πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
683 subscribers
524 photos
152 videos
138 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Riadah Kibar Jalur Gemilang
Outfit adik-adik NILAM
Outfit adik-adik NILAM
GLOBAL
Ikan 'pelik' muncul selepas banjir Nepal, penduduk dinasihatkan tidak makan
NURUL HIDAYAH HAMIDNURUL HIDAYAH HAMID
02 September 2026 08:26am
Masa membaca: 4 minit
Share on Facebook
Share on X
Share on Whatsapp
Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar mengeluarkan amaran kepada penduduk tidak makan ikan mengalir dari air banjir.
Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar mengeluarkan amaran kepada penduduk tidak makan ikan mengalir dari air banjir.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
PATNA - Penduduk di beberapa kawasan Bihar, India dinasihatkan supaya tidak menangkap, membeli, menjual atau memakan ikan yang ditangkap dari air banjir yang mengalir masuk dari Nepal kerana dikhuatiri tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar pada Selasa selepas banjir kilat dahsyat di Nepal menyebabkan air dari Sungai Trishuli mengalir ke Bihar melalui Sungai Gandak dan Kosi.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, penduduk di daerah East dan West Champaran, Gopalganj, Bagaha dan Saran dilaporkan menangkap ikan besar yang kelihatan 'pelik' dan tidak diketahui.

Sebahagian penduduk turut mendakwa jatuh sakit selepas memakan ikan berkenaan secara tidak sengaja, manakala beberapa nelayan mendakwa melihat bangkai manusia dan haiwan yang mereput di dalam air banjir.

Menteri Perikanan Bihar, Nand Kishor Ram berkata, nasihat menyeluruh telah dikeluarkan bagi mengelakkan risiko pencemaran dan orang ramai diminta tidak menganggap ikan yang tidak dikenali sebagai selamat untuk dimakan.

Menurut jabatan berkenaan, ikan dari kolam, sungai, tasik dan takungan air boleh berpindah dan tersebar bersama arus banjir.

Pendedahan kepada saliran tercemar, bangkai haiwan serta bahan pencemar lain menyebabkan ikan yang ditangkap dari air banjir berisiko mengandungi bakteria, virus dan patogen lain.

Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak membeli atau menjual ikan berkenaan sehingga keadaan alam sekitar dan paras sungai kembali stabil.

Mereka yang mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit, sakit perut, pening atau kesukaran bernafas selepas memakan ikan terbabit diminta mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan berdekatan.

Selain ikan, banjir dari Nepal turut membawa sejumlah besar kelodak, lumpur, batu, batang pokok dan serpihan ke sungai di Bihar.

Antara bahan yang dilaporkan dihanyutkan termasuk serpihan jambatan, komponen projek hidroelektrik yang rosak, kenderaan, barangan rumah dan tong gas LPG dari kawasan yang dilanda banjir.

Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap pencemaran sumber air apabila air banjir bercampur dengan sumber air minuman seperti pam tangan dan telaga.

Pihak berkuasa bimbang keadaan tersebut boleh meningkatkan risiko penyakit bawaan air termasuk cirit-birit, taun, demam kepialu serta hepatitis A dan E.

Air bertakung pula berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, sekali gus meningkatkan risiko denggi, malaria dan chikungunya serta jangkitan kulit dan mata.

Dalam pada itu, penduduk di daerah yang terjejas digesa mengelakkan sentuhan dengan air banjir jika boleh dan mematuhi arahan pihak berkuasa sehingga paras sungai kembali stabil.

Artikel Sinar Harian


@myblockchecking
21 penumpang cedera Feri Teluk Bahang bertembung MV Mekar Jaya

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
02 September 2026 12:11am

β€œInsiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal tersebut dan feri yang sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

β€œSetakat maklumat awal yang diterima, seramai 21 orang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, semua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

β€œTiada lagi mangsa berada di PSAH,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan operasi perkhidmatan feri berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan kejadian tersebut.

"SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan berkaitan penumpang yang terlibat dilaksanakan.

Keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin,” katanya.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
Serangan terbaharu AS di Iran ragut nyawa, cederakan 50 penduduk

Istanbul: Beberapa rakyat Iran termasuk kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 penduduk cedera dalam gelombang terbaharu serangan Amerika Syarikat (AS) lewat Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kementerian Kesihatan Iran.

"Menurut maklumat yang diberikan kepada saya oleh rakan-rakan di Universiti Sains Perubatan Hormozgan, beberapa rakyat kami terbunuh di Kampung Kouhestak.

"Seorang kanak-kanak antara yang terbunuh.

"Bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon ketika ini terputus. Lebih 50 penduduk turut cedera. Maklumat lanjut akan menyusul," kata Ketua Pusat Perhubungan Awam dan Maklumat kementerian itu Hossein Kermanpour menerusi X.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan AS ketika sebuah majlis perkahwinan berlangsung di bandar Sirik, selatan Iran, menurut agensi berita Fars yang memetik pegawai.

Daerah Konarak serta bandar Jask dan Bandar Lengeh turut menjadi sasaran serangan.

Pasukan AS turut
menyerang sebuah "lapangan terbang awam" di bandar Jiroft, tenggara Iran, menurut penyiar kerajaan IRIB.

Beberapa letupan turut kedengaran di timur bandar pelabuhan Bandar Abbas di wilayah Hormozgan pada Selasa, menurut penyiar itu.

Lebih lima letupan kedengaran di sekitar Kampung Masan di Pulau Qeshm, manakala empat lagi letupan dilaporkan kedengaran dari arah Selat Hormuz di pulau berkenaan.

Serangan itu berlaku ketika ketegangan antara Tehran dan Washington kekal memuncak sejak perang bermula dengan serangan ke atas Iran pada lewat Februari.

Disiarkan pada: September 2, 2026 8:18am
Kredit ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
IRGC Iran lancar serangan balas terhadap Pangkalan AS

Tehran/Amman: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada malam Selasa berkata pihaknya mula melancarkan serangan terhadap pangkalan dan aset Amerika Syarikat (AS) di rantau itu sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas wilayah selatan Iran pada awal hari berkenaan yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan lebih 50 yang lain, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran berita rasminya Sepah News, IRGC berkata tindak balas telah bermula, sambil memaklumkan bahawa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh dron MQ-9 Reaper AS yang dianggap sebagai ancaman.

Pasukan aeroangkasa IRGC turut melancarkan serangan peluru berpandu balistik dan dron ke atas Kem Titin di Jordan dan Pangkalan Udara Shaikh Isa di Bahrain, yang dilaporkan mengorbankan "sejumlah besar" anggota tentera AS serta memusnahkan beberapa kemudahan utama dan helikopter tempur.

IRGC menegaskan bahawa serangan AS hanya akan memanjangkan
penutupan Selat Hormuz dan meningkatkan tekad angkatan tentera Iran untuk "mengekang pasukan asing yang campur tangan di laluan perairan itu".

Menurut IRGC, serangan itu bermula selepas AS mengebom beberapa lokasi awam di pesisir selatan Iran dan sebagai tindak balas terhadap serangan maut AS ke atas sebuah majlis perkahwinan di wilayah Hormozgan.

Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab Jordan (JAF) kemudian berkata sistem pertahanan udara negara itu pada petang Selasa memintas dan memusnahkan 10 daripada 13 peluru berpandu balistik yang memasuki ruang udara Jordan dari Iran dalam beberapa jam sebelumnya.

Tiga lagi peluru berpandu jatuh di kawasan terpencil jauh dari pusat penempatan penduduk, tanpa sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan, menurut kenyataan JAF.

Agensi berita Fars memetik Timbalan Gabenor Hormozgan bagi Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Ahmad Nafisi sebagai berkata sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang wanita terbunuh, manakala lebih 50 yang lain cedera dalam serangan AS yang menyasarkan majlis perkahwinan di daerah Sirik.

Letupan kedengaran di beberapa wilayah selatan Iran pada petang Selasa ketika Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), menerusi hantaran di platform media sosial X, mengumumkan bermulanya serangan terhadap sasaran IRGC.

Media Iran melaporkan letupan kedengaran di daerah Sirik, Bandar Abbas, Qeshm dan Jask di Hormozgan, Konarak dan Chabahar di wilayah Sistan dan Baluchestan, Jiroft di wilayah Kerman serta Asaluyeh di wilayah Bushehr.

Markas Pusat Khatam al-Anbiya, yang merupakan markas utama ketenteraan Iran, berkata dalam satu kenyataan bahawa sebagai tindak balas terhadap "pencerobohan udara" AS, angkatan tentera Iran akan melancarkan serangan "yang menghancurkan dan memusnahkan" terhadap Amerika Syarikat.

