๐Ÿš“โ€ผ๏ธ ๐•€โ„•๐”ฝ๐•† โ„๐• ๐•”๐•œ๐”น๐•๐• ๐•”๐•œ ๐•„๐•ช๐Ÿš“
685 subscribers
356 photos
109 videos
138 links
โš ๏ธๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹ไบŒ็พค @avnvyou6
707ไผ˜ๆƒ ๆœบๅ™จไบบ @The707CommunityBot
707่ต›ไบ‹็›ดๆ’ญ @livescore707
ๆƒ…ไพฃ่‡ชๆ‹  @ahmoisexy
707ๆ‹…ไฟ็ฝ‘ https://707guarantee.com
็”ตๅฝฑ็พค @movieat707
ๅƒ็“œไบšๆดฒ  @chiguaasia
DJ่ˆžๆ›ฒ  @musicwabo
ๅคง้ฉฌ่ทฏๅ†ตๆถˆๆฏ @myblockchecking
Download Telegram
Selepas rnr sungai perak arah selatan lebih kurang 6km lepas rnr kawasan lapang tepi highway ada kereta polis trafik highway dan 3 anggota trafik dengan kamera speed trap kat tmpat gelap2 tu
SEBLM SHELL TMN SOON CHOON IPOH MARI SPG PULAI POLIS BIKIN BLOCK
ๆ€กไฟๆพไฟŠ่Šฑๅ›ญ่šฌๅฃณๆฒน็ซ™ๅ‰ๅพ€ๆ–ฐ้‚ฆๆณข่ต–ๆ–นๅ‘่ญฆๅฏŸๅผ€่ฎพ่ทฏ้šœ
WARGA EMAS HILANG DI KEBUN SAWIT, SAR DISAMBUNG ESOK

SARIKEI, 31 Ogos โ€“ Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun sawit di Jalan Sungai Tapang, Jalan Bayong, akan disambung semula esok.

Mangsa, Chali anak Mat, 78, dilaporkan keluar dari rumah kira-kira pukul 8.15 pagi, Sabtu lalu untuk ke kebun sawit. Mangsa yang mempunyai masalah nyanyuk, rabun dan pekak masih belum ditemui.

Operasi SAR hari kedua ditangguhkan pada pukul 5 petang tadi selepas pencarian melibatkan bomba, polis, APM, PBS Lubok Lemba dan penduduk kampung gagal menemui mangsa. Pencarian akan diteruskan pada pukul 8 pagi esok dengan radius diperluaskan sehingga 1.5 kilometer.

Wartawan: Debbie Amanda

'Yang sahih di RTM'




@myblockchecking
Polis lepas beberapa tembakan ketika kejar penjenayah, suspek miliki 37 rekod jenayah

KUALA LUMPUR - Tindakan sebuah kenderaan yang cuba melarikan diri ketika dikejar pihak polis membongkar kegiatan mencuri kabel selepas pelbagai barangan dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan itu ditemukan dalam kenderaan terbabit pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, sebuah Ford Ranger berwarna hijau dikesan mencurigakan oleh anggota Polis Trafik Lebuhraya Kesas Bukit Aman yang sedang melakukan rondaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, anggota polis kemudian memberikan isyarat supaya kenderaan terbabit berhenti namun suspek terus memecut.

Beliau berkata, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan berkenaan ketika mengejarnya dari Tol Awan Besar menghala ke Klang (Barat) sehingga ke Jalan Hang Tuah 4, Sri Petaling.

"Aksi itu berlangsung kira-kira 30 minit sebelum kenderaan suspek berhenti di kawasan berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai
Besi.

"Suspek bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan cuba melanggar anggota polis sebelum lima das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kanan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Fadil berkata, suspek kemudian melarikan kenderaan memasuki Jalan Hang Tuah 4 sebelum hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta Mazda berwarna kelabu.

"Susulan kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun berjaya ditahan, manakala seorang lagi suspek yang dipercayai pemandu kenderaan telah melarikan diri.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berkenaan menemukan pelbagai barang dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selain kabel yang dipercayai telah dicuri," katanya.

Tambah beliau, semakan mendapati suspek yang ditahan mempunyai 37 rekod jenayah lampau dan turut dikesan sebagai orang dikehendaki.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Permohonan reman terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat pada 1 September.

"Polis kini giat mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri dan kes masih dalam siasatan," katanya.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
31 Ogos 2026 07:20pm
Artikel โžก๏ธ Sinar Harian


@myblockchecking
Penunggang motosikal 17 tahun maut dalam kemalangan di Lundu
Utusan Sarawak
August 31, 2026

LUNDU: Seorang penunggang motosikal berusia 17 tahun maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di KM40 Jalan Telok Melano-Sematan, kawasan Belinsak, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Lundu, Supt Sudirman Kram berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang dari arah Telok Melano menuju ke Sematan dipercayai cuba memotong sekumpulan penunggang motosikal yang bergerak dalam arah sama.

โ€œSemasa memotong, motosikal mangsa bertembung dengan dua motosikal yang datang dari arah bertentangan. Mangsa berusia 17 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,โ€ katanya.

Sudirman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, dua lagi penunggang motosikal berusia 21 dan 18 tahun turut mengalami kecederaan parah.

โ€œPenunggang berusia 21 tahun mengalami kecederaan putus kaki kiri dan dirawat di Hospital Umum Sarawak, manakala penunggang berusia 18 tahun mengalami patah kaki kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Lundu,โ€ katanya.

โ€œKes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,โ€ katanya.

Sudirman menasihatkan penunggang motosikal, khususnya yang menyertai aktiviti konvoi, supaya sentiasa menunggang secara berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan maut daripada terus berlaku.

Artikel Utusan Sarawak



@myblockchecking
Wanita cedera akibat kemalangan motosikal

Ogos 31, 2026, Isnin - 7:29pm

MIRI: Seorang wanita cedera pada kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Jalan Kubong, Kawasan Perindustrian Limbang, pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.57 pagi.

Berikutan itu, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bersama sebuah jentera FRT dikerahkan ke lokasi yang terletak sejauh 15 kilometer dari balai.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.12 pagi dan mendapati seorang wanita terbaring di bahu jalan dalam keadaan sedar dengan kecederaan pada kaki kanan.

โ€œMangsa telah diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi.

โ€œPasukan bomba kemudian membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengangkat mangsa menggunakan pengusung sebelum dimasukkan ke dalam ambulans,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Dzuryman Suhaini itu tamat pada jam 10.35 pagi selepas keadaan di lokasi didapati terkawal.

oleh
Rosemaria Buma
Artikel Utusan Borneo


@myblockchecking
Tiada petunjuk, operasi carilamat nelayan hilang ditamatkan
BERNAMA

Dungun: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) nelayan, Sabrie Rusli, 32, yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, dekat sini, Khamis lepas, ditamatkan hari ini selepas tiada sebarang petunjuk atau penemuan berjaya dikesan.

Pengarah Maritim Zon Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata operasi pencarian yang meliputi kawasan seluas kira-kira 801.22 batu nautika persegi itu dilaksanakan secara sistematik dengan mengambil kira faktor cuaca, keadaan laut, arus serta kemungkinan hanyutan mangsa.

"Sepanjang operasi, pelbagai kaedah pencarian dilaksanakan termasuk pencarian permukaan, penggunaan sonar, operasi selaman serta Remote Operated Vehicle (ROV) bagi membantu mengesan sebarang petunjuk atau objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa.

"Namun begitu, sehingga operasi ditamatkan, tiada sebarang petunjuk atau penemuan yang dapat dikaitkan dengan mangsa berjaya dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan menamatkan operasi itu dibuat selepas semua sektor pencarian yang dikenal pasti selesai dilaksanakan, selain tiada maklumat baharu diperoleh yang dapat membantu usaha mengesan mangsa.

Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pasukan penyelamat, komuniti maritim serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang operasi berkenaan.

"Walaupun operasi Carilamat ditamatkan, aset APMM yang melaksanakan rondaan rutin akan terus membuat pemantauan sekiranya terdapat sebarang maklumat atau penemuan baharu berkaitan mangsa," katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Sabrie dipercayai hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol kira-kira 5 petang Khamis lepas.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menaiki bot gentian kaca dalam perjalanan pulang selepas keluar menangkap ikan pada 9 pagi.

Disiarkan pada: Ogos 31, 2026 10:23pm

Artikel Harian Metro



@myblockchecking
Tiga maut, kereta terjunam ke gaung lima meter

Lahad Datu: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, malam ini.

Kereta jenis Proton Aeroback itu dipercayai terbabas ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.38 malam.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati empat lelaki dewasa terbabit dalam kemalangan berkenaan.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

"Seorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Maklumat mengenai identiti mangsa belum diperoleh dan
operasi ditamatkan pada 8.45 malam selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat," katanya.

Operasi berkenaan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Disiarkan pada: Ogos 31, 2026 11:32pm
Juwan Riduan
am โžก๏ธ Harian Metro


@myblockchecking
โค1
Saya tak ada ibu... saya anggap makcik macam ibu saya'

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
31 Ogos 2026 06:47pm

KOTA BHARU - "Saya tak ada ibu... saya anggap makcik macam ibu saya."

Itu kata-kata penuh simpati yang dilontarkan oleh Pegawai Bomba Kanan I Che Mazlan Che Mohamad semasa memujuk seorang wanita warga Indonesia berusia 52 tahun yang dipercayai mengalami kemurungan ketika berada berhampiran tangki air di sebuah rumah perlindungan di sini pada Isnin.

Beliau yang merupakan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu berkata, usaha memujuk wanita berkenaan mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum dia akhirnya bersetuju untuk turun dan diselamatkan.

Menurut beliau, ketika berada dalam keadaan tertekan, wanita itu dilihat sukar dipujuk menyebabkan pihaknya menggunakan pendekatan psikologi dengan berbicara secara perlahan dan menyentuh emosinya.

"Saya tanya dia ada berapa orang anak. Dia maklum ada lima anak.

"Saya bagitahu...saya tiada ibu. Saya anggap dia macam ibu saya sendiri," katanya ketika dihubungi.

Che Mazlan memberitahu, wanita berkenaan difahamkan berada di rumah perlindungan itu sementara menunggu proses untuk dihantar pulang ke negara asalnya.

Ujar beliau, pendekatan secara kekeluargaan itu akhirnya membuahkan hasil apabila wanita terbabit bersetuju untuk diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

"Bagi saya, dalam situasi seperti ini, bukan semata-mata soal kekuatan fizikal, tetapi kita perlu cuba memahami perasaan mangsa dan bercakap dengan cara yang boleh membuatkan dia rasa masih ada orang mengambil berat tentang dirinya," katanya.

Beliau memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, BBP Kota Bharu menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi dan operasi tamat pada jam 4.55 petang.

Artikel Sinar Harian



@myblockchecking
'Ultraman' ditahan dalam sambutan kemerdekaan Perak, elak insiden berulang

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am Polis menahan lelaki yang memakai kostum 'ultraman' ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2026 Peringkat Perak, di sini, hari ini kerana dipercayai berada di kawasan pentas utama yang menempatkan tetamu diraja dan kenamaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, warga tempatan berusia 40 tahun itu ditahan pada 5 pagi selepas dilihat mencurigakan, namun tiada kacau ganggu dilakukan.

"Kita ambil tindakan pantas untuk tempatkan (tahan) dia dahulu dan memang dia ada rekod kesihatan psikiatri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan 2026 negeri Perak yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berkenan berangkat adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Menurut Mohd Alwi, penahanan sementara itu juga bagi menjamin kawalan keselamatan semua pengunjung terjamin, khususnya tetamu diraja.

"Lelaki itu akan tetap dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan untuk pengesahan dan tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, acara perarakan dan sambutan kemerdekaan tahun ini berjalan lancar apabila seramai 525 pegawai dan anggota polis bertugas bermula jam 5 pagi merangkumi kawalan keselamatan dan lalu lintas.

Tahun lalu, acara sambutan sempena kemerdekaan peringkat negeri itu gempar apabila seorang wanita yang disahkan sebagai pesakit mental meluru ke arah Sultan Nazrin yang sedang memberi tabik hormat ketika lagu kebesaran Perak berkumandang.

Wanita itu yang dikenal pasti sebagai Nurhaswani Afni Mohamad Zorki kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin dan dihukum denda RM500 atau sebulan penjara pada 6 Julai lalu.

Disiarkan pada: Ogos 31, 2026 2:46pm



@myblockchecking