πŸš“β€ΌοΈ 𝕀ℕ𝔽𝕆 β„π• π•”π•œπ”Ήπ•π• π•”π•œ 𝕄π•ͺπŸš“
685 subscribers
361 photos
118 videos
138 links
βš οΈζƒ…δΎ£θ‡ͺζ‹δΊŒηΎ€ @avnvyou6
707δΌ˜ζƒ ζœΊε™¨δΊΊ @The707CommunityBot
707θ΅›δΊ‹η›΄ζ’­ @livescore707
ζƒ…δΎ£θ‡ͺ拍  @ahmoisexy
707担保网 https://707guarantee.com
η”΅ε½±ηΎ€ @movieat707
εƒη“œδΊšζ΄²  @chiguaasia
DJθˆžζ›²  @musicwabo
ε€§ι©¬θ·―ε†΅ζΆˆζ― @myblockchecking
Download Telegram
Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam parit

01 September 2026, 8:00am

Oleh: Noor Hidayah Tanzizi

SUNGAI BULOH: Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, penemuan mayat berkenaan dimaklumkan oleh orang awam sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan mayat itu.

Katanya, mayat kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

β€œHasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada si mati dan identitinya juga masih belum dikenal pasti.

β€œSi mati adalah lelaki berkulit cerah, botak, berketinggian kira-kira 170 sentimeter (sm) dengan berat 50 kilogram (kg),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah pada badan si mati dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti identiti si mati serta mengesan suspek terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau mempunyai ahli keluarga yang dilaporkan hilang dan mempunyai ciri-ciri menyerupai si mati diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Reezal Mohammad Mohd Zain di talian 013-3479809.

β€œSelain itu, maklumat juga boleh disalurkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

β€œDalam pada itu, masyarakat dinasihatkan tidak menularkan sebarang imej, video atau maklumat tidak sahih di mana-mana platform media sosial, serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking
Tiga maut, kereta terjunam ke gaung
31 Ogos 2026, 11:34pm

Oleh: Juwan Riduan

LAHAD DATU: Tiga lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, malam ini.

Kereta jenis Proton Aeroback itu dipercayai terbabas ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.38 malam.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati empat lelaki dewasa terbabit dalam kemalangan berkenaan.

β€œTiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

β€œSeorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

β€œMaklumat mengenai identiti mangsa belum diperoleh dan operasi ditamatkan pada jam 8.45 malam selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat,” katanya.

Operasi berkenaan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Artikel Buletin tv3



@myblockchecking
Konvoi pulang dari Cherating berakhir tragedi, penunggang RXZ maut dilanggar kereta di LPT2

HULU TERENGGANU: Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah lagi motosikal sebelum dirempuh sebuah kereta di Kilometer 406.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Ajil-Telemong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, Mohd Yusri Rusdi, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata kemalangan membabitkan sebuah Honda HR-V dan dua motosikal Yamaha RXZ yang semuanya dalam perjalanan dari Ajil ke Telemong.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan itu dalam perjalanan pulang dari Cherating, Pahang ke Kuala Terengganu.

"Sejurus tiba di lokasi, dua motosikal berkenaan dipercayai bergesel sesama sendiri sebelum terjatuh ke atas jalan raya.

"Kereta yang datang dari arah belakang kemudian merempuh penunggang motosikal yang terjatuh di lorong kanan.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke kawasan longkang di sebelah kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya.

Sharudin berkata, seorang lagi penunggang motosikal berusia 34 tahun patah tangan kanan, manakala pemandu HR-V dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Oleh Nazdy Harun
September 1, 2026 9:57am
Kredit ➑️ Berita Harian


@myblockchecking
β€ΌοΈπŸ‘‰UPDATE INFO X2WAYS‼️
PerakDarulRidzuan 01Sept2026 9:45Pagi
Medan kidd muka tengok jln bendahara/pasir puteh atas jambatan kg paloh Trafik bikin block kiri kanan πŸ‘»Ada pocong sebelum sekatan
#PBRC2🍼
PerakDarulRidzuan 01Sept2026 9:52Pagi
Chemor muka tengok klebang Depan bank BSN Trafik bikin block πŸ‘»Ada pocong sebelum sekatan
#PBRC1🍼
PerakDarulRidzuan 01Sept2026 9:45Pagi
Medan kidd muka tengok jln bendahara/pasir puteh atas jambatan kg paloh Trafik bikin block πŸ‘»Ada pocong sebelum sekatan
#PBRC2🍼
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyertaan ratu cantik transgender tiada sokongan, kebenaran kerajaan - Zulkifli

Kuala Lumpur: Penganjuran atau penyertaan dalam acara ratu cantik transgender tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata , pendirian itu susulan tindakan seorang individu menyertai pertandingan ratu cantik transgender yang berlangsung di Bangkok, Thailand, Ahad lalu.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu berkenaan. Tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia dan mencemarkan nama negara.

"Perbuatan menyerupai jantina berlawanan atau tasyabbuh serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum Syarak dan dilarang di bawah perundangan Syariah di negeri-negeri," katanya menerusi hantaran di Facebook hari
ini.

Sehubungan dengan itu, Zulkifli menyeru masyarakat supaya tidak mensensasikan atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat sebaliknya bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah.

"Pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berasaskan perundangan yang sedia ada," katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang individu didakwa mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Disiarkan pada: September 1, 2026 1:31pm
Artikel ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Pasangan suami isteri ditahan, bunga ganja RM3.56 juta dirampas

Kota Kinabalu: Pasangan suami isteri ditahan selepas polis merampas 44.3 kilogram bunga ganja dan 5.6 kilogram ganja bernilai keseluruhan RM3.56 juta dalam operasi di Kudat, 20 Ogos lalu.

Rampasan bunga ganja berkenaan adalah yang pertama seumpamanya direkodkan di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun dan isterinya yang juga warga asing berusia 32 tahun ditahan susulan maklumat daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Sabah.

Katanya, suspek lelaki ditahan kira-kira 4.40 petang di gelanggang bola tampar Kampung Tanjong Kapor, Kudat.

"Isterinya pula ditahan kira-kira 10 minit kemudian di tepi jalan kampung sama.

"Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat bersama empat bungkusan plastik disyaki mengandungi bunga ganja dan ganja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di
sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin dan Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil.

Jauteh berkata, pemeriksaan lanjut menemukan 75 paket plastik disyaki mengandungi bunga ganja seberat 44.3 kilogram dan 10 paket plastik disyaki ganja seberat 5.6 kilogram.

"Keseluruhan dadah seberat 49.9 kilogram itu dianggarkan bernilai RM3.56 juta dan dipercayai mampu menampung kira-kira 99,800 penagih bagi sekali penggunaan.

"Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), manakala isterinya tidak mempunyai rekod lampau," katanya.

Katanya lagi, saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif methamphetamine dan amphetamine, manakala isterinya negatif dadah.

"Kedua-dua suspek sudah dituduh di Mahkamah Kudat pada 28 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kejayaan itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada polis," katanya.

Menurutnya, JSJN Kontinjen Sabah kekal komited membanteras kegiatan pengedaran dadah bagi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

Disiarkan pada: September 1, 2026 1:00pm
Juwan Riduan
am ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Operasi pembenihan awan di 3 negeri

Shah Alam: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di tiga negeri iaitu Sarawak, Kedah dan Perlis dari 3 hingga 5 September ini, susulan keadaan jerebu yang semakin teruk, terutama di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, OPA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dilaksanakan secara berperingkat di lapan lokasi di Sarawak, iaitu Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang.

Di Kedah, operasi itu akan dilaksanakan di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.

"Di Sarawak, tahap jerebu di sesetengah kawasan sudah mencapai ke paras bahaya, ada yang indeks pencemaran udara (IPU) hampir mencecah 500.

"Kita akan melakukan pembenihan awan segera. Kita akan meminta METMalaysia untuk memberikan nasihat di kawasan, terutama yang berada di tahap berbahaya ini
supaya luruan angin itu akan menuju ke tempat yang lokasinya sangat bahaya.

"Kita akan lakukan koordinasi ini dalam kadar segera kerana kita merasakan Sarawak wajib dibantu kerana kebakaran di Kalimantan itu merebak terlalu luas dan menjejaskan kira-kira tiga perempat daripada wilayah negeri itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di sini, hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari ini, enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU melebihi tahap bahaya, dengan Serian merekodkan bacaan 396, Kuching (389), Samarahan (357), Sarikei (346), Sri Aman (343) dan Sibu (330).

Tiga lagi kawasan di Sarawak turut mencatatkan bacaan pada paras sangat tidak sihat, iaitu melibatkan Bintulu dengan bacaan 242, Mukah (241) dan Samalaju (237).