Disiarkan pada: September 2, 2026 9:24am
Artikel ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Empat remaja berusia 16 tahun. dikhuatiri lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan semasa mandi di Pantai Tangjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, Kota Tinggi, semalam




@myblockchecking
Kerajaan tolak tayangan drama 'Madu atau Racun'

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama "Madu atau Racun" yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pihaknya kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

"Penerapan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung, agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Zulkifli berkata Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, bagi menyemak kandungan dan mengambil tindakan susulan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015) serta peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, langkah itu penting, bagi memastikan sebarang kandungan media disiarkan secara sahih dan memelihara kesucian agama.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua penggiat seni, penerbit dan stesen penyiaran supaya sentiasa peka serta bertanggungjawab, dengan menjadikan garis panduan rasmi yang ditetapkan sebagai rujukan utama dalam menghasilkan karya yang mendidik jiwa dan membina sahsiah bangsa.

"Industri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejaskan keharmonian norma masyarakat," katanya.

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam bersama-sama mempertahankan kesucian agama dan akhlak dengan penuh ketaatan serta kebijaksanaan.– BERNAMA

Artikel ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
Jumlah keseluruhan yang dilaporkan maut kini mencecah 1,066 orang, manakala 4,462 lagi masih hilang.

Sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai-sungai di hilir di India.

Di China, wartawan asing dikenakan sekatan untuk membuat liputan di Tibet, manakala pihak berkuasa China mengawal ketat sumber maklumat mengenai wilayah berkenaan.

Kumpulan advokasi Tibet yang berada dalam buangan mempersoalkan laporan China berhubung bencana tersebut, namun Beijing menegaskan bahawa β€œpenyampaian maklumat telah dilakukan secara terbuka, telus dan tepat pada masanya”. – AFP

Artikel Utusan Sarawak


@myblockchecking
KUANTAN, 2 September – Dua premis di bangunan lama di Jalan Mahkota, Kuantan terbakar malam tadi, menyebabkan sebahagian besar tingkat atas sebuah kedai pakaian musnah.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.33 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Siasatan awal mendapati kebakaran hanya melibatkan tingkat atas, manakala tingkat bawah kedua-dua premis tidak terjejas.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Yang sahih di RTM'




@myblockchecking
Pelakon veteran Aziz Abdullah meninggal dunia

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Aziz Abdullah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru dan dalam darah di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada jam 7.21 pagi semalam.

Menurut anaknya, Nadia Hanim, 35, arwah ayahnya yang berusia 70 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang selain mempunyai sejarah penyakit tiga serangkai dan diserang strok beberapa tahun lalu.

"Punca kematian ayah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dan darah berpunca daripada 'bed sore' serta komplikasi buah pinggang. Arwah juga pernah diserang strok sekitar tahun 2021 atau 2022.

"Komplikasi itu memberi kesan kepada organ dalamannya termasuk hati, jantung dan paru-paru. Doktor turut memaklumkan jangkitan pada paru-paru itu berlaku selepas susu yang diminumnya memasuki saluran pernafasan ketika dia muntah," katanya kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut, Nadia yang juga anak tunggal Allahyarham memberitahu arwah ayahnya
mula dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 12 Ogos lalu sebelum dibenarkan keluar pada 20 Ogos.

Namun, keadaannya kembali merosot seminggu kemudian apabila muntah ketika diberikan susu di rumah, menyebabkan dia terpaksa dilarikan ke bahagian kecemasan Hospital Sultan Idris Shah pada 26 Ogos lalu.

"Arwah sudah tidak boleh berkomunikasi secara tiba-tiba sejak pertengahan Ogos lalu. Pertuturannya menjadi sangat perlahan dan hanya mampu memberi respon menerusi anggukan kepala atau pergerakan anak mata sahaja," katanya.

Mengulas mengenai pembabitan arwah dalam seni, Nadia memberitahu arwah ayahnya sudah lama tidak berlakon sejak mereka berpindah ke Bangi, selain hanya mengambil tawaran teater bangsawan secara berkala.

"Selepas berhenti berlakon, ayah lebih selesa memandu teksi. Sejak arwah emak meninggal dunia pada 2016, ayah banyak menghabiskan masa lapangnya bersama enam orang cucu dan menguruskan kebun," katanya.

Jenazah Allahyarham Aziz disempurnakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas kira-kira jam 2.15 petang semalam.

