MUET Session 1 2025 - Channel rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
11.4K subscribers
7 photos
3 files
20 links
Channel khas untuk calon persendirian individu MUET sahaja
Download Telegram
e-Sijil MUET

Berkuat kuasa mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my.

Tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.

Penggunaan e-sijil ini turut terpakai kepada calon yang menduduki MUET secara kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).

Panduan untuk mendapatkan e-SIJIL boleh dirujuk dalam Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET yang terdapat di portal MPM di https://www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada muet@mpm.edu.my.

Terima kasih.
Salam sejahtera.

Tahniah kepada anda kerana telah mendaftar Calon Persendirian MUET Sesi 1 2025.

Sekiranya terdapat kenalan anda yang telah mendaftar MUET Sesi 1 2025 tetapi belum subscribe channel Telegram rasmi MUET ini, sila maklumkan untuk mereka subscribe dengan kadar segera.

Sila rujuk Arahan dan Panduan Pendaftaran MUET di portal MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon untuk maklumat berhubung MUET.

MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET disebabkan calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal rasmi MPM dan Facebook rasmi MPM serta channel Telegram MUET rasmi.

Sekian. Terima kasih.
Tuan/Puan

Tuan/Puan dikehendaki untuk menyemak dan mencetak Slip Penyata Pendaftaran (MUET/PP) MUET Sesi 1 2025 sebagai bukti pendaftaran tuan/puan telah berjaya.

Sila ke pautan https://muetj3.mpm.edu.my/printstatement untuk mencetak.

Pusat peperiksaan yang dinyatakan dalam MUET/PP tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Rujuk nota pada Slip MUET P/P untuk makluman calon.

Terima kasih.
SLIP DAFTAR MUET (MUET/D)

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki ujian MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM atau pautan terus di https://mecea.mpm.edu.my/MUETD/ mulai 12 Februari 2025 bagi MUET Sesi 1 tahun 2025.

Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di alamat e-mel muet@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA.

Calon Persendirian Individu perlu menyemak dan mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian,

Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor pengenalan diri, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian.
PEMAKLUMAN BERKAITAN PEMBETULAN MAKLUMAT CALON

Salam sejahtera.

1.  Sekiranya terdapat ralat/kesilapan maklumat diri pada Slip Penyata Pendaftaran (MUET P/P) atau Slip Peperiksaan (MUET/D), tuan/puan boleh membuat permohonan untuk pembetulan/pindaan maklumat.

  a)  Permohonan pembetulan maklumat bermula 13 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025, tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila e-mel borang berserta dokumen sokongan dan Slip Penyata Pendaftaran (MUET P/P) ke muetc9@mpm.edu.my. Tuan/Puan diminta menghantar e-mel selepas tarikh tutup pendaftaran ujian MUET Sesi 1 2025 (mulai 13 Januari 2025).

  b)  Permohonan pembetulan maklumat bermula dari 26 Februari 2025 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar ke MPM secara pos borang dan bayaran dalam bentuk money order/ bank draft RM50.00 (dibayar kepada Ketua Eksekutif MPM) berserta dokumen sokongan. Permohonan yang tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan.  Sila pos ke alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

2.  Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet.

Terima kasih.
Kepada calon yang ingin mengemaskini pusat ujian, sila berbuat demikian dengan melayari https://muetj3.mpm.edu.my/home.

a) Pilih “Registration Statement”
b) Masukkan no. kad pengenalan
c) Pergi ke ruangan “edit registration detail” dan masukkan alamat e-mel
d) Pilih pusat ujian yang dikehendaki

Pengemaskinian pusat ujian bergantung kepada kekosongan dan kapasiti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Calon boleh menyemak kekosongan dari semasa ke semasa di halaman pendaftaran MUET online.

Diingatkan bahawa kapasiti calon persendirian adalah “first come first serve basis”.

Terima kasih.
Salam sejahtera. Majlis Peperiksaan Malaysia akan menganjurkan sesi Tutotial MUET Dalam Talian pada bulan Mac/April 2025.

Kelas bimbingan ini sesuai untuk mereka yang bakal menghadapi ujian Muet Sesi 1.
Jika berminat boleh mendaftar dan membuat bayaran melalui pautan dibawah👇
https://forms.gle/2cGZgtNDMi8TVCzq5


Untuk maklumat lanjut boleh Whatsapp 0163334105
Jika berminat boleh mendaftar dan membuat bayaran melalui pautan dibawah👇
https://forms.gle/2cGZgtNDMi8TVCzq5


Untuk maklumat lanjut boleh Whatsapp 0163334105
Pemakluman Mesra : Semakan Slip Daftar MUET/D

Slip MUET/D akan dimuat naik di portal MPM mulai 12 Februari 2025 (tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia). Calon boleh menyemak dengan melayari portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://mecea.mpm.edu.my/MUETD/

Calon boleh menyemak slip ini 7 minggu sebelum hari pertama ujian lisan dijalankan dan calon mempunyai masa untuk mengatur atau merancang jadual kerja/pengajian/dan lain-lain. Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh ujian lisan dan tarikh ujian kertas bertulis, dan calon perlu hadir pada tarikh dan waktu seperti yang tercatat pada Slip MUET/D calon.

Slip MUET/D ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh calon, serta tarikh dan waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing - kertas bertulis).

Slip MUET/D hendaklah dicetak, dan perlu dibawa bersama-sama dengan kad pengenalan ke pusat ujian. Rujuk arahan dan panduan seperti yang dinyatakan pada Slip MUET/D. Kegagalan mematuhi arahan tertentu seperti yang dinyatakan pada Slip MUET/D mungkin menyebabkan calon tidak dibenarkan menduduki ujian.
PERPINDAHAN PUSAT UJIAN MUET

Permohonan perpindahan pusat ujian MUET dibuka mulai 12 Februari 2024 (selepas 10:00 pagi) sehingga 17 Februari 2024 (11:59 malam). Permohonan secara atas talian di pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.

Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).

Bayaran perpindahan perpindahan pusat ujian MUET untuk calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi warganegara dan bukan warganegara ialah RM60.00 dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.

Tempat dan pilihan pusat ujian adalah sangat terhad (first come first serve basis) dan bergantung kepada kapasiti dalam pusat ujian yang boleh menampung calon selepas dikemaskini oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Permohonan untuk menambah kapasiti calon di pusat ujian adalah tidak dibenarkan. Permohonan perpindahan pusat ujian selepas tarikh tutup juga TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

Calon yang berjaya memohon perpindahan pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskini di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pendaftaran untuk Kelas Muet Online Tutorial akan ditutup awal Mac.
Jika berminat boleh mendaftar dan membuat bayaran melalui pautan dibawah👇
https://forms.gle/2cGZgtNDMi8TVCzq5


Untuk maklumat lanjut boleh Whatsapp 0163334105