Agong perkenan isytihar darurat di Serian
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
4 September 2026, 5:01 pm
PUTRAJAYA β Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
Pejabat Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.
βLangkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.
βKerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera.
βIa termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai,β katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.
Hari ini, kualiti udara di Serian, Sarawak terus berada pada tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 518.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching turut mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.
Dua lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan bacaan 281 dan Sri Aman (245).
Artikel Kosmo Online
@myblockchecking

Mangsa ketiga lemas di Pantai Tanjung Lompat ditemukan
04 September 2026, 2:49pm
KOTA TINGGI: Mangsa ketiga daripada empat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini, kelmarin, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.15 pagi hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad berkata, mayat Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, dikenal pasti oleh ahli keluarganya yang berada di Pos Kawalan Operasi SAR.
βJasad mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan SAR bersama komuniti nelayan kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
βMayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat,β katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Suasana pilu menyelubungi lokasi pencarian di pantai berkenaan apabila ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan selepas jasad Muhammad Adib Hafiy dibawa naik ke darat oleh pasukan SAR.
Menurut ahli keluarga, jenazah Muhammad Adib Hafiy akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Simpang Waha di sini selepas proses bedah siasat selesai.
Operasi SAR bagi mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang, Mohamad Haiman Fitri Supian, 16, terus giat dijalankan.
Seramai 61 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi SAR yang memasuki hari ketiga hari ini.
Antara agensi terbabit ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Terdahulu, media melaporkan tragedi membabitkan enam remaja yang mandi di pantai berkenaan, dengan empat daripadanya dikhuatiri lemas, manakala dua lagi diselamatkan orang awam.
Artikel Buletin Tv3

Dua sekawan maut dirempuh kereta ketika berbasikal di tepi lebuh raya
Oleh ROHANA MOHD. NAWI
4 September 2026, 3:44 pm
KOTA BHARU β Dua sekawan maut selepas basikal yang mereka tunggang ketika menjalani sesi latihan berbasikal untuk menyertai konvoi ke Thailand dirempuh sebuah kereta dipercayai terbabas ketika memotong kenderaan lain di Kilometer 18, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dekat Ketereh di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Zamri Rismawadi Mahmat, 50 dan rakannya yang berusia dalam lingkungan 40-an meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Abang kepada Allahyarham Zamri Rismawadi, Zamri Risman, 52, berkata, dia merupakan perwakilan dari Selangor yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa di sini menerima maklumat mengenai kejadian menimpa adiknya kira-kira pukul 10.45 pagi.
Menurutnya, dia terus bergegas ke lokasi kejadian, namun jenazah adiknya sudah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
βSaya terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengannya kerana baru sampai ke Kelantan malam tadi. Saya memang berhajat untuk bertemu Allahyarham Zamri Rismawadi kerana kami sudah dua bulan tidak bertemu mata.
βDifahamkan, arwah adik sedang dalam sesi latihan menunggang basikal sebagai persiapan untuk menyertai konvoi berbasikal ke Thailand pada minggu depan,β katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Zamri Risman memberitahu, Allahyarham adiknya bekerja di HRPZ II tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Rupek, Pasir Hor di sini selepas berpisah dengan isterinya. β KOSMO! ONLINE

Dua pekerja terowong diselamatkan di Nepal dalam operasi dianggap βkeajaibanβ
Utusan Sarawak
September 4, 2026
KATHMANDU, Nepal: Dua pekerja projek hidroelektrik yang terperangkap dalam terowong yang tertimbus akibat runtuhan berjaya diselamatkan hidup-hidup di Nepal pada Jumaat, memberikan sinar harapan selepas 10 hari usaha menyelamat susulan bencana banjir besar di kawasan Himalaya.
Penyelamat bersorak ketika seorang lelaki dikeluarkan melalui bukaan berlumpur, menurut rakaman video yang dikeluarkan Kementerian Tenaga.
Dia dibantu berdiri oleh penyelamat sebelum kemudiannya diusung oleh anggota penyelamat kecemasan sambil mengangkat tangan ketika dibawa menuju ke sebuah helikopter.
Sekeping gambar menunjukkan seorang lagi lelaki berlumuran lumpur dengan kedua-dua tangannya dirapatkan dalam keadaan berdoa ketika dibawa penyelamat menggunakan pengusung.
βSelagi masih bernafas, masih ada harapan!β kata Menteri Tenaga, Biraj Bhakta Shrestha, dalam satu kenyataan.
βOperasi menyelamat diteruskan di semua terowong yang terjejas. Marilah kita teruskan segala usaha dan doa. Kami belum berputus asa.β
Penyelamat menyifatkan kejayaan itu sebagai satu βkeajaibanβ selepas kejadian runtuhan glasier dan gunung pada 26 Ogos di sempadan China-Nepal yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,280 orang dan menyebabkan lebih 5,500 orang masih hilang.
βSaya sangat gembira, hati saya terasa lebih lega,β kata Amir Maharjan, abang kepada pekerja yang diselamatkan, Kabir Maharjan, kepada AFP.
Kedua-dua lelaki berkenaan, yang merupakan warga Nepal, dikenal pasti sebagai Sanjay Shah, 30, penyelia mekanikal, dan Maharjan, 45, penyelia mekanikal, menurut Menteri Dalam Negeri, Sudan Gurung.
terletak bersebelahan kawasan tanah yang luas dihanyutkan arus.
Komuniti berhampiran pusat kejadian masih terputus hubungan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa βskala kemusnahanβ menjadikan usaha menyalurkan bantuan sebagai cabaran besar, dengan dron kargo dan pengangkut barang sedang dipertimbangkan untuk mencapai komuniti yang terasing.
βAkses amat, amat, amat sukar,β kata Ketua PBB di Nepal, Lila Pieters Yahia.
Pihak berkuasa bencana Nepal berkata jumlah mayat yang telah ditemui ialah 1,259, manakala 5,083 orang masih hilang. Di China, media kerajaan melaporkan 21 orang terbunuh dan 541 orang masih hilang.
Jumlah keseluruhan korban kini mencecah 1,280 orang, manakala 5,624 orang masih hilang.
Lebih 800 warga asing dari sekurang-kurangnya 34 negara turut dilaporkan hilang, termasuk pelancong dan jemaah, di Nepal serta Tibet di China. β AFP
Artikel Utusan Sarawak

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KELANTAN 04/09/2026.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Bunut Payung, pagi tadi.
Sumber β‘οΈ Yu KH
@myblockchecking
Rakaman kamera litar tertutup CCTV kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Bunut Payung, pagi tadi.
Sumber β‘οΈ Yu KH
@myblockchecking
SPRM gantung pemakaian baju oren OKS dibawa ke mahkamah berkuat kuasa serta-merta
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.
"OKS kini dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan di lokap.
"Bagi pemakaian gari pula adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bagaimanapun, beliau berkata, SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan sewajarnya dalam setiap

proses pengendalian OKS.
"SPRM kekal komited bagi memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan," katanya.
Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai 'baju oren' ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.
Anwar dilaporkan berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan.
AHMAD ISMADI ISMAIL
04 September 2026 06:16pm
Artikel β‘οΈ Sinar Harian

HatiΒ² penduduk taman universiti.
Modus operandi india ni diorng akan bergerak 2-3 motor sorang akan tungu depan sorang tungu tengah sorang tungu belakang. Bila dah berjaya tahan mangsa satuΒ² akan berkumpul dekat kereta mangsa utk bagi tekanan bayar gantirugi . Nasib adik ad video rekod. Motor JUQ 5806 dan motor Ninja HIJAU JPN 1709. Diorang masih berlegar legar dkt area taman u.
Kredit β‘οΈ Media sosial

SELANGOR 04/09/2026.
Kemalangan di Lebuhraya utara selatan Km 430 arah selatan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya sekitar jam 3.30 petang tadi.
Sumber β‘οΈ LLM

Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu
Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026
ISKANDAR PUTERI β Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghilangkan diri tanpa khabar berita hampir dua minggu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya berkata, bapanya iaitu menyedari Nurhumairah Farhanna Abdul Rahman, 16, tidak berada di rumah pada pukul 5.30 petang pada 22 Ogos lalu selepas pulang dari tempat kerja.
Katanya, bapa angkat remaja berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis keesokannya hari pada pukul 6.54 petang setelah menyedarinya masih tidak pulang ke rumah.
βKali terakhir pengadu yang berusia 60 tahun bertemu anak angkatnya ialah sehari sebelum remaja perempuan itu disedari hilang selepas lelaki itu balik dari kerja.
βOrang hilang itu merupakan anak angkat tunggal sejak dari kecil. Pengadu menjaga remaja perempuan itu bersendirian setelah isterinya meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu,β katanya dalam kenyataan.
Saifullah berkata, deskripsi Nurhumairah Farhanna ialah berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian 1.58 meter dengan aggaran berat 65 kilogram.
Menurutnya, kali terakhir remaja perempuan itu dilihat ialah di Jalan Pulai 23, Taman Pulai Utama, Skudai, di sini.
βHasil siasatan mendapati tidak berlaku perselisihan faham antara remaja terbabit dengan penjaganya, tiada jugak maklumat dia mempunyai teman lelaki.
βSehingga ke hari ini, bapa angkat dan pegawai penyiasat cuba menghubungi nombor telefonnya namun panggilan tidak berjawab,β ujarnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung keberadaan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Abdul Hafiz Abd Latif 011-27300764 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622.- MalaysiaGazette

Penunggang motosikal maut terbabas di LinKedua

KULAI β Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi.
βSiasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan.
βAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,β katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.-
MalaysiaGazette

Demi tiga anak, ibu tunggal berniaga sate ikan pakai kostum 'dinosaur'
Mahaizura Abd Malik
mahaizura Mengenakan kostum 'dinosaur' sambil menolak troli berisi sate ikan dan jejari ketam dari satu sudut ke sudut taman permainan dan perumahan, di sini, mungkin sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran Nur Shamimi Md Shaied sebelum ini.
Namun bagi ibu tunggal berusia 29 tahun itu, perasaan malu terpaksa diketepikan apabila memikirkan tiga anaknya berusia satu, tujuh dan sembilan tahun yang perlu dibesarkan dan ditanggung dengan kudratnya sendiri.
Lebih mencabar, anak bongsunya masih menyusu badan menyebabkan Nur Shamimi perlu mengendongnya ketika berniaga selain menghantar dan mengambil dua lagi anak yang bersekolah.
Nur Shamimi yang sebelum ini suri rumah berkata, dia mula mencari pendapatan sendiri sejak lebih sebulan lalu dengan menjual sate ikan atau lokching dari rumah.
"Saya mulakan dari rumah, promosikan dalam grup penduduk dan pasang banting di pagar rumah. Kadang-kadang ada kanak-kanak datang ketuk pintu untuk membeli.
"Tetapi hampir sebulan, jualan agak perlahan sebab mereka bersekolah dan kebanyakan penduduk di sini bekerja, jadi saya fikir kena keluar dari zon selesa untuk mencari pelanggan di luar," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia mula mencari idea menerusi media sosial sebelum mengambil keputusan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dengan membeli kostum 'dinosaur' berharga RM35 untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Katanya, dia memilih 'dinosaur' kerana beranggapan karakter itu digemari kanak-kanak lelaki dan perempuan.
"Memang masa mula-mula pakai saya malu, malah ada juga yang ketawakan saya tetapi akhirnya saya tidak fikir lagi.
"Dengan modal RM80 hasil jualan di rumah sebelum ini, saya bawa 30 bungkus jualan dulu dan pergi ke taman sekitar Country Homes Rawang dengan anak.
"Saya keliling taman sambil tolak makanan dan tegur kanak-kanak. Lama-lama mereka ikut dari belakang dan tanya jual apa, dari situ mereka mula membeli," katanya.
Nur Shamimi berkata, dia mula berniaga jam 4.30 petang sebelum mengambil anak pulang dari sekolah pada 6 petang setiap hari.
"Kalau masih ada masa, saya akan sambung menjual sehingga 7 malam. Ada juga saya sampaikan amanah infak.
"Alhamdulillah, sehari dapat RM20 hingga RM40 mencukupi untuk belanja sekolah, keperluan anak dan barangan dapur kami," katanya yang turut menerima bantuan pembayaran sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor.
Menurutnya, kepanasan ketika mengenakan kostum antara cabaran ditempuhinya selain perlu menguruskan anaknya yang kadangkala mahu menyusu ketika dia berniaga.
"Bila panas atau kadang-kadang anak hendak menyusu, saya berhenti bawah pokok sekejap.
"Penat dan sedih memang ada, tetapi sekarang saya sudah mula nampak rentaknya dan yakin boleh pergi lebih jauh, cuma perlukan masa.
"Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada orang kerana rezeki Allah tetap ada, yang penting usaha," katanya yang turut mendapat sokongan ibu bapa serta adik-beradiknya.
Nur Shamimi berkata, dia sanggup menempuh segala kepayahan itu demi memastikan anaknya mendapat kehidupan dan pendidikan yang baik.
"Sebagai ibu, saya cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak saya.
"Biarlah apa orang hendak kata, saya tidak peduli kerana saya cuma mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya suatu hari nanti," katanya.
Disiarkan pada: September 4, 2026 6:27pm
Artikel Harian Metro

tol sg dua duaΒ² arah clearπΈ [ 8:12pm ]
Pengawal keselamatan warga Nepal disiasat polis, didakwa hina Islam
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini Lumpur: Pengawal keselamatan warga Nepal yang didakwa menghina Islam, kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya menerima laporan kes itu daripada majikan pengawal keselamatan terbabit di Balai Polis Jinjang pada 31 Ogos lalu.
"Syarikat keselamatan yang menggajikan individu terbabit mengambil tindakan segera selepas dimaklumkan mengenai hantaran berkenaan.
"Pengawal keselamatan terbabit turut dibawa ke Balai Polis Jinjang dan sudah pun diambil keterangannya.
"Kami sedang menunggu perintah penyiasatan (OTI) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pengawal keselamatan terbabit sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila berterusan menyebarkan video di laman sosial yang didakwa menghina agama Islam dan Malaysia.
Menurut kenyataan tular yang dikaitkan dengan pihak syarikat majikan terbabit, mereka menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.
Pada masa sama, tindakan dikatakan akan diambil bagi membatalkan permit kerja pengawal keselamatan berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal.
Bagaimanapun, proses itu tertakluk kepada prosedur serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Jabatan Imigresen.
Disiarkan pada: September 4, 2026 6:37pm

Pesakit didakwa larikan diri, bawa baju dan ubat
Oleh KOSMO!
4 September 2026, 10:56 am
PETALING JAYA β Seorang pengguna Threads mendakwa terserempak dengan seorang pesakit sebuah hospital kerajaan yang didakwa melarikan diri di ibu negara pagi tadi.
Menerusi hantaran akaun Threads individu berkenaan didakwa masih memakai baju pesakit selain membawa satu set plastik dipercayai bekalan ubat.
Menurutnya, individu yang dipercayai warga asing itu turut mempunyai kesan luka pada muka dan dilihat mundar-mandir sebelum cuba memasuki pondok pengawal keselamatan sebuah institusi seolah-olah mahu menyorok.
βPesakit tersebut bawa lari baju pesakit, ubat dan muka ada kesan luka. Masa saya ambil gambar, dia perasan dan dia mundar-mandir cuba masuk ke postguard (pondok pengawal) menyorok dan keluar balik. Mungkin risau ditangkap,β katanya menerusi hantaran di Threads.
Pengguna berkenaan turut mendakwa telah menghubungi talian utama hospital itu bagi memaklumkan kejadian terbabit berserta lokasi individu berkenaan.
βHarap dia serah diri semula ke hospital dan pulangkan kelengkapan yang dibawa lari,β katanya.
Hantaran berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi orang ramai, termasuk komen seorang pengguna mengkritik sikap warga asing ketika menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan.
βBanyak ja macam ini, time sakit datang hospital kerajaan, kemudian larikan diri bila nak kena bayar, dasar perangai warga asing betul,β kata seorang pengguna.
βKe dia ini memang dah keluar hospital? Tapi kalau ya pun, baju hospital jangan bawa sekali, pulangkan dulu. Masalah la,β tegur Sayuti. β KOSMO! ONLINE

TINDAKAN PANTAS EMPV NKVE BANTU PENGGUNA LEBUHRAYA YANG MENGALAMI KESAKITAN BERSEORANGAN DIRI
Pada 04 September 2026 jam lebih kurang 0300 hrs, dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sewaktu tugas rondaan di lebuhraya, anggota EMPV NKVE Zon Tengah A1 iaitu KPL 147384 AMRI BIN ALIAS dan L/KPL 210306 MOHD ALIFFNAJMI BIN KASSIM telah menunjukkan keprihatinan tinggi apabila menyedari seorang pengguna jalan raya yang mengalami kesakitan telah membunyikan hon yang panjang di kawasan parking di Plaza Tol Subang.
Anggota bertugas telah bertindak pantas dengan memberikan bantuan awal termasuk memanggil Ambulan dan mengawal lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pemandu telah diberikan rawatan awal dan telah dibawa oleh Ambulan ke Hospital Shah Alam dalam keadaan selamat
Situasi ini membuktikan komitmen berterusan JSPT PDRM dalam memastikan setiap pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat, khususnya bila memandu berseorang diri.
_Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan_
_Keselamatan Diutamakan_
Sumber Jspt
@myblockchecking
Pada 04 September 2026 jam lebih kurang 0300 hrs, dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sewaktu tugas rondaan di lebuhraya, anggota EMPV NKVE Zon Tengah A1 iaitu KPL 147384 AMRI BIN ALIAS dan L/KPL 210306 MOHD ALIFFNAJMI BIN KASSIM telah menunjukkan keprihatinan tinggi apabila menyedari seorang pengguna jalan raya yang mengalami kesakitan telah membunyikan hon yang panjang di kawasan parking di Plaza Tol Subang.
Anggota bertugas telah bertindak pantas dengan memberikan bantuan awal termasuk memanggil Ambulan dan mengawal lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pemandu telah diberikan rawatan awal dan telah dibawa oleh Ambulan ke Hospital Shah Alam dalam keadaan selamat
Situasi ini membuktikan komitmen berterusan JSPT PDRM dalam memastikan setiap pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat, khususnya bila memandu berseorang diri.
_Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan_
_Keselamatan Diutamakan_
Sumber Jspt
@myblockchecking
Penunggang motosikal maut terbabas di LinKedua
Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026
KULAI β Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi.
βSiasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan.
βAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,β katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.-
MalaysiaGazette
@myblockchecking
Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026
KULAI β Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi.
βSiasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan.
βAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,β katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.-
MalaysiaGazette
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tiga individu selamat, kereta dinaiki rempuh gajah
Kota Tinggi: Tiga individu terselamat selepas Perodua Bezza dinaiki merempuh seekor gajah melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian pada 10.50 malam itu berlaku ketika kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati seekor gajah melintas jalan dari arah kanan secara tiba-tiba.
"Keadaan itu menyebabkan pemandu Perodua Bezza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang gajah terbabit.
"Dalam kemalangan itu, pemandu serta kedua-dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya.
Terdahulu, tular

β€1
video daripada rakaman papan pemuka kenderaan itu yang berdurasi enam saat memaparkan insiden pelanggaran berkenaan.
Menerusi video itu, kelihatan dua gajah dengan seekor berada di bahu jalan sebelah kanan kenderaan dan seekor lagi di tengah jalan.
Gajah yang di tengah jalan itu dilihat terus berlari ke kiri jalan dipercayai ke arah hutan sebaik pelanggaran berlaku.
Disiarkan pada: September 4, 2026 8:22pm
Izz Laily Hussein
am β‘οΈ Harian Metro
@myblockchecking
Menerusi video itu, kelihatan dua gajah dengan seekor berada di bahu jalan sebelah kanan kenderaan dan seekor lagi di tengah jalan.
Gajah yang di tengah jalan itu dilihat terus berlari ke kiri jalan dipercayai ke arah hutan sebaik pelanggaran berlaku.
Disiarkan pada: September 4, 2026 8:22pm
Izz Laily Hussein
am β‘οΈ Harian Metro
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 05/09/2026.
Kemalangan selepas persimpangan lampu isyarat Econsave Senai menghala ke Lapangan Terbang Senai, malam tadi.
Sumber β‘οΈ Media sosial