πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
683 subscribers
449 photos
143 videos
138 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Penang ferry collides with another vessel, docks safely after

GEORGE TOWN: A Penang ferry travelling from the island to the mainland has collided with another vessel.

The incident at 8.35pm on Tuesday (Sept 1) toppled several motorcycles on board and injured a few passengers.

A passenger, who declined to be named, said the ferry departed from island at 8.30pm.

"It was a hard impact and motorcycles on board fell over.

"Some people sustained light injuries and the ferry proceeded with its journey.

"Police and ambulance were at the scene in Butterworth," he said.

"Upon arriving at the mainland, the ferry turned around and used the rear entrance for passengers to exit," he said.

Authorities have yet to issue official confirmation on the incident, with the extent of damage on the ferry and severity of the victims' injuries unknown.

By LO TERN CHERN
Tuesday, 01 Sep 2026 | 9:44 PM MYT
Kredit ➑️ The Star


@myblockchecking
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
INDIA 01/09/2026.

Seorang lelaki maut terkena libasan dari alat pengisian Compressed natural gas ( CNG ) di sebuah stesen minyak di Golmuri, Jamshedpur, negeri Jharkhand, baru-baru ini.



@myblockchecking
Remaja maut terkena renjatan ketika rehat futsal
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

1 September 2026, 4:17 pm

KUALA SELANGOR – Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memegang tiang lampu sewaktu berehat selepas bermain futsal di Taman Pancaran, Bestari Jaya di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan mangsa berusia 15 tahun tidak sedarkan diri pada pukul 10.32 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa yang sedang berehat memegang tiang lampu dipercayai mempunyai arus elektrik menyebabkan remaja itu rebah. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan. Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian remaja itu konsisten akibat renjatan elektrik.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Thiban Subbramaniam dalam hantaran di Facebook berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, adil dan menyeluruh.

β€œMPKS (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) turut digesa untuk menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya agar keluarga mangsa mendapat jawapan dan keadilan yang sewajarnya.

β€œPada masa sama, saya menyeru MPKS dan semua agensi berkaitan supaya segera menjalankan pemeriksaan terhadap kemudahan awam khususnya tiang lampu dan sistem elektrik di kawasan rekreasi, gelanggang sukan serta lokasi awam lain,” katanya.




@myblockchecking
Feri Teluk Bahang bertembung kapal di Pelabuhan Pulau Pinang, 21 penumpang cedera

Audrey Dermawan
audreymd Seramai 21 orang cedera selepas feri Teluk Bahang bertembung dengan kapal MV Mekar Jaya di dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang malam ini.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) memaklumkan kejadian berlaku jam 8.40 malam.

Berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya yang dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) bertembung dengan feri berkenaan yang sedang menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

Pengerusi PPC, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, semua penumpang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau mengesahkan tiada lagi mangsa yang berada di PSAH susulan insiden itu.

"Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas disebabkan insiden ini," katanya ketika dihubungi malam ini.

Yeoh berkata, PPC bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya dilaksanakan kepada penumpang terjejas.

Beliau berkata, keutamaan juga akan diberikan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi di pelabuhan itu.

Disiarkan pada: September 1, 2026 11:49pm

Artikel Harian Metro



@myblockchecking
𝗗𝗨𝗔 π—žπ—˜π—₯𝗧𝗔𝗦 π—¦π—œπ—”π—¦π—”π—§π—”π—‘ π——π—œπ—•π—¨π—žπ—” π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—œπ—‘π—¦π—œπ——π—˜π—‘ 𝗕𝗒𝗧 π—•π—˜π—₯π—§π—˜π— π—•π—¨π—‘π—š π——π—œ π— π—˜π—₯π—¦π—œπ—‘π—š

: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pertembungan dua bot penumpang yang mengorbankan dua nyawa di Kuala Sungai Mersing malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 280 Kanun Keseksaan, selain klasifikasi laporan mati mengejut (SDR).

"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kita akan melengkapkan siasatan seberapa cepat yang boleh," katanya kepada pemberita di Kampung Pengkalan Batu, hari ini.

πŸ“Έ fotoBERNAMA



@myblockchecking
Nahas Maut Di KM 146.7 Lebuh Raya Hala Ke Kuala Lumpur, Saksi Dan Pemilik 'Dashcam' Dicari

​TEMERLOH – Waris serta rakan mangsa kemalangan maut memohon kerjasama pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil membantu siasatan berhubung insiden di Kilometer 146.7 lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur (arah Temerloh).

​Kejadian berkenaan dianggarkan berlaku antara jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi, melibat kemalangan jiwa di laluan terbabit.

β€‹β€œOrang awam yang mempunyai rakaman video atau maklumat berkaitan memohon untuk menghubungi pihak wakil keluarga dengan kadar segera.

​Mana-mana individu yang mempunyai maklumat  diminta menghubungi pihak wakil keluarga menerusi talian 011-39537866 (Naju) atau 014-6595764 (Nazira) bagi tindakan lanjut.




@myblockchecking
Riadah Kibar Jalur Gemilang
Outfit adik-adik NILAM
Outfit adik-adik NILAM
GLOBAL
Ikan 'pelik' muncul selepas banjir Nepal, penduduk dinasihatkan tidak makan
NURUL HIDAYAH HAMIDNURUL HIDAYAH HAMID
02 September 2026 08:26am
Masa membaca: 4 minit
Share on Facebook
Share on X
Share on Whatsapp
Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar mengeluarkan amaran kepada penduduk tidak makan ikan mengalir dari air banjir.
Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar mengeluarkan amaran kepada penduduk tidak makan ikan mengalir dari air banjir.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
PATNA - Penduduk di beberapa kawasan Bihar, India dinasihatkan supaya tidak menangkap, membeli, menjual atau memakan ikan yang ditangkap dari air banjir yang mengalir masuk dari Nepal kerana dikhuatiri tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar pada Selasa selepas banjir kilat dahsyat di Nepal menyebabkan air dari Sungai Trishuli mengalir ke Bihar melalui Sungai Gandak dan Kosi.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, penduduk di daerah East dan West Champaran, Gopalganj, Bagaha dan Saran dilaporkan menangkap ikan besar yang kelihatan 'pelik' dan tidak diketahui.

Sebahagian penduduk turut mendakwa jatuh sakit selepas memakan ikan berkenaan secara tidak sengaja, manakala beberapa nelayan mendakwa melihat bangkai manusia dan haiwan yang mereput di dalam air banjir.

Menteri Perikanan Bihar, Nand Kishor Ram berkata, nasihat menyeluruh telah dikeluarkan bagi mengelakkan risiko pencemaran dan orang ramai diminta tidak menganggap ikan yang tidak dikenali sebagai selamat untuk dimakan.

Menurut jabatan berkenaan, ikan dari kolam, sungai, tasik dan takungan air boleh berpindah dan tersebar bersama arus banjir.

Pendedahan kepada saliran tercemar, bangkai haiwan serta bahan pencemar lain menyebabkan ikan yang ditangkap dari air banjir berisiko mengandungi bakteria, virus dan patogen lain.

Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak membeli atau menjual ikan berkenaan sehingga keadaan alam sekitar dan paras sungai kembali stabil.

Mereka yang mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit, sakit perut, pening atau kesukaran bernafas selepas memakan ikan terbabit diminta mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan berdekatan.

Selain ikan, banjir dari Nepal turut membawa sejumlah besar kelodak, lumpur, batu, batang pokok dan serpihan ke sungai di Bihar.

Antara bahan yang dilaporkan dihanyutkan termasuk serpihan jambatan, komponen projek hidroelektrik yang rosak, kenderaan, barangan rumah dan tong gas LPG dari kawasan yang dilanda banjir.

Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap pencemaran sumber air apabila air banjir bercampur dengan sumber air minuman seperti pam tangan dan telaga.

Pihak berkuasa bimbang keadaan tersebut boleh meningkatkan risiko penyakit bawaan air termasuk cirit-birit, taun, demam kepialu serta hepatitis A dan E.

Air bertakung pula berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, sekali gus meningkatkan risiko denggi, malaria dan chikungunya serta jangkitan kulit dan mata.

Dalam pada itu, penduduk di daerah yang terjejas digesa mengelakkan sentuhan dengan air banjir jika boleh dan mematuhi arahan pihak berkuasa sehingga paras sungai kembali stabil.

Artikel Sinar Harian


@myblockchecking
21 penumpang cedera Feri Teluk Bahang bertembung MV Mekar Jaya

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
02 September 2026 12:11am

β€œInsiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal tersebut dan feri yang sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

β€œSetakat maklumat awal yang diterima, seramai 21 orang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, semua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

β€œTiada lagi mangsa berada di PSAH,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan operasi perkhidmatan feri berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan kejadian tersebut.

"SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan berkaitan penumpang yang terlibat dilaksanakan.

Keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin,” katanya.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
Serangan terbaharu AS di Iran ragut nyawa, cederakan 50 penduduk

Istanbul: Beberapa rakyat Iran termasuk kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 penduduk cedera dalam gelombang terbaharu serangan Amerika Syarikat (AS) lewat Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kementerian Kesihatan Iran.

"Menurut maklumat yang diberikan kepada saya oleh rakan-rakan di Universiti Sains Perubatan Hormozgan, beberapa rakyat kami terbunuh di Kampung Kouhestak.

"Seorang kanak-kanak antara yang terbunuh.

"Bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon ketika ini terputus. Lebih 50 penduduk turut cedera. Maklumat lanjut akan menyusul," kata Ketua Pusat Perhubungan Awam dan Maklumat kementerian itu Hossein Kermanpour menerusi X.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan AS ketika sebuah majlis perkahwinan berlangsung di bandar Sirik, selatan Iran, menurut agensi berita Fars yang memetik pegawai.

Daerah Konarak serta bandar Jask dan Bandar Lengeh turut menjadi sasaran serangan.

Pasukan AS turut
menyerang sebuah "lapangan terbang awam" di bandar Jiroft, tenggara Iran, menurut penyiar kerajaan IRIB.

Beberapa letupan turut kedengaran di timur bandar pelabuhan Bandar Abbas di wilayah Hormozgan pada Selasa, menurut penyiar itu.

Lebih lima letupan kedengaran di sekitar Kampung Masan di Pulau Qeshm, manakala empat lagi letupan dilaporkan kedengaran dari arah Selat Hormuz di pulau berkenaan.

Serangan itu berlaku ketika ketegangan antara Tehran dan Washington kekal memuncak sejak perang bermula dengan serangan ke atas Iran pada lewat Februari.

Disiarkan pada: September 2, 2026 8:18am
Kredit ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
IRGC Iran lancar serangan balas terhadap Pangkalan AS

Tehran/Amman: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada malam Selasa berkata pihaknya mula melancarkan serangan terhadap pangkalan dan aset Amerika Syarikat (AS) di rantau itu sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas wilayah selatan Iran pada awal hari berkenaan yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan lebih 50 yang lain, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran berita rasminya Sepah News, IRGC berkata tindak balas telah bermula, sambil memaklumkan bahawa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh dron MQ-9 Reaper AS yang dianggap sebagai ancaman.

Pasukan aeroangkasa IRGC turut melancarkan serangan peluru berpandu balistik dan dron ke atas Kem Titin di Jordan dan Pangkalan Udara Shaikh Isa di Bahrain, yang dilaporkan mengorbankan "sejumlah besar" anggota tentera AS serta memusnahkan beberapa kemudahan utama dan helikopter tempur.

IRGC menegaskan bahawa serangan AS hanya akan memanjangkan
penutupan Selat Hormuz dan meningkatkan tekad angkatan tentera Iran untuk "mengekang pasukan asing yang campur tangan di laluan perairan itu".

Menurut IRGC, serangan itu bermula selepas AS mengebom beberapa lokasi awam di pesisir selatan Iran dan sebagai tindak balas terhadap serangan maut AS ke atas sebuah majlis perkahwinan di wilayah Hormozgan.

Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab Jordan (JAF) kemudian berkata sistem pertahanan udara negara itu pada petang Selasa memintas dan memusnahkan 10 daripada 13 peluru berpandu balistik yang memasuki ruang udara Jordan dari Iran dalam beberapa jam sebelumnya.

Tiga lagi peluru berpandu jatuh di kawasan terpencil jauh dari pusat penempatan penduduk, tanpa sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan, menurut kenyataan JAF.

Agensi berita Fars memetik Timbalan Gabenor Hormozgan bagi Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Ahmad Nafisi sebagai berkata sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang wanita terbunuh, manakala lebih 50 yang lain cedera dalam serangan AS yang menyasarkan majlis perkahwinan di daerah Sirik.

Letupan kedengaran di beberapa wilayah selatan Iran pada petang Selasa ketika Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), menerusi hantaran di platform media sosial X, mengumumkan bermulanya serangan terhadap sasaran IRGC.

Media Iran melaporkan letupan kedengaran di daerah Sirik, Bandar Abbas, Qeshm dan Jask di Hormozgan, Konarak dan Chabahar di wilayah Sistan dan Baluchestan, Jiroft di wilayah Kerman serta Asaluyeh di wilayah Bushehr.

Markas Pusat Khatam al-Anbiya, yang merupakan markas utama ketenteraan Iran, berkata dalam satu kenyataan bahawa sebagai tindak balas terhadap "pencerobohan udara" AS, angkatan tentera Iran akan melancarkan serangan "yang menghancurkan dan memusnahkan" terhadap Amerika Syarikat.

Disiarkan pada: September 2, 2026 9:24am
Artikel ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Empat remaja berusia 16 tahun. dikhuatiri lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan semasa mandi di Pantai Tangjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, Kota Tinggi, semalam




@myblockchecking
Kerajaan tolak tayangan drama 'Madu atau Racun'

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama "Madu atau Racun" yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pihaknya kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

"Penerapan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung, agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Zulkifli berkata Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, bagi menyemak kandungan dan mengambil tindakan susulan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015) serta peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, langkah itu penting, bagi memastikan sebarang kandungan media disiarkan secara sahih dan memelihara kesucian agama.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua penggiat seni, penerbit dan stesen penyiaran supaya sentiasa peka serta bertanggungjawab, dengan menjadikan garis panduan rasmi yang ditetapkan sebagai rujukan utama dalam menghasilkan karya yang mendidik jiwa dan membina sahsiah bangsa.

"Industri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejaskan keharmonian norma masyarakat," katanya.

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam bersama-sama mempertahankan kesucian agama dan akhlak dengan penuh ketaatan serta kebijaksanaan.– BERNAMA

Artikel ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
Jumlah keseluruhan yang dilaporkan maut kini mencecah 1,066 orang, manakala 4,462 lagi masih hilang.

Sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai-sungai di hilir di India.

Di China, wartawan asing dikenakan sekatan untuk membuat liputan di Tibet, manakala pihak berkuasa China mengawal ketat sumber maklumat mengenai wilayah berkenaan.

Kumpulan advokasi Tibet yang berada dalam buangan mempersoalkan laporan China berhubung bencana tersebut, namun Beijing menegaskan bahawa β€œpenyampaian maklumat telah dilakukan secara terbuka, telus dan tepat pada masanya”. – AFP

Artikel Utusan Sarawak


@myblockchecking
KUANTAN, 2 September – Dua premis di bangunan lama di Jalan Mahkota, Kuantan terbakar malam tadi, menyebabkan sebahagian besar tingkat atas sebuah kedai pakaian musnah.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.33 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Siasatan awal mendapati kebakaran hanya melibatkan tingkat atas, manakala tingkat bawah kedua-dua premis tidak terjejas.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Yang sahih di RTM'




@myblockchecking
Pelakon veteran Aziz Abdullah meninggal dunia

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Aziz Abdullah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru dan dalam darah di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada jam 7.21 pagi semalam.

Menurut anaknya, Nadia Hanim, 35, arwah ayahnya yang berusia 70 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang selain mempunyai sejarah penyakit tiga serangkai dan diserang strok beberapa tahun lalu.

"Punca kematian ayah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dan darah berpunca daripada 'bed sore' serta komplikasi buah pinggang. Arwah juga pernah diserang strok sekitar tahun 2021 atau 2022.

"Komplikasi itu memberi kesan kepada organ dalamannya termasuk hati, jantung dan paru-paru. Doktor turut memaklumkan jangkitan pada paru-paru itu berlaku selepas susu yang diminumnya memasuki saluran pernafasan ketika dia muntah," katanya kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut, Nadia yang juga anak tunggal Allahyarham memberitahu arwah ayahnya