๐Ÿš“โ€ผ๏ธ ๐•€โ„•๐”ฝ๐•† โ„๐• ๐•”๐•œ๐”น๐•๐• ๐•”๐•œ ๐•„๐•ช๐Ÿš“
689 subscribers
933 photos
218 videos
138 links
โš ๏ธๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹ไบŒ็พค @avnvyou6
707ไผ˜ๆƒ ๆœบๅ™จไบบ @The707CommunityBot
707่ต›ไบ‹็›ดๆ’ญ @livescore707
ๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹  @ahmoisexy
707ๆ‹…ไฟ็ฝ‘ https://707guarantee.com
็”ตๅฝฑ็พค @movieat707
ๅƒ็“œไบšๆดฒ  @chiguaasia
DJ่ˆžๆ›ฒ  @musicwabo
ๅคง้ฉฌ่ทฏๅ†ตๆถˆๆฏ @myblockchecking
Download Telegram
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA, SALAM MALAYSIA MADANI

PEMAKLUMAN OPERASI TEAM C DISAMBUNG TEAM A SEHINGGA SEKARANG

JENIS INSIDEN: KHIDMAT KHAS (ORANG LEMAS)
TARIKH/MASA PANGGILAN: 02.09.2026 / 14:20:48 PM
ALAMAT: D'SUNGAI CAFE, 64, JALAN PUTRA, CHOW KIT, 50350 KL
MASA JENTERA SAMPAI: 14:22:06
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN: 850 METER
MANGSA: 1 LELAKI INDIA
BALAI JAGAAN: BBP SENTUL
BALAI BANTUAN: PPDA (BBP HANG TUAH)

LAPORAN: I/C SENTUL LAPOR BENAR BERLAKUNYA MANGSA LEMAS 1 LELAKI INDIA TERKAPAI-KAPAI DI DALAM SUNGAI YANG DIMAKLUMKAN OLEH ORANG AWAM SETERUSNYA IC STL MOHON BANTUAN UNIT PPDA UNTUK HADIR KE LOKASI KEJADIAN.OPERASI MASIH DIJALANKAN OLEH PASUKAN A SAR DITERUSKAN KAWASAN TEBING SUNGAI


JENTERA: FRT โ€“ 1 - EMRS - 1

SEKIAN, TERIMA KASIH.
BILIK KAWALAN BBP SENTUL




@myblockchecking
BBP KAPIT
TARIKH INSIDEN:-
02.09.2026 (Rabu)
MASA TERIMA:
-10:44:00

JENIS INSIDEN:
-Kebakaran Kenderaan (Lori)


ALAMAT:
-Kawasan Mumu,Jalan Kapit-Song.

*Laporan Komander*
Setibanya di lokasi kejadian,didapati benar berlaku kebakaran lori model DAI / Delta V50R-HS,no pendaftaran QSM 3557.Kebakaran melibatkan bahagian hadapan kenderaan tersebut (60% kemusnahan),pemandu tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak menjadi besar.

*Tindakan Operasi*
Size up dijalankan,anggota PPE lengkap,operasi pemadaman segera dilakukan dengan 1 aliran salur bantu mula jentera dan juga alat pemadam api,anggota juga bertindak membuka sambungan wayar pada bateri kenderaan.Setelah kebakaran dipadam dan keadaan selamat sepenuhnya,kesemua anggota bertolak balik.

Sumber Bbp Kapit



@myblockchecking
Lelaki cedera selepas kereta langgar tiang lampu

September 3, 2026, Khamis - 1:07pm

MIRI: Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera selepas kereta dinaikinya melanggar tiang lampu dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Miri-Pujut, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada 2.37 pagi.

Menurut laporan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 2.33 pagi.

Berikutan itu, sepasukan enam anggota digegaskan ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta yang melanggar tiang lampu sebelum terbalik.

โ€œMangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

โ€œSetelah membuat penilaian, pasukan bomba telah membawa mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan,โ€ menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.30 pagi.

Turut terlibat dalam operasi ialah seorang anggota polis trafik dan dua anggota Sarawak Energy Berhad.

oleh
Rosemaria Buma
Artikel Utusan Borneo



@myblockchecking
EMPAT CEDERA KEMALANGAN 3 KENDERAAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 3 SEPT 2026 (Khamis) โ€“ Empat individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Markas Briged ESSCOM, Lahad Datu, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira 12.21 tengah malam itu membabitkan sebuah Toyota Vios, Proton Saga BLM dan Proton Wira.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, PKPgB Sumsoa Rashid berkata, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.25 tengah malam.

โ€œDua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam, manakala dua lagi dibawa ke hospital menggunakan ambulans KKM Lahad Datu,โ€ katanya.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.45 tengah malam.

Identiti kesemua mangsa belum diperoleh.

Artikel Utusan Borneo



@myblockchecking
Mangsa kedua lemas di Kota Tinggi ditemukan

03 September 2026, 4:47pm

Oleh: Azizi Majid

KOTA TINGGI: Mangsa kedua daripada empat mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 1.53 tengah hari tadi.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata, mangsa, Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, disahkan ahli keluarga.

โ€œMangsa ditemukan dalam keadaan terapung di lokasi berhampiran penemuan mangsa pertama,โ€ katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, hari ini.

Mohamed Shafiee berkata, operasi SAR hari kedua diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), komuniti masyarakat serta nelayan tempatan.

โ€œKita akan kekalkan radius pencarian dua lagi mangsa pada jarak dua batu nautika. Cabaran dihadapi adalah ombak besar setinggi 1.5 meter,โ€ katanya.

Semalam, mangsa pertama, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, 16, ditemukan pada jam 1.25 tengah hari.

Dua lagi mangsa yang masih belum ditemukan ialah Mohamad Haiman Fitri Supian dan Muhammad Adib Hafiy Kamal, kedua-duanya berusia 16 tahun.

Terdahulu, media melaporkan empat remaja dikhuatiri lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas bermandi-manda di pantai berkenaan kira-kira jam 8 pagi semalam.

Kejadian dipercayai bermula apabila seorang mangsa hampir lemas sebelum rakannya cuba menyelamatkannya tetapi turut dipercayai lemas.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking
Van penjaja terbakar, MBKS hulur bantuan
Utusan Sarawak

September 3, 2026

KUCHING: Sebuah van milik seorang penjaja dilaporkan terbakar kira-kira pukul 5.00 pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bersyukur kerana tiada individu tercedera.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas tindakan pantas anggota bomba memadamkan kebakaran serta mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius.

Menurutnya, golongan penjaja merupakan sebahagian penting daripada komuniti yang bekerja keras setiap hari untuk mencari rezeki, selain menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di Kuching.

โ€œApabila kejadian tidak diingini seperti ini berlaku, kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

โ€œAhli-ahli Majlis MBKS akan membantu dan melawat sendiri penjaja yang terjejas bagi melihat keadaannya serta mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wee berkata, bantuan itu termasuk membantu penjaja terbabit dalam urusan laporan polis serta perkara lain yang diperlukan susulan kejadian berkenaan.

Katanya, keselamatan dan kebajikan golongan penjaja akan terus menjadi antara perkara yang diberi perhatian oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Artikel Utusan Sarawak



@myblockchecking
Lori muatan kotak terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo
Utusan Sarawak

September 3, 2026

BINTANGOR: Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan barangan kitar semula berupa kotak terbakar berhampiran Petros Skim B, Lebuh Raya Pan Borneo di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.37 pagi.

Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bersama sebuah jentera penyelamat kebakaran ringan (LFRT) dan sebuah Hilux digerakkan ke lokasi.

Pasukan bomba yang tiba pada 10.58 pagi mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori tiga tan dengan anggaran kemusnahan sekitar 60 peratus.

Anggota kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran.

Muatan kotak di bahagian belakang lori turut dibongkar dan dialihkan menggunakan ceiling hook bagi memudahkan kerja pemadaman serta memastikan tiada bara api yang masih menyala.

Kebakaran berjaya dikawal pada 11.18 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.01 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat.

Operasi diketuai Wan Azri Wan Adannan dengan Mahmudin Narudin sebagai Komander Operasi Kanan, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi.

Artikel Utusan Sarawak



@myblockchecking
PEKERJA WARGA NEPAL DIDAKWA HINA ISLAM, SYARIKAT BUAT LAPORAN POLIS DAN AMBIL TINDAKAN

Tular di media sosial sebuah video daripada seorang individu yang didakwa warga Nepal dan dikatakan mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Video berkenaan mencetuskan kemarahan ramai selepas kandungannya tersebar di platform media sosial.

Individu terbabit dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan, Mitraforce (M) Sdn Bhd. Susulan isu tersebut, pihak syarikat memaklumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Dalam kenyataan yang dikongsikan, syarikat berkenaan menegaskan kenyataan individu tersebut dibuat atas kapasiti peribadi dan bukan pendirian rasmi syarikat. Pihak syarikat turut menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan membatalkan permit kerja individu berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal mengikut prosedur pihak berkuasa.

Sementara itu, tindakan dan siasatan lanjut terhadap individu terbabit adalah tertakluk kepada pihak berkuasa.




@myblockchecking
Polis siasat dua kanak-kanak duduk atas bumbung MPV bergerak

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am Polis menyiasat kejadian tular membabitkan dua kanak-kanak duduk di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang bergerak di jalan raya mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti pemilik kenderaan itu yang mendakwa menjadikan MPV jenis Toyota Alphard terbabit sebagai kenderaan sewa.

Katanya, usaha mengesan pemandu ketika kejadian berlaku sedang dijalankan.

"Maklumat berhubung video tular itu diterima hari ini yang memaparkan MPV terbabit sedang bergerak di Jalan Meru-Jelapang, di sini dengan beberapa kanak-kanak duduk di atas bumbung kenderaan.

"Tindakan boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak. Sehubungan itu kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Zurainie Syamira Mohd Zainudin di talian 017-955 8984.

Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya.

Disiarkan pada: September 3, 2026 6:03pm

Artikel Harian Metro



@myblockchecking
๐Ÿšจ OPERASI PENGHANTARAN BEKALAN AIR BERSIH BERTUKAR KEPADA MISI MENYELAMAT MANGSA LEMAS DI LAYAR

Layar, 3 September 2026 โ€“ Operasi penghantaran bekalan air bersih oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong kepada penduduk di sebuah rumah panjang di kawasan Layar bertukar kepada operasi bantuan menyelamat selepas pasukan menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dewasa dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga.

Dalam kejadian tersebut, sebuah keluarga yang menjalankan aktiviti perkhemahan dan riadah di kawasan berkenaan berdepan detik cemas apabila seorang lelaki dewasa dalam lingkungan usia 30 hingga 40 tahun dipercayai mengalami kejadian lemas.

Mangsa terlebih dahulu berjaya diselamatkan oleh ahli keluarganya sebelum ketibaan pasukan APM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di lokasi kejadian.

Setibanya pasukan penyelamat, pemeriksaan awal mendapati mangsa memerlukan bantuan segera. Pasukan kemudiannya melaksanakan bantuan awal pernafasan dan CPR bagi memastikan mangsa kembali bernafas dan berada dalam keadaan stabil.

Hasil tindakan pantas pasukan penyelamat, mangsa kemudiannya sedarkan diri dan menunjukkan keadaan yang semakin stabil. Mangsa seterusnya dipindahkan menggunakan kenderaan Hilux ATM untuk dibawa ke Klinik Mid Layar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam masa yang sama, kenderaan LRV APM bertindak sebagai pengiring dan membuka laluan bagi memastikan perjalanan penghantaran mangsa ke klinik dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan selamat.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil serta masih menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Klinik Mid Layar.

Kecekapan serta tindakan pantas ahli keluarga yang terlebih dahulu menyelamatkan mangsa, disusuli tindakan segera pasukan APM dan ATM, amat penting dalam memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan secepat mungkin.

APM turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menjalankan aktiviti riadah, perkhemahan dan aktiviti berhampiran sungai atau kawasan berair, khususnya dengan memastikan keadaan persekitaran serta tahap keselamatan sentiasa dipantau.

APM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menyelamat, bantuan kecemasan dan pengurusan bencana demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Apm Betong
Apm Spaoh
APM DEBAK
Angkatan Pertahanan Awam Saratok
Mohtar Samat

Sumber Apm Betong



@myblockchecking
AB33 CASINO MALAYSIA - TRUSTED ONLINE CASINO PLATFORM
AB33 | ไบšๅš33  (formerly known as AsiaBet33)

๐ŸŒ  https://ab33.io

AB33  (formerly known as Asiabet33) is an established Asian online gaming and entertainment platform offering sports betting, live casino, slots, e-sports, and other gaming entertainment services.

main website: https://ab33win3.com
backup website : https://ab33.io
backup website : https://asiabet33.net

GET YOUR FREE RM18 FROM CS NOW.

๐Ÿ’ฅSuper Welcome Bonus
       Free Up tp 2880

๐Ÿ’ฅSlot Strater Pack
       Free 100% bonus

๐Ÿ’ฅDaily First deposit
       Free Up to 200

๐Ÿ’ฅWeekly First Deposit
      Free Up to 50%

๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ

๐ŸŒ  Register
๐Ÿ“ฑ   Channel
๐Ÿ“ฑ   Group
๐Ÿ“ฑ   Facebook
๐Ÿ“ฑ   Instagram
๐Ÿ“ฑ   Customer Service

๐Ÿ”ž movie
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ingat turun saljiโ€™, Kesas bertukar putih akibat tumpahan cecair
Oleh KOSMO!
3 September 2026, 4:57 pm

PETALING JAYA โ€“ Pemandangan luar biasa apabila sebahagian Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bertukar putih petang ini mencuri perhatian pengguna jalan raya sehingga ada yang menyangka kawasan berkenaan seperti โ€˜dilanda saljiโ€™.

Beberapa rakaman yang tular di media sosial menunjukkan permukaan lebuh raya diselaputi cecair berwarna putih, selain kelihatan kesan tayar kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan khususnya terhadap penunggang motosikal berikutan keadaan jalan yang dilaporkan licin.

Seorang pengguna Threads, turut memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang melalui Kesas menghala ke Puchong dan Shah Alam supaya lebih berhati-hati.

โ€œYang naik motor tu, balik tolong ikut jalan motor. Nak balik nanti tolong hati-hati yang guna Kesas arah balik ke Puchong/Shah Alam. Jalan licin bersabun ni. Semoga semua selamat sampai ke destinasi,โ€ tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, berseloroh dengan menyifatkan keadaan lebuh raya berkenaan seolah-olah dilitupi salji.

โ€œSiapa dapat tengok โ€˜saljiโ€™ dekat lebuh raya dalam perjalanan ke Puchong tadi?โ€ tulisnya.

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) menerusi makluman pada pukul 4.27 petang mengesahkan keadaan berkenaan berpunca daripada tumpahan cecair di Kilometer (KM) 30.5 arah Timur, di Susur Ramp A Kota Kemuning.

Menurut LLM, susulan kejadian itu lorong kiri terhalang dan keadaan trafik dilaporkan bergerak perlahan.

โ€œSila perlahankan kenderaan dan patuhi arahan petugas di lokasi,โ€ menurut makluman tersebut.

Gambar yang dikongsikan LLM turut menunjukkan sebahagian besar permukaan jalan di lokasi dilitupi bahan berwarna putih.

Setakat ini, jenis cecair yang tumpah serta punca kejadian belum dinyatakan dalam makluman berkenaan.

Artikel Kosmo Online



@myblockchecking
Pemain dram Sofea, Nahar meninggal dunia

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan Lumpur : Industri hiburan tanah air terus berduka apabila pemain dram band rock terkenal, Sofea pada era 1987 hingga 1989 iaitu Raja Nahar Raja Horman, 60-an meninggal dunia pada tengah hari ini.

