This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 02/09/2026
Katanya kes curi kabel dekat depan Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang sekitar jam 5 pagi tadi.
Sumber โก๏ธ Threads xdzxmshxh
@myblockchecking

Toll juru kluar arah utara.. Block trafik dan aadk.. Tahan lorong lori..
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT: Nahas Empat Kenderaan Di Lebuhraya PLUS Kepala Batas
KEPALA BATAS, 1 SEPTEMBER โ Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tercampak ke kawasan tebing dalam satu kemalangan tragis membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada tengah hari Selasa.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 1:04 tengah hari sebelum segera mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.
Nahas tersebut membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Silverwing GT dan Yamaha MT-09, serta dua buah kereta jenis Perodua Myvi. Penunggang motosikal Honda yang berumur 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemboncengnya yang juga berusia 50 tahun mengalami kecederaan ringan.
Penunggang Yamaha , 50 tahun pula dilaporkan cedera parah, sementara kedua-dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Pasukan bomba bertindak pantas menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi menaikkan penunggang motosikal Yamaha yang terjatuh ke bawah tebing, dengan dibantu oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu.
Kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Mayat mangsa yang maut pula telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, dan keseluruhan operasi yang turut dibantu oleh pihak peronda PLUS ini ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:05 petang setelah keadaan dipastikan benar-benar selamat.

Syukur Yasin dibenarkan pulang
Kuala Lumpur: "Saya dah 'kenyang' dengan kebebasan,".
Demikian luahan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, sebaik sahaja dibenarkan keluar secara rasmi dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak hari ini selepas hampir tiga tahun empat bulan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Kepulangan penyanyi lagu Mimpi Laila berusia 51 tahun itu disambut penuh rasa syukur oleh ahli keluarga terdekat selepas dia dibenarkan pulang sepenuhnya ke pangkuan keluarga.
Abangnya, Zain Sulaiman memaklumkan bahawa pihak keluarga dihubungi oleh pihak hospital sejak minggu lalu bagi memaklumkan keputusan kebenaran keluar mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Hari ini dia baru dapat keluar dan kebenaran untuk pulang disahkan. Keputusan ini memakan masa kerana terdapat banyak proses yang perlu dilalui, namun pihak hospital menghubungi saya minggu lalu untuk hadir menjemputnya hari ini," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zain, dia bersama ahli keluarga termasuk isterinya, adiknya, serta anak

perempuan Yasin iaitu Malaika, 18, bertolak ke Hospital Bahagia Ulu Kinta seawal pagi tadi untuk menjemput adiknya kira-kira jam 10 pagi.
"Pihak keluarga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pembebasan itu selepas mengharungi tempoh sukar dan penantian selama empat tahun, lima bulan dan sembilan hari (termasuk tempoh perbicaraan)," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan serta status kesihatan adiknya, Zain memberitahu Yasin kini berada dalam keadaan fizikal yang amat sihat, bertenaga, serta berada pada tahap emosi yang sangat gembira.
"Alhamdulillah, dia sangat sihat dan gembira. Dia memang dah mempersiapkan diri untuk keluar sejak sekian lama. Malah kalau tak silap saya, dia ada six-pack sekarang sebab rajin workout sana (berseloroh)," katanya.
Zain menambah, semangat adiknya untuk kembali ke pangkuan masyarakat amat jelas memandangkan Yasin sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh berada dalam pemantauan hospital.
Disoal mengenai pembabitan semula Yasin dalam persada muzik tanah air, Zain menjelaskan bahawa fokus utama ketika ini adalah untuk memberikan ruang kepada adiknya menyesuaikan diri semula dengan kehidupan seharian.
"Insya-Allah, tapi saya rasa memandangkan dia sudah lama tidak bergiat aktif iaitu empat tahun lebih, dia perlu menyesuaikan diri semula secara perlahan-lahan. Apa yang penting, dia berada dalam keadaan yang sangat baik," katanya.
Bagaimanapun, Yasin masih tertakluk kepada pemantauan kesihatan berterusan dan diwajibkan menjalani pemeriksaan susulan berkala di hospital pada setiap bulan.
Satu detik tersendiri turut dikongsikan Zain sewaktu perjalanan pulang ke Kajang apabila dia bertanya kepada adiknya mengenai juadah makanan yang teringin dinikmati selepas sekian lama.
"Bila saya tanya dia nak makan apa untuk tengah hari, dia jawab dia tak nak makan apa-apa sebab dah kenyang dengan kebebasan. Itu reaksi pertamanya yang membuatkan kami terhibur dan terharu," katanya.
Terdahulu, berita kepulangan Yasin turut dikongsi sahabatnya yang juga bekas anggota kumpulan nasyid, Brothers, Akbar Azmi menerusi satu video yang dimuat naik ke platform media sosialnya.
Disiarkan pada: September 2, 2026 7:45pm
Syafil Syazwan Jefri & Fatin Farhana Ariffin
syafil.syazwan โก๏ธ Harian Metro

Struktur didakwa Bahtera Nabi Nuh dikesan di Turkiye?
ANKARA - Penyelidik di Turkiye mendakwa menemukan struktur bawah tanah yang mungkin berkaitan dengan Bahtera Nabi Nuh di kawasan Durupinar, kira-kira 30 kilometer di selatan Gunung Ararat.
Penemuan terbaharu itu dibuat menggunakan teknologi radar penembus tanah tiga dimensi yang mengesan struktur bersudut, laluan serta beberapa ruang yang saling bersambung di bawah permukaan.
Menurut penyelidik, struktur berkenaan dikesan sehingga kedalaman kira-kira enam meter dan kelihatan membentuk beberapa aras di dalam formasi sepanjang 157 meter itu.
Saiz tersebut menarik perhatian kerana dikatakan hampir menyerupai ukuran Bahtera Nabi Nuh yang disebut dalam catatan keagamaan.
Penyelidik turut merujuk kepada ujian tanah yang mendapati kandungan bahan organik di dalam formasi itu lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
Mereka berpendapat keadaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik yang telah mereput, termasuk kemungkinan kayu purba.

Bagaimanapun, dakwaan itu masih menjadi perdebatan.
Kebanyakan ahli geologi sebelum ini menganggap formasi Durupinar sebagai struktur semula jadi yang terbentuk akibat lipatan batuan, aliran lumpur dan hakisan.
Kajian geologi terdahulu juga tidak menemukan bukti kukuh bahawa formasi tersebut merupakan tinggalan sebuah kapal.
Dapatan radar terbaharu itu juga masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik yang melalui proses semakan.
Setakat ini, tiada serpihan kayu, logam atau bahan buatan manusia yang dapat disahkan telah ditemukan di dalam formasi berkenaan.
Pasukan penyelidik Noahโs Ark Scans berkata, siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti ruang bawah tanah serta mengambil lebih banyak sampel bagi menentukan asal-usul sebenar struktur tersebut. - Agensi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
02 September 2026 04:49pm
Kredit โก๏ธ Sinar Harian

RUMAH TIGA TINGKAT TERBAKAR: Penghuni Terselamat, Perkakasan Sembahyang Musnah Di Bayan Lepas
BAYAN LEPAS, 2 SEPTEMBER โ Seorang lelaki berusia 52 tahun bernasib baik apabila berjaya menyelamatkan diri sebelum kediaman tiga tingkat miliknya di Jalan Pintasan Kelicap, berhadapan Kompleks MBPP, musnah dalam satu kejadian kebakaran pada pagi Rabu.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 10:03 pagi sebelum segera mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi.
Kebakaran yang membabitkan struktur kediaman berkeluasan keseluruhan 120 x 50 kaki persegi itu dilaporkan turut melibatkan perkakasan sembahyang . Api telah mengakibatkan kemusnahan sebanyak 30 peratus di ruangan tingkat dua manakala struktur di tingkat tiga musnah sebanyak 40 peratus. Penghuni kediaman berkenaan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang turut mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Perak Lane bertindak pantas menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran.
Kecekapan anggota penyelamat membuahkan hasil apabila api berjaya dikawal daripada terus merebak. Operasi yang turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini diteruskan dengan kerja-kerja overhaul secara teliti bagi memastikan tiada lagi sebarang punca api.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12:44 tengah hari sebelum diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.
sumber Jbpm P.pinang

Compactor roller hilang kawalan jatuh dalam semak, pemandu maut
TAMPIN: Seorang pemandu compactor roller maut apabila jentera itu hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam semak di jalan dalam kebun Kampung Anak Ayer Durian Daun, Kampung Pondoi di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata insiden kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 45 tahun dikata sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika jentera dipandu lelaki tempatan berumur 45 tahun itu sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan pertanian bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal compactor roller itu ketika sedang mengundur menyebabkan jentera berkenaan menggelongsor terjatuh ke dalam semak.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan

tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik hospital itu untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Daerah Tampin melalui talian 06-4412502 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Sritharan.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Oleh Ahmad Hasbi
September 3, 2026 6:20am
Kredit โก๏ธ Berita Harian

Wanita maut dipercayai dipukul, teman lelaki ditahan
PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan berikutan kematian teman wanitanya dipercayai akibat dipukul setelah berlaku perselisihan faham antara mereka.
Terdahulu, mangsa berusia 44 tahun dibawa dengan menggunakan ambulans ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu, dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 31 Ogos lalu.
Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada malam sama ketika menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Penampang menjalankan siasatan sebelum memberkas lelaki tempatan berusia 41 tahun itu.
"Lelaki itu dipercayai mempunyai hubungan sebagai teman lelaki mangsa.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek sebelum wanita itu dipercayai dipukul," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, pasukan BSJD Penampang dengan kerjasama Bahagian Forensik (D10),

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, turut menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.
Katanya, beberapa barangan kes serta sampel berkaitan telah diperoleh untuk siasatan dan analisis forensik.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan.
"Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan mengenai kejadian itu sehingga siasatan lengkap dan proses undang-undang selesai," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Hairie Awang Akub, melalui talian 016-8032849 atau tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Oleh Juwan Riduan
September 3, 2026 6:31am

Pelancong warga El Salvador maut dipercayai akibat langgar lari
Oleh BERNAMA
September 2, 2026 6:38pm
KOTA BHARU: Seorang pelancong wanita warga Republik El Salvador maut dipercayai akibat langgar lari di Kilometer 24.5 Jalan Persekutuan Melawi-Kuala Besut di Pasir Puteh, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob, berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.44 malam ketika mangsa berusia 29 tahun dipercayai sedang berjalan di bahu jalan berhampiran sebuah hotel, menghala ke Kuala Besut.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh, untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang berusaha mengenal pasti kenderaan serta pemandu yang terbabit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Inspektor Abdul Munir Mohd Fauzi, melalui talian 013-9872579 bagi membantu siasatan.
Artikel Berita Harian

Tertekan pedal minyak, kereta rempuh tembok dan rosakkan lima kenderaan
02 September 2026, 6:58pm
Oleh: Noor Hidayah Tanzizi
AMPANG: Sebuah kereta merempuh tembok konkrit parkir di Merdeka Villa, di sini, sebelum terjatuh ke aras bawah menyebabkan tembok itu runtuh lalu terkena lima kenderaan lain, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu kereta berusia 42 tahun yang juga warga tempatan itu sedang bergerak keluar dari parkir pada jam 3 petang.
Katanya, kereta itu hilang kawalan kerana pemandunya tertekan pedal minyak lalu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar tembok di hadapan sebelum terjatuh ke aras bawah.
โAkibat dari pelanggaran itu, tembok konkrit yang dilanggar runtuh dan terkena pada lima kenderaan lain yang berada di kawasan parkir aras bawah.
โBagaimanapun, tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dalam kejadian itu,โ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, semua pihak terbabit sudah hadir membuat laporan polis berkait dengan kemalangan berkenaan.
โHasil siasatan mendapati kejadian berlaku berpunca dari kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
โKes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59,โ katanya.
Artikel Buletin Tv3

Pemandu jentera penggelek JPS maut, kenderaan hilang kawalan
Oleh
Wartawan UtusanMelayu+
SEORANG pemandu jentera penggelek (compactor roller) maut selepas jentera dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak di Kampung Anak Ayer Durian Daun, Kampung Pondoi di Tampin hari ini.
Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang menjalankan kerja penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, jentera jenis Bomag Ltd yang dipandu lelaki tempatan itu sedang mengundur namun ia gagal dikawal lalu terjatuh menggelongsor ke dalam Semak.
โBerikutan itu, pemandu jentera terbabit mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan awal namun disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 3 petang.
โMayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,โ katanya dalam kenyataan hari ini.
Amiruddien berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Daerah Tampin di talian 06-441 2502 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sritharan.
Kata beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Artikel Utusan Melayu

(MELAKA) Kes โduit kopiโ RM200: Pemuda Kampung Morten buat laporan polis.
MELAKA โ Pemuda Kampung Morten memohon maaf kepada semua pihak susulan kejadian โpickpocketโ yang berlaku di kampung berkenaan baru-baru ini, selain mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan insiden itu yang tular semalam.
Ketua Pemuda Kampung Morten, Ahmad Safwan Salim berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan memahami kebimbangan serta ketidakselesaan yang timbul susulan kejadian tersebut.
Menurutnya, siasatan lanjut kini sedang dijalankan pihak berkuasa dan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.
โUntuk makluman, laporan telah dibuat di Balai Polis Melaka Tengah jam 6.56 petang semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa.
โKami amat kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas segala kesulitan, kebimbangan dan ketidakselesaan yang timbul dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,โ katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.
Malah tambahnya, Pemuda Kampung Morten akan akan berusaha sedaya upaya membantu menangani perkara ini serta mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat serta para pengunjung Kampung Morten terus terpelihara.
Semalam, tular kejadian seorang wanita mendakwa menjadi mangsa seorang lelaki yang menawarkan bantuan selepas telefon bimbitnya hilang ketika berada di sekitar Sungai Melaka sebelum meminta โduit kopiโ sebanyak RM200.
Menurut wanita berkenaan, kejadian berlaku ketika dia sedang duduk di bangku tepi sungai bersama ibunya sebelum menyedari telefon bimbitnya hilang.
Dakwanya, tidak lama kemudian seorang lelaki menghampirinya dan mendakwa melihat seseorang mengambil telefon berkenaan sebelum memberitahu rakannya sedang mengejar individu terbabit.
Lelaki itu kemudiannya didakwa menyuruh wanita berkenaan mengikutnya kerana rakannya dikatakan sudah menangkap individu yang mengambil telefon berkenaan dan mendapatkan semula telefon miliknya.
Wanita itu turut mendakwa lelaki berkenaan bertanya mengenai jenis dan harga telefon sebelum meminta wang โduit kopiโ untuk diberikan kepada rakannya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudian pergi ke kawasan rumah kampung di sekitar Kampung Morten sebelum menyerahkan semula telefon bimbit berkenaan kepadanya.
.
Bagaimanapun, lelaki itu didakwa terus meminta RM200 dan mendesaknya supaya membayar wang berkenaan.
.
Wanita terbabit kemudian bertanyakan lokasi rakannya serta individu yang mengambil telefon berkenaan kerana mahu membuat laporan polis, namun lelaki tersebut didakwa terus meminta wang.
.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian beberapa pengguna media sosial lain yang mendakwa pernah berdepan dengan individu sama.
.
Susulan kejadian itu, Ahmad Safwan memohon semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan tanpa membuat sebarang kesimpulan awal berhubung kejadian tersebut.
.
โMarilah kita bersama-sama menjaga nama baik Kampung Morten serta memastikan kampung ini kekal sebagai sebuah komuniti yang selamat, harmoni, mesra dan dihormati oleh semua,โ katanya.
โ MalaysiaGazette / Reza A Hamid / CP MelakaExplorer

๐ก๐ ๐ต๐ต๐ต ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ๐ฟ ๐๐ถ๐น๐ฎ๐ & ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฟ ๐ฆ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ
02.09.2026 I RABU
2005 PM
Kg. Bendang Becah, Kupang Baling Kedah
Pasukan : A Balai Bomba dan Penyelamat Baling
(6 kediaman terlibat didalam kejadian banjir kilat kesan daripada limpahan air dari sungai Kupang selepas kawasan bukit Iboi / Bok bak mengalami hujan lebat berterusan selama 4 jam pada sebelah petang. Tiada mangsa dipindahkan, namun penduduk berisiko diingatkan sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan taburan hujan tinggi di Gunung Inas yang menyebabkan berlakunya limpahan air dan arus deras dari Lata Celak-Iboi-Kupang dan seterusnya ke Sungai Ketil itu)
PESANAN KHIDMAT NASIHAT:
Sentiasa tingkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga dalam pelbagai perkara dan tidak kira masa. Ambil langkah berjaga-jaga dan peka, peduli dan prihatin dengan persekitaran semasa dan perubahan cuaca mendadak. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Dapatkan khidmat bantuan agensi berkepentingan untuk kepakaran keanggotaan dan peralatan terlatih. Kami sedia membantu anda.
TERUS BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BANGKIT! BALING! BANGKIT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
@myblockchecking
02.09.2026 I RABU
2005 PM
Kg. Bendang Becah, Kupang Baling Kedah
Pasukan : A Balai Bomba dan Penyelamat Baling
(6 kediaman terlibat didalam kejadian banjir kilat kesan daripada limpahan air dari sungai Kupang selepas kawasan bukit Iboi / Bok bak mengalami hujan lebat berterusan selama 4 jam pada sebelah petang. Tiada mangsa dipindahkan, namun penduduk berisiko diingatkan sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan taburan hujan tinggi di Gunung Inas yang menyebabkan berlakunya limpahan air dan arus deras dari Lata Celak-Iboi-Kupang dan seterusnya ke Sungai Ketil itu)
PESANAN KHIDMAT NASIHAT:
Sentiasa tingkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga dalam pelbagai perkara dan tidak kira masa. Ambil langkah berjaga-jaga dan peka, peduli dan prihatin dengan persekitaran semasa dan perubahan cuaca mendadak. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Dapatkan khidmat bantuan agensi berkepentingan untuk kepakaran keanggotaan dan peralatan terlatih. Kami sedia membantu anda.
TERUS BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BANGKIT! BALING! BANGKIT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
@myblockchecking
Struktur didakwa Bahtera Nabi Nuh dikesan di Turkiye?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
02 September 2026 04:49pm
ANKARA - Penyelidik di Turkiye mendakwa menemukan struktur bawah tanah yang mungkin berkaitan dengan Bahtera Nabi Nuh di kawasan Durupinar, kira-kira 30 kilometer di selatan Gunung Ararat.
Penemuan terbaharu itu dibuat menggunakan teknologi radar penembus tanah tiga dimensi yang mengesan struktur bersudut, laluan serta beberapa ruang yang saling bersambung di bawah permukaan.
Menurut penyelidik, struktur berkenaan dikesan sehingga kedalaman kira-kira enam meter dan kelihatan membentuk beberapa aras di dalam formasi sepanjang 157 meter itu.
Saiz tersebut menarik perhatian kerana dikatakan hampir menyerupai ukuran Bahtera Nabi Nuh yang disebut dalam catatan keagamaan.
Penyelidik turut merujuk kepada ujian tanah yang mendapati kandungan bahan organik di dalam formasi itu lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
Mereka berpendapat keadaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik yang telah mereput, termasuk kemungkinan kayu purba.
Bagaimanapun, dakwaan itu masih menjadi perdebatan.
Kebanyakan ahli geologi sebelum ini menganggap formasi Durupinar sebagai struktur semula jadi yang terbentuk akibat lipatan batuan, aliran lumpur dan hakisan.
Kajian geologi terdahulu juga tidak menemukan bukti kukuh bahawa formasi tersebut merupakan tinggalan sebuah kapal.
Dapatan radar terbaharu itu juga masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik yang melalui proses semakan.
Setakat ini, tiada serpihan kayu, logam atau bahan buatan manusia yang dapat disahkan telah ditemukan di dalam formasi berkenaan.
Pasukan penyelidik Noahโs Ark Scans berkata, siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti ruang bawah tanah serta mengambil lebih banyak sampel bagi menentukan asal-usul sebenar struktur tersebut. - Agensi
Artikel Sinar Harian

ATM bakal terima 263 unit Tedung, Kala
Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima 263 unit kenderaan model Tedung dan Kala iaitu kenderaan mobiliti tinggi bernilai RM164.91 juta bagi memperkukuh keupayaan taktikal merentasi pelbagai jenis operasi di medan perang.
ATM berkata, sebanyak 163 unit Tedung akan dibekalkan, terdiri daripada 80 Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) Pelancar Bom Tangan (AGL) dan 83 unit KPS Mesingan (HMG) dengan nilai keseluruhan kontrak RM92.91 juta.
Menurutnya, perolehan dua model aset ini adalah komitmen ATM dalam memperkukuh pertahanan negara dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman semasa serta masa hadapan.
"Tedung adalah platform kenderaan mobiliti tinggi berasaskan kenderaan pacuan empat roda (4x4) model Agrale Marruรก AM250 Double Cab yang dibangunkan untuk menawarkan ketahanan, fleksibiliti dan kebolehgerakan dalam pelbagai persekitaran operasi.
"Ia dikuasakan enjin diesel Cummins F3.8 Intercooled Turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 170 cv (125 kW) dan

tujahan sehingga 600 Nm, selain dilengkapi sistem pacuan 4ร4 sepenuh masa.
"Kenderaan ini turut mempunyai kelegaan tanah 350 milimeter (mm), sudut tuju 58 darjah serta keupayaan mendaki sehingga 60 peratus di jalan berturap dan 40 peratus di medan rentas desa," kata ATM dalam satu hantaran di Facebook tadi.
Katanya, aset baharu itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menyempurnakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan, di sini, 27 Ogos lalu.
ATM berkata, sebanyak 100 unit kenderaan model Kala akan diterima dengan kontrak bernilai RM72 juta bagi memenuhi keperluan taktikal terutama penugasan tinjauan merentasi pelbagai jenis halangan.
Katanya, ia dikonfigurasi sebagai Kenderaan Tinjau Mobiliti Tinggi (HMRV) untuk memberi kelebihan taktikal dari aspek ketangkasan pergerakan dan keupayaan merentas pelbagai permukaan bumi bagi menyokong keperluan pelbagai jenis operasi ketenteraan.
"Kala dikuasakan enjin Rotax 900cc ACE Turbocharged berkuasa sehingga 200 kuasa kuda (HP) serta dilengkapi sistem pacuan 2WD/4WD, front differential lock dan suspensi cross-country.
"Kenderaan itu mempunyai kelegaan tanah setinggi 330 mm dan mampu mengharungi air sedalam 500 mm, melepasi halangan menegak setinggi 300 mm serta merentasi parit selebar 500 mm," katanya.
Menurut hantaran itu, kenderaan HMRV itu mempunyai kapasiti seorang pemandu dan tiga anggota lengkap dengan kelengkapan serta senjata.
Selain itu, perolehan kedua-dua jenis aset itu membolehkan operator Tedung mengubah konfigurasi kepada pelbagai varian mengikut keperluan misi antaranya menjadi kenderaan penarik meriam (KPM), kenderaan untuk radio (FFR), atau pusat arahan (command vehicle).
Disiarkan pada: September 3, 2026 9:20am
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli โก๏ธ Harian Metro