MPP UTHM OFFICIAL
3.4K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[KARNIVAL HARI JANTUNG SEDUNIA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2. Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Sesi 2021/2022 dengan sukacitanya ingin menjemput dan memaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Pantai Hospital Batu Pahat akan mengadakan Karnival Hari Jantung Sedunia pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 09 dan 10 September 2022 (Jumaat & Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Kampus Parit Raja)

3. Khas untuk warga UTHM dan Batu Pahat. Satu replika Jantung sebenar dibawakan untuk anda terokai bersama keluarga. Ketahui dan kenali dengan lebih dekat fungsi-fungsi yang terdapat didalam jantung kita.

4. Terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik seperti:

pameran kesihatan
Ceramah kesihatan
Saringan kesihatan
Permainan E-games
Kuiz beserta hadiah
Demonstrasi masakan
Badut & Belon
Pendaftaran mammogram percuma

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi program ini dan memastikan objektif program ini tercapai.

Sekian, terima kasih.

"Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa"

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[MALAYSIA ALAF BARU: PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM MENCORAK MASA DEPAN NEGARA]

Merujuk perkara di atas, Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Gunaan (FSG) akan menganjurkan sebuah program yang menarik iaitu Malaysia Alaf Baru: Penglibatan Mahasiswa Dalam Mencorak Masa Depan Negara.

Program Malaysia Alaf Baru: Penglibatan Mahasiswa Dalam Mencorak Masa Depan Negara adalah sebuah forum yang dijalankan pada Hari Malaysia bagi membincangkan tentang masa hadapan negara serta peranan mahasiswa dalam pergerakan Malaysia ke alaf baru.

Perincian program adalah seperti berikut:

🗓 Tarikh: 16 September 2022 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
💻 Medium: Cisco Webex dan Youtube live SMFSG UiTM SA

Pautan pendaftaran:
🔗https://forms.gle/tiBMo9bGe4S8nwSS6

📌Pendaftaran dibuka sehingga 14 September 2022

📍Terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS.
📍E-sijil disediakan kepada semua peserta.
🎁 Hadiah menarik menanti anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengetahui lebih mendalam tentang masa hadapan negara serta peranan mahasiswa dalam pergerakan Malaysia ke alaf baru.

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui pautan berikut:
📲 SMF Hafizah
https://wa.me/+60128754778

📲 SMF Shafika
https://wa.me/+60173124802

Sekian, terima kasih.

Kepimpinan Holistik, Tonggak Revolusi

BIRO PENDAFTARAN
Program Malaysia Alaf Baru: Penglibatan Mahasiswa Dalam Mencorak Masa Depan Negara
Fakulti Sains Gunaan
Sesi 2021/2022

#MalaysiaAlafBaru🇲🇾
#MahasiswaSehatiSejiwa🫶🏼
#SMFFSG
#FSGPadu💪🏻
[WORLD SUICIDE AWRENESS DAY]

Asalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Tanggal 10 September setiap tahun merupakan hari Kempen Kesedaran Mengenai ‘World Suicide Awareness Day’. Jika anda ada mengalamai sebarang masalah mengenai Mental Health anda boleh menghubungi Pusat Kaunseling UTHM. Bak Kata Pepatah:

“Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”


“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia
[PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 22/23]

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kursus melalui SMP ONLINE adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh pendaftaran : 19 - 26 September 2022

Pendaftaran akan dilakukan secara berperingkat, bermula daripada tahun 4 sehingga tahun 1.

Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk merujuk kepada notis pemakluman yang disertakan untuk memudahkan proses pendaftaran.

Sekian, terima kasih.

“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[TATACARA PENDAFTARAN LAFAZ RUKUN NEGARA 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut merupakan Tatacara Pendaftaran Lafaz Rukun Negara sempena Semarak Patriotik IPT 2022 yang akan diadakan pada 15 September 2022.
Ayuh beramai-ramai sertai Lafaz Rukun Negara ini dan menjadi sebahagian daripada sejarah dan direkodkan dalam Malaysian Book of Records.

Ayuh Bersama warga IPT dan Keluarga Malaysia Demi Negara Tercinta

“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia
[INFORMATION : MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) RESULT SESSION 2 YEAR 2022]

Assalamualaikum wbt. and greetings,

Dimaklumkan Keputusan MUET Sesi 2 Tahun 2022 daripada Majlis Pepeperiksaan Malaysia (MPM) yang akan diumumkan pada 15 September 2022 pada jam 10.00 pagi. Kami berharap para pelajar sentiasa peka dengan segala informasi terkini.

Bersama dengan hebahan ini, kami sertakan kod QR untuk memudahkan pelajar.
Pelajar boleh merujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau melalui SMS (boleh rujuk di poster di atas).

...

Be informed of the Malaysian University English Test (MUET) Result Session 2 Year 2022 from Malaysian Examination Council (MPM) will be announced on 15th September 2022 at 10.00 am. We hope students take note of the important dates to avoid any problems and difficulties in the future.

Student can scan the QR code provided, students also can refer to the official website of Malaysian Examinations Council (MPM) or via SMS (can refer to the poster above).

"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022 PADA 16 SEPTEMBER]

Asalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/22 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.

Hari Malaysia memberi makna yang besar kepada rakyat. Oleh itu, semoga negara tercinta ini terus maju dan menjadi contoh ke seantero dunia.

"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
[RIBUAN TERIMA KASIH YAB PERDANA
MENTERI MALAYSIA]

Asalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/22 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi inisiatif kepada Mahasiswa iaitu:

1. Pemberian Pinjaman Penuh 100% Kepada Peminjam PTPTN Golongan M40 (Dahulu 70%)

2. Peminjam PTPN Daripada Golongan M40 Layak Memohon Pinjaman Perantisiswa

3. Jualan Murah Keluarga Malaysia Akan Diakan Di Setiap Institusi Pengajian Tinggi Mulai Bulan Oktober

Setinggi-tinggi terima kasih buat Perdana Menteri Malaysia kerana telah mewujudkan inisiatif ini.

“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia
[MISI PASCA BANJIR BATU PAHAT - 17 SEPTEMBER 2022]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/22 UTHM ingin memaklumkan bahawa misi bantuan pasca banjir Batu Pahat telah melibatkan UTHM Prihatin, Yayasan UTHM, MechClub dan MPP UTHM pada 17 September 2022. Kawasan pembersihan melibatkan Sekolah Agama Sengkuang, Sri Gading, Batu Pahat yang terkesan dengan bencana banjir.

Semoga dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia