JAKIM
21K subscribers
3.87K photos
268 videos
81 files
3.01K links
Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Download Telegram
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
25 Februari 2022/ 23 Rejab1443H


1️⃣ Solat jemaah di masjid, surau Pulau Pinang masih guna SOP sedia ada
Pulau Pinang belum bercadang untuk meminda prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berhubung mewajibkan jemaah mengambil suntikan lengkap vaksinasi Covid-19 untuk menunaikan solat di surau dan masjid.
https://www.sinarharian.com.my/article/189664/EDISI/Solat-jemaah-di-masjid-surau-Pulau-Pinang-masih-guna-SOP-sedia-ada

2️⃣ Isu Pertukaran Agama Akan Dibincangkan Bersama Mufti Dan Pakar – Idris Ahmad
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan rundingan meja bulat bersama para mufti dan pakar undang-undang bagi membincangkan isu syarat pertukaran agama yang hangat diperkatakan ketika ini.
https://alhijrahnews.com/isu-pertukaran-agama-akan-dibincangkan-bersama-mufti-dan-pakar-idris-ahmad/

3️⃣ Kisah ibu 6 anak mahu dapat bantuan gereja wajar jadi iktibar
Kisah tular ibu enam anak yang mendakwa lambat menerima bantuan dan berhasrat mendapatkannya daripada pihak gereja, perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/926856/kisah-ibu-6-anak-mahu-dapat-bantuan-gereja-wajar-jadi-iktibar

4️⃣ Agamawan dinasihat henti cetus kekeliruan
Golongan agamawan dinasihati agar menghentikan sebarang polemik yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.
https://www.sinarharian.com.my/article/189634/BERITA/Nasional/Agamawan-dinasihat-henti-cetus-kekeliruan

5️⃣ 1,010 calon SPM dan STAM terima sumbangan khas
Seramai 1,010 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seluruh Parlimen Bukit Gantang menerima sumbangan khas bernilai RM50,500. 
https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/25/1010-calon-spm-dan-stam-terima-sumbangan-khas/

6️⃣ Buku Gay Is OK!: KDN didesak kemuka rayuan larangan
Langkah tersebut perlu diambil segera untuk menghalang sebarang penerbitan, penjualan dan edaran buku tersebut yang secara terang-terangan mempromosikan aktiviti songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/buku-gay-is-ok-kdn-didesak-kemuka-rayuan-larangan/

7️⃣ Bangkit kedudukan Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis dalam khutbah Jumaat
Sebagai menyokong penganjuran Minggu Al-Quds sedunia, Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin) mengambil inisitiaf mengedarkan teks khutbah versi rumi dan jawi berhubung kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis di sisi umat Islam.
https://www.sinarharian.com.my/article/189594/EDISI/Bangkit-kedudukan-Masjid-al-Aqsa-Baitulmaqdis-dalam-khutbah-Jumaat

8️⃣ Gempa Bumi Kuat Di Utara Sumatra, Semenanjung Malaysia Turut Rasai Gegaran
Kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud telah berlaku di Utara Sumatra Indonesia hingga menyebabkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia turut merasai gegarannya.
https://alhijrahnews.com/gempa-bumi-kuat-di-utara-sumatra-semenanjung-malaysia-turut-rasai-gegaran/

9️⃣ Covid-19 terus melonjak, catat 32,070 kes semalam
Angka harian kes Covid-19 terus meningkat dengan 32,070 jangkitan baharu dilaporkan, semalam berbanding 31,199 kelmarin.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/02/814009/covid-19-terus-melonjak-catat-32070-kes-semalam

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Solat Jamak & Solat Qasar

Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.

#jomsolat
Antara Perkara Yang Membatalkan Solat

#jomsolat
SOLAT JAMAK DAN SYARAT-SYARATNYA

Solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak taqdim dan jamak takhir.

#jomsolat
SOLAT QASAR DAN SYARAT-SYARATNYA

Solat qasar ialah memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat Zuhur, Asar dan Isyak.

#jomsolat
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
26 Februari 2022/ 24 Rejab1443H


1️⃣ Kisah Wanita Jaga Ibu Lumpuh Mahu Mohon Bantuan Gereja Perlu Dijadikan Pengajaran
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata, walaupun kes tersebut telah selesai, namun ia perlu dijadikan pengajaran agar tidak berulang.
https://alhijrahnews.com/kisah-wanita-jaga-ibu-lumpuh-mahu-mohon-bantuan-gereja-perlu-dijadikan-pengajaran/

2️⃣ 13 Rakyat Malaysia Sudah Meninggalkan Ukraine, 8 Dalam Proses Pemindahan
Kedutaan Malaysia di Kyiv sedang dalam proses memindahkan lapan orang rakyat Malaysia dan dua tanggungan asing keluar dari Kyiv.
https://alhijrahnews.com/13-rakyat-malaysia-sudah-meninggalkan-ukraine-8-dalam-proses-pemindahan/

3️⃣ Usah perbesar isu dos booster solat di masjid
Selangor perlu dipuji dan diikuti kerana tindakan pantas serta drastik yang dilaksanakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang menunjukkan trend membimbangkan sejak kebelakangan ini.
https://www.kosmo.com.my/2022/02/26/usah-perbesar-isu-dos-booster-solat-di-masjid/

4️⃣ KUIPs terima sumbangan wakaf ilmu RM200,000
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima RM200,000 daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu berupa sumbangan wakaf ilmu yang merupakan inisiatif kolej universiti tersebut bagi mengumpulkan dana penyelidikan dan biasiswa pelajar.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/kuips-terima-sumbangan-wakaf-ilmu-rm200000/

5️⃣ Terokai, hayati mukjizat al-Quran
Insan yang memanfaatkan akal dengan menerokai makna yang tersirat dalam ayat-ayat al-Quran dan menghayatinya dalam kehidupan harian tidak akan terjebak dengan perilaku rasuah, pecah amanah dan sebagainya.
https://www.sinarharian.com.my/article/189687/EDISI/Terokai-hayati-mukjizat-al-Quran

6️⃣ Islam agama syumul
Manusia secara fitrahnya diciptakan oleh Allah SWT dengan naluri kehidupan beragama.  
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/02/814336/islam-agama-syumul

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Niat Solat Jamak Qasar

Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.

Semoga Allah SWT merahmati permusafiran kita dan melindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan.

#jomsolat
QADHA' SOLAT FARDHU

Menurut jumhur ulama' Wajib bersegera bagi mereka mengqada' solat yang tertinggal sama ada tertinggal kerana uzur syar'i atau tidak.

#jomsolat
Kaifiat Solat Sunat Taubat

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.

Segeralah bertaubat dan menyesali perbuatan dan kesalahan yang kita lakukan dengan melaksanakan solat sunat taubat, kerana inilah salah satu caranya untuk memohon keampunan Allah SWT.

Waktu yang afdhal ialah selepas tengah malam sewaktu qiamullai iaitu bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah SWT.

Jangan tangguh-tangguh, boleh mula malam ini.

#jomsolat
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
27 Februari 2022/ 25 Rejab1443H


1️⃣ Syarat hadir solat Jumaat ditentukan pihak berkuasa agama negeri - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan syarat bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Jumaat ditentukan pihak berkuasa agama negeri dan terpakai di masjid serta surau di negeri terbabit sahaja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/927721/syarat-hadir-solat-jumaat-ditentukan-pihak-berkuasa-agama-negeri

2️⃣ Solat Jumaat: Syarat Lengkap Vaksin, Dos Penggalak Hanya Terpakai Di Selangor
Perkara tersebut dirujuk berkenaan SOP solat Jumaat yang ditetapkan kerajaan Negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari 2022.
https://alhijrahnews.com/solat-jumaat-syarat-lengkap-vaksin-dos-penggalak-hanya-terpakai-di-selangor/

3️⃣ Idris hormati keputusan Selangor tetapkan SOP solat Jumaat
Keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri dan bukan diarah oleh KKM.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/814998/idris-hormati-keputusan-selangor-tetapkan-sop-solat-jumaat

4️⃣ Agensi agama gerak misi bantuan banjir di Terengganu dan Kelantan
Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan segera menggerakkan misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri Terengganu dan Kelantan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/814922/agensi-agama-gerak-misi-bantuan-banjir-di-terengganu-dan-kelantan

5️⃣ Banjir: Operasi menyelamat telah dikerah sejak semalam
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menggerakkan agensi penyelamat untuk operasi menyelamat mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu sejak semalam.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/banjir-operasi-menyelamat-telah-dikerah-sejak-semalam/

6️⃣ Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi berhubung kuota haji
Sehingga kini kerajaan belum menerima jumlah kuota yang diperuntukkan Arab Saudi, iaitu kebiasaannya Malaysia dibenarkan menghantar seramai kira-kira 32,000 jemaah.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/815006/malaysia-masih-tunggu-keputusan-arab-saudi-berhubung-kuota-haji

7️⃣ Calon SPM SMA Mahmudiah terpaksa naik bot
Seramai 131 calon SPM Sekolah Menengah Agama Mahmudiah (SMA Mahmudiah) Kuala Berang yang menginap di asrama terpaksa dipindahkan menggunakan bot selepas sekolah dinaiki air lebih dua meter hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/815074/calon-spm-sma-mahmudiah-terpaksa-naik-bot

8️⃣ KPM buka bilik gerakan banjir, pusat peperiksaan SPM
Kementerian Pendidikan (KPM) membuka bilik gerakan banjir bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terjejas akibat bencana itu di Terengganu dan Kelantan.
https://www.kosmo.com.my/2022/02/27/kpm-buka-bilik-gerakan-banjir-pusat-peperiksaan-spm/

9️⃣ Mangsa banjir terus meningkat di Kelantan
Banjir di Kelantan semakin buruk dengan 3,546 mangsa terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), melonjak berbanding 2,044 petang semalam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/927675/mangsa-banjir-terus-meningkat-di-kelantan

🔟 Banjir di Terengganu semakin buruk
Banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa kini mencecah 4,419 orang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/927673/banjir-di-terengganu-semakin-buruk

1️⃣1️⃣ Sembilan Rakyat Malaysia, Dua Tanggungan Berjaya Dibawa Keluar Dari Ukraine
Sembilan rakyat Malaysia termasuk dua tanggungan mereka serta seorang warga Singapura yang dibawa keluar dari Kyiv, Ukraine selamat tiba di Poland awal pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/sembilan-rakyat-malaysia-dua-tanggungan-berjaya-dibawa-keluar-dari-ukraine/

1️⃣2️⃣ Manfaatkan kegiatan, pertingkat kesedaran isu al-Quds, Palestin
Bagi mempertingkatkan kesedaran tentang isu al-Quds dan Palestin, Umat Islam di Malaysia diseru memanfaatkan kegiatan yang dianjurkan mana-mana pihak termasuk agensi dan kerajaan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/manfaatkan-kegiatan-pertingkat-kesedaran-isu-al-quds-palestin/
1️⃣3️⃣ Jangan abai didikan agama anak-anak
WALAU sesibuk manapun, didikan agama kepada anak-anak tidak boleh diabaikan sama sekali, lebih-lebih lagi dalam dunia serba moden ini yang amat mencabar ini.
https://www.utusan.com.my/gaya/agama/2022/02/jangan-abai-didikan-agama-anak-anak/

1️⃣4️⃣ Menginsafi fitnah perpecahan umat islam
Antara pelbagai fitnah besar yang berlaku itu sebagaimana yang dikhabarkan dalam banyak hadis Nabi SAW ialah fitnah perselisihan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. 
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/02/814697/menginsafi-fitnah-perpecahan-umat-islam

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Hikmah Orang Yang Menjaga Solat

1. Menyedarkan diri sebagai hamba Allah SWT
2. Memantapkan keyakinan bahawa tidak ada pembantu dan pengurnia nikmat selain Allah SWT
3. Bertaubat dan membersihkan diri dari segala dosa serta maksiat
4. Mengukuhkan aqidahdan keimanan kepada Allah SWT

Jom amalkan dan didik diri untuk solat diawal waktu.

#jomsolat
Solat Di Atas Perahu Ketika Memancing

Memancing di atas perahu bukanlah alasan untuk tidak menunaikan solat fardhu kerana solat merupakah ibadah yang wajib di lakukan. Bagi seorang pemancing sebaiknya tahu cara untuk melakukan solat di atas perahu bagi memenuhi kesempurnaan tuntutan solat.

Berikut dikongsikan panduan solat fardhu di atas perahu. Semoga bermanfaat.

#jomsolat
KELEBIHAN SOLAT SUNAT WITIR

Solat sunat witir bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan sahaja, malah hendaklah dilaksanakan pada setiap malam kerana solat sunat witir hukumnya sunat muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.

Waktu mengerjakan solat witir ialah sepanjang malam, iaitu selepas menunaikan solat fardu Isyak sehinggalah menjelang sebelum masuk waktu solat fardu Subuh.

#jomsolat
Kaifiat Solat Sunat Witir Dua Rakaat Pertama

Bilangan rakaat Solat Witir adalah dalam bilangan ganjil iaitu satu salam bagi setiap dua rakaat, dan ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.

#jomsolat