Majlis Sukan Sekolah Johor
5.84K subscribers
10K photos
44 videos
102 files
777 links
Download Telegram
𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗞𝗢𝗞 @ 𝗩𝗔𝗣𝗘 🚬!!

Si dia seorang yang aktif bersukan. Setiap minggu turun ke padang bermain bola sepak dan berlari ke sana sini. Makan dijaga rapi, BMI ideal, dan kelihatan seperti contoh terbaik gaya hidup sihat. Tetapi, ada satu tabiat yang dia tak mampu dia tinggalkan iaitu merokok & vape.

Pada usia 40 tahun, semasa sedang bermain bola bersama rakan-rakan, dia rebah di tengah padang. Semua menganggap itu keletihan biasa. Tetapi, dia tidak bangkit lagi.

Hasil post mortem mengejutkan semua orang. Saluran darah utama ke jantungnya tersumbat sepenuhnya. Dinding saluran darahnya sempit dan keras. Ia merupakan kesan bertahun-tahun akibat bahan kimia dalam rokok.

Rokok tidak memilih siapa. Ia menyerang dalam senyap, walaupun anda aktif bersukan dan kelihatan sihat.

Berhenti sekarang. Jika anda berhenti merokok, manfaat kesihatan boleh dilihat dalam masa beberapa hari hingga beberapa bulan malahan bertahun2.

𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 ❤️‍🔥
Kadangkala, tidak semua yang kita RANCANG menjadi KENYATAAN. Mungkin langkah kecil anda tahun ini tidak membawa perubahan besar, tetapi yang penting, anda tetap melangkah ke hadapan.

Yang penting, anda masih di sini, berusaha dan terus berjuang. Jangan lupa, hidup anda lebih berharga daripada mana-mana senarai azam.

Teruskan berusaha, teruskan hidup ❤️
Kadangkala, tidak semua yang kita RANCANG menjadi KENYATAAN. Mungkin langkah kecil anda tahun ini tidak membawa perubahan besar, tetapi yang penting, anda tetap melangkah ke hadapan.

Yang penting, anda masih di sini, berusaha dan terus berjuang. Jangan lupa, hidup anda lebih berharga daripada mana-mana senarai azam.

Teruskan berusaha, teruskan hidup ❤️
*BUNGA RAYA CUP 7'S INTERNATIONAL 2024*
Day 2 - 12 Disember 2024

Link live Youtube : https://youtube.com/live/NPsEKUWL4kw?feature=share
Link live Facebook : https://www.facebook.com/share/v/15qnaW78iC/
𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗖𝗨𝗣 𝟳𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗡𝗥𝗗𝗣) 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟳 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Pasukan Ragbi Perempuan Bawah 17 tahun Negeri Johor yang terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan negeri ini telah menamatkan saingan bunga raya 7s di tempat ketiga.

Terima kasih kepada warga MSSJ dan dato presiden JRU, guru2 serta pemain2 yang sentiasa menyokong dan membawa cabaran untuk menghadapi kejohanan edisi kali ini.
Hari Perlawanan 3 | Sabtu, 14 Disember 2024

Kumpulan A • Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024

THAILAND 🇹🇭 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8:00 malam ini (Waktu Thailand)
🕘 9:00 malam ini (Waktu Malaysia)
🏟 Stadium Rajamangala, Bangkok

📺 Live di Astro Arena

#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup
Kewangan di hujung tahun biasanya mencabar, terutama dengan musim persekolahan, bulan puasa, dan Hari Raya yang berselang-seli.

1.Beli Barang Lebih Awal
Siap siap buat stock persiapan sejak awal, letak dalam beg khas . Beli baju jangan pakai terus, simpan untuk hari raya.

2. Manfaatkan promosi akhir tahun seperti jualan 12.12
Atau jualan akhir tahun untuk membeli baju, beg, dan alat tulis. Gunakan voucher & coins untuk beli alatan alatan keperluan.

3. Mulakan Simpanan Raya dari Sekarang
Buat tabung khas Duit Hari Raya, Simpan RM20-RM50 setiap minggu.

4. Kitar Semula dan Beli Second-Hand
Barang lama seperti beg sekolah atau kasut yang masih elok digunakan semula. Tidak perlu amalkan pakaian baru untuk buka sesi. Rajin menyelam dalam kedai Pre loved untuk barang berkualiti dengan harga murah.

5. Elakkan Berhutang
Jika boleh, elakkan menggunakan kad kredit atau pinjaman untuk menampung perbelanjaan. Overlap pula dengan SpayLater.. nanti hutang bertimbun sepanjang tahun.
‎اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂
𝑫𝒊𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏-𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂, 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒂𝒉𝒊 𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻

Untuk perhatian & tindakan Cikgu-cikgu Dodgeball Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Johor 2024. Berikut merupakan hebahan untuk

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗗𝗚𝗘𝗕𝗔𝗟𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛-𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗛𝗢𝗥 𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘-𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Tarikh :
16 Disember 2024 (Kategori L&P 12)
17 Disember 2024 (Kategori L&P 14&16)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Sports Prima Pandan, Johor Bahru
Penglibatan : 90 pasukan sekolah-sekolah negeri Johor

Mohon jasa baik cikgu-cikgu semua untuk ambil maklum dan tindakan bagi sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini agar menjaga keselamatan diri dan pemain semasa pergi & balik dalam perjalanan serta semasa menyertai pertandingan ini.

Diharapkan kejohanan yang julung kalinya diadakan ini akan dapat memberikan peluang dan ruang bakat-bakat muda yang ada di sekolah rakan-rakan akan dapat diketengahkan sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sijil penyertaan kejohanan ini diiktiraf peringkat negeri.

Semoga dengan sokongan dan kerjasama semua diucapkan dengan penuh kesyukuran.

Sekian, terima kasih جزاك اللهُ خيرً
𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝟭𝟬 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟱 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗠𝗦𝗦𝗠-𝗠𝗜𝗟𝗢 𝟮𝟬𝟮𝟰

Selamat pergi dan balik serta bertanding dengan sepenuh jiwa dan raga bagi pasukan-pasukan ragbi yang mewakili MSSJ di kejohanan di atas untuk sekolah-sekolah :

🏆𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐮𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐞𝐢𝐧 𝐎𝐧𝐧, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 (𝐓𝐇𝐎𝐑)
🏆𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠
🏆𝐒𝐌 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐭

Sukar bukan bermakna MUSTAHIL. Teruskan menempuh jalan KEJAYAAN walaupun berliku!

Link Jadual & Keputusan
http://jsports.com.my/games/mssm/ragbiu15