๐Ÿš“โ€ผ๏ธ ๐•€โ„•๐”ฝ๐•† โ„๐• ๐•”๐•œ๐”น๐•๐• ๐•”๐•œ ๐•„๐•ช๐Ÿš“
687 subscribers
911 photos
214 videos
138 links
โš ๏ธๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹ไบŒ็พค @avnvyou6
707ไผ˜ๆƒ ๆœบๅ™จไบบ @The707CommunityBot
707่ต›ไบ‹็›ดๆ’ญ @livescore707
ๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹  @ahmoisexy
707ๆ‹…ไฟ็ฝ‘ https://707guarantee.com
็”ตๅฝฑ็พค @movieat707
ๅƒ็“œไบšๆดฒ  @chiguaasia
DJ่ˆžๆ›ฒ  @musicwabo
ๅคง้ฉฌ่ทฏๅ†ตๆถˆๆฏ @myblockchecking
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dua kebakaran membabitkan premis kilang berlaku selang kira-kira dua jam di Shah Alam dan Kapar awal pagi tadi, masing-masing melibatkan gudang memproses sisa plastik dan kilang memproses kayu.



@myblockchecking
Malam tadi aku menonton video dokumensi mengenai kebimbangan rakyat dan kerajaan Thailand terhadap penguasaan Israel di Thailand khususnya di Koh Samui.

Di Thailand, mereka ada undang-undang ketat pemilikan hartanah dari rakyat asing. Namun Israel menggunakan kaedah Nominee Scheme untuk 'merampas' tanah Thailand.

Nominee Scheme ini adalah penggunaan proksi. Nama atas geran nama rakyat Thailand, tapi modal sebenar dari warga Israel dan mereka yang berkuasa atas tanah / syarikat tersebut.

Ala, kita yang panggil Ali Baba kat Malaysia. Itulah yang sedang berlaku.

Rakyat Thailand resah dan membuat aduan kebanjiran warga Israel di Koh Samui. Mereka juga mendakwa banyak syarikat dan individu Israel mengawal banyak sektor seperti resort, pub dan kedai makan serta aktiviti pelancongan.

4 bulan tahun ni saja data menunjukkan lebih 500k tempat / rumah disewa warga Israel. Penduduk turut mendakwa rakyat Israel sangat biadap, tidak menghormati budaya setempat, buat kekacauan dan ganas.

Senang kata, ramai rakyat Thailand benci pada warga Israel dan mereka lebih bimbang Israel menguasai Koh Samui melalui proksi.

Bahkan kata mereka, salah satu cara warga Israel nak miliki hartanah di Thailand adalah dengan kahwin dengan rakyat Thai. Hartanah syarikat dan kedai dibuka atas nama isteri, hakikatnya warga Israel yang handle belaka.

Tak hairanlah bila melintas banyak video dari Thailand menunjukkan kebiadapan warga Israel bahkan banyak kedai tidak menerima pelancong dari Israel.

Kerajaan Thailand tidak mengambil mudah isu ini. Kerajaan Thailand serta merta minta semua pemilikan hartanah, syarikat, kedai disemak sepenuhnya bagi memastikan tiada warga Israel yang menjadi proksi.

Fuh, Thailand pun dah start benci Israel nampaknya. Memang begitulah perangai Yehuda ni.

Harap di Malaysia juga kena tiru Thailand. Kuat kuasa betul-betul bab pemilikan hartanah dan syarikat. Pastikan hanya rakyat kita yang betul-betul kuasai, bukan jadi proksi.

Seperti di Thailand, kita pun ada masalah yang sama. Ada yang sanggup jadi 'Buang' untuk beli hartanah, buka syarikat bagi pihak warga asing.

Ada juga yang menggunakan perkahwinan untuk mencapai tujuan mereka menguasai ekonomi dan sebagainya.

Begitulah.




@myblockchecking
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, pendakwaan kes SPRM ditangguh

Shah Alam: Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang sepatutnya menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung pada 31 Ogos lalu.

Peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili individu berpangkat Datuk itu mengesahkan perkara berkenaan pada prosiding di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Isteri kepada individu berkenaan yang turut hadir ke mahkamah memaklumkan suaminya mengalami sakit dada pada hari minggu lalu dan dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Beliau memaklumkan suaminya perlu menjalani beberapa siri pemeriksaan termasuk ujian elektrokardiogram (ECG) dan angiogram.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan jika pertuduhan perlu dibacakan di mahkamah.

Awang Kerisnada yang berpuas hati dengan penjelasan peguam serta
isteri individu berkenaan menangguhkan kes berkenaan pada 24 September, jam 9 pagi.

Sementara itu, Wan Azman Aiman ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan bekas COO terbabit sepatutnya berdepan dengan tiga pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Krisis kewangan TH bermula selepas timbul isu ketidakpadanan antara aset dan liabiliti yang membawa kepada pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar.

Perkara itu kemudiannya disusuli penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit termasuk pelaburan pajakan hotel TH di Makkah dan Madinah.

Justeru, pada 14 Ogos lalu, tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), antaranya bekas menteri, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkapalan, pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas anggota pengurusan kanan TH.

Disiarkan pada: September 3, 2026 11:25am
Norzamira Che Noh
am โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
โ€œAsap tidak mempunyai KTP,โ€ kata Menteri Kehutanan Indonesia, Raja Juli Antoni ketika mengulas asap kebakaran hutan di Kalimantan yang dilaporkan sampai ke Malaysia.

Menurutnya, asap bergerak mengikut arah angin tanpa mengenal sempadan negara. Jika arah angin berubah, beliau berkata, asap kebakaran di Sarawak juga boleh memasuki Indonesia.

Raja Juli bagaimanapun menegaskan Indonesia akan berusaha mengawal kebakaran dalam negaranya supaya tidak memudaratkan negara jiran.

Sumber: CNN Indonesia

Kredit โžก๏ธ The Reporter


@myblockchecking
Premis proses organ haiwan jadi makanan ikan disita kerana cemari sungai

SEREMBAN: Sebuah premis memproses organ dalaman haiwan untuk dijadikan makanan ikan disita oleh Majlis Bandaraya Seremban selepas dikesan membuang sisa cecair ke anak sungai hingga mencemari saliran berhampiran Kampung Kayu Ara, Mambau, di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin, berkata tindakan itu dikesan susulan aduan penduduk mengenai pencemaran air sungai berbau busuk dan mengganggu penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, susulan aduan dan siasatan yang dijalankan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS melakukan serbuan ke premis terbabit, kelmarin.

"MBS menerima aduan mengenai pencemaran air sungai berbau busuk yang dikatakan mengganggu penduduk di Kampung Kayu Ara.

"Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS mengadakan siasatan dan menyita beberapa peralatan yang disyaki menjadi punca berlaku pencemaran bau sungai itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Masri berkata, pemeriksaan
mendapati bau busuk itu berpunca daripada premis berkenaan yang dipercayai menjalankan aktiviti memproses organ dalaman haiwan untuk dijadikan makanan ikan.

"Hasil pemeriksaan premis itu turut mendapati ia dimiliki warga tempatan dan dikendalikan dua lelaki warga Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Pemilik premis tidak berada di lokasi sepanjang pemeriksaan dijalankan dan ketika serbuan dijalankan didapati pekerja itu sedang membuang sisa cecair ke dalam anak sungai berhampiran," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan serta-merta diambil dengan mengeluarkan kompaun kerana beroperasi tanpa lesen, selain menyita sebuah pemampat air (water compressor), sebuah motor aruhan (induction motor) dan tiga fius.

"Selain itu, satu notis arahan memberhentikan operasi dan penutupan premis dikeluarkan dan ia ditampal di premis, manakala pita sita MBS direntang di premis.

"Tugasan pemeriksaan susulan juga dijalankan dan mendapati premis berkenaan mematuhi arahan notis iaitu menghentikan operasi serta warga asing juga tiada di lokasi.

"Ketika operasi dijalankan, agensi Jabatan Alam Sekitar (Unit Forensik) dan Jabatan Imigresen turut sama membantu," katanya.

Ahmad Hasbi
September 3, 2026 12:26pm
Kredit โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
Gempa bumi lemah: Tiada kerosakan struktur bangunan - Bomba

KENINGAU - Tiada sebarang kerosakan pada struktur bangunan yang diperiksa dan tiada kejadian runtuhan, kebakaran atau kecederaan mangsa dilaporkan susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di daerah ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.40 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi susulan panggilan yang diterima berhubung kejadian tersebut.

"Pasukan bomba telah menjalankan rondaan dan pemantauan melibatkan pemeriksaan di bangunan beli belah, bangunan perabot, pejabat kesihatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada kerosakan struktur pada bangunan-bangunan yang diperiksa serta tiada kejadian runtuhan, kebakaran atau kecederaan mangsa dilaporkan," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada terhadap
kemungkinan gegaran susulan serta memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecemasan.

"Setelah pemeriksaan dan rondaan selesai dijalankan serta didapati keadaan di lokasi adalah selamat dan terkawal, pasukan bomba segera menamatkan operasi," katanya.

ASYIKIN ASMIN
03 September 2026 12:05pm
Kredit โžก๏ธ Sinar Harian


@myblockchecking
SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika

TAUFIK SALIMIN
03 September 2026 12:16pm

KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.

โ€œApabila diluaskan pencarian, ada kemungkinan mereka berada lebih jauh dari lokasi asal,โ€ katanya ketika sidang media di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Khamis.

Terdahulu, enam remaja dilaporkan lemas selepas mandi di Pantai Tanjung Lompat sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

Operasi SAR diaktifkan pada Rabu berikutan empat lagi mangsa dilaporkan masih hilang sebelum seorang daripadanya ditemui jam 1.15 tengah hari, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Mohd Najib berkata, operasi SAR bagi mengesan tiga lagi mangsa bermula jam 7 pagi melibatkan 41 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Katanya, dua dron daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan.

โ€œAPMM dan bomba telah menerbangkan dua dron sebanyak dua kali pada sesi pagi hari ini,โ€ ulasnya.

Katanya, dron-dron itu akan terus diterbangkan semasa air pasang nanti bagi melihat kemungkinan ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ke kawasan pantai lain.

Operasi SAR turut berdepan cabaran berikutan keadaan ombak yang mencapai ketinggian 1.15 meter.

โ€œKeadaan mungkin berubah pada tengah hari berikutan air pasang dan berkemungkinan cuaca buruk,โ€ ujarnya.

Mohd Najib memberitahu, pihak berkuasa negara jiran turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan menerusi Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru.

Namun, fokus pencarian ketika ini tetap tertumpu di perairan Malaysia termasuk di kawasan darat.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
AB33 CASINO MALAYSIA - TRUSTED ONLINE CASINO PLATFORM
AB33 | ไบšๅš33  (formerly known as AsiaBet33)

๐ŸŒ  https://ab33.io

๐ŸŽ‰ AB33 VIP Members Exclusive Notice ๐ŸŽ‰
Dear AB33 VIP Members,Your VIP Weekly Bonus has been successfully credited to your wallet! ๐Ÿ’ฐPlease log in to your account to check your bonus balance.

๐ŸŽ‰ AB33 VIP ไผšๅ‘˜ไธ“ๅฑž็ฆๅˆฉ้€š็Ÿฅ ๐ŸŽ‰
AB33 VIP ไผšๅ‘˜๏ผŒๆ‚จ็š„ VIP ๅ‘จๅฝฉ้‡‘ ๅทฒๆˆๅŠŸๆดพๅ‘่‡ณๆ‚จ็š„้’ฑๅŒ…๏ผ๐Ÿ’ฐ ่ฏท็™ปๅฝ•ๆ‚จ็š„่ดฆๅทๆŸฅ็œ‹ๅฝฉ้‡‘ไฝ™้ขใ€‚

๐Ÿ’ฅSuper Welcome Bonus
       Free Up tp 2880

๐Ÿ’ฅSlot Strater Pack
       Free 100% bonus

๐Ÿ’ฅDaily First deposit
       Free Up to 200

๐Ÿ’ฅWeekly First Deposit
      Free Up to 50%

๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ

๐ŸŒ  Register
๐Ÿ“ฑ   Channel
๐Ÿ“ฑ   Group
๐Ÿ“ฑ   Facebook
๐Ÿ“ฑ   Instagram
๐Ÿ“ฑ   Customer Service

๐Ÿ”ž movie
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ops SAR diteruskan, kesan Muhamad Arif Daniel dipercayai lemas

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhamad Arif Daniel Nizamuddin, 16, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berhampiran Prima Klebang, Melaka, petang semalam diteruskan sejak pagi tadi.

Mangsa dikatakan hilang selepas mengalami kesukaran ketika mandi bersama rakannya kira-kira jam 3 petang.




@myblockchecking
Perak/Highway 03/09/2026 4:00pm
Sebelum susur Sungkai muka tengok Bidor arah Utara trafik jem km359 ada treler rosak dilorong kiri terhalang hati2โš ๏ธ
#PBRC9๐Ÿผ
Perak/Highway 03/09/2026 4:02pm
Changkat Jering muka tengok Taiping/Kamunting arah Utara ada kebakaran belukar hati2 memandu dilokasi๐Ÿ”ฅโš ๏ธ
#PBRC16๐Ÿผ
GEMPA BUMI LEMAH 3.4 GEGAR KENINGAU, BOMBA JALANKAN PEMANTAUAN

KENINGAU, 3 September โ€“ Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 menggegarkan Keningau, Sabah pada 9.31 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 10 kilometer barat Keningau dan gegarannya dirasai di kawasan sekitar.

Susulan kejadian, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Keningau menjalankan pemeriksaan di empat lokasi termasuk bangunan G-MART, Pejabat Kesihatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.

Pemeriksaan mendapati tiada kerosakan struktur, runtuhan, kebakaran atau kecederaan dilaporkan.

Operasi pemantauan tamat 11.05 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Wartawan : Miriam Ajem
Sumber : JBPM Sabah

'Yang sahih di RTM'




@myblockchecking
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA, SALAM MALAYSIA MADANI

PEMAKLUMAN OPERASI TEAM C DISAMBUNG TEAM A SEHINGGA SEKARANG

JENIS INSIDEN: KHIDMAT KHAS (ORANG LEMAS)
TARIKH/MASA PANGGILAN: 02.09.2026 / 14:20:48 PM
ALAMAT: D'SUNGAI CAFE, 64, JALAN PUTRA, CHOW KIT, 50350 KL
MASA JENTERA SAMPAI: 14:22:06
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN: 850 METER
MANGSA: 1 LELAKI INDIA
BALAI JAGAAN: BBP SENTUL
BALAI BANTUAN: PPDA (BBP HANG TUAH)

LAPORAN: I/C SENTUL LAPOR BENAR BERLAKUNYA MANGSA LEMAS 1 LELAKI INDIA TERKAPAI-KAPAI DI DALAM SUNGAI YANG DIMAKLUMKAN OLEH ORANG AWAM SETERUSNYA IC STL MOHON BANTUAN UNIT PPDA UNTUK HADIR KE LOKASI KEJADIAN.OPERASI MASIH DIJALANKAN OLEH PASUKAN A SAR DITERUSKAN KAWASAN TEBING SUNGAI


JENTERA: FRT โ€“ 1 - EMRS - 1

SEKIAN, TERIMA KASIH.
BILIK KAWALAN BBP SENTUL




@myblockchecking
BBP KAPIT
TARIKH INSIDEN:-
02.09.2026 (Rabu)
MASA TERIMA:
-10:44:00

JENIS INSIDEN:
-Kebakaran Kenderaan (Lori)


ALAMAT:
-Kawasan Mumu,Jalan Kapit-Song.

*Laporan Komander*
Setibanya di lokasi kejadian,didapati benar berlaku kebakaran lori model DAI / Delta V50R-HS,no pendaftaran QSM 3557.Kebakaran melibatkan bahagian hadapan kenderaan tersebut (60% kemusnahan),pemandu tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak menjadi besar.

*Tindakan Operasi*
Size up dijalankan,anggota PPE lengkap,operasi pemadaman segera dilakukan dengan 1 aliran salur bantu mula jentera dan juga alat pemadam api,anggota juga bertindak membuka sambungan wayar pada bateri kenderaan.Setelah kebakaran dipadam dan keadaan selamat sepenuhnya,kesemua anggota bertolak balik.

Sumber Bbp Kapit



@myblockchecking
Lelaki cedera selepas kereta langgar tiang lampu

September 3, 2026, Khamis - 1:07pm

MIRI: Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera selepas kereta dinaikinya melanggar tiang lampu dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Miri-Pujut, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada 2.37 pagi.

Menurut laporan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 2.33 pagi.

Berikutan itu, sepasukan enam anggota digegaskan ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta yang melanggar tiang lampu sebelum terbalik.

โ€œMangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

โ€œSetelah membuat penilaian, pasukan bomba telah membawa mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan,โ€ menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.30 pagi.

Turut terlibat dalam operasi ialah seorang anggota polis trafik dan dua anggota Sarawak Energy Berhad.

oleh
Rosemaria Buma
Artikel Utusan Borneo



@myblockchecking
EMPAT CEDERA KEMALANGAN 3 KENDERAAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 3 SEPT 2026 (Khamis) โ€“ Empat individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Markas Briged ESSCOM, Lahad Datu, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira 12.21 tengah malam itu membabitkan sebuah Toyota Vios, Proton Saga BLM dan Proton Wira.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, PKPgB Sumsoa Rashid berkata, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.25 tengah malam.

โ€œDua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam, manakala dua lagi dibawa ke hospital menggunakan ambulans KKM Lahad Datu,โ€ katanya.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.45 tengah malam.

Identiti kesemua mangsa belum diperoleh.

Artikel Utusan Borneo



@myblockchecking