πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
685 subscribers
543 photos
160 videos
138 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Gadis 16 tahun diperkosa dalam bas bergerak sejauh 47km

NOIDA - Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dia 'ditumpangkan' sebuah bas ketika hujan lebat.

Mangsa dari Uttar Pradesh, India diperkosa oleh pemandu dan konduktor dalam bas yang sedang bergerak sejauh 47 kilometer pada awal Ogos lalu.

Pihak berkuasa pada Isnin mengesahkan kedua-dua pelaku telah diberkas dan bas turut dirampas untuk pemeriksaan forensik.

"Salah seorang suspek berusia 29 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," kata jurucakap polis, Niharika Bhatt.

Menurut sumber polis, seorang pelajar Kelas 11 dan penduduk daerah Mainpuri meninggalkan rumah tanpa memaklumkan keluarganya dan sedang dalam perjalanan untuk melawat sepupunya di Noida.

"Dia menahan bas tersebut dan mereka menawarkan untuk membawanya ke destinasi. Sejurus bas mula bergerak, konduktor itu mula membuat isyarat lucah terhadapnya. Mereka bertindak merogolnya dan mengugut untuk membunuhnya jika dia melawan," jelas pihak berkuasa lagi.

Mangsa
diturunkan pada lewat malam sebelum kedua-dua pelaku melarikan diri. Gadis itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, bas itu mengalami kerosakan dan dibawa ke bengkel di kawasan Surajpur, Greater Noida untuk dibaiki sebelum bertembung dengan mangsa di Pari Chowk.

Bas itu turut ditutup dengan langsir hingga menyebabkan orang di luar tidak dapat melihat bahagian dalam semasa kejadian tersebut.

Sementara itu, Kongres mengecam parti pemerintah pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttar Pradesh dan Delhi susulan insiden itu yang disifatkan sebagai sekali lagi 'menggegarkan negara'.

β€œKejadian itu berlaku sepanjang hampir 50 kilometer dalam bas yang sedang bergerak, namun polis dari kedua-dua negeri gagal mengambil tindakan. Tiada rondaan dan tiada juga pemeriksaan,” menurut parti pembangkang itu menerusi catatan di platform X. - Agensi

MARLISSA MOHAMMAD KAMAL ( FolloW
01 September 2026 07:10am
Kredit ➑️ Sinar Harian


@myblockchecking
KHIDMAT KHAS PINTU KERETA TERKUNCI

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 pagi berhubung kejadian seorang kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah kereta di Blok B, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai.

Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK I Mohd Khairul Bin Mat Yassin telah digerakkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati pintu sebuah kereta terkunci dan seorang kanak-kanak berusia 1 tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut dengan selamat.

Mangsa, Isyraff Nawfal B. Irwan, berusia 1 tahun, berjaya diselamatkan. Operasi selesai dan jentera bersama anggota kembali ke balai.
fans





@myblockchecking
Seorang remaja ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang
02 September 2026, 3:12pm

Oleh: Azizi Majid

KOTA TINGGI: Mayat seorang daripada empat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, ditemukan hari ini.

Mangsa dipercayai Alif Taqiudin Kamal Hasrul Mohamad ditemukan pasukan penyelamat dengan kerjasama penduduk pada jam 1.25 petang.

Tiga lagi yang masih belum ditemukan ialah Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, Mohamad Haiman Fitri Supian dan Muhammad Adib Hafiy Kamal. Kesemua mangsa berusia 16 tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad, berkata mangsa ditemukan kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir dia dikhuatiri lemas.

β€œBagaimanapun, proses pengecaman mangsa sedang dilakukan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Syamsuri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.20 pagi tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, empat mangsa bersama dua lagi rakan mereka sedang mandi-manda di pantai berkenaan dalam keadaan ombak kuat.

β€œEmpat mangsa dikhuatiri lemas, manakala dua lagi berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

β€œOperasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk setempat,” katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai agar menghentikan aktiviti di laut buat masa ini berikutan keadaan laut bergelora dan ombak kuat.

Seramai 30 anggota terdiri daripada polis, Jabatan you Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan kementerian terlibat dalam operasi berkenaan.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking
Gunung Sinabung meletus lagi, lebih 600 penduduk dipindahkan di Sumatera Utara

Utusan Sarawak
September 2, 2026

JAKARTA: Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus lagi pada pagi Rabu ketika lebih 600 penduduk dipindahkan susulan peningkatan aktiviti gunung berapi.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), letusan bermula pada 7.20 pagi waktu tempatan dengan lajur abu menjulang kira-kira 1,000 meter dari puncak atau kira-kira 3,460 meter dari aras laut.

β€œLajur abu dilihat berwarna kelabu hingga perang, tebal dan bergerak ke arah timur serta tenggara. Ketika laporan ini disediakan, letusan masih berlaku,” menurut laporan itu.

Tahap aktiviti Sinabung dinaikkan daripada Tahap II (Waspada) kepada Tahap III (Siaga) pada 12.30 tengah hari Isnin selepas pemantauan visual dan menggunakan instrumen menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi.

Peningkatan tahap amaran itu dibuat susulan letusan pada awal hari berkenaan yang memuntahkan abu kira-kira 3.5 kilometer dari puncak atau kira-kira 5.96 kilometer dari aras laut, dengan pihak berkuasa memberi amaran bahawa aktiviti gunung berapi berkemungkinan terus meningkat.

Susulan peningkatan aktiviti itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Rabu berkata seramai 615 penduduk daripada 211 keluarga di Kuta Tengah telah dipindahkan ke pos tindak balas kecemasan, dengan kampung berkenaan antara kawasan yang dikenal pasti berisiko berhampiran gunung berapi itu.

Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan BNPB Berton Panjaitan berkata zon bahaya diperluas berdasarkan saranan Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral.

β€œPenduduk dan pengunjung tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di kawasan kampung yang telah dikosongkan, dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak serta sehingga enam kilometer ke arah tenggara,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Situasi itu turut mendorong Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada Selasa menggesa rakyat Malaysia yang berada atau menuju ke Kabupaten Karo supaya terus berwaspada, mengelakkan kawasan sekitar Gunung Sinabung dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia. – Bernama

Artikel Utusan Sarawak



@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bayi dalam tong sanitari: Polis tahan lelaki Myanmar, wanita tempatan

POLIS menahan seorang lelaki warga Myanmar dan wanita tempatan bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki dalam tong sanitari di tandas orang kurang upaya (OKU) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 23 tahun ditahan di Kompleks Bukit Jambul dekat Bayan Lepas selepas dikesan hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut beliau, bayi lelaki itu ditemukan pekerja pembersihan selepas terdengar bunyi tangisan dari dalam tong sanitari.

β€œBayi berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapat rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal memberitahu, lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan
orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Media hari ini melaporkan penemuan bayi dalam tong sanitari di lapangan terbang itu dan kejadian dipercayai berlaku pada 31 Ogos lalu dengan bayi itu ditemukan masih mempunyai tali pusat dan uri.

Oleh Wartawan UtusanMelayu+
02/09/2026
Artikel ➑️ Untusan Melayu+


@myblockchecking
KEBAKARAN KEDAI DUA TINGKAT DI JALAN MAHKOTA, KUANTAN

KUANTAN | 2 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran melibatkan deretan kedai teres dua tingkat jenis kekal di Jalan Mahkota, Kuantan pada jam 11.33 malam, 1 September 2026.

Pasukan dari BBP Kuantan tiba di lokasi pada jam 11.39 malam, kira-kira enam minit selepas menerima panggilan dengan jarak perjalanan sekitar 4 kilometer.

Kebakaran melibatkan Aulia Batik Collection (Kedai No. 73 dan 74) serta Kedai Tukang Jahit Ngai Peng (Kedai No. 75). Turut terlibat ialah sebuah premis di tingkat atas Kedai No. 76 yang dijadikan sarang burung layang-layang.

Hasil pemeriksaan mendapati Kedai No. 74 mengalami kemusnahan dianggarkan 70 peratus, melibatkan bahagian siling, atap dan sebuah bilik. Kedai No. 73 dan No. 75 tidak mengalami kemusnahan akibat kebakaran, manakala keadaan Kedai No. 76 masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Pahang.

Operasi pemadaman turut mendapat bantuan daripada BBP Indera Mahkota, BBP Taman Tas, BBP Gebeng dan BBP Peramu. Pasukan bomba menjalankan pemadaman dari bahagian hadapan dan belakang premis menggunakan beberapa aliran hos serta salur bantu mula.

Pengarah JBPM Negeri Pahang turut hadir ke lokasi bagi meninjau keadaan kejadian serta memastikan operasi pemadaman dan pemeriksaan dijalankan dengan lancar.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.05 pagi. Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi bara atau punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian dan tiada penghuni menetap di premis berkenaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.46 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Pahang.

JBPM Negeri Pahang sentiasa komited dalam memastikan kesiapsiagaan dan kecekapan pasukan berada pada tahap terbaik bagi memberikan respons pantas, cekap dan berkesan terhadap sebarang kecemasan.

Jbpm pahang



@myblockchecking
Gajah bernama Sulong kini menetap di Tasik Kenyir ❀️

Perjalanan Sulong bukanlah sesuatu yang mudah. πŸ₯Ί

Berkali-kali dia terpaksa meninggalkan tempat yang pernah dianggap sebagai rumah. Dan hari ini, sekali lagi Sulong melangkah pergi, memulakan perjalanan menuju ke tempat baharu.

