Empat remaja berusia 16 tahun. dikhuatiri lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan semasa mandi di Pantai Tangjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, Kota Tinggi, semalam
@myblockchecking
@myblockchecking
Kerajaan tolak tayangan drama 'Madu atau Racun'
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama "Madu atau Racun" yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pihaknya kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
"Penerapan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung, agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni berkenaan.
Sehubungan dengan itu, Zulkifli berkata Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, bagi menyemak kandungan dan mengambil tindakan susulan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015) serta peruntukan undang-undang sedia ada.
Beliau berkata, langkah itu penting, bagi memastikan sebarang kandungan media disiarkan secara sahih dan memelihara kesucian agama.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua penggiat seni, penerbit dan stesen penyiaran supaya sentiasa peka serta bertanggungjawab, dengan menjadikan garis panduan rasmi yang ditetapkan sebagai rujukan utama dalam menghasilkan karya yang mendidik jiwa dan membina sahsiah bangsa.
"Industri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejaskan keharmonian norma masyarakat," katanya.
Beliau turut menyeru seluruh umat Islam bersama-sama mempertahankan kesucian agama dan akhlak dengan penuh ketaatan serta kebijaksanaan.β BERNAMA
Artikel β‘οΈ Berita Harian

Jumlah keseluruhan yang dilaporkan maut kini mencecah 1,066 orang, manakala 4,462 lagi masih hilang.
Sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai-sungai di hilir di India.
Di China, wartawan asing dikenakan sekatan untuk membuat liputan di Tibet, manakala pihak berkuasa China mengawal ketat sumber maklumat mengenai wilayah berkenaan.
Kumpulan advokasi Tibet yang berada dalam buangan mempersoalkan laporan China berhubung bencana tersebut, namun Beijing menegaskan bahawa βpenyampaian maklumat telah dilakukan secara terbuka, telus dan tepat pada masanyaβ. β AFP
Artikel Utusan Sarawak

KUANTAN, 2 September β Dua premis di bangunan lama di Jalan Mahkota, Kuantan terbakar malam tadi, menyebabkan sebahagian besar tingkat atas sebuah kedai pakaian musnah.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.33 malam sebelum bergegas ke lokasi.
Siasatan awal mendapati kebakaran hanya melibatkan tingkat atas, manakala tingkat bawah kedua-dua premis tidak terjejas.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Yang sahih di RTM'

Pelakon veteran Aziz Abdullah meninggal dunia
Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Aziz Abdullah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru dan dalam darah di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada jam 7.21 pagi semalam.
Menurut anaknya, Nadia Hanim, 35, arwah ayahnya yang berusia 70 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang selain mempunyai sejarah penyakit tiga serangkai dan diserang strok beberapa tahun lalu.
"Punca kematian ayah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dan darah berpunca daripada 'bed sore' serta komplikasi buah pinggang. Arwah juga pernah diserang strok sekitar tahun 2021 atau 2022.
"Komplikasi itu memberi kesan kepada organ dalamannya termasuk hati, jantung dan paru-paru. Doktor turut memaklumkan jangkitan pada paru-paru itu berlaku selepas susu yang diminumnya memasuki saluran pernafasan ketika dia muntah," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Nadia yang juga anak tunggal Allahyarham memberitahu arwah ayahnya

mula dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 12 Ogos lalu sebelum dibenarkan keluar pada 20 Ogos.
Namun, keadaannya kembali merosot seminggu kemudian apabila muntah ketika diberikan susu di rumah, menyebabkan dia terpaksa dilarikan ke bahagian kecemasan Hospital Sultan Idris Shah pada 26 Ogos lalu.
"Arwah sudah tidak boleh berkomunikasi secara tiba-tiba sejak pertengahan Ogos lalu. Pertuturannya menjadi sangat perlahan dan hanya mampu memberi respon menerusi anggukan kepala atau pergerakan anak mata sahaja," katanya.
Mengulas mengenai pembabitan arwah dalam seni, Nadia memberitahu arwah ayahnya sudah lama tidak berlakon sejak mereka berpindah ke Bangi, selain hanya mengambil tawaran teater bangsawan secara berkala.
"Selepas berhenti berlakon, ayah lebih selesa memandu teksi. Sejak arwah emak meninggal dunia pada 2016, ayah banyak menghabiskan masa lapangnya bersama enam orang cucu dan menguruskan kebun," katanya.
Jenazah Allahyarham Aziz disempurnakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas kira-kira jam 2.15 petang semalam.
Disiarkan pada: September 2, 2026 2:01pm
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan β‘οΈ Harian Metro

Kalangan maut di Persimpangan Jalan Persekutuan, Simpang Ampat SPS melibatkan seorang wanita Melayu berusia 59 tahun.
Mangsa dilaporkan berada di Blind spot lori yang tidak perasan kehadiran motosikal arwah di depan Salam Takziah. al Fatihah
@myblockchecking
Mangsa dilaporkan berada di Blind spot lori yang tidak perasan kehadiran motosikal arwah di depan Salam Takziah. al Fatihah
@myblockchecking
Gadis 16 tahun diperkosa dalam bas bergerak sejauh 47km
NOIDA - Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dia 'ditumpangkan' sebuah bas ketika hujan lebat.
Mangsa dari Uttar Pradesh, India diperkosa oleh pemandu dan konduktor dalam bas yang sedang bergerak sejauh 47 kilometer pada awal Ogos lalu.
Pihak berkuasa pada Isnin mengesahkan kedua-dua pelaku telah diberkas dan bas turut dirampas untuk pemeriksaan forensik.
"Salah seorang suspek berusia 29 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," kata jurucakap polis, Niharika Bhatt.
Menurut sumber polis, seorang pelajar Kelas 11 dan penduduk daerah Mainpuri meninggalkan rumah tanpa memaklumkan keluarganya dan sedang dalam perjalanan untuk melawat sepupunya di Noida.
"Dia menahan bas tersebut dan mereka menawarkan untuk membawanya ke destinasi. Sejurus bas mula bergerak, konduktor itu mula membuat isyarat lucah terhadapnya. Mereka bertindak merogolnya dan mengugut untuk membunuhnya jika dia melawan," jelas pihak berkuasa lagi.
Mangsa

diturunkan pada lewat malam sebelum kedua-dua pelaku melarikan diri. Gadis itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.
Difahamkan, bas itu mengalami kerosakan dan dibawa ke bengkel di kawasan Surajpur, Greater Noida untuk dibaiki sebelum bertembung dengan mangsa di Pari Chowk.
Bas itu turut ditutup dengan langsir hingga menyebabkan orang di luar tidak dapat melihat bahagian dalam semasa kejadian tersebut.
Sementara itu, Kongres mengecam parti pemerintah pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttar Pradesh dan Delhi susulan insiden itu yang disifatkan sebagai sekali lagi 'menggegarkan negara'.
βKejadian itu berlaku sepanjang hampir 50 kilometer dalam bas yang sedang bergerak, namun polis dari kedua-dua negeri gagal mengambil tindakan. Tiada rondaan dan tiada juga pemeriksaan,β menurut parti pembangkang itu menerusi catatan di platform X. - Agensi
MARLISSA MOHAMMAD KAMAL ( FolloW
01 September 2026 07:10am
Kredit β‘οΈ Sinar Harian

KHIDMAT KHAS PINTU KERETA TERKUNCI
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 pagi berhubung kejadian seorang kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah kereta di Blok B, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai.
Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK I Mohd Khairul Bin Mat Yassin telah digerakkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati pintu sebuah kereta terkunci dan seorang kanak-kanak berusia 1 tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut.
Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut dengan selamat.
Mangsa, Isyraff Nawfal B. Irwan, berusia 1 tahun, berjaya diselamatkan. Operasi selesai dan jentera bersama anggota kembali ke balai.
fans

Seorang remaja ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang
02 September 2026, 3:12pm
Oleh: Azizi Majid
KOTA TINGGI: Mayat seorang daripada empat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, ditemukan hari ini.
Mangsa dipercayai Alif Taqiudin Kamal Hasrul Mohamad ditemukan pasukan penyelamat dengan kerjasama penduduk pada jam 1.25 petang.
Tiga lagi yang masih belum ditemukan ialah Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, Mohamad Haiman Fitri Supian dan Muhammad Adib Hafiy Kamal. Kesemua mangsa berusia 16 tahun.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad, berkata mangsa ditemukan kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir dia dikhuatiri lemas.
βBagaimanapun, proses pengecaman mangsa sedang dilakukan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat,β katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di lokasi kejadian hari ini.
Mohd Syamsuri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.20 pagi tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat diterima, empat mangsa bersama dua lagi rakan mereka sedang mandi-manda di pantai berkenaan dalam keadaan ombak kuat.
βEmpat mangsa dikhuatiri lemas, manakala dua lagi berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
βOperasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk setempat,β katanya.
Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai agar menghentikan aktiviti di laut buat masa ini berikutan keadaan laut bergelora dan ombak kuat.
Seramai 30 anggota terdiri daripada polis, Jabatan you Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan kementerian terlibat dalam operasi berkenaan.
Artikel Buletin Tv3

