Penunggang motosikal maut, dua Yamaha RXZ bergesel di LPT2
HULU TERENGGANU β Dua motosikal Yamaha RXZ bergesel sebelum salah satu daripadanya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V menyebabkan seorang penunggang maut manakala seorang lagi cedera parah di Kilometer 406.4 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan pada pukul 11.45 malam itu, mangsa, Mohd. Yusri Rusdi, 38, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan dan mangsa cedera Eiri Aizul M. Safri, 34, mengalami patah tangan kanan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Cherating, Pahang.
βSebaik tiba di lokasi kejadian, dua motosikal jenis Yamaha RXZ berkenaan dikatakan bergesel antara satu sama lain menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas lebuh raya. Kenderaan jenis Honda HR-V gagal mengelak lalu merempuh Mohd. Yusri,β katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sharudin berkata, impak rempuhan itu menyebabkan Mohd. Yusri tercampak ke dalam parit di tepi lebuh raya dan mayat mayat lelaki tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. β KOSMO! ONLINE
@myblockchecking

Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
September 1, 2026 3:02pm
SUNGAI SIPUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi di Hospital Kuala Kangsar.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan, berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya berusia 42 tahun sedang berjalan di atas jambatan bersejarah berkenaan yang umumnya diketahui salah satu tarikan pelancong.
"Ketika kejadian mangsa bersama dengan bapanya berjalan di atas jambatan itu sambil memegang tangan dan kemudiannya jatuh pada ketinggian lima meter di satu lubang pada jambatan berkenaan.
"Sejurus selepas terjatuh di atas jalan berturap di bawah jambatan, mangsa yang ketika itu masih hidup dikejarkan ke wad kecemasan hospital namun disahkan meninggal dunia di hospital jam 7.40 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Kluang, Johor datang bercuti bersama keluarga ke Jambatan Victoria, Kuala Kangsar.
Sementara itu, tinjauan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) serta polis.
Peniaga gerai berhampiran lokasi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nyah, berkata suami serta menantunya yang pada waktu itu menjaga gerai terdengar bunyi kuat yang pada mula disangkakan bunyi beg terjatuh sebelum terkejut kerana ia sebenarnya kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi.
"Memandangkan semalam adalah hari cuti umum sempena Sambutan Hari Kebangsaan, jadi memang ramai pelancong termasuk yang membawa anak kecil ke Jambatan Victoria ini untuk merakam gambar kenangan," katanya.
Artikel Berita Harian

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Honda prelude 4ws JdM, jarang2 sekali boleh berjumpa diatas jalan buat masa sekarang. Boleh dikatkan rare jugk model ni. Dan hanya beberapa individu shja yg masih simpan barang nie. Tahniah owner dan syabas masih lagi setia bersama kereta yang usia lebih puluhan tahun ini π₯π₯π«‘
Maaf guru tergelak sikit ππ
Kredit β‘οΈ Mohd Asraf
@myblockchecking
Maaf guru tergelak sikit ππ
Kredit β‘οΈ Mohd Asraf
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 01/09/2026.
Kemalangan bas di Lebuhraya utara selatan K. 120.9 arah selatan dari Pagoh ke Yong peng, petang tadi.

Polis cari lelaki tular cetus provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya
Kuala Lumpur: Individu disyaki cetus kekecohan dan membuat provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam, dicari polis.
Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima empat laporan membabitkan lelaki terbabit sejak kelmarin.
"Polis turut mengesan video tular berdurasi 2 minit 18 saat memaparkan seorang lelaki tempatan berbaju oren atau coklat dipercayai membuat provokasi.
"Lelaki terbabit dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5 pagi semalam ketika orang ramai berkumpul menunggu pintu masuk ke tempat duduk awam dibuka.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta

Kesalahan Kecil 1955.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dan menasihatkan lelaki dalam video tular itu supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan," katanya.
Terdahulu tular di media sosial memaparkan seorang lelaki membuat provokasi ke arah pihak berkuasa dan dikatakan mencetuskan kekecohan di kawasan menunggu semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.
Disiarkan pada: September 1, 2026 8:42pm
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli β‘οΈ Harian Metro

