Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu
Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026
ISKANDAR PUTERI β Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghilangkan diri tanpa khabar berita hampir dua minggu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya berkata, bapanya iaitu menyedari Nurhumairah Farhanna Abdul Rahman, 16, tidak berada di rumah pada pukul 5.30 petang pada 22 Ogos lalu selepas pulang dari tempat kerja.
Katanya, bapa angkat remaja berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis keesokannya hari pada pukul 6.54 petang setelah menyedarinya masih tidak pulang ke rumah.
βKali terakhir pengadu yang berusia 60 tahun bertemu anak angkatnya ialah sehari sebelum remaja perempuan itu disedari hilang selepas lelaki itu balik dari kerja.
βOrang hilang itu merupakan anak angkat tunggal sejak dari kecil. Pengadu menjaga remaja perempuan itu bersendirian setelah isterinya meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu,β katanya dalam kenyataan.
Saifullah berkata, deskripsi Nurhumairah Farhanna ialah berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian 1.58 meter dengan aggaran berat 65 kilogram.
Menurutnya, kali terakhir remaja perempuan itu dilihat ialah di Jalan Pulai 23, Taman Pulai Utama, Skudai, di sini.
βHasil siasatan mendapati tidak berlaku perselisihan faham antara remaja terbabit dengan penjaganya, tiada jugak maklumat dia mempunyai teman lelaki.
βSehingga ke hari ini, bapa angkat dan pegawai penyiasat cuba menghubungi nombor telefonnya namun panggilan tidak berjawab,β ujarnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung keberadaan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Abdul Hafiz Abd Latif 011-27300764 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622.- MalaysiaGazette
@myblockchecking

Penunggang motosikal maut terbabas di LinKedua

KULAI β Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi.
βSiasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan.
βAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,β katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.-
MalaysiaGazette

Demi tiga anak, ibu tunggal berniaga sate ikan pakai kostum 'dinosaur'
Mahaizura Abd Malik
mahaizura Mengenakan kostum 'dinosaur' sambil menolak troli berisi sate ikan dan jejari ketam dari satu sudut ke sudut taman permainan dan perumahan, di sini, mungkin sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran Nur Shamimi Md Shaied sebelum ini.
Namun bagi ibu tunggal berusia 29 tahun itu, perasaan malu terpaksa diketepikan apabila memikirkan tiga anaknya berusia satu, tujuh dan sembilan tahun yang perlu dibesarkan dan ditanggung dengan kudratnya sendiri.
Lebih mencabar, anak bongsunya masih menyusu badan menyebabkan Nur Shamimi perlu mengendongnya ketika berniaga selain menghantar dan mengambil dua lagi anak yang bersekolah.
Nur Shamimi yang sebelum ini suri rumah berkata, dia mula mencari pendapatan sendiri sejak lebih sebulan lalu dengan menjual sate ikan atau lokching dari rumah.
"Saya mulakan dari rumah, promosikan dalam grup penduduk dan pasang banting di pagar rumah. Kadang-kadang ada kanak-kanak datang ketuk pintu untuk membeli.
"Tetapi hampir sebulan, jualan agak perlahan sebab mereka bersekolah dan kebanyakan penduduk di sini bekerja, jadi saya fikir kena keluar dari zon selesa untuk mencari pelanggan di luar," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia mula mencari idea menerusi media sosial sebelum mengambil keputusan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dengan membeli kostum 'dinosaur' berharga RM35 untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Katanya, dia memilih 'dinosaur' kerana beranggapan karakter itu digemari kanak-kanak lelaki dan perempuan.
"Memang masa mula-mula pakai saya malu, malah ada juga yang ketawakan saya tetapi akhirnya saya tidak fikir lagi.
"Dengan modal RM80 hasil jualan di rumah sebelum ini, saya bawa 30 bungkus jualan dulu dan pergi ke taman sekitar Country Homes Rawang dengan anak.
"Saya keliling taman sambil tolak makanan dan tegur kanak-kanak. Lama-lama mereka ikut dari belakang dan tanya jual apa, dari situ mereka mula membeli," katanya.
Nur Shamimi berkata, dia mula berniaga jam 4.30 petang sebelum mengambil anak pulang dari sekolah pada 6 petang setiap hari.
"Kalau masih ada masa, saya akan sambung menjual sehingga 7 malam. Ada juga saya sampaikan amanah infak.
"Alhamdulillah, sehari dapat RM20 hingga RM40 mencukupi untuk belanja sekolah, keperluan anak dan barangan dapur kami," katanya yang turut menerima bantuan pembayaran sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor.
Menurutnya, kepanasan ketika mengenakan kostum antara cabaran ditempuhinya selain perlu menguruskan anaknya yang kadangkala mahu menyusu ketika dia berniaga.
"Bila panas atau kadang-kadang anak hendak menyusu, saya berhenti bawah pokok sekejap.
"Penat dan sedih memang ada, tetapi sekarang saya sudah mula nampak rentaknya dan yakin boleh pergi lebih jauh, cuma perlukan masa.
"Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada orang kerana rezeki Allah tetap ada, yang penting usaha," katanya yang turut mendapat sokongan ibu bapa serta adik-beradiknya.
Nur Shamimi berkata, dia sanggup menempuh segala kepayahan itu demi memastikan anaknya mendapat kehidupan dan pendidikan yang baik.
"Sebagai ibu, saya cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak saya.
"Biarlah apa orang hendak kata, saya tidak peduli kerana saya cuma mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya suatu hari nanti," katanya.
Disiarkan pada: September 4, 2026 6:27pm
Artikel Harian Metro

tol sg dua duaΒ² arah clearπΈ [ 8:12pm ]
Pengawal keselamatan warga Nepal disiasat polis, didakwa hina Islam
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini Lumpur: Pengawal keselamatan warga Nepal yang didakwa menghina Islam, kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya menerima laporan kes itu daripada majikan pengawal keselamatan terbabit di Balai Polis Jinjang pada 31 Ogos lalu.
"Syarikat keselamatan yang menggajikan individu terbabit mengambil tindakan segera selepas dimaklumkan mengenai hantaran berkenaan.
"Pengawal keselamatan terbabit turut dibawa ke Balai Polis Jinjang dan sudah pun diambil keterangannya.
"Kami sedang menunggu perintah penyiasatan (OTI) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pengawal keselamatan terbabit sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila berterusan menyebarkan video di laman sosial yang didakwa menghina agama Islam dan Malaysia.
Menurut kenyataan tular yang dikaitkan dengan pihak syarikat majikan terbabit, mereka menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.
Pada masa sama, tindakan dikatakan akan diambil bagi membatalkan permit kerja pengawal keselamatan berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal.
Bagaimanapun, proses itu tertakluk kepada prosedur serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Jabatan Imigresen.
Disiarkan pada: September 4, 2026 6:37pm

Pesakit didakwa larikan diri, bawa baju dan ubat
Oleh KOSMO!
4 September 2026, 10:56 am
PETALING JAYA β Seorang pengguna Threads mendakwa terserempak dengan seorang pesakit sebuah hospital kerajaan yang didakwa melarikan diri di ibu negara pagi tadi.
Menerusi hantaran akaun Threads individu berkenaan didakwa masih memakai baju pesakit selain membawa satu set plastik dipercayai bekalan ubat.
Menurutnya, individu yang dipercayai warga asing itu turut mempunyai kesan luka pada muka dan dilihat mundar-mandir sebelum cuba memasuki pondok pengawal keselamatan sebuah institusi seolah-olah mahu menyorok.
βPesakit tersebut bawa lari baju pesakit, ubat dan muka ada kesan luka. Masa saya ambil gambar, dia perasan dan dia mundar-mandir cuba masuk ke postguard (pondok pengawal) menyorok dan keluar balik. Mungkin risau ditangkap,β katanya menerusi hantaran di Threads.
Pengguna berkenaan turut mendakwa telah menghubungi talian utama hospital itu bagi memaklumkan kejadian terbabit berserta lokasi individu berkenaan.
βHarap dia serah diri semula ke hospital dan pulangkan kelengkapan yang dibawa lari,β katanya.
Hantaran berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi orang ramai, termasuk komen seorang pengguna mengkritik sikap warga asing ketika menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan.
βBanyak ja macam ini, time sakit datang hospital kerajaan, kemudian larikan diri bila nak kena bayar, dasar perangai warga asing betul,β kata seorang pengguna.
βKe dia ini memang dah keluar hospital? Tapi kalau ya pun, baju hospital jangan bawa sekali, pulangkan dulu. Masalah la,β tegur Sayuti. β KOSMO! ONLINE

TINDAKAN PANTAS EMPV NKVE BANTU PENGGUNA LEBUHRAYA YANG MENGALAMI KESAKITAN BERSEORANGAN DIRI
Pada 04 September 2026 jam lebih kurang 0300 hrs, dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sewaktu tugas rondaan di lebuhraya, anggota EMPV NKVE Zon Tengah A1 iaitu KPL 147384 AMRI BIN ALIAS dan L/KPL 210306 MOHD ALIFFNAJMI BIN KASSIM telah menunjukkan keprihatinan tinggi apabila menyedari seorang pengguna jalan raya yang mengalami kesakitan telah membunyikan hon yang panjang di kawasan parking di Plaza Tol Subang.
Anggota bertugas telah bertindak pantas dengan memberikan bantuan awal termasuk memanggil Ambulan dan mengawal lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pemandu telah diberikan rawatan awal dan telah dibawa oleh Ambulan ke Hospital Shah Alam dalam keadaan selamat
Situasi ini membuktikan komitmen berterusan JSPT PDRM dalam memastikan setiap pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat, khususnya bila memandu berseorang diri.
_Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan_
_Keselamatan Diutamakan_
Sumber Jspt
@myblockchecking
Pada 04 September 2026 jam lebih kurang 0300 hrs, dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sewaktu tugas rondaan di lebuhraya, anggota EMPV NKVE Zon Tengah A1 iaitu KPL 147384 AMRI BIN ALIAS dan L/KPL 210306 MOHD ALIFFNAJMI BIN KASSIM telah menunjukkan keprihatinan tinggi apabila menyedari seorang pengguna jalan raya yang mengalami kesakitan telah membunyikan hon yang panjang di kawasan parking di Plaza Tol Subang.
Anggota bertugas telah bertindak pantas dengan memberikan bantuan awal termasuk memanggil Ambulan dan mengawal lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pemandu telah diberikan rawatan awal dan telah dibawa oleh Ambulan ke Hospital Shah Alam dalam keadaan selamat
Situasi ini membuktikan komitmen berterusan JSPT PDRM dalam memastikan setiap pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat, khususnya bila memandu berseorang diri.
_Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan_
_Keselamatan Diutamakan_
Sumber Jspt
@myblockchecking
Penunggang motosikal maut terbabas di LinKedua
Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026
KULAI β Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi.
βSiasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan.
βAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,β katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.-
MalaysiaGazette
@myblockchecking
Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026
KULAI β Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi.
βSiasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan.
βAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,β katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.-
MalaysiaGazette
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tiga individu selamat, kereta dinaiki rempuh gajah
Kota Tinggi: Tiga individu terselamat selepas Perodua Bezza dinaiki merempuh seekor gajah melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian pada 10.50 malam itu berlaku ketika kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati seekor gajah melintas jalan dari arah kanan secara tiba-tiba.
"Keadaan itu menyebabkan pemandu Perodua Bezza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang gajah terbabit.
"Dalam kemalangan itu, pemandu serta kedua-dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya.
Terdahulu, tular

β€1
video daripada rakaman papan pemuka kenderaan itu yang berdurasi enam saat memaparkan insiden pelanggaran berkenaan.
Menerusi video itu, kelihatan dua gajah dengan seekor berada di bahu jalan sebelah kanan kenderaan dan seekor lagi di tengah jalan.
Gajah yang di tengah jalan itu dilihat terus berlari ke kiri jalan dipercayai ke arah hutan sebaik pelanggaran berlaku.
Disiarkan pada: September 4, 2026 8:22pm
Izz Laily Hussein
am β‘οΈ Harian Metro
@myblockchecking
Menerusi video itu, kelihatan dua gajah dengan seekor berada di bahu jalan sebelah kanan kenderaan dan seekor lagi di tengah jalan.
Gajah yang di tengah jalan itu dilihat terus berlari ke kiri jalan dipercayai ke arah hutan sebaik pelanggaran berlaku.
Disiarkan pada: September 4, 2026 8:22pm
Izz Laily Hussein
am β‘οΈ Harian Metro
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 05/09/2026.
Kemalangan selepas persimpangan lampu isyarat Econsave Senai menghala ke Lapangan Terbang Senai, malam tadi.
Sumber β‘οΈ Media sosial

Imej Satelit Nasa Dedah Keadaan Kebakaran Di Kalimantan Dari POV Angkasa Lepas
Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat mendedahkan satu imej yang menunjukkan keadaan kebakaran tanah gambut yang sedang berlaku di Kalimantan yang dilihat dari angkasa lepas.
Menurut NASA, imej berkenaan diambil menggunakan instrumen MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) yang ada pada Satelit Aqua miliknya pada 1 September lalu.
Tambah NASA, setiap titik merah pada imej berkenaan menunjukkan titik kebakaran yang berjaya dikesan oleh satelit tersebut.
Kebakaran tanah gambut merupakan situasi yang berlaku berulang kali di Indonesia, yang merupakan rumah kepada kira-kira 36 peratus daripada kawasan tanah gambut tropika di dunia.
Apabila kawasan berkenaan bertukar menjadi kering akibat kemarau, kebakaran berpotensi berlaku seperti yang dilihat dalam beberapa dekad ini.
Kebakaran yang berlaku biasanya turut menghasilkan asap tebal yang boleh berlarutan selama berminggu-minggu,

sekaligus boleh menjejaskan kehidupan harian jutaan penduduk.
Menurut NASA lagi, kebakaran tanah gambut boleh dianggap antara kebakaran hutan yang paling berbahaya kerana sering berlaku secara perlahan-lahan, menghasilkan pencemaran yang tinggi dan antara yang paling sukar dipadam disebabkan situasi kebakaran yang turut berlaku di bawah permukaan tanah.
Satu kajian yang diterbitkan di Nature menganggarkan kebakaran tanah gambut menghasilkan tiga kali ganda lebih banyak zarah halus berbanding kebakaran hutan tropika lain, selain lima kali ganda sulfur dioksida, tiga kali ganda karbon organik serta dua kali ganda metana dan karbon monoksida.
Sumber: NASA, Nature
Kredit β‘οΈ Siakap Keli
@myblockchecking
Menurut NASA lagi, kebakaran tanah gambut boleh dianggap antara kebakaran hutan yang paling berbahaya kerana sering berlaku secara perlahan-lahan, menghasilkan pencemaran yang tinggi dan antara yang paling sukar dipadam disebabkan situasi kebakaran yang turut berlaku di bawah permukaan tanah.
Satu kajian yang diterbitkan di Nature menganggarkan kebakaran tanah gambut menghasilkan tiga kali ganda lebih banyak zarah halus berbanding kebakaran hutan tropika lain, selain lima kali ganda sulfur dioksida, tiga kali ganda karbon organik serta dua kali ganda metana dan karbon monoksida.
Sumber: NASA, Nature
Kredit β‘οΈ Siakap Keli
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saya hanya diam, bimbang diapa-apakan pemandu sembang lucah' - Penuntut kolej
Kuala Lumpur: Perjalanan pulang ke asrama kolejnya di Setapak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, membuatkan seorang penuntut trauma selepas pemandu e-hailing yang ditempahnya didakwa berbual lucah sepanjang perjalanan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Putery, 19, sempat merakam video perbualan itu sebelum ia tular di media sosial.
Menurutnya, dia yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan menaiki bas ke Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan sepatutnya tiba di TBS pada 9 malam, namun perjalanan bas mengalami kelewatan sebelum tiba pada 1.30 pagi.
"Saya sudah membuat tempahan perkhidmatan e-hailing ketika di Seremban lagi dan pada awalnya menerima seorang pemandu lain sebelum tempahan berkenaan dibatalkan susulan kelewatan bas.
"Selepas itu saya mendapat pemandu lelaki terbabit. Dia menghubungi nombor telefon saya dan memberitahu berada berhampiran TBS.
"Saya beritahu masih dalam perjalanan kerana bas mengalami

kelewatan dan dia meminta saya menghubunginya apabila sudah tiba," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Putery berkata, selepas tiba di TBS, saya terus menghubunginya melalui nombor telefon yang digunakan untuk menghubunginya.
"Ketika dalam perjalanan ke hostel, pemandu terbabit bertanyakan mengenai kelewatan bas sebelum perbualan beralih kepada pengalaman peribadinya.
"Dia bertanya kenapa bas lambat dan saya ceritakan perkara yang berlaku. Kemudian dia bertanya sama ada saya mempunyai rancangan ketika cuti.
"Saya jawab tiada kerana kawan-kawan semuanya bercuti di Thailand dan saya hanya pulang ke rumah keluarga," katanya.
Katanya, selepas itu dia mula bercerita mengenai Thailand dan perkara berkaitan pelacur serta pengalaman peribadinya.
"Saya hanya memberi respons ringkas seperti 'oh', 'ye ke' dan 'faham' kerana berasa tidak selesa dengan topik perbualan itu, namun pemandu terbabit meneruskan perbualan.
"Pemandu itu memberi contoh tubuh badan saya ketika menceritakan perkara berunsur lucah itu," katanya.
Menurut Putery, sepanjang perjalanan, dia hanya bercakap mengenai perkara lucah.
"Apabila sampai di hostel, dia masih bercakap mengenai perkara sama dan turut menunjukkan sejenis pil yang didakwa diambilnya sebelum melakukan hubungan seks
"Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 20 minit menjadi lebih lama kerana keadaan jalan pada awal pagi tidak sesak, namun kenderaan dipandunya bergerak perlahan.
"Saya bukan tidak mahu menegur, tetapi saya seorang perempuan dan ketika itu hanya berdua dengannya. Saya bimbang jika berlaku sesuatu, saya mungkin tidak dapat berbuat apa-apa. Sebab itu saya memilih untuk diam sehingga tiba di destinasi," katanya.
Dia yang bimbang dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Setapak.
Disiarkan pada: September 5, 2026 9:38am
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis β‘οΈ Harian Metro

Tiga ekor buaya berjaya ditangkap di Kuala Baram
Utusan Sarawak
September 4, 2026
MIRI: Tiga ekor buaya termasuk seekor berukuran 4.36 meter berjaya ditangkap dalam operasi di Kuala Baram di sini hari ini.
Menurut Team Eric Cat menerusi hantaran di Facebook, tiga reptilia itu masing-masing berukuran 4.36 meter, 2.83 meter dan 2.80 meter.
Operasi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak, dalam usaha menangani kehadiran buaya serta meningkatkan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.
βTangkapan tiga ekor buaya dalam satu operasi itu turut menunjukkan pemantauan terhadap habitat dan pergerakan reptilia berkenaan di Kuala Baram terus dipergiat.
βOrang awam, khususnya penduduk dan mereka yang menjalankan aktiviti berhampiran sungai, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi nasihat dan arahan keselamatan pihak berkuasa,β menurut hantaran tersebut.
Tiga tangkapan dalam satu operasi, Kuala Baram terus menjadi tumpuan usaha menangani ancaman buaya.
Oleh Liong Chai Ling
Artikel Utusan Sarawak

Tindakan berani seorang lelaki mengalihkan serpihan tayar atas lebuhraya wajar di berikan pujian.
Video β‘οΈ Media sosial
@myblockchecking
Video β‘οΈ Media sosial
@myblockchecking
SEKILAS INFO
Pada wang kertas RM20 Malaysia, terdapat gambar dua ekor penyu aitu penyu karah (hawksbill turtle) dan penyu belimbing (leatherback turtle).
Kedua-duanya ditampilkan sebagai simbol hidupan marin Malaysia.