Disiarkan pada: September 1, 2026 12:23pm
Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
Iran beri amaran serangan baharu AS akan dibalas 'jauh lebih hebat'

Istanbul: Iran pada Isnin memberi amaran bahawa mana-mana lokasi yang digunakan untuk melancarkan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas wilayahnya akan menjadi sasaran, sambil menuduh Washington terus menggunakan wilayah, ruang udara dan kemudahan negara-negara serantau untuk menyerang Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Markas Angkatan Tentera Iran dan Markas Pusat Khatam al-Anbiya mengeluarkan amaran itu dalam kenyataan bersama, dengan berkata AS terus menjalankan operasi sedemikian walaupun selepas amaran terdahulu dan jaminan daripada beberapa negara di rantau berkenaan.

Kedua-dua badan ketenteraan itu berkata Tehran menghormati kedaulatan negara jiran tetapi "tidak akan sesekali bertolak ansur terhadap pencerobohan," sambil memberi amaran bahawa sebarang serangan lanjut akan dibalas dengan tindakan yang "jauh lebih hebat".

Mereka merujuk serangan yang dilancarkan semalaman oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan tentera Iran sebagai
contoh tindak balas berkenaan.

"AS tiada pilihan selain meninggalkan rantau ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memberi amaran kepada pihak yang memudahkan tindakan ketenteraan AS bahawa IRGC dan tentera Iran akan bersama-sama menyerang punca sebarang serangan dengan "kekuatan yang dahsyat".

"Jangan uji" keazaman angkatan tentera Iran, menurut kenyataan itu.

Pada Ahad, tentera AS menyerang dua pelancar Iran di Pulau Larak berhampiran Selat Hormuz, menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera, menurut media Iran.

Iran kemudiannya mengumumkan serangan balas terhadap lokasi yang digunakan tentera AS di Jordan dan Emiriah Arab Bersatu.

Disiarkan pada: September 1, 2026 11:34am
Artikel ➑️ Harian Metro


@myblockchecking
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TERENGGANU 01/09/2026.

Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat Sekolah Tok Jiring, Kuala Terengganu sekitar jam 12.46 tengah hari tadi.

Sumber ➑️ ahmadsalmandaniel


@myblockchecking
πŸš’ OPERASI MENYELAMAT – KERETA TERKUNCI, MANGSA SI BULUS 🐱

ISNIN 31 OGOS 2026

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung sebuah kenderaan yang terkunci dan terdapat seekor kucing di dalam kenderaan tersebut.

Menurut makluman pemanggil selaku pemilik kucing, si bulus dipercayai telah menekan butang β€˜lock’ kenderaan sehingga pintu kereta terkunci. πŸ˜…πŸ±

Pasukan bomba bertindak segera ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada pemilik.

Alhamdulillah, si bulus selamat dan semuanya selesai dengan baik. ❀️🐱





@myblockchecking
Lelaki melecur dalam kebakaran sembilan kilang di Bercham
31 Ogos 2026, 11:32pm

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sembilan lot kilang di Persiaran Industri Bercham 10, Bercham, Ipoh, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.36 petang sebelum mengerahkan tujuh jentera bersama 40 anggota ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran pada awalnya membabitkan sebuah kilang plastik kelas B berkeluasan 30 meter kali 13 meter dengan kira-kira 50 peratus premis terbakar.

β€œSeorang lelaki berusia 42 tahun yang mengalami melecur satu peratus menerima rawatan awal daripada anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

β€œDia memaklumkan kebakaran turut membabitkan sembilan lot kilang berkeluasan 30 meter kali 13 meter setiap satu yang dimiliki lima pemilik berbeza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata, setakat ini, lot 10 dan 11 masing-masing terbakar kira-kira 20 peratus, lot 12, 13 dan 14 (70 peratus), lot 16 dan 18 (80 peratus), lot 15 (10 peratus) serta lot 17 (60 peratus).

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.25 petang dan pasukan bomba kini menjalankan kerja overhaul, pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran bagi memastikan tiada lagi punca api.

β€œSelain anggota JBPM, terdapat bantuan daripada 59 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terbabit dalam operasi pemadaman.

β€œAnggota terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Tambun, Simpang Pulai, Meru Raya dan Pasir Puteh serta PBS Menglembu, Pekan Baru, Pusing, Kampar, Teluk Intan, Pasir Pinji dan Chemor,” katanya.

Artikel Buletin Tv3



@myblockchecking
Warga emas hilang tiga hari ditemui selamat lima kilometer dari rumah
Utusan Sarawak

September 1, 2026

SARIKEI: Pencarian seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang hilang selepas keluar ke kebun sawit berakhir dengan khabar gembira apabila mangsa ditemukan selamat kira-kira lima kilometer dari rumahnya, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, Chali Mat, ditemukan oleh orang awam selepas dilaporkan hilang sejak 29 Ogos lalu.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan daripada penduduk kampung pada 6.58 pagi memaklumkan mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.

β€œKita menerima panggilan daripada orang kampung pada 6.58 pagi memaklumkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat pada jarak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

β€œPasukan bomba kemudian bergerak ke lokasi pada 7.42 pagi bagi mendapatkan maklumat berhubung penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Vincent berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga tersebut kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi selepas mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah kira-kira 8.15 pagi pada 29 Ogos lalu untuk menuju ke kebun sawit, namun tidak kembali ke rumah.

Ketika keluar, mangsa memakai baju lengan panjang berwarna kelabu dan seluar panjang dan membawa sebilah parang panjang.

Usaha awal mencarinya dilakukan ahli keluarga, namun gagal sebelum laporan dibuat kepada pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Chali yang mempunyai masalah nyanyuk, rabun dan menggunakan cermin mata serta mengalami masalah pendengaran kemudiannya menjadi fokus operasi SAR yang melibatkan pencarian di kawasan kebun dan hutan berhampiran.

Sepanjang operasi tiga hari tersebut, pencarian turut melibatkan pihak polis, penduduk kampung, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Lemba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei.

Artikel Utusan Sarawak



@myblockchecking
Jambatan runtuh ketika majlis perasmian

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
01 Sep 2026 10:59 am

PANGANDARAN – Sebuah jambatan gantung runtuh ketika majlis perasmiannya di Desa Margacinta, Kecamatan Cijulang, Kabupaten Pangandaran, Jawa Barat pada Ahad.

Kejadian berlaku ketika Bupati Pangandaran, Citra Pitriyami bersama beberapa pegawai dan orang awam berada di atas Jambatan Gantung Pongpet Margajaya yang baru dirasmikan itu.

Jambatan berkenaan dipercayai tidak mampu menampung beban selepas puluhan individu melintasinya secara serentak.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan jambatan itu tiba-tiba melengkung ke bawah sebelum mencetuskan suasana panik.

Orang ramai yang berada di lokasi turut menjerit ketakutan ketika menyaksikan jambatan berkenaan gagal menampung beban.

Ketua Desa Margacinta, Enceng Anwar Solihin yang berada di atas jambatan ketika kejadian berkata, insiden berlaku secara tiba-tiba.

Menurutnya, beliau ketika itu bersama Bupati Pangandaran, isterinya serta beberapa pegawai lain sebelum sempat berpaut pada bahagian dinding jambatan bagi menyelamatkan diri.

β€œSaya sedar atau tidak ketika kejadian kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Saya berpaut pada dinding jambatan yang menggunakan tali dawai keluli. Jika tali itu putus, sudah pasti semuanya akan terjatuh ke sungai,” katanya.

Enceng berkata, antara yang berada di atas jambatan ketika kejadian ialah Bupati Pangandaran, beliau sendiri bersama isterinya, Komander Daerah Tentera (Dandim), Ketua Jabatan Kerja Raya, Ketua Jabatan Pelancongan dan orang awam.

β€œSaya juga ditindih orang. Pinggang saya masih sakit. Tetapi alhamdulillah, tiada mangsa, cuma mengalami kejutan. Saya sendiri masih terkejut,” katanya.

Beliau menjelaskan jambatan berkenaan sebenarnya tidak putus sepenuhnya, sebaliknya melengkung ke bawah selepas bahagian penyambung kabel besi di sebelah kanan yang menghubungkan struktur jambatan dengan tiang sokongan terputus.

β€œJadi, jambatan itu tidak putus. Ia cuma terus melengkung ke bawah kerana yang terputus ialah bahagian penyambung kabel besi di sebelah kanan yang menghubungkan jambatan dengan tiang sokongan,” katanya. - Agensi

Credit owner πŸ“Ή



@myblockchecking