RCI TH: Bekas menteri ditahan SPRM kes pajak hotel di Makkah, Madinah
KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, untuk siasatan lanjut susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pelaburan pajakan hotel bernilai lebih RM1.5 bilion di Makkah dan Madinah.
Bekas menteri dalam lingkungan usia 60-an yang pernah menjaga hal ehwal berkait TH itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Beliau ditahan bagi membantu siasatan sedang dijalankan SPRM berhubung isu pajakan hotel pernah dilakukan TH di Arab Saudi yang menjadi kerugian terbesar dalam senarai pelaburan bermasalah dihadapi TH.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam kenyataan di Dewan Rakyat, baru-baru ini, berkata melalui perjanjian pajakan bagi tempoh 2015 hingga 2017, TH membayar SR1.4 bilion atau RM1.5 bilion kepada orang tengah untuk memajak empat hotel di Madinah

dan Makkah bagi tempoh 10 hingga 18 tahun bagi tujuan penginapan jemaah haji.
"Orang tengah yang sepatutnya mengendalikan keempat-empat hotel berkenaan dan berjanji membayar sewa sebanyak SR2.49 bilion kepada TH, malangnya bayaran terbabit gagal dilunaskan.
"Persoalannya, bagaimana kepimpinan TH ketika itu begitu berani membuat bayaran secara pendahuluan dengan nilai melebihi RM1.5 bilion? Jaminan pelaburan yang disandarkan hanya sekeping nota janji peribadi," katanya ketika menggulung perbahasan RCI TH di Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek itu untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"Beliau akan dibawa untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok," katanya dalam kenyataan video menerusi TikTok SPRM, hari ini.
Sebelum ini, bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, selain bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta beberapa kenamaan lain ditahan SPRM susulan pendedahan Laporan RCI TH itu.
Oleh Ilah Hafiz Aziz
September 1, 2026 7:13pm
Artikel β‘οΈ Berita Harian

βTerowong tutup, kena lalu jalan lama Gombakβ
Oleh KOSMO!
1 September 2026, 7:55 pm
PETALING JAYA β Pengguna di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dilencongkan sepenuhnya ke jalan lama Gombak susulan kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 31.8 arah timur (Bukit Tinggi-Gombak) pada petang tadi.
Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkas, VMS (papan tanda elektronik) KM 55 dan Terowong Genting Sempah pula telah diaktifkan.
βKerja-kerja tabur habuk kayu di lokasi. Kerja-kerja pengalihan kenderaan kemalangan,β menurut LLM petang tadi.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, aliran trafik dari Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur sesak, dipercayai susulan berlaku kemalangan melibatkan dua treler sehingga dikatakan berlaku tumpahan minyak di atas jalan.
Kejadian tersebut tular di media sosial dikongsikan beberapa pengguna yang memuat naik gambar dan video pada laman Thread.
Sementara itu, orang ramai turut berkongsi mereka perlu melalui jalan la untuk pulang menghala ke Kuala Lumpur pada petang tadi.
βGenting Sempah sesak. Terowong tutup. Dari boleh sampai pukul 5.30 petang ke Kelana Jaya, sekarang jadi 7.30 malam. Saya lalu pukul 5.40 petang ditutup terus laluan nak masuk terowong. Jadi kena masuk keluar Genting Sempah masuk ke jalan lama Gombak,β kata pengguna Thread Mspeekaboo77.
βTerowong Genting Sempah tutup untuk pembersihan minyak atas jalan. Kena lalu jalan lama Gombak,β kata Heyyitsashyy.
βJalan terowong tutup, lalu jalan lama Gombak,β kata Imnsyhdh. β KOSMO! ONLINE

Denda RM15,000 jika bela kucing tanpa lesen
SINGAPURA β Perbuatan memelihara kucing tanpa lesen menjadi satu kesalahan di Singapura berikutan tempoh peralihan untuk pelesenan haiwan peliharaan tersebut di bawah Akta Haiwan dan Burung berakhir semalam, lapor laman berita Mothership
Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) akan menyiasat maklum balas mengenai pemilik yang tidak patuh dan mengambil tindakan penguatkuasaan.
Mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan tersebut boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM15,868).
Pemilik kucing boleh memohon lesen melalui Sistem Pelesenan Haiwan Peliharaan (PALS) milik AVS selepas memastikan kucing mereka dipasang mikrocip oleh doktor veterinar berlesen, dan menamatkan kursus pemilikan haiwan peliharaan secara dalam talian secara percuma.
Semalam, Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan menyiarkan kemas kini di laman Facebook mengenai tempoh peralihan dua tahun yang bermula pada 1 September 2024.
Beliau sebelum ini berkongsi pada 18 Julai lalu bahawa kira-kira

66,000 kucing peliharaan, atau kira-kira 7 daripada 10 ekor kucing di Singapura, telah dilesenkan.
Sejak itu, jumlah tersebut meningkat kepada lebih 111,000 kucing peliharaan berlesen setakat ini, kata Tan. β AGENSI
Oleh KOSMO!
1 September 2026, 6:30 pm
Kredit β‘οΈ Kosmo Online

KEPALA BATAS, 1 September β Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan dua kereta di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 petang itu, mangsa, penunggang motosikal berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 1.04 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dibawa ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan susulan,
Wartawan: Phil Gabrial
Sumber Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM) Pulau Pinang
Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM.
Artikel Berita RTM

Tragedi budak 3 tahun maut: Akses ke struktur besi Jambatan Victoria ditutup sementara
Sungai Siput: Lokasi tarikan pelancongan Jabatan Victoria Kuala Kangsar dekat Enggor di sini, ditutup kepada orang ramai susulan kejadian kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat jatuh daripada ketinggian lima meter di jambatan itu semalam.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, bagaimanapun penutupan itu tidak membabitkan keseluruhan kawasan jambatan berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya hanya membabitkan penutupan akses masuk ke bahagian struktur besi jambatan.
Menurutnya, langkah keselamatan terhadap jambatan yang juga aset milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang turut membantu dari aspek penyelenggaraan kawasan itu memandangkan ianya salah satu produk pelancongan dan warisan sejarah tempatan.
Sandrea berkata, penutupan bahagian struktur besi itu bersifat sementara iaitu sehingga kerja penggantian kayu landasan yang

sudah usang dan reput selain langkah keselamatan tambahan dapat dilaksanakan dan disahkan sesuai untuk kembali dibuka semula.
"Penutupan ini tidak membabitkan keseluruhan kawasan Jambatan Victoria kerana kawasan luar serta bahagian struktur batu masih dibuka dan boleh dilawati oleh pengunjung," katanya sewaktu dihubungi hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak, Abdul Rafee Abdul Halim, 3, meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, di sini sekitar 6.30 petang semalam ketika bersama bapanya sewaktu itu berada di atas jambatan berkenaan.
Sandrea berkata, pemantauan terhadap jambatan itu sememangnya dibuat dari semasa ke semasa oleh MPKK, dengan pemeriksaan fizikal terakhir di tapak itu dilakukan pada 30 Jun lalu.
Katanya, permohonan peruntukan juga sudah dibuat sebelum ini bagi kerja penyelenggaraan termasuk penggantian kira-kira 60 kayu landasan yang sudah usang.
Katanya, sebagai langkah segera MPKK kini sedang mendapatkan peruntukan sekitar RM50,000 bagi pemasangan jaring keselamatan di bahagian bawah jambatan sementara menunggu peruntukan bagi kerja pembaikan lain.
"Susulan kejadian ini, aspek keselamatan keseluruhan tapak juga akan diberi perhatian bersama pihak berkaitan bagi menentukan langkah penambahbaikan yang sewajarnya," katanya.
Terdahulu, tinjauan wartawan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas milik MPKK serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, tinjauan mendapati jambatan itu yang dahulunya jambatan kereta api dalam keadaan sangat uzur apabila hampir semua bahagian bongkah atau kayu melintang di bawah rel yang menjadi bantalan landasan sudah reput termasuk di titik lokasi mangsa jatuh.
Jambatan Enggor yang lebih dikenali sebagai Jambatan Victoria (Victoria Bridge), ialah jambatan kereta api bersejarah berusia 126 tahun yang terletak di kawasan pekan KaraiβEnggor, Kuala Kangsar merentangi sepanjang melintasi Sungai Perak sepanjang kira-kira 300 meter.
Disiarkan pada: September 1, 2026 9:36pm
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am β‘οΈ Harian Metro

Warga emas maut digilis lori dipercayai lupa tarik brek tangan
Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas maut digilis lori yang dipandunya selepas kenderaan itu menggelongsor di hadapan sebuah kilang ayam di Taman Mawar, Machap Baru di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, dalam kejadian pada 12.50 tengah hari tadi, mangsa seorang warga tempatan berusia 72 tahun memberhentikan lori yang dipandunya di hadapan pintu utama kilang itu sebelum keluar daripada kenderaan berkenaan dan berjalan menuju ke pondok pengawal.
"Mangsa dipercayai terlupa menarik brek tangan yang menyebabkan lori itu menggelongsor sebelum melanggar dan menggilis mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Disiarkan pada: September 1, 2026 8:27pm

Penang ferry collides with another vessel, docks safely after
GEORGE TOWN: A Penang ferry travelling from the island to the mainland has collided with another vessel.
The incident at 8.35pm on Tuesday (Sept 1) toppled several motorcycles on board and injured a few passengers.
A passenger, who declined to be named, said the ferry departed from island at 8.30pm.
"It was a hard impact and motorcycles on board fell over.
"Some people sustained light injuries and the ferry proceeded with its journey.
"Police and ambulance were at the scene in Butterworth," he said.
"Upon arriving at the mainland, the ferry turned around and used the rear entrance for passengers to exit," he said.
Authorities have yet to issue official confirmation on the incident, with the extent of damage on the ferry and severity of the victims' injuries unknown.
By LO TERN CHERN
Tuesday, 01 Sep 2026 | 9:44 PM MYT
Kredit β‘οΈ The Star

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
INDIA 01/09/2026.
Seorang lelaki maut terkena libasan dari alat pengisian Compressed natural gas ( CNG ) di sebuah stesen minyak di Golmuri, Jamshedpur, negeri Jharkhand, baru-baru ini.

Remaja maut terkena renjatan ketika rehat futsal
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
1 September 2026, 4:17 pm
KUALA SELANGOR β Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memegang tiang lampu sewaktu berehat selepas bermain futsal di Taman Pancaran, Bestari Jaya di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan mangsa berusia 15 tahun tidak sedarkan diri pada pukul 10.32 malam.
Katanya, siasatan mendapati mangsa yang sedang berehat memegang tiang lampu dipercayai mempunyai arus elektrik menyebabkan remaja itu rebah. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian itu,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan. Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian remaja itu konsisten akibat renjatan elektrik.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Thiban Subbramaniam dalam hantaran di Facebook berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, adil dan menyeluruh.
βMPKS (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) turut digesa untuk menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya agar keluarga mangsa mendapat jawapan dan keadilan yang sewajarnya.
βPada masa sama, saya menyeru MPKS dan semua agensi berkaitan supaya segera menjalankan pemeriksaan terhadap kemudahan awam khususnya tiang lampu dan sistem elektrik di kawasan rekreasi, gelanggang sukan serta lokasi awam lain,β katanya.

Feri Teluk Bahang bertembung kapal di Pelabuhan Pulau Pinang, 21 penumpang cedera
Audrey Dermawan
audreymd Seramai 21 orang cedera selepas feri Teluk Bahang bertembung dengan kapal MV Mekar Jaya di dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang malam ini.
Pihak Berkuasa Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) memaklumkan kejadian berlaku jam 8.40 malam.
Berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya yang dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) bertembung dengan feri berkenaan yang sedang menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).
Pengerusi PPC, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, semua penumpang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beliau mengesahkan tiada lagi mangsa yang berada di PSAH susulan insiden itu.
"Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas disebabkan insiden ini," katanya ketika dihubungi malam ini.
Yeoh berkata, PPC bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya dilaksanakan kepada penumpang terjejas.
Beliau berkata, keutamaan juga akan diberikan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi di pelabuhan itu.
Disiarkan pada: September 1, 2026 11:49pm
Artikel Harian Metro

ππ¨π πππ₯π§ππ¦ π¦πππ¦ππ§ππ‘ ππππ¨ππ πππ₯ππ¨ππ¨π‘π ππ‘π¦ππππ‘ ππ’π§ πππ₯π§ππ ππ¨π‘π ππ π ππ₯π¦ππ‘π
: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pertembungan dua bot penumpang yang mengorbankan dua nyawa di Kuala Sungai Mersing malam tadi.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 280 Kanun Keseksaan, selain klasifikasi laporan mati mengejut (SDR).
"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kita akan melengkapkan siasatan seberapa cepat yang boleh," katanya kepada pemberita di Kampung Pengkalan Batu, hari ini.
πΈ fotoBERNAMA