Kita hanya mampu menitipkan doa, semoga kali ini Sulong benar-benar menemukan tempat yang selamat, damai dan boleh dipanggil rumah. 🀍

Semoga selepas ini, tiada lagi perpisahan dan perjalanan yang perlu dilalui Sulong demi mencari sebuah rumah untuknya.

Sumber video dan kredit: squarekwnyirhouseboat, haikal & speedwave kenyir




@myblockchecking
Pelakon veteran Aziz Abdullah meninggal dunia

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Aziz Abdullah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru dan dalam darah di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada jam 7.21 pagi semalam.

Menurut anaknya, Nadia Hanim, 35, arwah ayahnya yang berusia 70 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang selain mempunyai sejarah penyakit tiga serangkai dan diserang strok beberapa tahun lalu.

"Punca kematian ayah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dan darah berpunca daripada 'bed sore' serta komplikasi buah pinggang. Arwah juga pernah diserang strok sekitar tahun 2021 atau 2022.

"Komplikasi itu memberi kesan kepada organ dalamannya termasuk hati, jantung dan paru-paru. Doktor turut memaklumkan jangkitan pada paru-paru itu berlaku selepas susu yang diminumnya memasuki saluran pernafasan ketika dia muntah," katanya kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut, Nadia yang juga anak tunggal Allahyarham memberitahu arwah ayahnya mula dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 12 Ogos lalu sebelum dibenarkan keluar pada 20 Ogos.

Namun, keadaannya kembali merosot seminggu kemudian apabila muntah ketika diberikan susu di rumah, menyebabkan dia terpaksa dilarikan ke bahagian kecemasan Hospital Sultan Idris Shah pada 26 Ogos lalu.

"Arwah sudah tidak boleh berkomunikasi secara tiba-tiba sejak pertengahan Ogos lalu. Pertuturannya menjadi sangat perlahan dan hanya mampu memberi respon menerusi anggukan kepala atau pergerakan anak mata sahaja," katanya.

Mengulas mengenai pembabitan arwah dalam seni, Nadia memberitahu arwah ayahnya sudah lama tidak berlakon sejak mereka berpindah ke Bangi, selain hanya mengambil tawaran teater bangsawan secara berkala.

"Selepas berhenti berlakon, ayah lebih selesa memandu teksi. Sejak arwah emak meninggal dunia pada 2016, ayah banyak menghabiskan masa lapangnya bersama enam orang cucu dan menguruskan kebun," katanya.

Jenazah Allahyarham Aziz disempurnakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas kira-kira jam 2.15 petang semalam.

Disiarkan pada: September 2, 2026 2:01pm
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan Harian Metro



@myblockchecking
Budak perempuan maut, dua rakan nyaris lemas ketika mandi sungai

ASYIKIN ASMIN
02 September 2026 10:42am

KUDAT - Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan maut manakala dua lagi rakannya hampir lemas ketika mandi di Sungai Bengkoka, Kampung Pondoi, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua mangsa yang hampir lemas berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nurfaizah Azidah Johari, 11, manakala dua rakannya, masing-masing berusia empat dan 14 tahun, dilaporkan hampir lemas.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Pitas.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kaedah pencarian di permukaan atas air.

"Pencarian dilakukan di Sungai Bengkoka dalam radius satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) bagaimanapun gagal menemui mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung pada jam 7.36 pagi, Rabu, kira-kira satu kilometer dari PKB.

"Pasukan bomba membawa mangsa keluar menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh pihak polis dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya.

Beliau dalam pada berkata, terdapat dua lagi individu lain masing-masing berusia 18 dan 14 tahun dilaporkan selamat dalam kejadian itu.

Operasi yang turut disertai empat anggota polis ditamatkan pada jam 8.25 pagi selepas dipastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
Hannah Yeoh, suami bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut laman sesawang rasmi Yeoh, beliau berkahwin dengan Ramachandran pada 2008, tidak lama sebelum menceburi bidang politik, dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Shay dan Kayleigh.

Menurut laman sesawang berkenaan, anak mereka masing-masing dilahirkan pada 2011 dan 2013, manakala pasangan itu bercerai pada 2026 selepas 18 tahun berkahwin.

Yeoh ialah Ahli Parlimen Segambut, kerusi yang pertama kali dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya selama dua penggal dari 2008 hingga 2018, sebelum menjadi wanita pertama dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 2013.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2018
dan berkhidmat sehingga 2020, sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2022 hingga 2025.

Yeoh kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember 2025.

Dalam DAP, Yeoh kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung, Naib Pengerusi DAP dan anggota jawatankuasa DAP Wanita.

Disiarkan pada: September 2, 2026 5:30pm
Artikel ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 02/09/2026

Katanya kes curi kabel dekat depan Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang sekitar jam 5 pagi tadi.

Sumber ➑️ Threads xdzxmshxh


@myblockchecking
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT: Nahas Empat Kenderaan Di Lebuhraya PLUS Kepala Batas

KEPALA BATAS, 1 SEPTEMBER – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tercampak ke kawasan tebing dalam satu kemalangan tragis membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada tengah hari Selasa.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 1:04 tengah hari sebelum segera mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Nahas tersebut membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Silverwing GT dan Yamaha MT-09, serta dua buah kereta jenis Perodua Myvi. Penunggang motosikal Honda yang berumur 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemboncengnya yang juga berusia 50 tahun mengalami kecederaan ringan.

Penunggang Yamaha , 50 tahun pula dilaporkan cedera parah, sementara kedua-dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pasukan bomba bertindak pantas menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi menaikkan penunggang motosikal Yamaha yang terjatuh ke bawah tebing, dengan dibantu oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu.

Kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan susulan.

Mayat mangsa yang maut pula telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, dan keseluruhan operasi yang turut dibantu oleh pihak peronda PLUS ini ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:05 petang setelah keadaan dipastikan benar-benar selamat.




@myblockchecking
Syukur Yasin dibenarkan pulang

Kuala Lumpur: "Saya dah 'kenyang' dengan kebebasan,".

Demikian luahan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, sebaik sahaja dibenarkan keluar secara rasmi dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak hari ini selepas hampir tiga tahun empat bulan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Kepulangan penyanyi lagu Mimpi Laila berusia 51 tahun itu disambut penuh rasa syukur oleh ahli keluarga terdekat selepas dia dibenarkan pulang sepenuhnya ke pangkuan keluarga.

Abangnya, Zain Sulaiman memaklumkan bahawa pihak keluarga dihubungi oleh pihak hospital sejak minggu lalu bagi memaklumkan keputusan kebenaran keluar mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Hari ini dia baru dapat keluar dan kebenaran untuk pulang disahkan. Keputusan ini memakan masa kerana terdapat banyak proses yang perlu dilalui, namun pihak hospital menghubungi saya minggu lalu untuk hadir menjemputnya hari ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zain, dia bersama ahli keluarga termasuk isterinya, adiknya, serta anak
perempuan Yasin iaitu Malaika, 18, bertolak ke Hospital Bahagia Ulu Kinta seawal pagi tadi untuk menjemput adiknya kira-kira jam 10 pagi.

"Pihak keluarga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pembebasan itu selepas mengharungi tempoh sukar dan penantian selama empat tahun, lima bulan dan sembilan hari (termasuk tempoh perbicaraan)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan serta status kesihatan adiknya, Zain memberitahu Yasin kini berada dalam keadaan fizikal yang amat sihat, bertenaga, serta berada pada tahap emosi yang sangat gembira.

"Alhamdulillah, dia sangat sihat dan gembira. Dia memang dah mempersiapkan diri untuk keluar sejak sekian lama. Malah kalau tak silap saya, dia ada six-pack sekarang sebab rajin workout sana (berseloroh)," katanya.

Zain menambah, semangat adiknya untuk kembali ke pangkuan masyarakat amat jelas memandangkan Yasin sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh berada dalam pemantauan hospital.

Disoal mengenai pembabitan semula Yasin dalam persada muzik tanah air, Zain menjelaskan bahawa fokus utama ketika ini adalah untuk memberikan ruang kepada adiknya menyesuaikan diri semula dengan kehidupan seharian.

"Insya-Allah, tapi saya rasa memandangkan dia sudah lama tidak bergiat aktif iaitu empat tahun lebih, dia perlu menyesuaikan diri semula secara perlahan-lahan. Apa yang penting, dia berada dalam keadaan yang sangat baik," katanya.

Bagaimanapun, Yasin masih tertakluk kepada pemantauan kesihatan berterusan dan diwajibkan menjalani pemeriksaan susulan berkala di hospital pada setiap bulan.

Satu detik tersendiri turut dikongsikan Zain sewaktu perjalanan pulang ke Kajang apabila dia bertanya kepada adiknya mengenai juadah makanan yang teringin dinikmati selepas sekian lama.

"Bila saya tanya dia nak makan apa untuk tengah hari, dia jawab dia tak nak makan apa-apa sebab dah kenyang dengan kebebasan. Itu reaksi pertamanya yang membuatkan kami terhibur dan terharu," katanya.

Terdahulu, berita kepulangan Yasin turut dikongsi sahabatnya yang juga bekas anggota kumpulan nasyid, Brothers, Akbar Azmi menerusi satu video yang dimuat naik ke platform media sosialnya.

Disiarkan pada: September 2, 2026 7:45pm
Syafil Syazwan Jefri & Fatin Farhana Ariffin
syafil.syazwan ➑️ Harian Metro


@myblockchecking