Info MRSM PDRM
924 subscribers
134 photos
3 videos
17 files
35 links
Download Telegram
5_6165861767466451414.pdf
128.6 KB
AGIHAN MARKAH PNG UNTUK PENTAKSIRAN SEM 1
Photo from chyrolfeymi
Untuk maklumam ibubapa,

1. Pertanyaan pendaftaran pelajar mengenai pengumuman oleh KPM
Jawapan :
Terdapat SOP tentang sesi persekolahan bagi pelajar berasrama.
Saya mohon untuk tuan/puan bersabar.
Setelah mendapat tarikh dan SOP dari BPM kita akan maklumkan pada ibubapa

2. Pertanyaan tentang pengambilan barang dan buku teks diasrama
Jawapan :
Terpulang pada ibubapa samada mahu mengambilnya atau pun TIDAK.
Sekiranya tuan/puan berhasrat nak mengambilnya sila patuhi SOP, tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh MRSM PDRM

Segala makluman melalui email pelajar dan group muafakat MRSM PDRM
Makluman perubahan arah laluan masuk dan tempat parkir kenderaan ibu bapa/ waris pada 6 Julai 2020.

1.Kenderaan ibu bapa /waris hanya perlu parkir di parkir asrama.
2.Parkir tambahan di kawasan kedai kak Wan.
3.Laluan masuk pelajar mengikut pintu hadapan asrama.
4.Pelajar akan di saring suhu badan di BGW dan juga serah borang deklarasi.
5.Ibu bapa akan di saring oleh polis semasa parkir dan serah borang deklarasi.
Berikut disertakan peta lakaran laluan masuk kenderaan ibu bapa /waris.
Makluman ulangan berkenaan prosedur pengambilan barang pelajar.

1. Sila pastikan borang deklarasi (2 salinan) diisi lengkap sebelum mendaftar.

2. Serahan borang deklarasi
1 salinan (penjaga) diserahkan oleh penjaga kepada pengawal selepas suhu diperiksa.
1 salinan (pelajar) diserahkan oleh pelajar kepada guru asrama selepas suhu diperiksa.

3. Pelajar diberi masa 1 jam untuk mengemas barang.

4. Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan naik ke unit untuk mengambil barang.

5. Setelah selesai di asrama, pelajar bergerak ke kelas masing2 untuk mengambil buku.
Bagi pelajar Ting. 4, pelajar perlu ke PSP untuk mengambil buku teks.
MAKLUMAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN PENUH MRSM PDRM

Pelajar akan mula berdaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada :

Tingkatan 4 : 2 Ogos 2020
Tingkatan 5 : 3 Ogos 2020
Tingkatan 1 hingga 3 : 8 Ogos 2020

Tarikh kelas bermula
Tingkatan 4 : 3 Ogos 2020
Tingkatan 5 : 4 Ogos 2020
Tingkatan 1-3: 9 Ogos 2020

Surat makluman dan SOP Pendaftaran semula pelajar akan diberikan melalui email pelajar.
Makluman prosedur pendaftaran pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (8 Ogos 2020)

1. Sila pastikan borang deklarasi (2 salinan) diisi lengkap sebelum mendaftar.

2. Imbasan suhu
Suhu penjaga akan diperiksa di pintu pagar asrama. Borang deklarasi (penjaga) perlu diserahkan oleh penjaga kepada pengawal keselamatan.

Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan ke meja pendaftaran. Suhu pelajar akan diambil di meja pendaftaran. Borang deklarasi (pelajar) akan diserahkan oleh pelajar kepada AJK pendaftaran setelah selesai diperiksa suhu.

3. Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan naik ke unit asrama.

Kerjasama dari semua penjaga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Makluman
Sebarang lawatan atau serahan barang-barang pada hujung minggu tidak dibenarkan buat masa sekarang sehingga diberitahu kelak. Barang-barang yang hendak diserahkan pada pelajar sekiranya urgent hanya boleh dibuat pada waktu bekerja sahaja di pejabat MRSM.

Kerjasama dari semua penjaga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
INFO TERKINI:
Pelajar yang ingin melaporkan diri kembali ke maktab kerana kebimbangan covid19. Pihak maktab MEMOHON supaya ibubapa menghubungi TPPP (ustaz khoeirul fahmi) terlebih dahulu bagi memudahkan proses lapor diri kerana kita ada SOP tertentu yang perlu dipatuhi..sama2 kita patuhi..
# kita jaga kita.
Pulang Bermalam pada 12 & 13 September 2020 adalah di BATALKAN.
Pembatalan ini berikutan :
1.Pelajar² akan menghadapi ujian setara pada minggu berikutnya.
2.Penularan kes covid 19 terutama di beberapa daerah di negeri Kedah.
PENGHANTARAN BARANG PERIBADI PELAJAR

Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga semasa menghantar barang kepada pelajar agar mematuhi beberapa perkara berikut:
1.Barangan yang di hantar hanya terhad pada hari Ahad, Selasa & Khamis.
2.Barangan hendaklah dihantar terus ke kaunter pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari sahaja.
3.Semasa menghantar barang ibu bapa/ penjaga dimohon menghindarkan diri daripada berjumpa dengan pelajar.
4.Pastikan barangan yang dihantar BUKAN yang mudah rosak,pecah, peralatan pemanas air, periuk nasi, pisau dan lain-lain barangan larangan yang tercatat dalam peraturan asrama.
5. Pastikan barangan makanan adalah jenis makanan yang bernutrisi.
6.Pastikan barangan yang dihantar berada dalam beg plastik/kotak/beg yang bertutup kemas serta dicatatkan nama pelajar dan tingkatan di luar bungkusan.
6.Pihak Maktab menerusi wakil yang dilantik berhak memeriksa barangan yang dihantar dihadapan pelajar (jika perlu).
PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM PROGRAM KHAS PENDIDIKAN (PKP) TINGKATAN 4 TAHUN 2021.

Permohonan ke MRSM PKP bagi pelajar MRSM adalah dibuka kepada pelajar yang berminat sahaja.

Bagi pelajar yang berminat tindakan berikut diperlukan :

1.Pelajar perlu mengisi borang permohonan penempatan ke tingkatan 4 program SPMRSM BITARA(PKP).(Borang pelajar boleh ambil di pejabat).
2.Perlu dapatkan tandatangan ibu atau bapa atau penjaga sebagai pengesahan.

Pelajar akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (PKP) yang akan diadakan pada bulan September hingga Disember di maktab masing ².
Panduan pelajar pulang bermalam