Majlis Sukan Sekolah Johor
5.98K subscribers
11.1K photos
70 videos
106 files
835 links
Download Telegram
𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗖𝗨𝗣 𝟳𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗡𝗥𝗗𝗣) 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟳 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Pasukan Ragbi Perempuan Bawah 17 tahun Negeri Johor yang terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan negeri ini telah menamatkan saingan bunga raya 7s di tempat ketiga.

Terima kasih kepada warga MSSJ dan dato presiden JRU, guru2 serta pemain2 yang sentiasa menyokong dan membawa cabaran untuk menghadapi kejohanan edisi kali ini.
Hari Perlawanan 3 | Sabtu, 14 Disember 2024

Kumpulan A • Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024

THAILAND 🇹🇭 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8:00 malam ini (Waktu Thailand)
🕘 9:00 malam ini (Waktu Malaysia)
🏟 Stadium Rajamangala, Bangkok

📺 Live di Astro Arena

#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup
Kewangan di hujung tahun biasanya mencabar, terutama dengan musim persekolahan, bulan puasa, dan Hari Raya yang berselang-seli.

1.Beli Barang Lebih Awal
Siap siap buat stock persiapan sejak awal, letak dalam beg khas . Beli baju jangan pakai terus, simpan untuk hari raya.

2. Manfaatkan promosi akhir tahun seperti jualan 12.12
Atau jualan akhir tahun untuk membeli baju, beg, dan alat tulis. Gunakan voucher & coins untuk beli alatan alatan keperluan.

3. Mulakan Simpanan Raya dari Sekarang
Buat tabung khas Duit Hari Raya, Simpan RM20-RM50 setiap minggu.

4. Kitar Semula dan Beli Second-Hand
Barang lama seperti beg sekolah atau kasut yang masih elok digunakan semula. Tidak perlu amalkan pakaian baru untuk buka sesi. Rajin menyelam dalam kedai Pre loved untuk barang berkualiti dengan harga murah.

5. Elakkan Berhutang
Jika boleh, elakkan menggunakan kad kredit atau pinjaman untuk menampung perbelanjaan. Overlap pula dengan SpayLater.. nanti hutang bertimbun sepanjang tahun.
‎اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂
𝑫𝒊𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏-𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂, 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒂𝒉𝒊 𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻

Untuk perhatian & tindakan Cikgu-cikgu Dodgeball Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Johor 2024. Berikut merupakan hebahan untuk

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗗𝗚𝗘𝗕𝗔𝗟𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛-𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗛𝗢𝗥 𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘-𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Tarikh :
16 Disember 2024 (Kategori L&P 12)
17 Disember 2024 (Kategori L&P 14&16)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Sports Prima Pandan, Johor Bahru
Penglibatan : 90 pasukan sekolah-sekolah negeri Johor

Mohon jasa baik cikgu-cikgu semua untuk ambil maklum dan tindakan bagi sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini agar menjaga keselamatan diri dan pemain semasa pergi & balik dalam perjalanan serta semasa menyertai pertandingan ini.

Diharapkan kejohanan yang julung kalinya diadakan ini akan dapat memberikan peluang dan ruang bakat-bakat muda yang ada di sekolah rakan-rakan akan dapat diketengahkan sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sijil penyertaan kejohanan ini diiktiraf peringkat negeri.

Semoga dengan sokongan dan kerjasama semua diucapkan dengan penuh kesyukuran.

Sekian, terima kasih جزاك اللهُ خيرً
𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝟭𝟬 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟱 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗠𝗦𝗦𝗠-𝗠𝗜𝗟𝗢 𝟮𝟬𝟮𝟰

Selamat pergi dan balik serta bertanding dengan sepenuh jiwa dan raga bagi pasukan-pasukan ragbi yang mewakili MSSJ di kejohanan di atas untuk sekolah-sekolah :

🏆𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐮𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐞𝐢𝐧 𝐎𝐧𝐧, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 (𝐓𝐇𝐎𝐑)
🏆𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠
🏆𝐒𝐌 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐭

Sukar bukan bermakna MUSTAHIL. Teruskan menempuh jalan KEJAYAAN walaupun berliku!

Link Jadual & Keputusan
http://jsports.com.my/games/mssm/ragbiu15
SMK TUN HUSSEIN ON N, KLUANG
SMK SRI MERSING, MERSING
SMK TINGGI BATU PAHAT
𝑪𝒐𝒏𝒈𝒓𝒂𝒕𝒖𝒍𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏𝒔..

Alhamdulilah pasukan SMK Sri Mersing Champion Cup di Kejohanan Ragbi UPM 7s U16 (Peringkat kebangsaan) 2024

Final
SMK Sri Mersing (17) Beat (00) Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)

#TahniahSMSMChampionCUpUPM7s
𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗙𝗕𝗢𝗟 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟭 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘 𝟭𝟵 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟲, 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Buat julung-julung kalinya, kejohanan sofbol terbuka kebangsaan 2024 menganjurkan kejohanan sofbol bawah 11 tahun kali pertama. Ini merupakan perancangan pembangunan anak-anak sofbol di setiap negeri yang terlibat bagi melahirkan pemain bawah 11 tahun yang hebat lagi berpotensi.

Alhamdulillah syukur pada Ilahi, negeri JOHOR berjaya mencapai JOHAN bagi kategori perempuan 11 bagi kejohanan sofbol kebangsaan ini.

Kategori seterusnya adalah bawah 16 tahun. Dimana pasukan perempuan JOHOR meraih NAIB JOHAN pada kejohanan kali ini. Pasukan Johor tidak dapat kekalkan momentum juara seperti edisi yang lepas tahun 2023. Tahniah sekali lagi untuk kedua-dua pasukan .

Berikut adalah keputusan pasukan sofbol Johor pada kejohanan kebangsaan tahun 2024

🏆Perempuan 11 - Johan
🏆Lelaki 11 - ke 4
🏆Perempuan 16 - Naib johan
🏆Lelaki 16 - ke 3 kumpulan

Tarikh kejohanan : 11 -15 Disember 2024
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak

Terima kasih pada PERSATUAN SOFBOL JOHOR DARUL TAKZIM (PSJDT) & PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH, NEGERI JOHOR

Kerjasama Jurulatih-jurulatih dan pegawai-pegawai yang terlibat sangat dihargai dan dipuji. Komitmen anda amat dipuji dan berjaya melahirkan pemain-pemain yang hebat.

'Kekuatan Pemain adalah dari hasil usaha yang tidak mengenal masa dan tenaga. Kejayaan pemain adalah kerjasama pasukan yang jitu'