalah di tangan pemilik premis berkenaan.

"Bagi kami, segalanya sudah berakhir dan nama Kafe Secangkir tiada lagi beroperasi di premis ini walaupun ada yang mahu kami meneruskan perniagaan itu.

"Kini, terserah kepada pemilik premis yang juga tuan tanah untuk memilih dan urusan seterusnya adalah barangan yang ada di dalam premis, sama ada penyewa baharu berminat membelinya.

"Bagi barangan lain seperti pinggan, gelas serta kelengkapan lain, ramai pelanggan membelinya semalam dan kami amat menghargainya," katanya.

Mengulas sambutan luar jangka khususnya pada hari terakhir Kafe Secangkir operasi semalam, Muhammad
Hafiz Rifqi menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan.

Katanya, ada pelanggan yang hadir seawal jam 9.30 pagi, sekali gus membuktikan sokongan berterusan mereka sejak kafe itu mula beroperasi sehingga hari terakhir.

"Saya hargai kehadiran, sokongan dan kesabaran orang ramai yang datang ke kafe sepanjang tempoh berniaga bermula jam 3 petang hingga 9 malam tadi.

"Walaupun 100 potongan kek habis awal, masih ada pelanggan yang mahu merasai minuman yang dijual pada hari terakhir.

"Dengan berakhirnya operasi kafe semalam, saya harap ia menjadi kenangan terindah buat semua yang selama ini memberikan sokongan kepada Kafe Secangkir," katanya.

Kafe yang mula beroperasi pada 2024 itu diusahakan Nur Atiqah Sofiya, 32, yang meninggal dunia bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Temerloh, pada 31 Ogos lalu.

Selain Nur Atiqah Sofiya sekeluarga, kemalangan tragis itu turut meragut nyawa Seow Beng Wain, 55, dari Shah Alam, Selangor, serta seorang remaja berusia 18 tahun, manakala pemandu lori tangki berusia 52 tahun parah.

Media sebelum ini melaporkan hasil siasatan awal polis mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada lori tangki simen yang hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan.

Disiarkan pada: September 5, 2026 4:16pm
Asrol Awang
am โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Jasad mangsa terakhir ditemui

Azizi Majid
am Tinggi: Jasad mangsa lemas keempat dan terakhir di Pantai Tanjung Lompat di sini, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 3.05 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad berkata, identiti Mohamad Haiman Fitri Supian, 16, disahkan ahli keluarga.

"Mayat ditemui orang awam pada jam 3.05 petang di kawasan batuan pesisir Pantai Tanjung Siang, di sini iaitu kira-kira 12 kilometer dari lokasi kejadian.

"Ahli keluarga mangsa juga mengesahkan identiti mangsa pada jam 4.30 petang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa pertama, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, 16, ditemui lemas kira-kira jam 1.25 tengah hari, Rabu lalu, manakala Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, pula ditemukan jam 1.53 tengah hari keesokannya.

Mangsa ketiga, Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, pula ditemukan jam 11.15 pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi Rabu lalu itu berlaku apabila salah seorang daripada mangsa hampir lemas sebelum rakan-rakan lain cuba menyelamatkannya sebelum mereka turut lemas.

Disiarkan pada: September 5, 2026 6:10pm

Artikel Harian Metro



@myblockchecking
:

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Langgar Lari, Polis Kesan Lori Putih
KULIM โ€“ Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai membabitkan kejadian langgar lari di Jalan Sungai Ular, Kulim awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC bernombor pendaftaran PSA 6871 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendent Syamsul Sinring berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lagi kenderaan yang masih belum dikenal pasti.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi di lokasi, kenderaan yang dipercayai terlibat adalah sebuah lori berwarna putih yang tidak mengalami kerosakan ketara berbanding impak kemalangan.
โ€œSehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada pemandu kenderaan berkenaan berhubung kejadian terbabit.
โ€œUsaha mengesan identiti kenderaan serta pemandu yang terlibat sedang giat dijalankan,โ€ katanya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, termasuk saksi bebas, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau maklumat mengenai lori berwarna putih terbabit supaya tampil membantu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurzety Adawiyah Binti Muhamad di talian 011-33982365 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulim.

