๐Ÿš“โ€ผ๏ธ ๐•€โ„•๐”ฝ๐•† โ„๐• ๐•”๐•œ๐”น๐•๐• ๐•”๐•œ ๐•„๐•ช๐Ÿš“
688 subscribers
933 photos
218 videos
138 links
โš ๏ธๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹ไบŒ็พค @avnvyou6
707ไผ˜ๆƒ ๆœบๅ™จไบบ @The707CommunityBot
707่ต›ไบ‹็›ดๆ’ญ @livescore707
ๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹  @ahmoisexy
707ๆ‹…ไฟ็ฝ‘ https://707guarantee.com
็”ตๅฝฑ็พค @movieat707
ๅƒ็“œไบšๆดฒ  @chiguaasia
DJ่ˆžๆ›ฒ  @musicwabo
ๅคง้ฉฌ่ทฏๅ†ตๆถˆๆฏ @myblockchecking
Download Telegram
Tertekan pedal minyak, kereta rempuh tembok dan rosakkan lima kenderaan

02 September 2026, 6:58pm

Oleh: Noor Hidayah Tanzizi

AMPANG: Sebuah kereta merempuh tembok konkrit parkir di Merdeka Villa, di sini, sebelum terjatuh ke aras bawah menyebabkan tembok itu runtuh lalu terkena lima kenderaan lain, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu kereta berusia 42 tahun yang juga warga tempatan itu sedang bergerak keluar dari parkir pada jam 3 petang.

Katanya, kereta itu hilang kawalan kerana pemandunya tertekan pedal minyak lalu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar tembok di hadapan sebelum terjatuh ke aras bawah.

โ€œAkibat dari pelanggaran itu, tembok konkrit yang dilanggar runtuh dan terkena pada lima kenderaan lain yang berada di kawasan parkir aras bawah.

โ€œBagaimanapun, tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dalam kejadian itu,โ€ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, semua pihak terbabit sudah hadir membuat laporan polis berkait dengan kemalangan berkenaan.

โ€œHasil siasatan mendapati kejadian berlaku berpunca dari kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

โ€œKes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59,โ€ katanya.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking
Pemandu jentera penggelek JPS maut, kenderaan hilang kawalan

Oleh
Wartawan UtusanMelayu+

SEORANG pemandu jentera penggelek (compactor roller) maut selepas jentera dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak di Kampung Anak Ayer Durian Daun, Kampung Pondoi di Tampin hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang menjalankan kerja penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, jentera jenis Bomag Ltd yang dipandu lelaki tempatan itu sedang mengundur namun ia gagal dikawal lalu terjatuh menggelongsor ke dalam Semak.

โ€œBerikutan itu, pemandu jentera terbabit mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan awal namun disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 3 petang.

โ€œMayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Amiruddien berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Daerah Tampin di talian 06-441 2502 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sritharan.

Kata beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel Utusan Melayu



@myblockchecking
(MELAKA) Kes โ€˜duit kopiโ€™ RM200: Pemuda Kampung Morten buat laporan polis.

MELAKA โ€“ Pemuda Kampung Morten memohon maaf kepada semua pihak susulan kejadian โ€˜pickpocketโ€™ yang berlaku di kampung berkenaan baru-baru ini, selain mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan insiden itu yang tular semalam.

Ketua Pemuda Kampung Morten, Ahmad Safwan Salim berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan memahami kebimbangan serta ketidakselesaan yang timbul susulan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut kini sedang dijalankan pihak berkuasa dan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

โ€œUntuk makluman, laporan telah dibuat di Balai Polis Melaka Tengah jam 6.56 petang semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa.

โ€œKami amat kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas segala kesulitan, kebimbangan dan ketidakselesaan yang timbul dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,โ€ katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.
Malah tambahnya, Pemuda Kampung Morten akan akan berusaha sedaya upaya membantu menangani perkara ini serta mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat serta para pengunjung Kampung Morten terus terpelihara.

Semalam, tular kejadian seorang wanita mendakwa menjadi mangsa seorang lelaki yang menawarkan bantuan selepas telefon bimbitnya hilang ketika berada di sekitar Sungai Melaka sebelum meminta โ€˜duit kopiโ€™ sebanyak RM200.

Menurut wanita berkenaan, kejadian berlaku ketika dia sedang duduk di bangku tepi sungai bersama ibunya sebelum menyedari telefon bimbitnya hilang.

Dakwanya, tidak lama kemudian seorang lelaki menghampirinya dan mendakwa melihat seseorang mengambil telefon berkenaan sebelum memberitahu rakannya sedang mengejar individu terbabit.

Lelaki itu kemudiannya didakwa menyuruh wanita berkenaan mengikutnya kerana rakannya dikatakan sudah menangkap individu yang mengambil telefon berkenaan dan mendapatkan semula telefon miliknya.

Wanita itu turut mendakwa lelaki berkenaan bertanya mengenai jenis dan harga telefon sebelum meminta wang โ€˜duit kopiโ€™ untuk diberikan kepada rakannya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian pergi ke kawasan rumah kampung di sekitar Kampung Morten sebelum menyerahkan semula telefon bimbit berkenaan kepadanya.
.
Bagaimanapun, lelaki itu didakwa terus meminta RM200 dan mendesaknya supaya membayar wang berkenaan.
.
Wanita terbabit kemudian bertanyakan lokasi rakannya serta individu yang mengambil telefon berkenaan kerana mahu membuat laporan polis, namun lelaki tersebut didakwa terus meminta wang.
.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian beberapa pengguna media sosial lain yang mendakwa pernah berdepan dengan individu sama.
.
Susulan kejadian itu, Ahmad Safwan memohon semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan tanpa membuat sebarang kesimpulan awal berhubung kejadian tersebut.
.
โ€œMarilah kita bersama-sama menjaga nama baik Kampung Morten serta memastikan kampung ini kekal sebagai sebuah komuniti yang selamat, harmoni, mesra dan dihormati oleh semua,โ€ katanya.

โ€“ MalaysiaGazette / Reza A Hamid / CP MelakaExplorer



@myblockchecking
๐—ก๐—š ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต ๐—œ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฟ ๐—ž๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ & ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ
02.09.2026 I RABU
2005 PM
Kg. Bendang Becah, Kupang Baling Kedah
Pasukan : A Balai Bomba dan Penyelamat Baling

(6 kediaman terlibat didalam kejadian banjir kilat kesan daripada limpahan air dari sungai Kupang selepas kawasan bukit Iboi / Bok bak mengalami hujan lebat berterusan selama 4 jam pada sebelah petang. Tiada mangsa dipindahkan, namun penduduk berisiko diingatkan sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan taburan hujan tinggi di Gunung Inas yang menyebabkan berlakunya limpahan air dan arus deras dari Lata Celak-Iboi-Kupang dan seterusnya ke Sungai Ketil itu)

PESANAN KHIDMAT NASIHAT:
Sentiasa tingkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga dalam pelbagai perkara dan tidak kira masa. Ambil langkah berjaga-jaga dan peka, peduli dan prihatin dengan persekitaran semasa dan perubahan cuaca mendadak. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Dapatkan khidmat bantuan agensi berkepentingan untuk kepakaran keanggotaan dan peralatan terlatih. Kami sedia membantu anda.

TERUS BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BANGKIT! BALING! BANGKIT



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah



@myblockchecking
Struktur didakwa Bahtera Nabi Nuh dikesan di Turkiye?

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
02 September 2026 04:49pm

ANKARA - Penyelidik di Turkiye mendakwa menemukan struktur bawah tanah yang mungkin berkaitan dengan Bahtera Nabi Nuh di kawasan Durupinar, kira-kira 30 kilometer di selatan Gunung Ararat.

Penemuan terbaharu itu dibuat menggunakan teknologi radar penembus tanah tiga dimensi yang mengesan struktur bersudut, laluan serta beberapa ruang yang saling bersambung di bawah permukaan.

Menurut penyelidik, struktur berkenaan dikesan sehingga kedalaman kira-kira enam meter dan kelihatan membentuk beberapa aras di dalam formasi sepanjang 157 meter itu.

Saiz tersebut menarik perhatian kerana dikatakan hampir menyerupai ukuran Bahtera Nabi Nuh yang disebut dalam catatan keagamaan.

Penyelidik turut merujuk kepada ujian tanah yang mendapati kandungan bahan organik di dalam formasi itu lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Mereka berpendapat keadaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik yang telah mereput, termasuk kemungkinan kayu purba.

Bagaimanapun, dakwaan itu masih menjadi perdebatan.

Kebanyakan ahli geologi sebelum ini menganggap formasi Durupinar sebagai struktur semula jadi yang terbentuk akibat lipatan batuan, aliran lumpur dan hakisan.

Kajian geologi terdahulu juga tidak menemukan bukti kukuh bahawa formasi tersebut merupakan tinggalan sebuah kapal.

Dapatan radar terbaharu itu juga masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik yang melalui proses semakan.

Setakat ini, tiada serpihan kayu, logam atau bahan buatan manusia yang dapat disahkan telah ditemukan di dalam formasi berkenaan.

Pasukan penyelidik Noahโ€™s Ark Scans berkata, siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti ruang bawah tanah serta mengambil lebih banyak sampel bagi menentukan asal-usul sebenar struktur tersebut. - Agensi

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
ATM bakal terima 263 unit Tedung, Kala

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima 263 unit kenderaan model Tedung dan Kala iaitu kenderaan mobiliti tinggi bernilai RM164.91 juta bagi memperkukuh keupayaan taktikal merentasi pelbagai jenis operasi di medan perang.

ATM berkata, sebanyak 163 unit Tedung akan dibekalkan, terdiri daripada 80 Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) Pelancar Bom Tangan (AGL) dan 83 unit KPS Mesingan (HMG) dengan nilai keseluruhan kontrak RM92.91 juta.

Menurutnya, perolehan dua model aset ini adalah komitmen ATM dalam memperkukuh pertahanan negara dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman semasa serta masa hadapan.

"Tedung adalah platform kenderaan mobiliti tinggi berasaskan kenderaan pacuan empat roda (4x4) model Agrale Marruรก AM250 Double Cab yang dibangunkan untuk menawarkan ketahanan, fleksibiliti dan kebolehgerakan dalam pelbagai persekitaran operasi.

"Ia dikuasakan enjin diesel Cummins F3.8 Intercooled Turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 170 cv (125 kW) dan
tujahan sehingga 600 Nm, selain dilengkapi sistem pacuan 4ร—4 sepenuh masa.

"Kenderaan ini turut mempunyai kelegaan tanah 350 milimeter (mm), sudut tuju 58 darjah serta keupayaan mendaki sehingga 60 peratus di jalan berturap dan 40 peratus di medan rentas desa," kata ATM dalam satu hantaran di Facebook tadi.

Katanya, aset baharu itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menyempurnakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan, di sini, 27 Ogos lalu.

ATM berkata, sebanyak 100 unit kenderaan model Kala akan diterima dengan kontrak bernilai RM72 juta bagi memenuhi keperluan taktikal terutama penugasan tinjauan merentasi pelbagai jenis halangan.

Katanya, ia dikonfigurasi sebagai Kenderaan Tinjau Mobiliti Tinggi (HMRV) untuk memberi kelebihan taktikal dari aspek ketangkasan pergerakan dan keupayaan merentas pelbagai permukaan bumi bagi menyokong keperluan pelbagai jenis operasi ketenteraan.

"Kala dikuasakan enjin Rotax 900cc ACE Turbocharged berkuasa sehingga 200 kuasa kuda (HP) serta dilengkapi sistem pacuan 2WD/4WD, front differential lock dan suspensi cross-country.

"Kenderaan itu mempunyai kelegaan tanah setinggi 330 mm dan mampu mengharungi air sedalam 500 mm, melepasi halangan menegak setinggi 300 mm serta merentasi parit selebar 500 mm," katanya.

Menurut hantaran itu, kenderaan HMRV itu mempunyai kapasiti seorang pemandu dan tiga anggota lengkap dengan kelengkapan serta senjata.

Selain itu, perolehan kedua-dua jenis aset itu membolehkan operator Tedung mengubah konfigurasi kepada pelbagai varian mengikut keperluan misi antaranya menjadi kenderaan penarik meriam (KPM), kenderaan untuk radio (FFR), atau pusat arahan (command vehicle).

Disiarkan pada: September 3, 2026 9:20am
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dua kebakaran membabitkan premis kilang berlaku selang kira-kira dua jam di Shah Alam dan Kapar awal pagi tadi, masing-masing melibatkan gudang memproses sisa plastik dan kilang memproses kayu.



@myblockchecking
Malam tadi aku menonton video dokumensi mengenai kebimbangan rakyat dan kerajaan Thailand terhadap penguasaan Israel di Thailand khususnya di Koh Samui.

Di Thailand, mereka ada undang-undang ketat pemilikan hartanah dari rakyat asing. Namun Israel menggunakan kaedah Nominee Scheme untuk 'merampas' tanah Thailand.

Nominee Scheme ini adalah penggunaan proksi. Nama atas geran nama rakyat Thailand, tapi modal sebenar dari warga Israel dan mereka yang berkuasa atas tanah / syarikat tersebut.

Ala, kita yang panggil Ali Baba kat Malaysia. Itulah yang sedang berlaku.

Rakyat Thailand resah dan membuat aduan kebanjiran warga Israel di Koh Samui. Mereka juga mendakwa banyak syarikat dan individu Israel mengawal banyak sektor seperti resort, pub dan kedai makan serta aktiviti pelancongan.

4 bulan tahun ni saja data menunjukkan lebih 500k tempat / rumah disewa warga Israel. Penduduk turut mendakwa rakyat Israel sangat biadap, tidak menghormati budaya setempat, buat kekacauan dan ganas.

Senang kata, ramai rakyat Thailand benci pada warga Israel dan mereka lebih bimbang Israel menguasai Koh Samui melalui proksi.

Bahkan kata mereka, salah satu cara warga Israel nak miliki hartanah di Thailand adalah dengan kahwin dengan rakyat Thai. Hartanah syarikat dan kedai dibuka atas nama isteri, hakikatnya warga Israel yang handle belaka.

Tak hairanlah bila melintas banyak video dari Thailand menunjukkan kebiadapan warga Israel bahkan banyak kedai tidak menerima pelancong dari Israel.

Kerajaan Thailand tidak mengambil mudah isu ini. Kerajaan Thailand serta merta minta semua pemilikan hartanah, syarikat, kedai disemak sepenuhnya bagi memastikan tiada warga Israel yang menjadi proksi.

Fuh, Thailand pun dah start benci Israel nampaknya. Memang begitulah perangai Yehuda ni.

Harap di Malaysia juga kena tiru Thailand. Kuat kuasa betul-betul bab pemilikan hartanah dan syarikat. Pastikan hanya rakyat kita yang betul-betul kuasai, bukan jadi proksi.

Seperti di Thailand, kita pun ada masalah yang sama. Ada yang sanggup jadi 'Buang' untuk beli hartanah, buka syarikat bagi pihak warga asing.

Ada juga yang menggunakan perkahwinan untuk mencapai tujuan mereka menguasai ekonomi dan sebagainya.

Begitulah.




@myblockchecking
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, pendakwaan kes SPRM ditangguh

Shah Alam: Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang sepatutnya menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung pada 31 Ogos lalu.

Peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili individu berpangkat Datuk itu mengesahkan perkara berkenaan pada prosiding di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Isteri kepada individu berkenaan yang turut hadir ke mahkamah memaklumkan suaminya mengalami sakit dada pada hari minggu lalu dan dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Beliau memaklumkan suaminya perlu menjalani beberapa siri pemeriksaan termasuk ujian elektrokardiogram (ECG) dan angiogram.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan jika pertuduhan perlu dibacakan di mahkamah.

Awang Kerisnada yang berpuas hati dengan penjelasan peguam serta
isteri individu berkenaan menangguhkan kes berkenaan pada 24 September, jam 9 pagi.

Sementara itu, Wan Azman Aiman ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan bekas COO terbabit sepatutnya berdepan dengan tiga pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Krisis kewangan TH bermula selepas timbul isu ketidakpadanan antara aset dan liabiliti yang membawa kepada pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar.

Perkara itu kemudiannya disusuli penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit termasuk pelaburan pajakan hotel TH di Makkah dan Madinah.

Justeru, pada 14 Ogos lalu, tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), antaranya bekas menteri, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkapalan, pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas anggota pengurusan kanan TH.

Disiarkan pada: September 3, 2026 11:25am
Norzamira Che Noh
am โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
โ€œAsap tidak mempunyai KTP,โ€ kata Menteri Kehutanan Indonesia, Raja Juli Antoni ketika mengulas asap kebakaran hutan di Kalimantan yang dilaporkan sampai ke Malaysia.

Menurutnya, asap bergerak mengikut arah angin tanpa mengenal sempadan negara. Jika arah angin berubah, beliau berkata, asap kebakaran di Sarawak juga boleh memasuki Indonesia.

Raja Juli bagaimanapun menegaskan Indonesia akan berusaha mengawal kebakaran dalam negaranya supaya tidak memudaratkan negara jiran.

Sumber: CNN Indonesia

Kredit โžก๏ธ The Reporter


@myblockchecking
Premis proses organ haiwan jadi makanan ikan disita kerana cemari sungai

SEREMBAN: Sebuah premis memproses organ dalaman haiwan untuk dijadikan makanan ikan disita oleh Majlis Bandaraya Seremban selepas dikesan membuang sisa cecair ke anak sungai hingga mencemari saliran berhampiran Kampung Kayu Ara, Mambau, di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin, berkata tindakan itu dikesan susulan aduan penduduk mengenai pencemaran air sungai berbau busuk dan mengganggu penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, susulan aduan dan siasatan yang dijalankan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS melakukan serbuan ke premis terbabit, kelmarin.

"MBS menerima aduan mengenai pencemaran air sungai berbau busuk yang dikatakan mengganggu penduduk di Kampung Kayu Ara.

"Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS mengadakan siasatan dan menyita beberapa peralatan yang disyaki menjadi punca berlaku pencemaran bau sungai itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Masri berkata, pemeriksaan
mendapati bau busuk itu berpunca daripada premis berkenaan yang dipercayai menjalankan aktiviti memproses organ dalaman haiwan untuk dijadikan makanan ikan.

"Hasil pemeriksaan premis itu turut mendapati ia dimiliki warga tempatan dan dikendalikan dua lelaki warga Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Pemilik premis tidak berada di lokasi sepanjang pemeriksaan dijalankan dan ketika serbuan dijalankan didapati pekerja itu sedang membuang sisa cecair ke dalam anak sungai berhampiran," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan serta-merta diambil dengan mengeluarkan kompaun kerana beroperasi tanpa lesen, selain menyita sebuah pemampat air (water compressor), sebuah motor aruhan (induction motor) dan tiga fius.

"Selain itu, satu notis arahan memberhentikan operasi dan penutupan premis dikeluarkan dan ia ditampal di premis, manakala pita sita MBS direntang di premis.

"Tugasan pemeriksaan susulan juga dijalankan dan mendapati premis berkenaan mematuhi arahan notis iaitu menghentikan operasi serta warga asing juga tiada di lokasi.

"Ketika operasi dijalankan, agensi Jabatan Alam Sekitar (Unit Forensik) dan Jabatan Imigresen turut sama membantu," katanya.

Ahmad Hasbi
September 3, 2026 12:26pm
Kredit โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
Gempa bumi lemah: Tiada kerosakan struktur bangunan - Bomba

KENINGAU - Tiada sebarang kerosakan pada struktur bangunan yang diperiksa dan tiada kejadian runtuhan, kebakaran atau kecederaan mangsa dilaporkan susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di daerah ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.40 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi susulan panggilan yang diterima berhubung kejadian tersebut.

"Pasukan bomba telah menjalankan rondaan dan pemantauan melibatkan pemeriksaan di bangunan beli belah, bangunan perabot, pejabat kesihatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada kerosakan struktur pada bangunan-bangunan yang diperiksa serta tiada kejadian runtuhan, kebakaran atau kecederaan mangsa dilaporkan," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada terhadap
kemungkinan gegaran susulan serta memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecemasan.

