π OPERASI MENYELAMAT β KERETA TERKUNCI, MANGSA SI BULUS π±
ISNIN 31 OGOS 2026
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung sebuah kenderaan yang terkunci dan terdapat seekor kucing di dalam kenderaan tersebut.
Menurut makluman pemanggil selaku pemilik kucing, si bulus dipercayai telah menekan butang βlockβ kenderaan sehingga pintu kereta terkunci. π π±
Pasukan bomba bertindak segera ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada pemilik.
Alhamdulillah, si bulus selamat dan semuanya selesai dengan baik. β€οΈπ±
@myblockchecking

Lelaki melecur dalam kebakaran sembilan kilang di Bercham
31 Ogos 2026, 11:32pm
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sembilan lot kilang di Persiaran Industri Bercham 10, Bercham, Ipoh, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.36 petang sebelum mengerahkan tujuh jentera bersama 40 anggota ke lokasi.
Menurutnya, kebakaran pada awalnya membabitkan sebuah kilang plastik kelas B berkeluasan 30 meter kali 13 meter dengan kira-kira 50 peratus premis terbakar.
βSeorang lelaki berusia 42 tahun yang mengalami melecur satu peratus menerima rawatan awal daripada anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
βDia memaklumkan kebakaran turut membabitkan sembilan lot kilang berkeluasan 30 meter kali 13 meter setiap satu yang dimiliki lima pemilik berbeza,β katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sabarodzi berkata, setakat ini, lot 10 dan 11 masing-masing terbakar kira-kira 20 peratus, lot 12, 13 dan 14 (70 peratus), lot 16 dan 18 (80 peratus), lot 15 (10 peratus) serta lot 17 (60 peratus).
Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.25 petang dan pasukan bomba kini menjalankan kerja overhaul, pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran bagi memastikan tiada lagi punca api.
βSelain anggota JBPM, terdapat bantuan daripada 59 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terbabit dalam operasi pemadaman.
βAnggota terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Tambun, Simpang Pulai, Meru Raya dan Pasir Puteh serta PBS Menglembu, Pekan Baru, Pusing, Kampar, Teluk Intan, Pasir Pinji dan Chemor,β katanya.
Artikel Buletin Tv3

Warga emas hilang tiga hari ditemui selamat lima kilometer dari rumah
Utusan Sarawak
September 1, 2026
SARIKEI: Pencarian seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang hilang selepas keluar ke kebun sawit berakhir dengan khabar gembira apabila mangsa ditemukan selamat kira-kira lima kilometer dari rumahnya, pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, Chali Mat, ditemukan oleh orang awam selepas dilaporkan hilang sejak 29 Ogos lalu.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan daripada penduduk kampung pada 6.58 pagi memaklumkan mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.
βKita menerima panggilan daripada orang kampung pada 6.58 pagi memaklumkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat pada jarak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.
βPasukan bomba kemudian bergerak ke lokasi pada 7.42 pagi bagi mendapatkan maklumat berhubung penemuan mangsa,β katanya ketika dihubungi, hari ini.
Vincent berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga tersebut kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi selepas mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya.
Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah kira-kira 8.15 pagi pada 29 Ogos lalu untuk menuju ke kebun sawit, namun tidak kembali ke rumah.
Ketika keluar, mangsa memakai baju lengan panjang berwarna kelabu dan seluar panjang dan membawa sebilah parang panjang.
Usaha awal mencarinya dilakukan ahli keluarga, namun gagal sebelum laporan dibuat kepada pihak polis bagi mendapatkan bantuan.
Chali yang mempunyai masalah nyanyuk, rabun dan menggunakan cermin mata serta mengalami masalah pendengaran kemudiannya menjadi fokus operasi SAR yang melibatkan pencarian di kawasan kebun dan hutan berhampiran.
Sepanjang operasi tiga hari tersebut, pencarian turut melibatkan pihak polis, penduduk kampung, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Lemba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei.
Artikel Utusan Sarawak

