JAKIM
18.6K subscribers
3.42K photos
215 videos
81 files
2.89K links
Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Download Telegram
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
7 Ogos 2022 / 9 Muharam 1444H

1️⃣ Kerajaan Tidak Pernah Abai Kebajikan Guru KAFA – Idris Ahmad
Dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil berat terhadap kebajikan 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Malaysia adalah tidak benar.
https://alhijrahnews.com/kerajaan-tidak-pernah-abai-kebajikan-guru-kafa-idris-ahmad/

2️⃣ Pihak Berkuasa Diminta Siasat Status Kumpulan Percaya Imam Mahdi Muncul Di Makkah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, telah diarahkan memulakan siasatan terhadap kumpulan itu termasuk pemimpinnya Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, yang dipercayai masih berada di sana.
https://alhijrahnews.com/pihak-berkuasa-diminta-siasat-status-kumpulan-percaya-imam-mahdi-muncul-di-makkah/

3️⃣ Duta Malaysia diarah tahan pemimpin, pengikut Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Arab Saudi
Kerajaan mengarahkan Kedutaan Malaysia di Jeddah mengesan dan menahan pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah bersama pengikutnya yang kini dikatakan berada di Arab Saudi untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/duta-malaysia-diarah-tahan-pemimpin-pengikut-tarekat-al-naqsyabandiah-al-khalidiyyah-di-arab-saudi/

4️⃣ Usah beri perhatian berlebihan dakwaan kedatangan Imam Mahadi - Mufti
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam supaya tidak perlu memberi perhatian yang berlebihan tentang isu kedatangan Imam Mahadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/869235/usah-beri-perhatian-berlebihan-dakwaan-kedatangan-imam-mahadi-mufti

5️⃣ Jangan terpengaruh ajaran sesat dari negara jiran
Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan terpedaya dengan sebarang aktiviti berkaitan ajaran sesat dari negara jiran yang boleh memesong akidah agama.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/869163/jangan-terpengaruh-ajaran-sesat-dari-negara-jiran

6️⃣ Negeri Sembilan terus pantau aktiviti tarekat
Kerajaan negeri sentiasa memantau aktiviti tarekat di negeri ini bagi memastikan ajaran dibawa menepati hukum syarak dan tindakan tegas akan diambil jika ia bertentangan ajaran Islam sebenar.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/985584/negeri-sembilan-terus-pantau-aktiviti-tarekat

7️⃣ Raja Muda Perlis santuni masyarakat Muslim di Coconut Island
Ketua Pegawai Eksekutif Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata lawatan itu adalah antara Program Ziarah Mahabbah 2022 bagi menyantuni masyarakat setempat sekitar Phuket.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2108420

8️⃣ Rakyat M'sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2108450

9️⃣ Enam mak nyah ditahan
Daripada enam yang ditahan, lima individu beragama Islam diserahkan kepada pihak Jais manakala seorang individu yang bukan beragama Islam disiasat oleh pihak polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/869131/enam-mak-nyah-ditahan

🔟 Komander Kanan JIP Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Di Gaza – Briged Al-Quds
Komander Kanan Jihad Islam Palestin (JIP) Khaled Mansour disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menurut sayap kumpulan bersenjata, Briged Al-Quds pada Ahad.
https://alhijrahnews.com/komander-kanan-jip-terbunuh-dalam-serangan-udara-israel-di-gaza-briged-al-quds/

1️⃣1️⃣ 24 Rakyat Palestin Syahid Dalam Serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh manakala 215 lagi cedera dalam perang antara Israel dan Jihad Islam Palestin (PIJ) yang memasuki hari kedua.
https://alhijrahnews.com/24-rakyat-palestin-syahid-dalam-serangan-israel/

1️⃣2️⃣ Saham dosa’ sebar fitnah, berita palsu
FITNAH kini boleh merentasi dunia tanpa sempadan hanya dengan jari jemari yang bertanggungjawab membuat hantaran di media sosial.
https://www.utusan.com.my/pancaindera/jejak-ulama/2022/08/saham-dosa-sebar-fitnah-berita-palsu/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
8 Ogos 2022 / 10 Muharam 1444H

1️⃣ JAKIM Kenal Pasti Lokasi Operasi Ajaran Sesat Hadi Minallah
JAKIM telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
https://alhijrahnews.com/jakim-kenal-pasti-lokasi-operasi-ajaran-sesat-hadi-minallah/

2️⃣ Jawi sudah mula siasat gerakan Hadi Minnallah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat kegiatan gerakan sesat dikenali Hadi Minallah di ibu negara sejak semalam.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/jawi-sudah-mula-siasat-gerakan-hadi-minnallah/

3️⃣ JAWI jalin kerjasama PDRM ambil tindakan kumpulan Hadi Minallah
Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata siasatan itu berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/985972/jawi-jalin-kerjasama-pdrm-ambil-tindakan-kumpulan-hadi-minallah

4️⃣ JAKIM masih tunggu laporan audit JPV di Australia
JAKIM masih lagi menunggu laporan audit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melibatkan rumah sembelihan di Australia.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/jakim-masih-tunggu-laporan-audit-jpv-di-australia/

5️⃣ IPDAS JAKIM mantapkan usaha pendidikan di Sabah
Kerajaan sentiasa berusaha dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan institusi pendidikan Islam, termasuk IPDAS JAKIM di Sabah.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/08/ipdas-jakim-mantapkan-usaha-pendidikan-di-sabah/

6️⃣ Profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan dikawal selia di bawah Akta 814 – Idris
Institusi kehakiman Islam berperanan penting dalam menegakkan keadilan dan menyelesaikan pertelingkahan pihak yang terlibat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Idris Ahmad.
https://malaysiagazette.com/2022/08/08/profesion-guaman-syarie-di-wilayah-persekutuan-dikawal-selia-di-bawah-akta-814-idris/

7️⃣ Pembentukan Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan
Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Agong Kali Pertama Badan Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh anggota-anggota Badan Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/08/pembentukan-majlis-peguam-syarie-wilayah-wilayah-persekutuan/

8️⃣ Idris umum barisan Lembaga Pengarah TV Alhijrah
Bekas Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof. Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah yang baharu berkuatkuasa 1 Julai lalu.
https://malaysiagazette.com/2022/08/08/idris-umum-barisan-lembaga-pengarah-tv-alhijrah/

9️⃣ Jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan kelahiran Imam Mahdi
Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan kelahiran Imam Mahdi supaya tidak menjadi mangsa penipuan individu atau pihak yang mempunyai muslihat tertentu.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/jangan-mudah-terpengaruh-dengan-dakwaan-kelahiran-imam-mahdi/

🔟 MAIDAM agih RM120 juta zakat sejak Januari 2022
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengagihkan sebanyak RM120 juta wang zakat sejak Januari hingga Julai tahun ini kepada golongan memerlukan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2108802

1️⃣1️⃣ Dipenjara 10 tahun tipu rombongan umrah
Pengarah urusan sebuah syarikat dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana menipu 202 individu untuk rombongan umrah membabitkan kerugian RM434,250, pada 2015 hingga 2016 lalu.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/869579/dipenjara-10-tahun-tipu-rombongan-umrah

1️⃣2️⃣ Gaza Capai Persetujuan Gencatan Senjata Dengan Israel
Jihad Islam Palestin (PIJ) yang aktif di Semenanjung Gaza mengumumkan petang Ahad bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Israel.
https://alhijrahnews.com/gaza-capai-persetujuan-gencatan-senjata-dengan-israel/

1️⃣3️⃣ Bebaskan dua tahanan syarat gencatan senjata - Nadir Al-Nuri
Pejuang Palestin dan Israel memulakan gencatan senjata semalam dengan Mesir bertindak selaku orang tengah dalam usaha menamatkan peperangan di Gaza yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/869500/bebaskan-dua-tahanan-syarat-gencatan-senjata-nadir-al-nuri

1️⃣4️⃣ Negara Islam kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa
Pakistan dan negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/08/869439/negara-islam-kecam-tindakan-israel-serbu-masjid-al-aqsa

1️⃣5️⃣ OIC, MWL kecam serangan Israel di Masjid Al-Aqsa, Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Dunia Islam (MWL) mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan serangan berterusan ke atas Gaza.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/985944/oic-mwl-kecam-serangan-israel-di-masjid-al-aqsa-gaza

1️⃣6️⃣ Huffaz International agih 40 tan bantuan makanan untuk pusat tahfiz di Kedah
Makanan sumbangan orang ramai itu akan memanfaatkan 2,500 pelajar tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2108869

1️⃣7️⃣ Bertaubat jika tuduh sekolah pondok sebar ekstremisme
Pihak yang membuat tuduhan kononnya pengajian pondok di negara ini berpotensi menjadi pusat penyebaran fahaman ekstremisme, perlu bertaubat dan memohon maaf secara terbuka melalui media.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/bertaubat-jika-tuduh-sekolah-pondok-sebar-ekstremisme/

1️⃣8️⃣ Pahala sedekah dengan zikrullah pengakhiran
Satu sedekah dibalas dengan 700 pahala seperti 700 benih yang tumbuh daripada satu benih sahaja.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/869289/pahala-sedekah-dengan-zikrullah-pengakhiran

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
PERUNTUKAN TAHUNAN ELAUN GURU KAFA 2022

Kerajaan melalui JAKIM sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 481,593,000 bagi tahun 2022.

Pendapatan guru KAFA telah ditingkatkan sejak 2016 dari RM700 kepada RM1,000. Penambahbaikan dari segi kebajikan telah diberikan iaitu Caruman KWSP sebanyak RM130 dan Caruman Perkeso RM16.65 yang menjadikan jumlah elaun bulanan guru KAFA sebanyak RM1,146.65.
PUTRAJAYA BERQIAMULLAIL

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk menunaikan ibadah qiamullail dan memberikan khabar gembira kepada sesiapa yang mengerjakannya dengan ganjaran pahala dan anugerah kemuliaan di sisi Allah SWT.

Jom hadir bersama-sama keluarga tersayang berqiamullail di Masjid Putra, Putrajaya dalam Program Putrajaya Berqiamullail bersama Agensi Hal Ehwal Islam pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) bermula jam 4.30 pagi.

Program Qiamullail akan dipimpin oleh yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tirmizi Ali iaitu Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2014.

Ayuh kita imarahkan masjid bersama-sama ahli keluarga tercinta sempena cuti hujung minggu.

#MasjidDihatiku
#QiamullailPerdana2022
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*9 Ogos 2022 / 11 Muharam 1444H

1️⃣ Lebih RM6.8 Juta Dibelanjakan Untuk Bantu Asnaf, Masyarakat
Sejumlah RM6,853,268.88 telah dibelanjakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang Julai 2022 bagi membantu para asnaf dan masyarakat yang terkesan akibat musibah dan sebagainya.
https://alhijrahnews.com/lebih-rm6-8-juta-dibelanjakan-untuk-bantu-asnaf-masyarakat/

2️⃣ Markas ajaran sesat Hadi Minallah hanya 'ruang kosong'
Markas operasi Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah didalangi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak, di sini, didapati tidak wujud.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/986473/markas-ajaran-sesat-hadi-minallah-hanya-ruang-kosong

3️⃣ Bukan Islam tidak dibenar jadi peguam syarie
Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana tiada individu bukan Islam dibenarkan memohon menjadi peguam syarie terutama di Wilayah Persekutuan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/bukan-islam-tidak-dibenar-jadi-peguam-syarie/

4️⃣ ‘Pasantren ASEAN’ julang pendidikan dakwah
IKMAS yang dulu dikenali dengan nama Pesantren ASEAN merupakan salah satu institut pendidikan di bawah kelolaan JAKIM hampir 22 tahun operasinya.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/09/pasantren-asean-julang-pendidikan-dakwah/

5️⃣ Beku ovum sebelum akad nikah haram – Mufti
Hukum membeku atau mengeluarkan ovum sebelum akad nikah dan mensenyawakannya selepas berkahwin adalah haram.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/beku-ovum-sebelum-akad-nikah-haram-mufti/

6️⃣ YIPP, Yayasan Alnoor jalin kerjasama tubuh sekolah Islam antarabangsa
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Alnoor bagi menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa di Pulau Pinang.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2109197

7️⃣ Pengarah Agensi Pelancongan Didakwa Iklan Pakej Haji Furada Tanpa Lesen Sah
Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji, Mei lepas.
https://alhijrahnews.com/pengarah-agensi-pelancongan-didakwa-iklan-pakej-haji-furada-tanpa-lesen-sah/

8️⃣ Kehidupan Di Gaza Kembali Normal Selepas Konflik 3 Hari Dengan Israel
Kehidupan harian di Semenanjung Gaza beransur pulih selepas konflik antara Jihad Islam Palestin (PIJ) dan tentera Israel selama tiga hari berakhir.
https://alhijrahnews.com/kehidupan-di-gaza-kembali-normal-selepas-konflik-3-hari-dengan-israel/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
BERBUAT BAIK KEPADA AHLI KELUARGA

Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah arA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluargaku”.

Islam menyeru umatnya untuk sentiasa berbuat baik kepada ahli keluarga serta selainnya.

Sama-sama kita amalkan dan sebarkan. Semoga beroleh manfaat.
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
10 Ogos 2022 / 12 Muharam 1444H


1️⃣ Sulh Berjaya Selesaikan 15,294 Kes Pertikaian Secara Baik
Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menunjukkan 72 peratus atau bersamaan 15,294 kes pertikaian sepanjang 2019-2022 berjaya mencapai persetujuan secara baik selepas melalui prosiding sulh.
https://alhijrahnews.com/sulh-berjaya-selesaikan-15294-kes-pertikaian-secara-baik/

2️⃣ JAIS Siasat Surau Guna Pembesar Suara Luar Semasa Kuliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat sebuah surau di Ampang Campuran yang didakwa menggunakan pembesar suara luar semasa program kuliah subuh di surau tersebut.
https://alhijrahnews.com/jais-siasat-surau-guna-pembesar-suara-luar-semasa-kuliah/

3️⃣ JAIS larang guna pembesar suara luar ketika ceramah sejak 2017
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan penggunaan pembesar suara di luar untuk sesi kuliah yang dijalankan di masjid dan surau di seluruh Selangor.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/986927/jais-larang-guna-pembesar-suara-luar-ketika-ceramah-sejak-2017

4️⃣ Perak mulakan pemilihan Orang Asli sebagai guru takmir
Tiga daerah di negeri ini dipilih menjadi lokasi temu duga dan pemilihan Guru Takmir Orang Asli (GTOA), khusus bagi meningkatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat itu.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perak-mulakan-pemilihan-orang-asli-sebagai-guru-takmir-375349

5️⃣ Hanya Pusat Pengamalan Tarekat Di Bawah Habib Shah Firdaus Ditutup
Tujuh belas tarekat masih beroperasi di Negeri Sembilan daripada 18 yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
https://alhijrahnews.com/hanya-pusat-pengamalan-tarekat-di-bawah-habib-shah-firdaus-ditutup/

6️⃣ Kerajaan Teruskan Usaha Kekang Elemen LGBT Di Filem, Tiktok
Kerajaan bersama institusi keagamaan akan meneruskan usaha mengekang elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di negara ini.
https://alhijrahnews.com/kerajaan-teruskan-usaha-kekang-elemen-lgbt-di-filem-tiktok/

7️⃣ Aktiviti kumpulan agama wajar dipantau
Baru-baru ini tular di media sosial dan berita arus perdana berkenaan kumpulan agama dikhuatiri menyeleweng dari ajaran sebenar Islam.
https://www.utusan.com.my/premium/2022/08/aktiviti-kumpulan-agama-wajar-dipantau/

8️⃣ Sekolah Islam Antarabangsa IMAS, Putrajaya jadi model Sekolah Islam Antarabangsa pertama di Pulau Pinang
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bakal menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa pertama di negeri itu mengikut konsep sama The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/putrajaya-jadi-model-sekolah-islam-antarabangsa-pertama-di-pp/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Sekalung Tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali atas pelantikan semula sebagai Ketua Setiausaha Negara berkuat kuasa 11 Ogos 2022.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
11 Ogos 2022 / 13 Muharam 1444H


1️⃣ Putrajaya Berqiamullail Sabtu ini
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mensasarkan 2,000 peserta hadir pada program Putrajaya Berqiamullail di Masjid Putra, Sabtu ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/870613/putrajaya-berqiamullail-sabtu-ini

2️⃣ Kebenaran solat Jumaat di 228 surau di Melaka ditarik balik
Kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat di 228 surau di negeri ini ditarik balik, berkuat kuasa 19 Ogos ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/987158/kebenaran-solat-jumaat-di-228-surau-di-melaka-ditarik-balik

3️⃣ MAIWP teliti cadangan penubuhan Majlis Perundingan Kewangan Sosial Islam
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan meneliti cadangan penubuhan sebuah Majlis Perundingan Kewangan Sosial Islam yang dijangka dapat diwujudkan pada akhir tahun ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2109919

4️⃣ Institusi pondok, madrasah tahfiz di Pahang tidak dipinggirkan
Kerajaan Negeri Pahang memberi jaminan tidak akan meminggirkan institusi pengajian pondok, tahfiz, sekolah agama dan pusat pendidikan aliran agama bahkan akan terus dibantu bagi memartabatkan syiar Islam dalam negara.
https://malaysiagazette.com/2022/08/11/institusi-pondok-madrasah-tahfiz-di-pahang-tidak-dipinggirkan/

5️⃣ Majlis penyampaian Anugerah Diraja Kewangan Islam Keenam pada 4 Oktober
Acara penyampaian Anugerah Diraja Keenam Bagi Kewangan Islam 2022 akan diadakan pada 4 Okt, 2022 di sini, bagi mengiktiraf individu berwawasan yang memberi sumbangan besar serta idea inovatif terhadap perkembangan kewangan Islam, ekonomi global serta kemajuan sosial masyarakat dunia.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2109817

6️⃣ Berbangga malah buat promosi dosa pula...
Keadaan manusia yang terjebak dalam dosa dan kesalahan menunjukkan kelemahan diri yang gagal mematuhi perintah Tuhannya.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/870449/berbangga-malah-buat-promosi-dosa-pula

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
5 RUKUN KHUTBAH

1. Memuji Allah SWT
2. Selawat Ke Atas Nabi SAW
3. Wasiat Taqwa
4. Membaca Satu Ayat Al-Quran
5. Doa Kepada Orang Beriman Dalam Khutbah Kedua

Khatib hendaklah menyampaikan semua rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab walaupun ia tidak difahami oleh para jemaah.

Semoga bermanfaat.
Doa Tidak Putus Rezeki

Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.

Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang tidak putus-putus kepada kita semua.
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
12 Ogos 2022 / 14 Muharam 1444H

1️⃣ JAIN digesa ambil tindakan lelaki muat naik kandungan lucah – Idris Ahmad
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) digesa mengambil tindakan terhadap seorang lelaki dipercayai warga Singapura yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur lucah melalui akaun Facebook miliknya di Perak, baru-baru ini.
https://malaysiagazette.com/2022/08/12/jain-digesa-ambil-tindakan-lelaki-muat-naik-kandungan-lucah-idris-ahmad/

2️⃣ Dua Lelaki Mengamuk Di Pusat Tahfiz Ditangkap, Positif Dadah
Dua lelaki yang bertindak menyerang seorang penjaga dan seorang pelajar di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis, Pahang yang videonya tular hari ini telah ditahan polis.
https://alhijrahnews.com/dua-lelaki-mengamuk-di-pusat-tahfiz-ditangkap-positif-dadah/

3️⃣ KFW2022: Kerajaan Negeri Kedah diarah ambil tindakan – Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad mengarahkan Kerajaan Negeri Kedah mengambil tindakan segera ke atas penganjur Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22) selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
https://malaysiagazette.com/2022/08/12/kfw2022-kerajaan-negeri-kedah-diarah-ambil-tindakan-idris/

4️⃣ Bukan Muslim pun ‘protes’ acara separa telanjang
Masyarakat bukan Islam walaupun tidak menutup aurat seperti orang Islam, turut tidak gemar dengan persembahan jelik yang memaparkan aksi separa bertelanjang.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/bukan-muslim-pun-protes-acara-separa-telanjang/

5️⃣ Wanita pakai ihram, elok bertaubat sebelum terlambat
Itu reaksi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung video tular memaparkan wanita berperwatakan lelaki lengkap berpakaian ihram seperti jemaah lelaki dan menunaikan umrah di Makkah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/987719/wanita-pakai-ihram-elok-bertaubat-sebelum-terlambat

6️⃣ Tidak pernah dengar orang Islam kecoh bunyi kuat ceramah dari masjid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad terkejut apabila ada orang Islam sendiri kecoh kerana marah bunyi kuat ceramah dari masjid.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/tak-pernah-dengar-orang-islam-kecoh-ceramah-dari-masjid/

7️⃣ Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong, komersil menunaikan umrah
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi semalam mengumumkan bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara itu.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/08/987618/arab-saudi-benarkan-pemegang-visa-pelancong-komersil-menunaikan-umrah

8️⃣ Tips Bangun Malam Berqiamullail
Bagi memudahkan kita untuk bangun malam mengerjakan qiamullail, beberapa amalan digalakkan seperti qailulah iaitu berehat atau tidur sebentar sebelum gelincir matahari sebelum masuknya waktu zohor.
https://alhijrahnews.com/tips-bangun-malam-berqiamullail/

9️⃣ Strok Jejas Ingatan Lelaki Hafiz Al-Quran
Seorang hafiz al-Quran diuji selepas diserang penyakit strok secara tiba-tiba hingga menyebabkan hafalannya hilang.
https://alhijrahnews.com/strok-jejas-ingatan-lelaki-hafiz-al-quran/

🔟 Berhijrahlah secara total
Hijrah dengan makna meninggalkan kemungkaran dan perbuatan yang berdosa harus sentiasa difahami dan diterapkan dalam kehidupan.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/08/870715/berhijrahlah-secara-total

1️⃣1️⃣ Lintasan titian sirat
Ia adalah satu jambatan melintasi jahanam yang terletak di antara syurga dan neraka.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/870713/lintasan-titian-sirat

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah kehidupan yang sementara dan penuh dengan tipu daya yang boleh melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT dan mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekal untuk menuju kebahagiaan hidup di akhirat kelak.

Jangan bertangguh untuk melakukan amal soleh dan rebutlah peluang untuk beramal ketika kita masih muda ,sihat, berharta semasa hidup ini.
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
13 Ogos 2022 / 15 Muharam 1444H


1️⃣ Idris minta pihak terbabit segera siasat kes pengkid buat umrah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah memohon pihak terbabit menyiasat kes tular seorang pengkid berihram di tanah suci.
https://www.utusan.com.my/terkini/2022/08/idris-minta-pihak-terbabit-segera-siasat-kes-pengkid-buat-umrah/

2️⃣ Ribuan Hadir Qiamullail Perdana Siri 2
Lebih 2,000 jemaah hadir pada program Qiamullail Perdana Siri 2 yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/ribuan-hadir-qiamullail-perdara-siri-2/

3️⃣ JAWI siasat 'markas' kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapati kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah tidak lagi menggunakan sebuah premis di ibu kota yang dikatakan dijadikan markas kumpulan itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/988044/jawi-siasat-markas-kumpulan-ajaran-sesat-hadi-minallah

4️⃣ 49 individu beragama Islam ditahan minum arak
Seramai 49 individu beragama Islam ditahan JAWI selepas didapati mengambil minuman keras dalam Operasi Bersepadu Premis Hiburan, pada Jumaat.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/49-individu-beragama-islam-ditahan-minum-arak-375873

5️⃣ Wanita berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad - Mufti
Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/871167/wanita-berpakaian-ihram-boleh-terkeluar-islam-murtad-mufti-metrotv

6️⃣ Tindakan Wanita Berpakaian Ihram Ketika Umrah Tidak Berakal
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan dilakukan wanita itu hanya memudaratkan diri sendiri malah agama Islam bukan bahan mainan atau sendaan.
https://alhijrahnews.com/tindakan-wanita-berpakaian-ihram-ketika-umrah-tidak-berakal/

7️⃣ Tiga Lagi Suspek Amuk Di Maahad Tahfiz Ditahan
Tiga lagi suspek yang terlibat dalam kejadian menyerang seorang guru dan pelajar di sebuah maahad tahfiz di Kuala Lipis, Pahang berjaya diberkas polis.
https://alhijrahnews.com/tiga-lagi-suspek-amuk-di-maahad-tahfiz-di-tahan/

8️⃣ TV Alhijrah stesen TV Islam nombor satu Asean
Stesen TV Alhijrah menerima anugerah No 1 Asean Most Promising Islamic TV Station pada Majlis Penganugerahan Indonesia Award Magazine 2022 di Jakarta, baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/rap/2022/08/871113/tv-alhijrah-stesen-tv-islam-nombor-satu-asean

9️⃣ Solat berjemaah lambang kekuatan Islam: Idris
Solat berjemaah, bersatu di saf solat serta mengimarahkan masjid menjadi lambang kekuatan umat Islam ketika ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/216196/berita/nasional/solat-berjemaah-lambang-kekuatan-islam-idris

🔟 KUIPs bersedia naik taraf jadi universiti
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bersedia untuk dinaik taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2110697

1️⃣1️⃣ Jahil, ego dan taasub
Sebahagian manusia masih terjebak dalam kesesatan sama ada disebabkan belum menerima seruan Islam mahupun sudah sampai dakwah Islam kepadanya.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/871028/jahil-ego-dan-taasub

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
14 Ogos 2022 / 16 Muharam 1444H


1️⃣ Simpati nasib gelandangan
Perasaan itu dizahirkan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang meneruskan usaha menyantuni golongan memerlukan serta gelandangan sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/871486/simpati-nasib-gelandangan

2️⃣ Sokong HCF perkasa bantuan mualaf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, masyarakat perlu bekerjasama dan saling melengkapi dalam memperteguhkan perpaduan mereka bagi memastikan agama Islam didaulatkan dan menjadi ikutan kepada individu yang bukan Islam.
https://www.sinarharian.com.my/article/216311/berita/nasional/-sokong-hcf-perkasa-bantuan-mualaf-

3️⃣ Isu pengkid pakai ihram: Tindakan tegas perlu dilakukan
Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap pengkid yang memakai ihram semasa menunaikan umrah di Tanah Suci, baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/871512/isu-pengkid-pakai-ihram-tindakan-tegas-perlu-dilakukan

4️⃣ Haram wanita pakai ihram lelaki, kena bayar dam
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, perbuatan itu bukan sahaja tidak sah, tetapi individu terbabit juga perlu membayar denda atau dam yang ditetapkan.
https://www.kosmo.com.my/2022/08/14/haram-wanita-pakai-ihram-lelaki-kena-bayar-dam/

5️⃣ Ajaran sesat Hadi Minallah dikesan cuba disebarkan di Kota Tinggi
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesan cubaan untuk membawa ajaran sesat Hadi Minallah, masuk ke negeri ini untuk disebarkan kepada masyarakat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/988310/ajaran-sesat-hadi-minallah-dikesan-cuba-disebarkan-di-kota-tinggi

6️⃣ Gotong royong bantu mangsa ribut
Itu semangat ditunjukkan 50 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semalam, yang sanggup bermandi peluh membantu mangsa terjejas terutama dikalangan warga emas.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/871480/gotong-royong-bantu-mangsa-ribut

7️⃣ Kutipan zakat padi terlalu rendah, wujud kelompongan dalam pembayaran
Meluahkan rasa kecewa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata zakat padi yang diterima pada tahun lalu hanya RM5.3 juta, daripada 100,000 hektar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/988376/kutipan-zakat-padi-terlalu-rendah-wujud-kelompongan-dalam-pembayaran

8️⃣ MAINJ bina Sekolah Menengah Antarabangsa Tahfiz Sains Johor
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membina sebuah Sekolah Menengah Antarabangsa Tahfiz Sains Johor dengan belanja RM30 juta.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/mainj-bina-sekolah-menengah-antarabangsa-tahfiz-sains-johor/

9️⃣ Normalisasi keganasan Israel
TINDAKAN negara Barat yang berskala kuasa besar secara silih berganti bersama sekutunya berusaha untuk mempertahankan negara haram Israel setelah mewujudkan negara haram itu, merupakan suatu tindakan yang tidak patut diadakan sama sekali.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/14/normalisasi-keganasan-israel/

🔟 Salman Rushdie tenat
Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di negeri New York kelmarin.
https://www.kosmo.com.my/2022/08/14/salman-rushdie-tenat/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*15 Ogos 2022 / 17 Muharam 1444H*

1️⃣ *Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu*
Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2111193

2️⃣ *Perluas Program Jom Celik al-Quran seluruh negara*
Program Jom Celik al-Quran yang ketika ini dilaksanakan di Wilayah Persekutuan diharap dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai mendapat bimbingan serta memperbaiki bacaan ayat suci.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/988768/perluas-program-jom-celik-al-quran-seluruh-negara

3️⃣ *Tulisan Jawi wajar diguna lebih luas selari aplikasi dan teknologi – Idris*
Penggunaan tulisan Jawi wajar digunakan lebih meluas selari dengan aplikasi dan kemudahan teknologi kerana ia merupakan identiti nasional bagi Malaysia.
https://malaysiagazette.com/2022/08/15/tulisan-jawi-wajar-diguna-lebih-luas-selari-aplikasi-dan-teknologi-idris/

4️⃣ *Bahrain puji hubungan semakin kukuh dengan Malaysia*
Hubungan dua hala antara Bahrain dan Malaysia semakin kukuh menerusi jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang dan kini berada pada tahap membanggakan.
https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2111178

5️⃣ *Jenazah Pelajar Malaysia Lemas Di Mesir Selamat Dikebumikan*
Jenazah penuntut Universiti Al-Azhar di Mesir yang meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah sungai dalam daerah Al-Qanathir Al-Khairiyah telah selamat dikebumikan pada jam 11.50 malam tadi (waktu Malaysia).
https://alhijrahnews.com/jenazah-pelajar-malaysia-lemas-di-mesir-selamat-dikebumikan/

6️⃣ *Pengkid tular pakai ihram ke Mekah tidak melalui agensi*
Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah (Puhaz) Perak tidak terlibat mengendalikan jemaah umrah wanita yang berperwatakan lelaki atau pengkid ke Tanah Suci dan berpakaian ihram seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/pengkid-tular-pakai-ihram-ke-mekah-tidak-melalui-agensi/

7️⃣ *PKNS, Bank Islam meterai MoU tawar kemudahan pembiayaan perumahan*
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan kemudahan pembiayaan perumahan berdasarkan prinsip Tawarruq.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2111119

8️⃣ *Ikutlah jalan Rasulullah SAW*
Perkara paling utama untuk menjadi umat Baginda selepas beiman kepada Allah SWT ialah dengan mengimani kerasulannya, melaksanakan petunjuknya dan menyebarkan Islam kepada orang lain.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/871593/ikutlah-jalan-rasulullah-saw

9️⃣ *Penentuan permulaan Takwim Hijrah*
Permulaan tarikh Islam yang menjadikan peristiwa hijrah Nabi SAW sebagai titik paling bersejarah sebenarnya diputuskan sejak zaman sahabat RA.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/871591/penentuan-permulaan-takwim-hijrah

*Kurator Berita *
*Unit Komunikasi Korporat JAKIM*
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
16 Ogos 2022 / 18 Muharam 1444H


1️⃣ Pelantikan Nooh Gadut Tingkatkan Pengurusan Fatwa Negara
Pengalaman dan kredibiliti Datuk Dr Nooh Gadut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu diharap dapat mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan negara.
https://alhijrahnews.com/pelantikan-nooh-gadut-tingkatkan-pengurusan-fatwa-negara/

2️⃣ Memorandum Kabinet RUU 355 diedar bagi maklum balas pihak berkepentingan
JAKIM sedang menyediakan memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan dasar penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) untuk diedarkan kepada agensi berkaitan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/989092/memorandum-kabinet-ruu-355-diedar-bagi-maklum-balas-pihak

3️⃣ Dakwaan ajaran sesat di Johor, Majlis Fatwa kena bersidang
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersidang terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil berhubung dakwaan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/dakwaan-ajaran-sesat-di-johor-majlis-fatwa-kena-bersidang/

4️⃣ ‘Pengkid’ pakai ihram jadi fitnah kepada agama – Idris
Tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan ibadah umrah dengan mengenakan pakaian ihram lengkap seperti lelaki baru-baru ini mengundang fitnah kepada agama Islam.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/pengkid-pakai-ihram-jadi-fitnah-kepada-agama-idris/

5️⃣ Haji Furada: Agensi agama diarah ambil tindakan – Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengarahkan agensi di bawah kementeriannya membuat laporan berhubung kemunculan semula iklan dan tawaran Haji Furada bagi musim haji tahun hadapan.
https://malaysiagazette.com/2022/08/16/haji-furada-agensi-agama-diarah-ambil-tindakan-idris-ahmad/

6️⃣ JHEAIPP diarah siasat kes tular kedai nasi ayam
Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan berhubung dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara, dekat sini mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik daripada restoran bukan Islam.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2111389

7️⃣ Sabah belum terima laporan penyebaran ajaran sesat Hadi Minallah
Kerajaan negeri belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran ajaran sesat Hadi Minallah mahupun anggota fahaman terbabit di Sabah setakat ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/872134/sabah-belum-terima-laporan-penyebaran-ajaran-sesat-hadi-minallah

8️⃣ Selangor pantau ajaran Hadi Minallah sejak awal tahun ini
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ajaran Hadi Minallah telah mula dipantau sejak Februari lalu di negeri ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/selangor-pantau-ajaran-hadi-minallah-sejak-awal-tahun-ini/

9️⃣ Idris Ahmad Rasmi Program Akademi Daie Muda YADIM Sesi 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad beramah mesra bersama Daie Muda selepas merasmikan Program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) Sesi 2022 di Hotel Dorsett, Putrajaya.
https://malaysiagazette.com/2022/08/16/idris-ahmad-rasmi-program-akademi-daie-muda-yadim-sesi-2022/

🔟 Putera Salman Ketuai Upacara Pembersihan Kaabah
Mewakili Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, mengetuai upacara membersihkan Kaabah pada awal pagi Selasa.
https://alhijrahnews.com/putera-salman-ketuai-upacara-pembersihan-kaabah/

1️⃣1️⃣ Hukum individu cemar Islam dengan hukuman takzir
Malaysia perlu menguatkuasakan hukum takzir dengan lebih tegas di bawah mahkamah syariah bagi mencegah perbuatan melampaui batas agama dan masyarakat Islam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/872085/hukum-individu-cemar-islam-dengan-hukuman-takzir

1️⃣2️⃣ Penapis air Waterco dapat sijil halal JAKIM
Peneraju penyedia penyelesaian sehenti untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia) bersedia untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat Malaysia setelah rasmi menerima pensijilan halal daripada JAKIM untuk produk penapis air keluarannya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/08/988956/penapis-air-waterco-dapat-sijil-halal-jakim

1️⃣3️⃣ Perkukuh budaya ta'ayush
Fiqh ta'ayush itu merupakan ilmu dan pemahaman dalam menerima situasi kepelbagaian dan kewujudan gologan lain, meskipun berlainan bangsa, agama dan budaya hidup.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/871940/perkukuh-budaya-taayush

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
17 Ogos 2022 / 19 Muharam 1444H


1️⃣ Kesalahan serius, tidak akan terlepas daripada tindakan - ahmad Marzuk
Pihak berkuasa sudah mendapat pemakluman mengenai wanita yang tular di media sosial kerana mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram, baru-baru ini, yang mendapat kecaman kerana mencemar agama.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/872580/kesalahan-serius-tidak-akan-terlepas-daripada-tindakan-ahmad-marzuk

2️⃣ Kenderaan Black Maria bantu operasi penguatkuasaan JAWI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini menerima sebuah kenderaan Black Maria bagi membantu operasi penguatkuasaan undang-undang syariah secara efisien.
https://www.wilayahku.com.my/kenderaan-black-maria-bantu-operasi-penguatkuasaan-jawi/#.YvzfjvfmgWM

3️⃣ WUIF anjur Malaysia #QuranHour 30 Ogos, fokus surah Al-Sajdah
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan menganjurkan Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos bersamaan 2 Safar 1444 Hijrah ini sempena Bulan Kebangsaan dengan memberi fokus kepada surah Al-Sajdah.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2111663

4️⃣ Agong Terima Darjah Tertinggi Turkiye Daripada Erdogan
Anugerah tertinggi yang disampaikan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden itu menjadikan Baginda Ketua Negara ASEAN pertama menerima anugerah berprestij tersebut.
https://alhijrahnews.com/agong-terima-darjah-tertinggi-turkiye-daripada-erdogan/

5️⃣ Jadikan al-Quran sebagai teman hidup
Kitab suci keempat ini mengandungi 114 surah daripada 30 juzuk dan ia wajib diimami semua umat Islam sebagai kitab petunjuk hingga ke hari kiamat.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/872538/jadikan-al-quran-sebagai-teman-hidup

6️⃣ Islam dan penyelidikan
ISLAM ialah agama yang berdiri di atas ilmu, fakta dan penyelidikan.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/17/islam-dan-penyelidikan/

7️⃣ KPDNHEP Siasat Isu Nasi Ayam Tiada Sijil Halal
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dua gerai nasi ayam yang didakwa mengambil bekalan makanan itu dari restoran bukan Muslim seperti tular menerusi media sosial baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/kpdnhep-siasat-isu-nasi-ayam-tiada-sijil-halal/

8️⃣ Crackhouse Comedy Club tutup selamanya, pemilik disenarai hitam seumur hidup
Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/989382/crackhouse-comedy-club-tutup-selamanya-pemilik-disenarai-hitam-seumur

9️⃣ Usah lawan fitrah kejadian
ISU menyerupai atau mengubah jantina seperti wanita kepada lelaki mahupun lelaki kepada wanita merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/872299/usah-lawan-fitrah-kejadian

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM