πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
684 subscribers
1.36K photos
272 videos
141 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
kelewatan dan dia meminta saya menghubunginya apabila sudah tiba," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Putery berkata, selepas tiba di TBS, saya terus menghubunginya melalui nombor telefon yang digunakan untuk menghubunginya.

"Ketika dalam perjalanan ke hostel, pemandu terbabit bertanyakan mengenai kelewatan bas sebelum perbualan beralih kepada pengalaman peribadinya.

"Dia bertanya kenapa bas lambat dan saya ceritakan perkara yang berlaku. Kemudian dia bertanya sama ada saya mempunyai rancangan ketika cuti.

"Saya jawab tiada kerana kawan-kawan semuanya bercuti di Thailand dan saya hanya pulang ke rumah keluarga," katanya.

Katanya, selepas itu dia mula bercerita mengenai Thailand dan perkara berkaitan pelacur serta pengalaman peribadinya.

"Saya hanya memberi respons ringkas seperti 'oh', 'ye ke' dan 'faham' kerana berasa tidak selesa dengan topik perbualan itu, namun pemandu terbabit meneruskan perbualan.

"Pemandu itu memberi contoh tubuh badan saya ketika menceritakan perkara berunsur lucah itu," katanya.

Menurut Putery, sepanjang perjalanan, dia hanya bercakap mengenai perkara lucah.

"Apabila sampai di hostel, dia masih bercakap mengenai perkara sama dan turut menunjukkan sejenis pil yang didakwa diambilnya sebelum melakukan hubungan seks

"Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 20 minit menjadi lebih lama kerana keadaan jalan pada awal pagi tidak sesak, namun kenderaan dipandunya bergerak perlahan.

"Saya bukan tidak mahu menegur, tetapi saya seorang perempuan dan ketika itu hanya berdua dengannya. Saya bimbang jika berlaku sesuatu, saya mungkin tidak dapat berbuat apa-apa. Sebab itu saya memilih untuk diam sehingga tiba di destinasi," katanya.

Dia yang bimbang dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Setapak.

Disiarkan pada: September 5, 2026 9:38am
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Tiga ekor buaya berjaya ditangkap di Kuala Baram

Utusan Sarawak
September 4, 2026

MIRI: Tiga ekor buaya termasuk seekor berukuran 4.36 meter berjaya ditangkap dalam operasi di Kuala Baram di sini hari ini.

Menurut Team Eric Cat menerusi hantaran di Facebook, tiga reptilia itu masing-masing berukuran 4.36 meter, 2.83 meter dan 2.80 meter.

Operasi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak, dalam usaha menangani kehadiran buaya serta meningkatkan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

β€œTangkapan tiga ekor buaya dalam satu operasi itu turut menunjukkan pemantauan terhadap habitat dan pergerakan reptilia berkenaan di Kuala Baram terus dipergiat.

β€œOrang awam, khususnya penduduk dan mereka yang menjalankan aktiviti berhampiran sungai, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi nasihat dan arahan keselamatan pihak berkuasa,” menurut hantaran tersebut.

Tiga tangkapan dalam satu operasi, Kuala Baram terus menjadi tumpuan usaha menangani ancaman buaya.

Oleh Liong Chai Ling
Artikel Utusan Sarawak



@myblockchecking
SEKILAS INFO

Pada wang kertas RM20 Malaysia, terdapat gambar dua ekor penyu aitu penyu karah (hawksbill turtle) dan penyu belimbing (leatherback turtle).

Kedua-duanya ditampilkan sebagai simbol hidupan marin Malaysia.



@myblockchecking
JOHOR 05/09/2026.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Simbang - Persisiran Perling, Taman Perling pagi tadi.

Sumber ➑️ Media sosial


@myblockchecking
Gangguan sistem, empat plaza tol di LDP terjejas

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berdepan kesesakan selepas berlaku kegagalan fungsi di empat plaza tol lebuh raya berkenaan, tengah hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan gangguan itu berlaku di Plaza Tol Puchong Selatan, Plaza Tol Puchong Barat, Plaza Tol Penchala dan Plaza Tol PJS.

Menurut kenyataan LLM, semua lorong di plaza tol terbabit mengalami gangguan di kedua-dua arah.

β€œSusulan berlakunya kegagalan fungsi di Plaza Tol Puchong Selatan, Plaza Tol Puchong Barat, Plaza Tol Penchala dan Plaza Tol PJS di kedua-dua arah.

β€œSemua lorong terganggu ketika ini dan trafik sesak,” tulis kenyataan tersebut sebentar tadi.

LLM berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan bagi memulihkan sistem berkenaan.

β€œSegala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Oleh KOSMO!
5 September 2026, 1:46 pm
Artikel ➑️ Kosmo Online


@myblockchecking
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KUALA LUMPUR 05/09/2026.

Rakaman kamera papan pemuka kemalangan lori di Lebuhraya KL-KARAK Km 316 arah barat dari Genting Sempah ke Gombak sekitar jam 6 petang semalam.

Sumber ➑️ Media sosial


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PAHANG 05/09/2026.

Rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta dipandu secara melulu dan berbahaya berhampiran Kampung Janglau 4 dari arah Rompin, sekitar jam 1.30 petang semalam.

Sumber ➑️ Virgo Gurlzz


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Van polis pun boleh buat kita terkejut πŸ˜­πŸ˜‚

Tengah jalan elok-elok, sekali datang rapat sebelah macam nak test jantung driver dashcam pula! Nasib baik semua sempat control. πŸ˜…πŸš—πŸ’¨

Kredit ➑️ Dashcam Harian


@myblockchecking
π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 π‰π€π˜π€

MAKLUMAN ORANG HILANG MELIBATKAN REMAJA PEREMPUAN BERUMUR 17 TAHUN





@myblockchecking
Aah Mooi hilang di USJ pada Hari Merdeka
Oleh KOSMO!
5 September 2026, 11:54 am

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di USJ 19, Subang Jaya pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mengenai kehilangan warga emas itu pada pukul 2.30 pagi, 1 September lalu.

Menurut beliau, wanita dikenali sebagai Sam Aah Mooi itu kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di B10-10, Rhythm Avenue, Persiaran Kewajipan, USJ 19, kira-kira pukul 2.30 petang, 31 Ogos lalu.

β€œWanita itu dipercayai memakai kemeja bercorak hitam putih dan berseluar pendek berwarna cerah ketika keluar dari rumah.

β€œAah Mooi mempunyai ketinggian 141 sentimeter, berat 27 kilogram, berkulit kuning langsat dan rambut putih pendek paras bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, wanita itu mempunyai hidung kemek, mata kecil dan mulut nipis dan mengalami masalah kulit kering akibat alahan pada tangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Aah Mooi diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100.

β€œSegala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Artikel Kosmo Online


@myblockchecking
04/09/2026. KELANTAN. Kemalangan di Bunut Payong, Kota Bharu. Motor melanggar belakang Honda City yang keluar lorong dan terus pancung kanan.…

Sumber StarMm



@myblockchecking
Maritim Malaysia rampas katrij dadah 'piu piu' bernilai RM160,000

05 September 2026 02:26pm

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 600 katrij vape disyaki mengandungi cecair dadah yang dikenali sebagai 'piu-piu' bernilai RM160,000 di perairan Senggarang, dekat Batu Pahat pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, pihaknya mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan pada 12 tengah malam, namun suspek berjaya melarikan diri bersama bot berkenaan selepas dikejar bot peronda.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah beg berwarna hitam mengandungi dadah berkenaan yang ditinggalkan di kawasan berbatu di tepi sebuah pantai.

"Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Mohammad Zaini berkata, sampel cecair vape terbabit akan dihantar ke makmal untuk analisis pengesahan kandungan dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang awam serta komuniti maritim diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut bagi membanteras kegiatan jenayah serta menjamin keselamatan perairan negara. - Bernama




@myblockchecking
Tukang urut maut jatuh tingkat 4 dipercayai ketika cuba lari pemeriksaan
Azizi Majid
September 5, 2026 1:36pm

JOHOR BAHRU: Seorang tukang urut wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah kedai di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, di sini dipercayai ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.48 petang.