Berita sedih ini dimaklumkan kepada peminat menerusi laman sosial Facebook Sofea Anak Liar Official.

"Assalamualaikum... dukacita dimaklumkan drummer sofea album Kembali, Anak Liar & Boneka Pentas, saudara Nahar telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan moga roh nya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman .. AL Fatihah...," tulisnya.

Selain Allahyarham Nahar, kumpulan yang popular dengan kontroversi menerusi lirik-lirik yang panas, berani dan berterus terang ini turut dianggotai oleh Fancy sebagai pemain gitar, Amir (vokalis) dan Man Rani (bass).

Disiarkan pada: September 3, 2026 4:09pm

Artikel Harian Metro



@myblockchecking
Mayat Arif Daniel ditemukan nelayan selepas 24 jam lemas

MELAKA - Mayat remaja lelaki, Muhammad Arif Daniel Nizamuddin, 16, yang lemas ketika mencari ketam di Pantai Klebang berhampiran Pangsapuri PRIMA Klebang, di sini pada Rabu lalu ditemukan selepas lebih 24 jam hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Laji berkata, mangsa ditemukan kira-kira jam 7.20 malam, dianggarkan sejauh dua batu nautika dari daratan.

โ€œMangsa yang dikhuatiri lemas dipercayai telah ditemukan oleh nelayan berhampiran Pulau Upeh kira-kira jam 7.20 malam tadi. Anggaran jarak mangsa ditemukan adalah dua batu nautika dari daratan.

โ€œPada jam 8.30 malam, pengecaman mangsa telah dijalankan oleh pihak waris. Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,โ€ katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan kegembiraan dua sahabat mandi di pantai berkenaan bertukar cemas selepas seorang
daripadanya dikhuatiri lemas dalam kejadian pada petang Rabu.

Rakan mangsa, Hakeem Putra Mahadi, memaklumkan bahawa dia cuba membantu menyelamatkan Muhammad Arif Daniel, namun tidak berjaya sebelum segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Mohd Shahrom berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 petang Rabu sebelum menggerakkan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah serta bantuan BBP Masjid Tanah ke lokasi.

โ€œPasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melaksanakan pencarian sebanyak dua kali menggunakan kaedah solo dive serta teknik pencarian arc pattern pada jarak 30 meter dari persisiran pantai.

โ€œPasukan bomba turut meneruskan pencarian di celah-celah batu di persisiran pantai,โ€ katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian ditangguhkan pada jam 10.30 malam Rabu dan disambung semula pada jam 8 pagi Khamis.

NORAFIZA JAAFAR
03 September 2026 10:23pm
Kredit โžก๏ธ Sinar Harian


@myblockchecking
Belanda beri amaran kemunculan generasi baharu penjenayah siber muda

Istanbul: Polis dan pendakwa raya Belanda pada Khamis memberi amaran mengenai kemunculan generasi baharu penjenayah siber muda yang beroperasi melalui rangkaian dalam talian yang mempunyai hubungan longgar di negara Barat, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan.

Suspek secara umumnya berusia antara 11 hingga 25 tahun dan didorong terutamanya oleh wang serta status, bukannya matlamat politik atau ideologi, menurut penyiar awam NOS yang memetik Tinjauan Tahunan Jenayah Siber Belanda.

"Mereka ini ialah individu berusia antara 11 hingga 25 tahun," kata Stan Duijf, pegawai polis yang bertanggungjawab menangani jenayah siber.

"Mereka kebanyakannya berasal dari negara Barat, bertutur dalam bahasa Inggeris, bekerja dalam rangkaian dalam talian dan terutamanya melakukan kecurian data serta mata wang kripto," kepadanya.

Duijf berkata agensi penguat kuasa sebelum ini sebahagian besarnya memberi tumpuan kepada penjenayah siber yang
berpangkalan di negara seperti Rusia, yang menyukarkan pihak berkuasa Barat mendapatkan akses.

"Sekarang kita melihat bahawa penjenayah dari negara Barat yang sedang muncul benar-benar wujud, bekerjasama dalam talian dan melakukan bentuk jenayah siber yang serius," katanya.

Laporan itu memetik satu serangan awal tahun ini terhadap penyedia telekomunikasi Belanda, Odido, yang didakwa dilakukan oleh penjenayah yang beroperasi menggunakan nama ShinyHunters.

Penggodam menuntut wang tebusan selepas mencuri maklumat peribadi milik enam juta pelanggan. Selepas Odido enggan membuat bayaran, data itu ditawarkan untuk dijual dalam talian.

Pihak berkuasa memberi amaran yang golongan muda boleh terjebak dalam jenayah siber melalui permainan dalam talian seperti Roblox, Fortnite dan Minecraft, pada mulanya melakukan salah laku kecil sebelum beralih kepada kesalahan yang lebih serius.

Dianggarkan 2.5 juta orang di Belanda menjadi mangsa jenayah siber pada 2025.

Polis turut memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) memudahkan serangan siber dilakukan, di samping menjadikan penipuan, termasuk e-mel phishing, semakin sukar dikenal pasti oleh orang awam.

Disiarkan pada: September 3, 2026 9:45pm
Kredit โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bekas komando ceroboh bilik bilal dipenjara 4 bulan

Melaka: Gara-gara menceroboh bilik bilal sebuah masjid dan mencuri duit tabung sejumlah RM70, seorang bekas komando dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh dengan memasuki bilik bilal Masjid Al Wathoni, Bukit Pegoh, Bukit Larang, Telok Mas, di sini, pada 2 pagi, 11 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Ogos lalu pada 6.40 pagi, pengadu yang berada di masjid berkenaan dimaklumkan bilal mengenai kehilangan wang tabung masjid di bilik bilal sebanyak satu ikat yang dianggarkan berjumlah RM70.

Wang berkenaan diletakkan di dalam
peti wang yang tidak berkunci.

Pengadu kemudiannya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali memasuki masjid melalui ruang muslimah sebelum menuju ke bahagian dalam masjid pada 2 pagi, 11 Ogos lalu.

Susulan itu, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pada 12.15 tengah hari 2 September lalu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kandang menahan tertuduh dan hasil siasatan mendapati dia dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh berkata, pengakuan bersalah anak guamnya menjimatkan masa dan kos pendakwaan.

Beliau memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum terhadap anak guamnya yang berstatus duda dengan mengambil kira tertuduh tidak mempunyai pekerjaan dan sedang berusaha mencari pekerjaan selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Alia Safri bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap.

Disiarkan pada: September 3, 2026 4:30pm
Farhana Yaacob
am โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
'Bila nak jumpa lagi ni bang...' - Belum 24 jam suami meninggal dunia, isteri pula menyusul

Kuala Lumpur: "Bila nak jumpa lagi ni bang, nanti kita jumpa ya."

Itulah kata-kata terakhir Roezah Abdul Hamid, 78, ketika mencium jenazah suaminya, Alias Panjang Aris, 84, sebelum menyaksikan lelaki yang dikahwininya itu dikebumikan pada pagi 27 Ogos lalu.

Tidak disangka, beberapa jam kemudian, Roezah pula menghembuskan nafas terakhir, menjadikan pemergian pasangan itu berlaku dalam tempoh kurang 24 jam.

Berkongsi kisah itu, cucu mereka, Muhammad Haziq Azmin, 24, berkata, datuknya meninggal dunia pada 26 Ogos lalu kira-kira 7.56 malam sebelum selamat dikebumikan sekitar 11 pagi keesokannya.

Menurutnya, keadaan datuknya sememangnya sudah kritikal selepas dimaklumkan doktor, menyebabkan keluarga sudah bersedia menerima pemergiannya.

"Pada pagi berkenaan, opah (Roezah) sempat melihat atuk dimasukkan ke dalam liang lahad dan dikebumikan.

"Opah turut menyiram kubur atuk serta sempat berbual dengan saudara-mara