Gunung Sinabung meletus lagi, lebih 600 penduduk dipindahkan di Sumatera Utara
Utusan Sarawak
September 2, 2026
JAKARTA: Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus lagi pada pagi Rabu ketika lebih 600 penduduk dipindahkan susulan peningkatan aktiviti gunung berapi.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), letusan bermula pada 7.20 pagi waktu tempatan dengan lajur abu menjulang kira-kira 1,000 meter dari puncak atau kira-kira 3,460 meter dari aras laut.
βLajur abu dilihat berwarna kelabu hingga perang, tebal dan bergerak ke arah timur serta tenggara. Ketika laporan ini disediakan, letusan masih berlaku,β menurut laporan itu.
Tahap aktiviti Sinabung dinaikkan daripada Tahap II (Waspada) kepada Tahap III (Siaga) pada 12.30 tengah hari Isnin selepas pemantauan visual dan menggunakan instrumen menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi.
Peningkatan tahap amaran itu dibuat susulan letusan pada awal hari berkenaan yang memuntahkan abu kira-kira 3.5 kilometer dari puncak atau kira-kira 5.96 kilometer dari aras laut, dengan pihak berkuasa memberi amaran bahawa aktiviti gunung berapi berkemungkinan terus meningkat.
Susulan peningkatan aktiviti itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Rabu berkata seramai 615 penduduk daripada 211 keluarga di Kuta Tengah telah dipindahkan ke pos tindak balas kecemasan, dengan kampung berkenaan antara kawasan yang dikenal pasti berisiko berhampiran gunung berapi itu.
Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan BNPB Berton Panjaitan berkata zon bahaya diperluas berdasarkan saranan Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral.
βPenduduk dan pengunjung tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di kawasan kampung yang telah dikosongkan, dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak serta sehingga enam kilometer ke arah tenggara,β kata beliau dalam satu kenyataan.
Situasi itu turut mendorong Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada Selasa menggesa rakyat Malaysia yang berada atau menuju ke Kabupaten Karo supaya terus berwaspada, mengelakkan kawasan sekitar Gunung Sinabung dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia. β Bernama

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bayi dalam tong sanitari: Polis tahan lelaki Myanmar, wanita tempatan
POLIS menahan seorang lelaki warga Myanmar dan wanita tempatan bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki dalam tong sanitari di tandas orang kurang upaya (OKU) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 23 tahun ditahan di Kompleks Bukit Jambul dekat Bayan Lepas selepas dikesan hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Menurut beliau, bayi lelaki itu ditemukan pekerja pembersihan selepas terdengar bunyi tangisan dari dalam tong sanitari.
βBayi berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapat rawatan susulan,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Anuwal memberitahu, lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan

orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga boleh menjejaskan siasatan.
Media hari ini melaporkan penemuan bayi dalam tong sanitari di lapangan terbang itu dan kejadian dipercayai berlaku pada 31 Ogos lalu dengan bayi itu ditemukan masih mempunyai tali pusat dan uri.
Oleh Wartawan UtusanMelayu+
02/09/2026
Artikel β‘οΈ Untusan Melayu+

KEBAKARAN KEDAI DUA TINGKAT DI JALAN MAHKOTA, KUANTAN
KUANTAN | 2 SEPTEMBER 2026 β Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran melibatkan deretan kedai teres dua tingkat jenis kekal di Jalan Mahkota, Kuantan pada jam 11.33 malam, 1 September 2026.
Pasukan dari BBP Kuantan tiba di lokasi pada jam 11.39 malam, kira-kira enam minit selepas menerima panggilan dengan jarak perjalanan sekitar 4 kilometer.
Kebakaran melibatkan Aulia Batik Collection (Kedai No. 73 dan 74) serta Kedai Tukang Jahit Ngai Peng (Kedai No. 75). Turut terlibat ialah sebuah premis di tingkat atas Kedai No. 76 yang dijadikan sarang burung layang-layang.
Hasil pemeriksaan mendapati Kedai No. 74 mengalami kemusnahan dianggarkan 70 peratus, melibatkan bahagian siling, atap dan sebuah bilik. Kedai No. 73 dan No. 75 tidak mengalami kemusnahan akibat kebakaran, manakala keadaan Kedai No. 76 masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Pahang.
Operasi pemadaman turut mendapat bantuan daripada BBP Indera Mahkota, BBP Taman Tas, BBP Gebeng dan BBP Peramu. Pasukan bomba menjalankan pemadaman dari bahagian hadapan dan belakang premis menggunakan beberapa aliran hos serta salur bantu mula.
Pengarah JBPM Negeri Pahang turut hadir ke lokasi bagi meninjau keadaan kejadian serta memastikan operasi pemadaman dan pemeriksaan dijalankan dengan lancar.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.05 pagi. Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi bara atau punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian dan tiada penghuni menetap di premis berkenaan.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.46 pagi.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Pahang.
JBPM Negeri Pahang sentiasa komited dalam memastikan kesiapsiagaan dan kecekapan pasukan berada pada tahap terbaik bagi memberikan respons pantas, cekap dan berkesan terhadap sebarang kecemasan.
Jbpm pahang

Gajah bernama Sulong kini menetap di Tasik Kenyir β€οΈ
Perjalanan Sulong bukanlah sesuatu yang mudah. π₯Ί
Berkali-kali dia terpaksa meninggalkan tempat yang pernah dianggap sebagai rumah. Dan hari ini, sekali lagi Sulong melangkah pergi, memulakan perjalanan menuju ke tempat baharu.
Kita hanya mampu menitipkan doa, semoga kali ini Sulong benar-benar menemukan tempat yang selamat, damai dan boleh dipanggil rumah. π€
Semoga selepas ini, tiada lagi perpisahan dan perjalanan yang perlu dilalui Sulong demi mencari sebuah rumah untuknya.
Sumber video dan kredit: squarekwnyirhouseboat, haikal & speedwave kenyir
@myblockchecking
Perjalanan Sulong bukanlah sesuatu yang mudah. π₯Ί
Berkali-kali dia terpaksa meninggalkan tempat yang pernah dianggap sebagai rumah. Dan hari ini, sekali lagi Sulong melangkah pergi, memulakan perjalanan menuju ke tempat baharu.
Kita hanya mampu menitipkan doa, semoga kali ini Sulong benar-benar menemukan tempat yang selamat, damai dan boleh dipanggil rumah. π€
Semoga selepas ini, tiada lagi perpisahan dan perjalanan yang perlu dilalui Sulong demi mencari sebuah rumah untuknya.
Sumber video dan kredit: squarekwnyirhouseboat, haikal & speedwave kenyir
@myblockchecking
Pelakon veteran Aziz Abdullah meninggal dunia
Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Aziz Abdullah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru dan dalam darah di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada jam 7.21 pagi semalam.
Menurut anaknya, Nadia Hanim, 35, arwah ayahnya yang berusia 70 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang selain mempunyai sejarah penyakit tiga serangkai dan diserang strok beberapa tahun lalu.
"Punca kematian ayah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dan darah berpunca daripada 'bed sore' serta komplikasi buah pinggang. Arwah juga pernah diserang strok sekitar tahun 2021 atau 2022.
"Komplikasi itu memberi kesan kepada organ dalamannya termasuk hati, jantung dan paru-paru. Doktor turut memaklumkan jangkitan pada paru-paru itu berlaku selepas susu yang diminumnya memasuki saluran pernafasan ketika dia muntah," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Nadia yang juga anak tunggal Allahyarham memberitahu arwah ayahnya mula dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 12 Ogos lalu sebelum dibenarkan keluar pada 20 Ogos.
Namun, keadaannya kembali merosot seminggu kemudian apabila muntah ketika diberikan susu di rumah, menyebabkan dia terpaksa dilarikan ke bahagian kecemasan Hospital Sultan Idris Shah pada 26 Ogos lalu.
"Arwah sudah tidak boleh berkomunikasi secara tiba-tiba sejak pertengahan Ogos lalu. Pertuturannya menjadi sangat perlahan dan hanya mampu memberi respon menerusi anggukan kepala atau pergerakan anak mata sahaja," katanya.
Mengulas mengenai pembabitan arwah dalam seni, Nadia memberitahu arwah ayahnya sudah lama tidak berlakon sejak mereka berpindah ke Bangi, selain hanya mengambil tawaran teater bangsawan secara berkala.
"Selepas berhenti berlakon, ayah lebih selesa memandu teksi. Sejak arwah emak meninggal dunia pada 2016, ayah banyak menghabiskan masa lapangnya bersama enam orang cucu dan menguruskan kebun," katanya.
Jenazah Allahyarham Aziz disempurnakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas kira-kira jam 2.15 petang semalam.
Disiarkan pada: September 2, 2026 2:01pm
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan Harian Metro

Budak perempuan maut, dua rakan nyaris lemas ketika mandi sungai
ASYIKIN ASMIN
02 September 2026 10:42am
KUDAT - Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan maut manakala dua lagi rakannya hampir lemas ketika mandi di Sungai Bengkoka, Kampung Pondoi, di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua mangsa yang hampir lemas berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Nurfaizah Azidah Johari, 11, manakala dua rakannya, masing-masing berusia empat dan 14 tahun, dilaporkan hampir lemas.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang.
Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Pitas.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kaedah pencarian di permukaan atas air.
"Pencarian dilakukan di Sungai Bengkoka dalam radius satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) bagaimanapun gagal menemui mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung pada jam 7.36 pagi, Rabu, kira-kira satu kilometer dari PKB.
"Pasukan bomba membawa mangsa keluar menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
"Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh pihak polis dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya.
Beliau dalam pada berkata, terdapat dua lagi individu lain masing-masing berusia 18 dan 14 tahun dilaporkan selamat dalam kejadian itu.
Operasi yang turut disertai empat anggota polis ditamatkan pada jam 8.25 pagi selepas dipastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
Artikel Sinar Harian