Al-Fatihah buat mangsa. Semoga keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
Artikel Infosemasaofficial


@myblockchecking
Kelibat ibu, anak harimau kumbang bersantai di Hutan Simpan Berembun

Oleh NOR AINNA HAMZAH
5 September 2026, 5:04 pm

JELEBU โ€“ Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang menyiasat mengenai kesahihan video tular yang memaparkan kelibat dua ekor harimau kumbang dipercayai ibu dan anak di kawasan Hutan Simpan Berembun di sini.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti lokasi sebenar dan keadaan haiwan liar tersebut.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati dua ekor haiwan yang dirakam itu dipercayai ibu bersama anak dianggarkan berusia dua tahun ke bawah.

Beliau berkata, kedua-dua haiwan itu dikesan berada dalam kawasan hutan simpan dan dipercayai berkeliaran di sekitar Hutan Simpan Berembun.

Setakat ini, pihak Perhilitan tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian tersebut.

Artikle Kosmo Online



@myblockchecking
Forwarded from WABOASIA OFFICIAL
๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ“ฑ


๐ŸŒ website
๐Ÿ“ฑ Channel
๐Ÿ“ฑ facebook
๐Ÿ“ฑ youtube
๐Ÿ“ฑ tiktok
๐Ÿ“ฑ CS ๅฎขๆœ
๐Ÿ’ฌ 24/7 support ๅฎขๆœ
โšฝ๏ธ
707livestream/707livescoire
๐Ÿ”ž
movie

#wabo #bigwin #payoutproof #4dresult
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from WABOASIA OFFICIAL
๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ“ฑ


๐ŸŒ website
๐Ÿ“ฑ Channel
๐Ÿ“ฑ facebook
๐Ÿ“ฑ youtube
๐Ÿ“ฑ tiktok
๐Ÿ“ฑ CS ๅฎขๆœ
๐Ÿ’ฌ 24/7 support ๅฎขๆœ
โšฝ๏ธ
707livestream/707livescoire
๐Ÿ”ž
movie

#wabo #bigwin #payoutproof #4dresult
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from WABOASIA OFFICIAL
๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ“ฑ


๐ŸŒ website
๐Ÿ“ฑ Channel
๐Ÿ“ฑ facebook
๐Ÿ“ฑ youtube
๐Ÿ“ฑ tiktok
๐Ÿ“ฑ CS ๅฎขๆœ
๐Ÿ’ฌ 24/7 support ๅฎขๆœ
โšฝ๏ธ
707livestream/707livescoire
๐Ÿ”ž
movie

#wabo #bigwin #payoutproof #4dresult
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from WABOASIA OFFICIAL
๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ“ฑ


๐ŸŒ website
๐Ÿ“ฑ Channel
๐Ÿ“ฑ facebook
๐Ÿ“ฑ youtube
๐Ÿ“ฑ tiktok
๐Ÿ“ฑ CS ๅฎขๆœ
๐Ÿ’ฌ 24/7 support ๅฎขๆœ
โšฝ๏ธ
707livestream/707livescoire
๐Ÿ”ž
movie

#wabo #bigwin #payoutproof #4dresult
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from WABOASIA OFFICIAL
๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ“ฑ


๐ŸŒ website
๐Ÿ“ฑ Channel
๐Ÿ“ฑ facebook
๐Ÿ“ฑ youtube
๐Ÿ“ฑ tiktok
๐Ÿ“ฑ CS ๅฎขๆœ
๐Ÿ’ฌ 24/7 support ๅฎขๆœ
โšฝ๏ธ
707livestream/707livescoire
๐Ÿ”ž
movie

#wabo #bigwin #payoutproof #4dresult
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
AKU KESAN SEMACAM USS ABRAHAM LINCOLN KENA BEDILAN IRAN?

Ini satu benda yang aku perasan bila tengok secara details gambar USS Abraham Lincoln yang baru tiba di Thailand. Port side superstructure dia ada satu kawasan yang nampak jauh lebih fresh berbanding cat di bahagian lain kapal.

Tengok keseluruhan kapal, memang jelas kapal ni baru melalui deployment yang panjang. Banyak bahagian nampak weathered, faded dan menunjukkan kesan berbulan-bulan berada di laut. Tapi kawasan tertentu dekat port side tu nampak macam baru dibuat repair atau repaint.

Sekarang persoalannya, apa sebenarnya yang berlaku dekat situ?jengโ€ฆ.jengโ€ฆjenggโ€ฆ Iran sebelum ni memang pernah claim mereka berjaya menyerang dan membedil USS Abraham Lincoln menggunakan aset serangan mereka. Claim itu datang daripada pihak Iran/IRGC.

Amerika pula tidak mengesahkan bahawa USS Abraham Lincoln mengalami direct hit malah mereka claim berjaya membuat pintasan ke atas serangan tersebut. Jadi kita kena bezakan antara Iranian claim dengan confirmed battle damage.

Tapi sebagai orang yang pernah ada sedikit pengalaman bekerja di MMHE shipyard, aku tahu satu benda dalam dunia perkapalan. Small scale patch repair ni tak semestinya memerlukan kapal masuk shipyard atau dry dock.

Bergantung kepada lokasi dan severity damage, kerja tertentu boleh dilakukan ketika kapal masih afloat. Cutting. Welding. Patch plate. Temporary repair.
Kemudian coating atau repainting.

Kalau damage kecil berlaku pada external structure atau superstructure, kapal boleh buat damage control dan temporary repair untuk memastikan operasi diteruskan. Permanent repair yang lebih besar boleh dibuat kemudian bila kapal masuk naval repair facility.

Sebab itu bila aku tengok gambar Lincoln, especially kawasan port side yang nampak baru dicat tu menarik perhatian aku pasal ia tersangatlah obvious.

Adakah itu sekadar corrosion repair?
Routine maintenance? Atau ada kaitan dengan damage yang berlaku sepanjang deployment? Jika benar Alhamdullilah Allahuakbar.

Aku tak boleh confirm news ni dan aku tak akan kata fresh paint tu confirm kena missile hit or drone. Tapi pada masa yang sama, kita juga tak boleh terus dismiss kemungkinan tersebut. USS Abraham Lincoln baru melalui deployment yang sangat panjang dalam kawasan operasi yang melibatkan konflik dengan Iran.

Kita belum tahu. Tapi satu benda aku kita kena tahu daripada dunia kapal. Steel tak pandai bercakap. Tapi weld mark, patch plate, corrosion dan fresh paint kadang-kadang boleh bagi kita petunjuk. Hahahah saja buat posting nakal pagi ni.

Cuma untuk cerita penuh. CO XO Fleet Admiral US Navy yang pegang jawapannya.




@myblockchecking
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA SELATAN)

8.52pm๐Ÿ”ธLUS : โš ๏ธ Awas! Susulan berlakunya kemalangan di KM 59 arah Selatan dari Machap ke Simpang Renggam. Lorong kecemasan terhalang. Trafik perlahan di lokasi.

Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu!

@myblockchecking
05 September 2026
Pekan Debak

KEMALANGAN MELIBATKAN DUA BUAH KERETA DI SIMPANG CHUNG HUA DEBAK

Pada Petang Tadi Kemalangan Berlaku Melibatkan Dua Buah Kereta Di Persimpangan Sekolah Chung Hua Debak.Daripada Kemalangan Tersebut Tiga Mangsa Cedera,Seorang Lelaki Cedera Di Bahagian Dahi Dan Seorang Mangsa Wanita Cedera Di Bahagian Kaki Dan Leher Manakala Sorg Lagi Mangsa Wanita Cedera Di Bahagian Kaki.
Kesemua Mangsa Telah Dirujuk Ke Klinik Kesihatan Debak Oleh Angkatan Pertahanan Awam Debak.




@myblockchecking
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA SELATAN)

8.52pm๐Ÿ”ธLUS : โš ๏ธ Awas! Susulan berlakunya kemalangan di KM 59 arah Selatan dari Machap ke Simpang Renggam. Lorong kecemasan terhalang. Trafik perlahan di lokasi.

Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu!




@myblockchecking