MUET Session 1 2025 - Channel rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
11.4K subscribers
7 photos
3 files
20 links
Channel khas untuk calon persendirian individu MUET sahaja
Download Telegram
Pemakluman Mesra

Channel "MUET Session 1 2025" ini adalah channel Telegram rasmi yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) khusus untuk Calon Persendirian Individu Ujian MUET Sesi 1 2025.

Semua maklumat terkini berkaitan Ujian MUET Sesi 1 2025 akan disampaikan di channel ini dan juga di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my serta Facebook Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan.

Sila rujuk Arahan dan Panduan Pendaftaran MUET di portal MPM atau pautan terus di https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon.

MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET disebabkan calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal rasmi MPM, Facebook rasmi MPM dan channel Telegram rasmi MUET.

Terima kasih.
Sebelum mendaftar, calon persendirian individu diminta untuk merujuk terlebih dahulu Kalendar MUET Tahun 2025 (kemaskini 27 September 2024) di portal rasmi www.mpm.edu.my.

Kalendar ini mengandungi maklumat tarikh ujian speaking dan ujian kertas bertulis (written) MUET dijalankan bagi tahun 2025. Rujuk pada ruangan Sesi 1 2025.

Calon perlu merujuk kalendar ini terlebih dahulu supaya dapat merancang jadual kerja/pengajian/dan lain-lain supaya tidak menghadapi masalah untuk hadir semasa minggu ujian MUET dijalankan.
Pemakluman Penting Berkenaan Pendaftaran Calon Persendirian Individu Ujian MUET Sesi 1 2025

Pendaftaran akan dibuka pada 9 Disember 2024 (Isnin), mulai 10:00 pagi sehingga 12 Januari 2025 (Ahad, 11:59 malam).

Calon Persendirian Individu yang ingin mendaftar Ujian MUET tidak perlu membeli Pin MEC di Bank Simpanan Nasional, sebaliknya terus mendaftar dan membuat pembayaran yuran secara atas talian melalui https://muetj3.mpm.edu.my. Kadar bayaran yuran Ujian MUET adalah RM150.00 (warganegara) & RM350.00 (bukan warganegara).

Dimaklumkan bahawa kapasiti calon persendirian adalah TERHAD dan “first come first serve basis”, maka tuan/puan dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan seberapa cepat yang boleh.
e-Sijil MUET

Berkuat kuasa mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my.

Tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.

Penggunaan e-sijil ini turut terpakai kepada calon yang menduduki MUET secara kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).

Panduan untuk mendapatkan e-SIJIL boleh dirujuk dalam Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET yang terdapat di portal MPM di https://www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada muet@mpm.edu.my.

Terima kasih.
Salam sejahtera.

Tahniah kepada anda kerana telah mendaftar Calon Persendirian MUET Sesi 1 2025.

Sekiranya terdapat kenalan anda yang telah mendaftar MUET Sesi 1 2025 tetapi belum subscribe channel Telegram rasmi MUET ini, sila maklumkan untuk mereka subscribe dengan kadar segera.

Sila rujuk Arahan dan Panduan Pendaftaran MUET di portal MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon untuk maklumat berhubung MUET.

MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET disebabkan calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal rasmi MPM dan Facebook rasmi MPM serta channel Telegram MUET rasmi.

Sekian. Terima kasih.
Tuan/Puan

Tuan/Puan dikehendaki untuk menyemak dan mencetak Slip Penyata Pendaftaran (MUET/PP) MUET Sesi 1 2025 sebagai bukti pendaftaran tuan/puan telah berjaya.

Sila ke pautan https://muetj3.mpm.edu.my/printstatement untuk mencetak.

Pusat peperiksaan yang dinyatakan dalam MUET/PP tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Rujuk nota pada Slip MUET P/P untuk makluman calon.

Terima kasih.
SLIP DAFTAR MUET (MUET/D)

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki ujian MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM atau pautan terus di https://mecea.mpm.edu.my/MUETD/ mulai 12 Februari 2025 bagi MUET Sesi 1 tahun 2025.

Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di alamat e-mel muet@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA.

Calon Persendirian Individu perlu menyemak dan mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian,

Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor pengenalan diri, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian.
PEMAKLUMAN BERKAITAN PEMBETULAN MAKLUMAT CALON

Salam sejahtera.

1.  Sekiranya terdapat ralat/kesilapan maklumat diri pada Slip Penyata Pendaftaran (MUET P/P) atau Slip Peperiksaan (MUET/D), tuan/puan boleh membuat permohonan untuk pembetulan/pindaan maklumat.

  a)  Permohonan pembetulan maklumat bermula 13 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025, tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila e-mel borang berserta dokumen sokongan dan Slip Penyata Pendaftaran (MUET P/P) ke muetc9@mpm.edu.my. Tuan/Puan diminta menghantar e-mel selepas tarikh tutup pendaftaran ujian MUET Sesi 1 2025 (mulai 13 Januari 2025).

  b)  Permohonan pembetulan maklumat bermula dari 26 Februari 2025 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar ke MPM secara pos borang dan bayaran dalam bentuk money order/ bank draft RM50.00 (dibayar kepada Ketua Eksekutif MPM) berserta dokumen sokongan. Permohonan yang tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan.  Sila pos ke alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

2.  Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet.

Terima kasih.
Kepada calon yang ingin mengemaskini pusat ujian, sila berbuat demikian dengan melayari https://muetj3.mpm.edu.my/home.

a) Pilih “Registration Statement”
b) Masukkan no. kad pengenalan
c) Pergi ke ruangan “edit registration detail” dan masukkan alamat e-mel
d) Pilih pusat ujian yang dikehendaki

Pengemaskinian pusat ujian bergantung kepada kekosongan dan kapasiti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Calon boleh menyemak kekosongan dari semasa ke semasa di halaman pendaftaran MUET online.

Diingatkan bahawa kapasiti calon persendirian adalah “first come first serve basis”.

Terima kasih.