Jambatan runtuh ketika majlis perasmian
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
01 Sep 2026 10:59 am
PANGANDARAN β Sebuah jambatan gantung runtuh ketika majlis perasmiannya di Desa Margacinta, Kecamatan Cijulang, Kabupaten Pangandaran, Jawa Barat pada Ahad.
Kejadian berlaku ketika Bupati Pangandaran, Citra Pitriyami bersama beberapa pegawai dan orang awam berada di atas Jambatan Gantung Pongpet Margajaya yang baru dirasmikan itu.
Jambatan berkenaan dipercayai tidak mampu menampung beban selepas puluhan individu melintasinya secara serentak.
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan jambatan itu tiba-tiba melengkung ke bawah sebelum mencetuskan suasana panik.
Orang ramai yang berada di lokasi turut menjerit ketakutan ketika menyaksikan jambatan berkenaan gagal menampung beban.
Ketua Desa Margacinta, Enceng Anwar Solihin yang berada di atas jambatan ketika kejadian berkata, insiden berlaku secara tiba-tiba.
Menurutnya, beliau ketika itu bersama Bupati Pangandaran, isterinya serta beberapa pegawai lain sebelum sempat berpaut pada bahagian dinding jambatan bagi menyelamatkan diri.
βSaya sedar atau tidak ketika kejadian kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Saya berpaut pada dinding jambatan yang menggunakan tali dawai keluli. Jika tali itu putus, sudah pasti semuanya akan terjatuh ke sungai,β katanya.
Enceng berkata, antara yang berada di atas jambatan ketika kejadian ialah Bupati Pangandaran, beliau sendiri bersama isterinya, Komander Daerah Tentera (Dandim), Ketua Jabatan Kerja Raya, Ketua Jabatan Pelancongan dan orang awam.
βSaya juga ditindih orang. Pinggang saya masih sakit. Tetapi alhamdulillah, tiada mangsa, cuma mengalami kejutan. Saya sendiri masih terkejut,β katanya.
Beliau menjelaskan jambatan berkenaan sebenarnya tidak putus sepenuhnya, sebaliknya melengkung ke bawah selepas bahagian penyambung kabel besi di sebelah kanan yang menghubungkan struktur jambatan dengan tiang sokongan terputus.
βJadi, jambatan itu tidak putus. Ia cuma terus melengkung ke bawah kerana yang terputus ialah bahagian penyambung kabel besi di sebelah kanan yang menghubungkan jambatan dengan tiang sokongan,β katanya. - Agensi
Credit owner πΉ

π¨ RESTORAN DISYAKI TAWAR HIDANGAN HIDUPAN LIAR TUMPAS DALAM OPERASI BERSEPADU KHAZANAH! πΎ
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) kembali membuahkan hasil! πͺ
Pada 13 Ogos 2026, PERHILITAN bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menjalankan pemeriksaan di sebuah restoran di kawasan kebun kelapa sawit di Banting, Selangor.
Hasil pemeriksaan, pelbagai hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang disyaki disimpan secara beku telah disita, antaranya disyaki bahagian tenggiling, bahagian kluang, katak demam, bahagian musang dan bahagian labi-labi.
Seorang lelaki tempatan berusia turut ditahan bagi membantu siasatan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,050.
β οΈ Pemilikan, penyimpanan dan perdagangan hidupan liar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
π Ada maklumat jenayah hidupan liar?
Hubungi Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151.
πΏ Bersama kita lindungi khazanah biodiversiti negara.

Penunggang motosikal maut bertembung Perodua Viva terbabas
Oleh Zulhisham Isahak - 1 September 2026
KOTA TINGGI β Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 31 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini lewat petang semalam.
Nahas tersebut mengorbankan Taha Nordin yang berusia 54 tahun, bekerja sendiri dan menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pukul 6.25 petang.
βKemalangan tersebut melibatkan motosikal mangsa dengan kereta Perodua Viva dipandu seorang lelaki warga Pakistan berusia 45 tahun dan kenderaan Toyota Alphard yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun.
βSiasatan mendapati Toyota Alphard dan Viva dalam perjalanan ke Penawar. Toyota Alphard kemudian hilang kawalan dan melanggar belakang Perodua Viva.
βViva pula terbabas masuk jalan bertentangan lalu melanggar motosikal dari arah Penawar ke Kota Tinggi,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai. perubatan bertugas.
Katanya, pemandu Perodua Viva mengalami kecederaan pada bahagian dada manakala pemandu Toyota Alphard tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat ujar Othman, dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.
Tambahnya, kes masih dalam siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan penjara minimum 5 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM 20,000 hingga RM50,000.
Jelasnya, ini termasuk hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang 5 tahun.
βOrang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh tampil menyalurkan maklumat di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi atau mana-mana balai berdekatan bagi membantu siasatan,β katanya.- MalaysiaGazette

Penunggang motosikal maut, dua Yamaha RXZ bergesel di LPT2
HULU TERENGGANU β Dua motosikal Yamaha RXZ bergesel sebelum salah satu daripadanya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V menyebabkan seorang penunggang maut manakala seorang lagi cedera parah di Kilometer 406.4 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan pada pukul 11.45 malam itu, mangsa, Mohd. Yusri Rusdi, 38, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan dan mangsa cedera Eiri Aizul M. Safri, 34, mengalami patah tangan kanan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Cherating, Pahang.
βSebaik tiba di lokasi kejadian, dua motosikal jenis Yamaha RXZ berkenaan dikatakan bergesel antara satu sama lain menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas lebuh raya. Kenderaan jenis Honda HR-V gagal mengelak lalu merempuh Mohd. Yusri,β katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sharudin berkata, impak rempuhan itu menyebabkan Mohd. Yusri tercampak ke dalam parit di tepi lebuh raya dan mayat mayat lelaki tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. β KOSMO! ONLINE

Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
September 1, 2026 3:02pm
SUNGAI SIPUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi di Hospital Kuala Kangsar.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan, berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya berusia 42 tahun sedang berjalan di atas jambatan bersejarah berkenaan yang umumnya diketahui salah satu tarikan pelancong.
"Ketika kejadian mangsa bersama dengan bapanya berjalan di atas jambatan itu sambil memegang tangan dan kemudiannya jatuh pada ketinggian lima meter di satu lubang pada jambatan berkenaan.
"Sejurus selepas terjatuh di atas jalan berturap di bawah jambatan, mangsa yang ketika itu masih hidup dikejarkan ke wad kecemasan hospital namun disahkan meninggal dunia di hospital jam 7.40 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Kluang, Johor datang bercuti bersama keluarga ke Jambatan Victoria, Kuala Kangsar.
Sementara itu, tinjauan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) serta polis.
Peniaga gerai berhampiran lokasi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nyah, berkata suami serta menantunya yang pada waktu itu menjaga gerai terdengar bunyi kuat yang pada mula disangkakan bunyi beg terjatuh sebelum terkejut kerana ia sebenarnya kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi.
"Memandangkan semalam adalah hari cuti umum sempena Sambutan Hari Kebangsaan, jadi memang ramai pelancong termasuk yang membawa anak kecil ke Jambatan Victoria ini untuk merakam gambar kenangan," katanya.
Artikel Berita Harian

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Honda prelude 4ws JdM, jarang2 sekali boleh berjumpa diatas jalan buat masa sekarang. Boleh dikatkan rare jugk model ni. Dan hanya beberapa individu shja yg masih simpan barang nie. Tahniah owner dan syabas masih lagi setia bersama kereta yang usia lebih puluhan tahun ini π₯π₯π«‘
Maaf guru tergelak sikit ππ
Kredit β‘οΈ Mohd Asraf
@myblockchecking
Maaf guru tergelak sikit ππ
Kredit β‘οΈ Mohd Asraf
@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 01/09/2026.
Kemalangan bas di Lebuhraya utara selatan K. 120.9 arah selatan dari Pagoh ke Yong peng, petang tadi.

Polis cari lelaki tular cetus provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya
Kuala Lumpur: Individu disyaki cetus kekecohan dan membuat provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam, dicari polis.
Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima empat laporan membabitkan lelaki terbabit sejak kelmarin.
"Polis turut mengesan video tular berdurasi 2 minit 18 saat memaparkan seorang lelaki tempatan berbaju oren atau coklat dipercayai membuat provokasi.
"Lelaki terbabit dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5 pagi semalam ketika orang ramai berkumpul menunggu pintu masuk ke tempat duduk awam dibuka.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta

Kesalahan Kecil 1955.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dan menasihatkan lelaki dalam video tular itu supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan," katanya.
Terdahulu tular di media sosial memaparkan seorang lelaki membuat provokasi ke arah pihak berkuasa dan dikatakan mencetuskan kekecohan di kawasan menunggu semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.
Disiarkan pada: September 1, 2026 8:42pm
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli β‘οΈ Harian Metro

RCI TH: Bekas menteri ditahan SPRM kes pajak hotel di Makkah, Madinah
KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, untuk siasatan lanjut susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pelaburan pajakan hotel bernilai lebih RM1.5 bilion di Makkah dan Madinah.
Bekas menteri dalam lingkungan usia 60-an yang pernah menjaga hal ehwal berkait TH itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Beliau ditahan bagi membantu siasatan sedang dijalankan SPRM berhubung isu pajakan hotel pernah dilakukan TH di Arab Saudi yang menjadi kerugian terbesar dalam senarai pelaburan bermasalah dihadapi TH.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam kenyataan di Dewan Rakyat, baru-baru ini, berkata melalui perjanjian pajakan bagi tempoh 2015 hingga 2017, TH membayar SR1.4 bilion atau RM1.5 bilion kepada orang tengah untuk memajak empat hotel di Madinah

dan Makkah bagi tempoh 10 hingga 18 tahun bagi tujuan penginapan jemaah haji.
"Orang tengah yang sepatutnya mengendalikan keempat-empat hotel berkenaan dan berjanji membayar sewa sebanyak SR2.49 bilion kepada TH, malangnya bayaran terbabit gagal dilunaskan.
"Persoalannya, bagaimana kepimpinan TH ketika itu begitu berani membuat bayaran secara pendahuluan dengan nilai melebihi RM1.5 bilion? Jaminan pelaburan yang disandarkan hanya sekeping nota janji peribadi," katanya ketika menggulung perbahasan RCI TH di Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek itu untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"Beliau akan dibawa untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok," katanya dalam kenyataan video menerusi TikTok SPRM, hari ini.
Sebelum ini, bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, selain bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta beberapa kenamaan lain ditahan SPRM susulan pendedahan Laporan RCI TH itu.
Oleh Ilah Hafiz Aziz
September 1, 2026 7:13pm
Artikel β‘οΈ Berita Harian

βTerowong tutup, kena lalu jalan lama Gombakβ
Oleh KOSMO!
1 September 2026, 7:55 pm
PETALING JAYA β Pengguna di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dilencongkan sepenuhnya ke jalan lama Gombak susulan kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 31.8 arah timur (Bukit Tinggi-Gombak) pada petang tadi.
Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkas, VMS (papan tanda elektronik) KM 55 dan Terowong Genting Sempah pula telah diaktifkan.
βKerja-kerja tabur habuk kayu di lokasi. Kerja-kerja pengalihan kenderaan kemalangan,β menurut LLM petang tadi.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, aliran trafik dari Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur sesak, dipercayai susulan berlaku kemalangan melibatkan dua treler sehingga dikatakan berlaku tumpahan minyak di atas jalan.
Kejadian tersebut tular di media sosial dikongsikan beberapa pengguna yang memuat naik gambar dan video pada laman Thread.
Sementara itu, orang ramai turut berkongsi mereka perlu melalui jalan la untuk pulang menghala ke Kuala Lumpur pada petang tadi.
βGenting Sempah sesak. Terowong tutup. Dari boleh sampai pukul 5.30 petang ke Kelana Jaya, sekarang jadi 7.30 malam. Saya lalu pukul 5.40 petang ditutup terus laluan nak masuk terowong. Jadi kena masuk keluar Genting Sempah masuk ke jalan lama Gombak,β kata pengguna Thread Mspeekaboo77.
βTerowong Genting Sempah tutup untuk pembersihan minyak atas jalan. Kena lalu jalan lama Gombak,β kata Heyyitsashyy.
βJalan terowong tutup, lalu jalan lama Gombak,β kata Imnsyhdh. β KOSMO! ONLINE

Denda RM15,000 jika bela kucing tanpa lesen
SINGAPURA β Perbuatan memelihara kucing tanpa lesen menjadi satu kesalahan di Singapura berikutan tempoh peralihan untuk pelesenan haiwan peliharaan tersebut di bawah Akta Haiwan dan Burung berakhir semalam, lapor laman berita Mothership
Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) akan menyiasat maklum balas mengenai pemilik yang tidak patuh dan mengambil tindakan penguatkuasaan.
Mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan tersebut boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM15,868).
Pemilik kucing boleh memohon lesen melalui Sistem Pelesenan Haiwan Peliharaan (PALS) milik AVS selepas memastikan kucing mereka dipasang mikrocip oleh doktor veterinar berlesen, dan menamatkan kursus pemilikan haiwan peliharaan secara dalam talian secara percuma.
Semalam, Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan menyiarkan kemas kini di laman Facebook mengenai tempoh peralihan dua tahun yang bermula pada 1 September 2024.
Beliau sebelum ini berkongsi pada 18 Julai lalu bahawa kira-kira