Disiarkan pada: September 2, 2026 2:01pm
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Kalangan maut di Persimpangan Jalan Persekutuan, Simpang Ampat SPS melibatkan seorang wanita Melayu berusia 59 tahun.

Mangsa dilaporkan berada di Blind spot lori yang tidak perasan kehadiran motosikal arwah di depan Salam Takziah. al Fatihah




@myblockchecking
Gadis 16 tahun diperkosa dalam bas bergerak sejauh 47km

NOIDA - Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dia 'ditumpangkan' sebuah bas ketika hujan lebat.

Mangsa dari Uttar Pradesh, India diperkosa oleh pemandu dan konduktor dalam bas yang sedang bergerak sejauh 47 kilometer pada awal Ogos lalu.

Pihak berkuasa pada Isnin mengesahkan kedua-dua pelaku telah diberkas dan bas turut dirampas untuk pemeriksaan forensik.

"Salah seorang suspek berusia 29 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," kata jurucakap polis, Niharika Bhatt.

Menurut sumber polis, seorang pelajar Kelas 11 dan penduduk daerah Mainpuri meninggalkan rumah tanpa memaklumkan keluarganya dan sedang dalam perjalanan untuk melawat sepupunya di Noida.

"Dia menahan bas tersebut dan mereka menawarkan untuk membawanya ke destinasi. Sejurus bas mula bergerak, konduktor itu mula membuat isyarat lucah terhadapnya. Mereka bertindak merogolnya dan mengugut untuk membunuhnya jika dia melawan," jelas pihak berkuasa lagi.

Mangsa
diturunkan pada lewat malam sebelum kedua-dua pelaku melarikan diri. Gadis itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, bas itu mengalami kerosakan dan dibawa ke bengkel di kawasan Surajpur, Greater Noida untuk dibaiki sebelum bertembung dengan mangsa di Pari Chowk.

Bas itu turut ditutup dengan langsir hingga menyebabkan orang di luar tidak dapat melihat bahagian dalam semasa kejadian tersebut.

Sementara itu, Kongres mengecam parti pemerintah pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttar Pradesh dan Delhi susulan insiden itu yang disifatkan sebagai sekali lagi 'menggegarkan negara'.

β€œKejadian itu berlaku sepanjang hampir 50 kilometer dalam bas yang sedang bergerak, namun polis dari kedua-dua negeri gagal mengambil tindakan. Tiada rondaan dan tiada juga pemeriksaan,” menurut parti pembangkang itu menerusi catatan di platform X. - Agensi

MARLISSA MOHAMMAD KAMAL ( FolloW
01 September 2026 07:10am
Kredit ➑️ Sinar Harian


@myblockchecking
KHIDMAT KHAS PINTU KERETA TERKUNCI

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 pagi berhubung kejadian seorang kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah kereta di Blok B, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai.

Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK I Mohd Khairul Bin Mat Yassin telah digerakkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati pintu sebuah kereta terkunci dan seorang kanak-kanak berusia 1 tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut dengan selamat.

Mangsa, Isyraff Nawfal B. Irwan, berusia 1 tahun, berjaya diselamatkan. Operasi selesai dan jentera bersama anggota kembali ke balai.
fans





@myblockchecking
Seorang remaja ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang
02 September 2026, 3:12pm

Oleh: Azizi Majid

KOTA TINGGI: Mayat seorang daripada empat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, ditemukan hari ini.

Mangsa dipercayai Alif Taqiudin Kamal Hasrul Mohamad ditemukan pasukan penyelamat dengan kerjasama penduduk pada jam 1.25 petang.

Tiga lagi yang masih belum ditemukan ialah Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, Mohamad Haiman Fitri Supian dan Muhammad Adib Hafiy Kamal. Kesemua mangsa berusia 16 tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad, berkata mangsa ditemukan kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir dia dikhuatiri lemas.

β€œBagaimanapun, proses pengecaman mangsa sedang dilakukan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Syamsuri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.20 pagi tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, empat mangsa bersama dua lagi rakan mereka sedang mandi-manda di pantai berkenaan dalam keadaan ombak kuat.

β€œEmpat mangsa dikhuatiri lemas, manakala dua lagi berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

β€œOperasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk setempat,” katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai agar menghentikan aktiviti di laut buat masa ini berikutan keadaan laut bergelora dan ombak kuat.

Seramai 30 anggota terdiri daripada polis, Jabatan you Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan kementerian terlibat dalam operasi berkenaan.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking