Muzium & Galeri Melaka
137 subscribers
33 photos
2 videos
41 files
36 links
Download Telegram
01062022153815.pdf
43.3 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Perkhidmatan Membaikpulih Merekabentuk, Membekal dan Memasang Hiasan Dalaman dan Lain-lain Perkhidmatan Yang Berkaitan DI Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Jalan Kota Melaka

Tarikh Tutup : 13 Jun 2022

Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan;
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM)
2. Kementerian Kewangan Malaysia

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : http://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
rentaka.pdf
270.5 KB
RENTAKA
Ianya berbentuk seperti lela tapi dibuat daripada besi. Ia mudahalih, ringan dan lebih kecil daripada lela. Ia biasa diukir dengan symbol Melayu iaitu pucuk rebung (motif bentuk tiga segi). Ia disebut “Lantakas” dalam bahasa Inggeris kerana gabungan lela dan rentaka. Perbezaan antara rentaka dan lela adalah pada saiz dan buatannya di mana lela diperbuat daripada tembaga dan panjang laras lela adalah sekitar 6 kaki ke atas. Manakala rentaka pula diperbuat daripada besi dan ukuran larasnya adalah lebih pendek berbanding lela. Ia sering digunakan oleh orang Brunei, Moro, dan Sulu. Rentaka juga mempunyai ukiran di atas badan hingga ke muncung laras.
keris-tempa-melaka.pdf
258.9 KB
KERIS TEMPA MELAKA
Keris Tempa Melaka adalah sebilah keris Kerajaan Melaka yang dimiliki oleh seorang yang berjawatan Laksamana iaitu Dato Laksamana Hang Tuah. Keris tempa Melaka adalah kurniaan Sultan Melaka kepada Dato Laksamana Hang Tuah yang ditempa oleh Sang Guna pada abad ke-14. Keris Tempa Melaka ditempa dengan menggunakan 21 jenis logam. Kemudian 7 besi ‘Pa’ ini dicampur pula dengan timah, loyang, tembaga, emas, perak, besi lela, besi hitam, besi putih, tahi besi, mayam besi, besi kuning, besi kursani, besi mimpi dan besi meteor dan bilahnya berwarna hitam berkilat yang panjangnya 3 jengkal dan mempunyai 21 lok. Kemungkinan besar keris tempa Melaka ini ialah seakan sundang yang mana sifat sundang ini telah diketahui oleh umum untuk menetak dan melibas. Sudang adalah senjata utama jika dibandingkan dengan keris semasa di medan perang yang digunakan secara berat dan keras jadi ianya mestilah ditempa dengan menggunakan besi waja yang tahan dan sentiasa tajam.
muzium-hang-tuah.pdf
399.9 KB
MUZIUM HANG TUAH
Muzium yang menjadi pusat rujukan yang memaparkan keunggulan Hang Tuah sebagai tokoh yang dikagumi. Perjalanan Hang Tuah dari kecil hingga dewasa berdasarkan bingkisan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Teknik peragaan interaktif menjadikan kunjungan anda pasti lebih menarik. Kompleks ini mengandungi sebuah auditorium yang boleh digunakan untuk pementasan teater, tayangan filem dan video, persembahan kebudayaan, seminar dan lain-lain.
kegemilangan-kesultanan-melayu-melaka.pdf
17.1 KB
KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Bukti-bukti Sejarah yang menggambarkan sistem kerajaan dan tamadun manusia di Tanah Melayu sebelum tahun 1400 tidak begitu jelas dan sukar untuk dijadikan landasan bagi menggariskan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu. Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1403 oleh Parameswara boleh dianggap sebagai titik permulaan kegemilangan sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu yang begitu jelas dan kaya dengan ragam budaya serta adat istiadat. Terdapat variasi, tanggapan dan lagenda sejarah apabila membicarakan Kesultanan Melayu Melaka tetapi semua ini memberikan pengiktirafan kepada kedaulatan sultan-sultan Melayu yang masih dipertahankan hingga ke hari ini.
kapal-mendam-berahi.pdf
414.3 KB
MENDAM BERAHI : KAPAL / GHALI DIRAJA
Melaka terkenal dengan pelabuhannya yang mampu menyaingi Venice, sekaligus meletakkan Melaka sebagai antara pelabuhan terkaya didunia pada zaman itu. Orang Melayu pula dikenali sebagai pelayar yang cukup hebat, mampu membaca bintang untuk belayar jauh tanpa perlu merujuk peta. Malah bangsa Melayu mampu untuk membina kapal-kapal besar yang tidak pernah ada di negara lain, belayar menguasai lautan, meneroka dunia baru, mencipta nama dalam sejarah dunia.
bendahara-tun-perak.pdf
74.9 KB
BENDAHARA PADUKA RAJA, TUN PERAK
Tun Perak ialah Bendahara Melaka yang ke-5 dan merupakan antara Bendahara yang termasyhur di antara semua bendahara semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan anak kepada bendahara Melaka Bendahara Seri Wak Raja dan dianggap sebagai salah seorang daripada tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15. Sebelum dilantik sebagai bendahara Melaka, beliau telah dipilih untuk menjadi Penghulu Kelang. Pelantikan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka adalah hasil daripada kebijaksanaan dan ketegasannya menyakinkan Sultan tentang kewibawaannya sebagai pemimpin Melayu yang lebih baik daripada bendahara sebelumnya iaitu Tun Ali, seorang Indian Muslim. Kesediaan Sultan untuk mengakui hal ini dan sanggup berkorban perasaan serta Tun Kudu permaisuri baginda kepada Tun Ali juga menjadi faktor penting kepada pelantikan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka. Maka bermulalah era kepimpinan Tun Perak sebagai bendahara Melaka dengan gelaran Bendahara Paduka Raja di ba
batu-nisan-sultan-mansur-shah-ibni-sultan-suzaffar-shah.pdf
351.5 KB
BATU NESAN SULTAN MANSUR SHAH IBNI SULTAN MUZAFFAR SHAH
Batu nisan Sultan Mansur Shah mempunyai tarikh mangkatnya pada tahun 882 Hijrah (1477 Masihi). Batu nisan ini ditemui di Bukit Melaka pada tahun 1918. Kedudukannya dipercayai telah dialih dari tempat asalnya semasa zaman pemerintahan Portugis di Melaka. Nisan yang bahagian atasnya telah patah itu didapati mengandungi tulisan khat yang dipahat timbul. Batu nisan ini diperbuat dari batu laut dan direka bercirikan rekabentuk batu nisan Aceh. Batu nisan ini dijumpai sepasang iaitu bahagian kepala dan kaki.
sultan-mansur-shah.pdf
273.9 KB
SULTAN MANSUR SHAH IBNI SULTAN MUZAFFAR SHAH
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, puteranya Raja Abdullah telah ditabalkan menjadi Sultan Melaka ke-6 dengan menggunakan gelaran Sultan Mansur Shah. Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar perluasan wilayah. Di bawah kebijaksanaan Tun Perak, kerajaan baginda semakin berkembang. Banyak negeri di Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau-Lingga dan Sumatra berada di bawah naungan Melaka, antaranya Pahang, Terengganu, Kedah, Johor di Semenanjung; Kampar, Bengkalis, Rokan, dan Siak di Sumatera; Patani di Siam sementara Inderagiri diberikan kepadanya sebagai hantaran kahwin dengan seorang puteri Jawa.
pmm-sh-bp-ub-042022.pdf
237.2 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Bumbung Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Bangunan Muzium Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka (TYT), Jalan Kota, Melaka

Tarikh Tutup : 4 Ogos 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan;
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM)
2. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
3. Bertaraf Bumiputera oleh Pendaftaran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan
4. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
pmm-sh-bpsm-02-2022.pdf
379.6 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran Kerja Perkhidmatan Penyelenggaraan Kebersihan Lanskap di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Zon A-C Bagi Tempoh 1 Tahun (2022-2023

Tarikh Tutup : 12 September 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan;
1. Kementerian Kewangan Malaysia
2. Bertaraf Bumiputera

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
kenyataan_tawaran_pembelian_kereta_terpakai_perzim_proton_waja.pdf
247 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut :

Keterangan Aset :
Proton Waja 1.6 M/C Campro Premium (CPS) B. Agate

Nombor Plate : MBT1508
Tarikh Tutup : 1 September 2022

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
kenyataan_tawaran_pembelian_kereta_terpakai_perzim_van_pergio.pdf
199.1 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut :

Keterangan Aset :
Kia Pregio FPGDH66

Nombor Plate : MDN 5194 (MAD101)
Tarikh Tutup : 1 September 2022

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
pmm-t-bpsm-01-2022.pdf
394.6 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Bagi Tempoh 2 Tahun (2023-2024)

Tarikh Tutup : 22 September 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan;
1. Kementerian Kewangan Malaysia
2. Bertaraf Bumiputera

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
09092022100445.pdf
49.9 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Galeri Kebudayaan Portugis, Lot 2112, Bandar Melaka, Seksyen 37, Ujong Pasir, Melaka

Tarikh Tutup : 22 September 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan;
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM)
2. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
3. Bertaraf Bumiputera oleh Pendaftaran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan
4. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
tinta1_2022_final.pdf
75 MB
TINTA

Edisi 1/2022
Januari - Jun 2022

Terbitan : Perbadanan Muzium Melaka
iklan-acond-sejarah-2022.pdf
442.7 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan Kecil Muzium Sejarah dan Ethnografi, Jalan Kota Melaka

Tarikh Tutup : 21 September 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan;
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM)
2. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
3. Bertaraf Bumiputera oleh Pendaftaran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan
4. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
iklan-acond rakyat-2022.pdf
441.7 KB
KENYATAAN SEBUTHARGA

Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan Kecil Muzium Rakyat dan Kecantikan, Jalan Kota Melaka

Tarikh Tutup : 21 September 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan;
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM)
2. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
3. Bertaraf Bumiputera oleh Pendaftaran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan
4. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Sila layari pautan di bawah :
TELEGRAM : https://t.me/muziummelaka
WEBSITE : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
📍Sempena bulan Kemerdekaan, PERZIM dengan kerjasama Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, Seremban Negeri Sembilan mengadakan *Pameran Menuju Kemerdekaan*
di mana ia mempamerkan koleksi manuskrip dan artifak berkaitan kemerdekaan milik DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang disimpan rapi oleh pihak galeri merangkumi :

1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948.
Perjanjian ini telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 oleh Sultan-Sultan Negeri Melayu termasuklah Undang Yang Empat (Negeri Sembilan) dan Tuanku Besar Tampin (Negeri Sembilan).

2.Surat Sir George Maxwell mengenai kerakyatan Malayan Union 1946.

3.Minit mesyuarat rang undang-undang kewarganegaraan : kertas untuk pertimbangan oleh C.L.C pada 6 Mei 1950.

4.Surat cadangan reka bentuk alternatif untuk Bendera Persekutuan yang dicadangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyur Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah pada 6 Disember 1947.

5.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Persidangan Raja-Raja Melayu pada tahun 1956 untuk membincangkan persediaan kemerdekaan 1957.

6.Persidangan Raja-Raja
Melayu 1947 mengenai kerakyatan.

7. Cop Mohor yang digunakan oleh DYMM Tuanku Abdul Rahman sepanjang pemerintahan baginda sebagai Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan. Mohor ini boleh dilihat pada dokumen perjanjian Persekutuan 1948,1955 dan 1957 dan perjanjian persekutuan Negeri Sembilan 1948,1955, dan 1957.

Ayuh, jangan lepaskan peluang melihat dengan lebih dekat lagi pameran Istimewa ini secara tidak lansung menambah pengetahuan dan memahami perjalanan kronologi Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu.