πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
683 subscribers
417 photos
141 videos
138 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Kesalahan Kecil 1955.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dan menasihatkan lelaki dalam video tular itu supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan seorang lelaki membuat provokasi ke arah pihak berkuasa dan dikatakan mencetuskan kekecohan di kawasan menunggu semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.

Disiarkan pada: September 1, 2026 8:42pm
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
RCI TH: Bekas menteri ditahan SPRM kes pajak hotel di Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, untuk siasatan lanjut susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pelaburan pajakan hotel bernilai lebih RM1.5 bilion di Makkah dan Madinah.

Bekas menteri dalam lingkungan usia 60-an yang pernah menjaga hal ehwal berkait TH itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan sedang dijalankan SPRM berhubung isu pajakan hotel pernah dilakukan TH di Arab Saudi yang menjadi kerugian terbesar dalam senarai pelaburan bermasalah dihadapi TH.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam kenyataan di Dewan Rakyat, baru-baru ini, berkata melalui perjanjian pajakan bagi tempoh 2015 hingga 2017, TH membayar SR1.4 bilion atau RM1.5 bilion kepada orang tengah untuk memajak empat hotel di Madinah
dan Makkah bagi tempoh 10 hingga 18 tahun bagi tujuan penginapan jemaah haji.

"Orang tengah yang sepatutnya mengendalikan keempat-empat hotel berkenaan dan berjanji membayar sewa sebanyak SR2.49 bilion kepada TH, malangnya bayaran terbabit gagal dilunaskan.

"Persoalannya, bagaimana kepimpinan TH ketika itu begitu berani membuat bayaran secara pendahuluan dengan nilai melebihi RM1.5 bilion? Jaminan pelaburan yang disandarkan hanya sekeping nota janji peribadi," katanya ketika menggulung perbahasan RCI TH di Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek itu untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

"Beliau akan dibawa untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok," katanya dalam kenyataan video menerusi TikTok SPRM, hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, selain bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta beberapa kenamaan lain ditahan SPRM susulan pendedahan Laporan RCI TH itu.

Oleh Ilah Hafiz Aziz
September 1, 2026 7:13pm
Artikel ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
β€˜Terowong tutup, kena lalu jalan lama Gombak’

Oleh KOSMO!
1 September 2026, 7:55 pm

PETALING JAYA – Pengguna di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dilencongkan sepenuhnya ke jalan lama Gombak susulan kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 31.8 arah timur (Bukit Tinggi-Gombak) pada petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkas, VMS (papan tanda elektronik) KM 55 dan Terowong Genting Sempah pula telah diaktifkan.

β€œKerja-kerja tabur habuk kayu di lokasi. Kerja-kerja pengalihan kenderaan kemalangan,” menurut LLM petang tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, aliran trafik dari Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur sesak, dipercayai susulan berlaku kemalangan melibatkan dua treler sehingga dikatakan berlaku tumpahan minyak di atas jalan.

Kejadian tersebut tular di media sosial dikongsikan beberapa pengguna yang memuat naik gambar dan video pada laman Thread.

Sementara itu, orang ramai turut berkongsi mereka perlu melalui jalan la untuk pulang menghala ke Kuala Lumpur pada petang tadi.

β€œGenting Sempah sesak. Terowong tutup. Dari boleh sampai pukul 5.30 petang ke Kelana Jaya, sekarang jadi 7.30 malam. Saya lalu pukul 5.40 petang ditutup terus laluan nak masuk terowong. Jadi kena masuk keluar Genting Sempah masuk ke jalan lama Gombak,” kata pengguna Thread Mspeekaboo77.

β€œTerowong Genting Sempah tutup untuk pembersihan minyak atas jalan. Kena lalu jalan lama Gombak,” kata Heyyitsashyy.

β€œJalan terowong tutup, lalu jalan lama Gombak,” kata Imnsyhdh. – KOSMO! ONLINE




@myblockchecking
Denda RM15,000 jika bela kucing tanpa lesen

SINGAPURA – Perbuatan memelihara kucing tanpa lesen menjadi satu kesalahan di Singapura berikutan tempoh peralihan untuk pelesenan haiwan peliharaan tersebut di bawah Akta Haiwan dan Burung berakhir semalam, lapor laman berita Mothership

Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) akan menyiasat maklum balas mengenai pemilik yang tidak patuh dan mengambil tindakan penguatkuasaan.

Mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan tersebut boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM15,868).

Pemilik kucing boleh memohon lesen melalui Sistem Pelesenan Haiwan Peliharaan (PALS) milik AVS selepas memastikan kucing mereka dipasang mikrocip oleh doktor veterinar berlesen, dan menamatkan kursus pemilikan haiwan peliharaan secara dalam talian secara percuma.

Semalam, Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan menyiarkan kemas kini di laman Facebook mengenai tempoh peralihan dua tahun yang bermula pada 1 September 2024.

Beliau sebelum ini berkongsi pada 18 Julai lalu bahawa kira-kira
66,000 kucing peliharaan, atau kira-kira 7 daripada 10 ekor kucing di Singapura, telah dilesenkan.

Sejak itu, jumlah tersebut meningkat kepada lebih 111,000 kucing peliharaan berlesen setakat ini, kata Tan. – AGENSI

Oleh KOSMO!
1 September 2026, 6:30 pm
Kredit ➑️ Kosmo Online


@myblockchecking
KEPALA BATAS, 1 September – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan dua kereta di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara-Selatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 petang itu, mangsa, penunggang motosikal berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 1.04 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dibawa ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan susulan,

Wartawan: Phil Gabrial
Sumber Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM) Pulau Pinang

Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM.

Artikel Berita RTM



@myblockchecking
Tragedi budak 3 tahun maut: Akses ke struktur besi Jambatan Victoria ditutup sementara

Sungai Siput: Lokasi tarikan pelancongan Jabatan Victoria Kuala Kangsar dekat Enggor di sini, ditutup kepada orang ramai susulan kejadian kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat jatuh daripada ketinggian lima meter di jambatan itu semalam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, bagaimanapun penutupan itu tidak membabitkan keseluruhan kawasan jambatan berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya hanya membabitkan penutupan akses masuk ke bahagian struktur besi jambatan.

Menurutnya, langkah keselamatan terhadap jambatan yang juga aset milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang turut membantu dari aspek penyelenggaraan kawasan itu memandangkan ianya salah satu produk pelancongan dan warisan sejarah tempatan.

Sandrea berkata, penutupan bahagian struktur besi itu bersifat sementara iaitu sehingga kerja penggantian kayu landasan yang
sudah usang dan reput selain langkah keselamatan tambahan dapat dilaksanakan dan disahkan sesuai untuk kembali dibuka semula.

"Penutupan ini tidak membabitkan keseluruhan kawasan Jambatan Victoria kerana kawasan luar serta bahagian struktur batu masih dibuka dan boleh dilawati oleh pengunjung," katanya sewaktu dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak, Abdul Rafee Abdul Halim, 3, meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, di sini sekitar 6.30 petang semalam ketika bersama bapanya sewaktu itu berada di atas jambatan berkenaan.

Sandrea berkata, pemantauan terhadap jambatan itu sememangnya dibuat dari semasa ke semasa oleh MPKK, dengan pemeriksaan fizikal terakhir di tapak itu dilakukan pada 30 Jun lalu.

Katanya, permohonan peruntukan juga sudah dibuat sebelum ini bagi kerja penyelenggaraan termasuk penggantian kira-kira 60 kayu landasan yang sudah usang.

Katanya, sebagai langkah segera MPKK kini sedang mendapatkan peruntukan sekitar RM50,000 bagi pemasangan jaring keselamatan di bahagian bawah jambatan sementara menunggu peruntukan bagi kerja pembaikan lain.

"Susulan kejadian ini, aspek keselamatan keseluruhan tapak juga akan diberi perhatian bersama pihak berkaitan bagi menentukan langkah penambahbaikan yang sewajarnya," katanya.

Terdahulu, tinjauan wartawan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas milik MPKK serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, tinjauan mendapati jambatan itu yang dahulunya jambatan kereta api dalam keadaan sangat uzur apabila hampir semua bahagian bongkah atau kayu melintang di bawah rel yang menjadi bantalan landasan sudah reput termasuk di titik lokasi mangsa jatuh.

Jambatan Enggor yang lebih dikenali sebagai Jambatan Victoria (Victoria Bridge), ialah jambatan kereta api bersejarah berusia 126 tahun yang terletak di kawasan pekan Karai–Enggor, Kuala Kangsar merentangi sepanjang melintasi Sungai Perak sepanjang kira-kira 300 meter.

Disiarkan pada: September 1, 2026 9:36pm
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Warga emas maut digilis lori dipercayai lupa tarik brek tangan

Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas maut digilis lori yang dipandunya selepas kenderaan itu menggelongsor di hadapan sebuah kilang ayam di Taman Mawar, Machap Baru di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, dalam kejadian pada 12.50 tengah hari tadi, mangsa seorang warga tempatan berusia 72 tahun memberhentikan lori yang dipandunya di hadapan pintu utama kilang itu sebelum keluar daripada kenderaan berkenaan dan berjalan menuju ke pondok pengawal.

"Mangsa dipercayai terlupa menarik brek tangan yang menyebabkan lori itu menggelongsor sebelum melanggar dan menggilis mangsa.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: September 1, 2026 8:27pm
Penang ferry collides with another vessel, docks safely after

GEORGE TOWN: A Penang ferry travelling from the island to the mainland has collided with another vessel.

The incident at 8.35pm on Tuesday (Sept 1) toppled several motorcycles on board and injured a few passengers.

A passenger, who declined to be named, said the ferry departed from island at 8.30pm.

"It was a hard impact and motorcycles on board fell over.

"Some people sustained light injuries and the ferry proceeded with its journey.

"Police and ambulance were at the scene in Butterworth," he said.

"Upon arriving at the mainland, the ferry turned around and used the rear entrance for passengers to exit," he said.

Authorities have yet to issue official confirmation on the incident, with the extent of damage on the ferry and severity of the victims' injuries unknown.

By LO TERN CHERN
Tuesday, 01 Sep 2026 | 9:44 PM MYT
Kredit ➑️ The Star


@myblockchecking
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
INDIA 01/09/2026.

Seorang lelaki maut terkena libasan dari alat pengisian Compressed natural gas ( CNG ) di sebuah stesen minyak di Golmuri, Jamshedpur, negeri Jharkhand, baru-baru ini.



@myblockchecking
Remaja maut terkena renjatan ketika rehat futsal
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

1 September 2026, 4:17 pm

KUALA SELANGOR – Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memegang tiang lampu sewaktu berehat selepas bermain futsal di Taman Pancaran, Bestari Jaya di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan mangsa berusia 15 tahun tidak sedarkan diri pada pukul 10.32 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa yang sedang berehat memegang tiang lampu dipercayai mempunyai arus elektrik menyebabkan remaja itu rebah. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan. Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian remaja itu konsisten akibat renjatan elektrik.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Thiban Subbramaniam dalam hantaran di Facebook berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, adil dan menyeluruh.

β€œMPKS (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) turut digesa untuk menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya agar keluarga mangsa mendapat jawapan dan keadilan yang sewajarnya.

β€œPada masa sama, saya menyeru MPKS dan semua agensi berkaitan supaya segera menjalankan pemeriksaan terhadap kemudahan awam khususnya tiang lampu dan sistem elektrik di kawasan rekreasi, gelanggang sukan serta lokasi awam lain,” katanya.




@myblockchecking
Feri Teluk Bahang bertembung kapal di Pelabuhan Pulau Pinang, 21 penumpang cedera

Audrey Dermawan
audreymd Seramai 21 orang cedera selepas feri Teluk Bahang bertembung dengan kapal MV Mekar Jaya di dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang malam ini.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) memaklumkan kejadian berlaku jam 8.40 malam.

Berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya yang dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) bertembung dengan feri berkenaan yang sedang menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

Pengerusi PPC, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, semua penumpang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau mengesahkan tiada lagi mangsa yang berada di PSAH susulan insiden itu.

"Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas disebabkan insiden ini," katanya ketika dihubungi malam ini.

Yeoh berkata, PPC bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya dilaksanakan kepada penumpang terjejas.

Beliau berkata, keutamaan juga akan diberikan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi di pelabuhan itu.

Disiarkan pada: September 1, 2026 11:49pm

Artikel Harian Metro



@myblockchecking
𝗗𝗨𝗔 π—žπ—˜π—₯𝗧𝗔𝗦 π—¦π—œπ—”π—¦π—”π—§π—”π—‘ π——π—œπ—•π—¨π—žπ—” π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—œπ—‘π—¦π—œπ——π—˜π—‘ 𝗕𝗒𝗧 π—•π—˜π—₯π—§π—˜π— π—•π—¨π—‘π—š π——π—œ π— π—˜π—₯π—¦π—œπ—‘π—š

: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pertembungan dua bot penumpang yang mengorbankan dua nyawa di Kuala Sungai Mersing malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 280 Kanun Keseksaan, selain klasifikasi laporan mati mengejut (SDR).

"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kita akan melengkapkan siasatan seberapa cepat yang boleh," katanya kepada pemberita di Kampung Pengkalan Batu, hari ini.

πŸ“Έ fotoBERNAMA



@myblockchecking
Nahas Maut Di KM 146.7 Lebuh Raya Hala Ke Kuala Lumpur, Saksi Dan Pemilik 'Dashcam' Dicari

​TEMERLOH – Waris serta rakan mangsa kemalangan maut memohon kerjasama pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil membantu siasatan berhubung insiden di Kilometer 146.7 lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur (arah Temerloh).

​Kejadian berkenaan dianggarkan berlaku antara jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi, melibat kemalangan jiwa di laluan terbabit.

β€‹β€œOrang awam yang mempunyai rakaman video atau maklumat berkaitan memohon untuk menghubungi pihak wakil keluarga dengan kadar segera.

​Mana-mana individu yang mempunyai maklumat  diminta menghubungi pihak wakil keluarga menerusi talian 011-39537866 (Naju) atau 014-6595764 (Nazira) bagi tindakan lanjut.




@myblockchecking
Riadah Kibar Jalur Gemilang
Outfit adik-adik NILAM
Outfit adik-adik NILAM
GLOBAL
Ikan 'pelik' muncul selepas banjir Nepal, penduduk dinasihatkan tidak makan
NURUL HIDAYAH HAMIDNURUL HIDAYAH HAMID
02 September 2026 08:26am
Masa membaca: 4 minit
Share on Facebook
Share on X
Share on Whatsapp
Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar mengeluarkan amaran kepada penduduk tidak makan ikan mengalir dari air banjir.
Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar mengeluarkan amaran kepada penduduk tidak makan ikan mengalir dari air banjir.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
PATNA - Penduduk di beberapa kawasan Bihar, India dinasihatkan supaya tidak menangkap, membeli, menjual atau memakan ikan yang ditangkap dari air banjir yang mengalir masuk dari Nepal kerana dikhuatiri tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Tenusu, Perikanan dan Sumber Haiwan Bihar pada Selasa selepas banjir kilat dahsyat di Nepal menyebabkan air dari Sungai Trishuli mengalir ke Bihar melalui Sungai Gandak dan Kosi.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, penduduk di daerah East dan West Champaran, Gopalganj, Bagaha dan Saran dilaporkan menangkap ikan besar yang kelihatan 'pelik' dan tidak diketahui.

Sebahagian penduduk turut mendakwa jatuh sakit selepas memakan ikan berkenaan secara tidak sengaja, manakala beberapa nelayan mendakwa melihat bangkai manusia dan haiwan yang mereput di dalam air banjir.

Menteri Perikanan Bihar, Nand Kishor Ram berkata, nasihat menyeluruh telah dikeluarkan bagi mengelakkan risiko pencemaran dan orang ramai diminta tidak menganggap ikan yang tidak dikenali sebagai selamat untuk dimakan.

Menurut jabatan berkenaan, ikan dari kolam, sungai, tasik dan takungan air boleh berpindah dan tersebar bersama arus banjir.

Pendedahan kepada saliran tercemar, bangkai haiwan serta bahan pencemar lain menyebabkan ikan yang ditangkap dari air banjir berisiko mengandungi bakteria, virus dan patogen lain.

Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak membeli atau menjual ikan berkenaan sehingga keadaan alam sekitar dan paras sungai kembali stabil.

Mereka yang mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit, sakit perut, pening atau kesukaran bernafas selepas memakan ikan terbabit diminta mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan berdekatan.

Selain ikan, banjir dari Nepal turut membawa sejumlah besar kelodak, lumpur, batu, batang pokok dan serpihan ke sungai di Bihar.

Antara bahan yang dilaporkan dihanyutkan termasuk serpihan jambatan, komponen projek hidroelektrik yang rosak, kenderaan, barangan rumah dan tong gas LPG dari kawasan yang dilanda banjir.

Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap pencemaran sumber air apabila air banjir bercampur dengan sumber air minuman seperti pam tangan dan telaga.

Pihak berkuasa bimbang keadaan tersebut boleh meningkatkan risiko penyakit bawaan air termasuk cirit-birit, taun, demam kepialu serta hepatitis A dan E.

Air bertakung pula berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, sekali gus meningkatkan risiko denggi, malaria dan chikungunya serta jangkitan kulit dan mata.

Dalam pada itu, penduduk di daerah yang terjejas digesa mengelakkan sentuhan dengan air banjir jika boleh dan mematuhi arahan pihak berkuasa sehingga paras sungai kembali stabil.

Artikel Sinar Harian


@myblockchecking
21 penumpang cedera Feri Teluk Bahang bertembung MV Mekar Jaya

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
02 September 2026 12:11am

β€œInsiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal tersebut dan feri yang sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

β€œSetakat maklumat awal yang diterima, seramai 21 orang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, semua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

β€œTiada lagi mangsa berada di PSAH,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan operasi perkhidmatan feri berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan kejadian tersebut.

"SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan berkaitan penumpang yang terlibat dilaksanakan.

Keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin,” katanya.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
Serangan terbaharu AS di Iran ragut nyawa, cederakan 50 penduduk

Istanbul: Beberapa rakyat Iran termasuk kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 penduduk cedera dalam gelombang terbaharu serangan Amerika Syarikat (AS) lewat Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kementerian Kesihatan Iran.

"Menurut maklumat yang diberikan kepada saya oleh rakan-rakan di Universiti Sains Perubatan Hormozgan, beberapa rakyat kami terbunuh di Kampung Kouhestak.

"Seorang kanak-kanak antara yang terbunuh.

"Bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon ketika ini terputus. Lebih 50 penduduk turut cedera. Maklumat lanjut akan menyusul," kata Ketua Pusat Perhubungan Awam dan Maklumat kementerian itu Hossein Kermanpour menerusi X.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan AS ketika sebuah majlis perkahwinan berlangsung di bandar Sirik, selatan Iran, menurut agensi berita Fars yang memetik pegawai.

Daerah Konarak serta bandar Jask dan Bandar Lengeh turut menjadi sasaran serangan.

Pasukan AS turut
menyerang sebuah "lapangan terbang awam" di bandar Jiroft, tenggara Iran, menurut penyiar kerajaan IRIB.

Beberapa letupan turut kedengaran di timur bandar pelabuhan Bandar Abbas di wilayah Hormozgan pada Selasa, menurut penyiar itu.

Lebih lima letupan kedengaran di sekitar Kampung Masan di Pulau Qeshm, manakala empat lagi letupan dilaporkan kedengaran dari arah Selat Hormuz di pulau berkenaan.

Serangan itu berlaku ketika ketegangan antara Tehran dan Washington kekal memuncak sejak perang bermula dengan serangan ke atas Iran pada lewat Februari.

Disiarkan pada: September 2, 2026 8:18am
Kredit ➑️ Harian Metro


@myblockchecking