66,000 kucing peliharaan, atau kira-kira 7 daripada 10 ekor kucing di Singapura, telah dilesenkan.
Sejak itu, jumlah tersebut meningkat kepada lebih 111,000 kucing peliharaan berlesen setakat ini, kata Tan. β AGENSI
Oleh KOSMO!
1 September 2026, 6:30 pm
Kredit β‘οΈ Kosmo Online

KEPALA BATAS, 1 September β Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan dua kereta di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 petang itu, mangsa, penunggang motosikal berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 1.04 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dibawa ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan susulan,
Wartawan: Phil Gabrial
Sumber Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM) Pulau Pinang
Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM.
Artikel Berita RTM

Tragedi budak 3 tahun maut: Akses ke struktur besi Jambatan Victoria ditutup sementara
Sungai Siput: Lokasi tarikan pelancongan Jabatan Victoria Kuala Kangsar dekat Enggor di sini, ditutup kepada orang ramai susulan kejadian kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat jatuh daripada ketinggian lima meter di jambatan itu semalam.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, bagaimanapun penutupan itu tidak membabitkan keseluruhan kawasan jambatan berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya hanya membabitkan penutupan akses masuk ke bahagian struktur besi jambatan.
Menurutnya, langkah keselamatan terhadap jambatan yang juga aset milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang turut membantu dari aspek penyelenggaraan kawasan itu memandangkan ianya salah satu produk pelancongan dan warisan sejarah tempatan.
Sandrea berkata, penutupan bahagian struktur besi itu bersifat sementara iaitu sehingga kerja penggantian kayu landasan yang

sudah usang dan reput selain langkah keselamatan tambahan dapat dilaksanakan dan disahkan sesuai untuk kembali dibuka semula.
"Penutupan ini tidak membabitkan keseluruhan kawasan Jambatan Victoria kerana kawasan luar serta bahagian struktur batu masih dibuka dan boleh dilawati oleh pengunjung," katanya sewaktu dihubungi hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak, Abdul Rafee Abdul Halim, 3, meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, di sini sekitar 6.30 petang semalam ketika bersama bapanya sewaktu itu berada di atas jambatan berkenaan.
Sandrea berkata, pemantauan terhadap jambatan itu sememangnya dibuat dari semasa ke semasa oleh MPKK, dengan pemeriksaan fizikal terakhir di tapak itu dilakukan pada 30 Jun lalu.
Katanya, permohonan peruntukan juga sudah dibuat sebelum ini bagi kerja penyelenggaraan termasuk penggantian kira-kira 60 kayu landasan yang sudah usang.
Katanya, sebagai langkah segera MPKK kini sedang mendapatkan peruntukan sekitar RM50,000 bagi pemasangan jaring keselamatan di bahagian bawah jambatan sementara menunggu peruntukan bagi kerja pembaikan lain.
"Susulan kejadian ini, aspek keselamatan keseluruhan tapak juga akan diberi perhatian bersama pihak berkaitan bagi menentukan langkah penambahbaikan yang sewajarnya," katanya.
Terdahulu, tinjauan wartawan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas milik MPKK serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, tinjauan mendapati jambatan itu yang dahulunya jambatan kereta api dalam keadaan sangat uzur apabila hampir semua bahagian bongkah atau kayu melintang di bawah rel yang menjadi bantalan landasan sudah reput termasuk di titik lokasi mangsa jatuh.
Jambatan Enggor yang lebih dikenali sebagai Jambatan Victoria (Victoria Bridge), ialah jambatan kereta api bersejarah berusia 126 tahun yang terletak di kawasan pekan KaraiβEnggor, Kuala Kangsar merentangi sepanjang melintasi Sungai Perak sepanjang kira-kira 300 meter.
Disiarkan pada: September 1, 2026 9:36pm
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am β‘οΈ Harian Metro

Warga emas maut digilis lori dipercayai lupa tarik brek tangan
Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas maut digilis lori yang dipandunya selepas kenderaan itu menggelongsor di hadapan sebuah kilang ayam di Taman Mawar, Machap Baru di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, dalam kejadian pada 12.50 tengah hari tadi, mangsa seorang warga tempatan berusia 72 tahun memberhentikan lori yang dipandunya di hadapan pintu utama kilang itu sebelum keluar daripada kenderaan berkenaan dan berjalan menuju ke pondok pengawal.
"Mangsa dipercayai terlupa menarik brek tangan yang menyebabkan lori itu menggelongsor sebelum melanggar dan menggilis mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Disiarkan pada: September 1, 2026 8:27pm