"Setelah pemeriksaan dan rondaan selesai dijalankan serta didapati keadaan di lokasi adalah selamat dan terkawal, pasukan bomba segera menamatkan operasi," katanya.

ASYIKIN ASMIN
03 September 2026 12:05pm
Kredit โžก๏ธ Sinar Harian


@myblockchecking
SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika

TAUFIK SALIMIN
03 September 2026 12:16pm

KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.

โ€œApabila diluaskan pencarian, ada kemungkinan mereka berada lebih jauh dari lokasi asal,โ€ katanya ketika sidang media di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Khamis.

Terdahulu, enam remaja dilaporkan lemas selepas mandi di Pantai Tanjung Lompat sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

Operasi SAR diaktifkan pada Rabu berikutan empat lagi mangsa dilaporkan masih hilang sebelum seorang daripadanya ditemui jam 1.15 tengah hari, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Mohd Najib berkata, operasi SAR bagi mengesan tiga lagi mangsa bermula jam 7 pagi melibatkan 41 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Katanya, dua dron daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan.

โ€œAPMM dan bomba telah menerbangkan dua dron sebanyak dua kali pada sesi pagi hari ini,โ€ ulasnya.

Katanya, dron-dron itu akan terus diterbangkan semasa air pasang nanti bagi melihat kemungkinan ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ke kawasan pantai lain.

Operasi SAR turut berdepan cabaran berikutan keadaan ombak yang mencapai ketinggian 1.15 meter.

โ€œKeadaan mungkin berubah pada tengah hari berikutan air pasang dan berkemungkinan cuaca buruk,โ€ ujarnya.

Mohd Najib memberitahu, pihak berkuasa negara jiran turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan menerusi Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru.

Namun, fokus pencarian ketika ini tetap tertumpu di perairan Malaysia termasuk di kawasan darat.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
AB33 CASINO MALAYSIA - TRUSTED ONLINE CASINO PLATFORM
AB33 | ไบšๅš33  (formerly known as AsiaBet33)

๐ŸŒ  https://ab33.io

๐ŸŽ‰ AB33 VIP Members Exclusive Notice ๐ŸŽ‰
Dear AB33 VIP Members,Your VIP Weekly Bonus has been successfully credited to your wallet! ๐Ÿ’ฐPlease log in to your account to check your bonus balance.

๐ŸŽ‰ AB33 VIP ไผšๅ‘˜ไธ“ๅฑž็ฆๅˆฉ้€š็Ÿฅ ๐ŸŽ‰
AB33 VIP ไผšๅ‘˜๏ผŒๆ‚จ็š„ VIP ๅ‘จๅฝฉ้‡‘ ๅทฒๆˆๅŠŸๆดพๅ‘่‡ณๆ‚จ็š„้’ฑๅŒ…๏ผ๐Ÿ’ฐ ่ฏท็™ปๅฝ•ๆ‚จ็š„่ดฆๅทๆŸฅ็œ‹ๅฝฉ้‡‘ไฝ™้ขใ€‚

๐Ÿ’ฅSuper Welcome Bonus
       Free Up tp 2880

๐Ÿ’ฅSlot Strater Pack
       Free 100% bonus

๐Ÿ’ฅDaily First deposit
       Free Up to 200

๐Ÿ’ฅWeekly First Deposit
      Free Up to 50%

๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ๐ŸŽฐ

๐ŸŒ  Register
๐Ÿ“ฑ   Channel
๐Ÿ“ฑ   Group
๐Ÿ“ฑ   Facebook
๐Ÿ“ฑ   Instagram
๐Ÿ“ฑ   Customer Service

๐Ÿ”ž movie
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ops SAR diteruskan, kesan Muhamad Arif Daniel dipercayai lemas

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhamad Arif Daniel Nizamuddin, 16, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berhampiran Prima Klebang, Melaka, petang semalam diteruskan sejak pagi tadi.

Mangsa dikatakan hilang selepas mengalami kesukaran ketika mandi bersama rakannya kira-kira jam 3 petang.




@myblockchecking