"Siasatan awal mendapati wanita warga asing berusia 36 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 4, ketika cuba melarikan diri semasa pemeriksaan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di premis tempatnya bekerja.

"Mangsa ditemui di belakang bangunan rumah kedai berkenaan dalam keadaan tertiarap dengan pendarahan di kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk proses bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan retak pada bahagian kepala, selain patah beberapa tulang rusuk.

"Polis masih melengkapkan siasatan daripada pelbagai sudut dan klasifikasi kes boleh berubah sekiranya laporan bedah siasat atau bukti baharu menunjukkan sebaliknya," katanya.

Katanya, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Artikel Berita Harian



@myblockchecking
Sabtu jam 2.37PM: KLCC, KL Tower, TRX hampir tak kelihatanπŸ˜₯

Harap orang ramai kurangkan aktiviti di luar & pakai face mask. Jerebu agak teruk harini.

πŸ“ Gambar diambil dari area Sentul, KL

Sumber: Thread adiazwari_




@myblockchecking
Lima premis perniagaan di Jeti Chew terbakar, peniaga rugi RM1 juta

Bernama
05/09/2026 | 08:00 MYT

GEORGE TOWN: Lima premis perniagaan di kawasan ikon warisan Pulau Pinang, Jeti Chew, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pegawai Operasi Zon 1, Daerah Timur Laut, Penolong Penguasa Bomba Rusli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.08 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

β€œKebakaran melibatkan lima kedai termasuk bengkel kereta, kedai kimpalan, kedai barang lusuh dan kilang kayu. Operasi pemadaman masih dijalankan setakat 3 pagi, namun kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah stesen minyak berhampiran selain mengelakkan api daripada merebak ke kawasan perumahan di sekitar lokasi kejadian.

Operasi pemadaman melibatkan kira-kira 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Jalan Perak dan Lebuh Pantai, selain dibantu kira-kira 17 anggota bomba sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

Rusli memaklumkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang mangsa, Toh Aik Aun, 50, berkata, premis percetakan kemeja-T yang diusahakannya sejak kira-kira 30 tahun lepas musnah dalam kejadian itu.

β€œSebenarnya terdapat ratusan helai pakaian pelanggan yang masih menunggu untuk disiapkan dan dihantar. Semua musnah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hong Jing Lian, 60, berkata, kedai mengecat kereta miliknya yang telah beroperasi sejak 1997 turut musnah dengan kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

Beliau berkata, antara kenderaan yang berada di premis berkenaan ketika kejadian termasuk Suzuki Swift, Mercedes-Benz C-Class dan BMW.

Jeti Chew yang terletak di pesisir pantai bersejarah George Town merupakan jeti persaudaraan Cina terbesar dan antara yang tertua di Pulau Pinang.

Perkampungan rumah kayu di atas air yang terletak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO itu menjadi kediaman turun-temurun masyarakat Cina sejak abad ke-19.

-- BERNAMA

Artikel Astro Awani



@myblockchecking
Banjir dan tanah runtuh Nepal: Angka korban cecah 1,344 - Polis

Kathmandu: Angka korban akibat kejadian gelongsoran lumpur di Nepal melepasi 1,300 orang, menurut Polis Nepal pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan polis, sebanyak 1,344 mayat ditemukan setakat 5 pagi waktu tempatan Sabtu.

Polis memaklumkan 4,898 orang masih tidak dapat dihubungi setakat pagi Sabtu, manakala 8,631 orang berjaya diselamatkan setakat ini ketika agensi keselamatan meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat gelongsoran lumpur.

Pihak berkuasa turut mempergiat usaha mengenal pasti identiti mayat menerusi ujian DNA. Sampel DNA telah diambil daripada 1,260 mangsa yang terkorban dan 972 ahli keluarga mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sampel yang dikumpulkan sebanyak 2,232.

Disiarkan pada: September 5, 2026 4:37pm
Kredit ➑️ Harian Metro


@myblockchecking