MUET Session 2 2024 - Saluran Rasmi Oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
7.82K subscribers
8 photos
2 videos
3 files
22 links
For Private Candidate
Download Telegram
Pemakluman Mesra

Channel "MUET Session 2 2024" ini adalah channel Telegram rasmi yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) khusus untuk Calon Persendirian Individu Ujian MUET Sesi 2 2024.

Semua maklumat terkini berkaitan Ujian MUET Sesi 2 2024 akan disampaikan di channel ini dan juga di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my dan Facebook Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan.

Sila rujuk Arahan dan Panduan Pendaftaran MUET Tahun 2024 di portal MPM atau pautan terus di https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon.

MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET disebabkan calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal rasmi MPM, Facebook rasmi MPM dan channel Telegram rasmi MUET.

Terima kasih.
Pemakluman Mesra

Sebelum mendaftar, calon persendirian individu diminta untuk merujuk terlebih dahulu Kalendar MUET Tahun 2024 di portal rasmi www.mpm.edu.my.

Kalendar ini mengandungi maklumat tarikh ujian speaking dan ujian kertas bertulis (written) MUET dijalankan bagi tahun 2024.

Calon perlu merujuk kalendar ini terlebih dahulu supaya dapat merancang jadual kerja/pengajian/dan lain-lain agar tidak menghadapi masalah untuk hadir semasa minggu ujian MUET dijalankan.
Pemakluman Penting Berkenaan Pendaftaran Calon Persendirian Individu Ujian MUET Sesi 2 2024

Pendaftaran akan dibuka pada 2 Mei 2024 (Khamis), mulai 10:00 pagi sehingga 4 Jun 2024 (Selasa, 11:59 malam).

Calon Persendirian Individu yang ingin mendaftar Ujian MUET tidak perlu membeli Pin MEC sebaliknya terus mendaftar dan membuat pembayaran yuran secara atas talian melalui https://muet.mpm.edu.my. Kadar bayaran yuran Ujian MUET adalah RM150.00.

Dimaklumkan bahawa kapasiti calon persendirian adalah TERHAD dan “first come first serve basis”, maka tuan/puan dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan seberapa cepat yang boleh.