MPP UTHM OFFICIAL
3.39K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2021 kepada semua pengajar di Malaysia yang telah berkhidmat dalam melahirkan graduan yang cemerlang dan kompeten kepada industri. Akademia diperkasa, digitalisasi dibudaya.

...

The Student Representative Council (MPP) Session 2020/2021 would like to wish a Happy National Academic Day 2021 to all instructors in Malaysia who have served in producing excellent and competent graduates to the industry. Academies are empowered, digitalisation is cultured.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ PEMAKLUMAN: PENUTUPAN PERMOHONAN TRANSKRIP AWAL BAGI GRADUAN SEMESTER I & II SESJ 2020/2021 MULAI 7 OKTOBER 2021 ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Untuk pemakluman mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pejabat Pengurusan Akademik UTHM telah mengeluarkan pemakluman berkaitan penutupan permohonan transkrip awal bagi graduan semester I dan II sesi 2020/2021 mulai 07 Oktober 2021.

Sehubungan dengan itu, pelajar juga dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan atau pemakluman lanjut dari Pejabat Pengurusan Akademik berkaitan transkrip pelajar.

...

Please to be informed to the UTHM students, Office of Academic Management UTHM has issued a notification regarding the closure of preliminary transcript applications for graduates of semester I and II session 2020/2021 from 07 October 2021.

In this regard, students are also advised to follow further information from respective Office of Academic Management regarding student transcripts.

Ikhlas daripada,

Pejabat Pengurusan Akademik (PPA)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ TERIMA KASIH! PUSAT PEMBERIAN VAKSIN DEWAN SULTAN IBRAHIM TAMAT BEROPERASI ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada petugas, sukarelawan dan pihak kerajaan di PPV DSI UTHM atas usaha keras mereka bagi mencapai imuniti kelompok di Malaysia.

74 hari beroperasi tamat!



The Student Representative Council (MPP) Session 2020/2021 would like to express our deepest appreciation and congratulations to all staff, volunteers and the government at PPV DSI UTHM for their hard work to achieve herd immunity in Malaysia.

74 days of operation is over!

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ UTHM DI AKHBAR UTHM NEWS - UTHM TERIMA 2,484 PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatat rekod kemasukan 2484 pelajar baharu program Sarjana Muda bagi Semester 1 Sesi 2021/2022 pada 3 Oktober yang lalu setelah selesai urusan pendaftaran yang berlangsung secara dalam talian.

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (250)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (184)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (336)
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (396)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (283)
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (279)
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (440)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan (316)

Kesemua pelajar baharu itu akan mengikuti sesi perkuliahan 2021/2022 bermula 10 Oktober ini secara hibrid mengikut keperluan dan penetapan yang dibuat oleh fakulti masing-masing.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly berkata, oleh kerana negara telah memasuki fasa endemik, pihak universiti membenarkan kemasukan pelajar baharu tersebut ke kampus untuk menjalani pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka.

“Ini bagi memberi peluang kepada mereka merasai kehidupan di kampus, sekali gus memastikan sistem PdP di universiti ini terus relevan,” katanya.

“UTHM turut meletakkan beberapa syarat dan keutamaan dalam membenarkan pelajarnya menjalani kuliah secara fizikal antaranya mereka perlulah melengkapkan dua dos vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin,” katanya.

Sumber: https://news.uthm.edu.my/ms/2021/10/uthm-terima-2484-pelajar-baharu-program-sarjana-muda/

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
HEBAHAN INFO 📢📢📢

Kepada yang BELUM MENDAFTAR
Jangan lepaskan peluang

Atas sambutan hangat dan menggalakkan MEDAC menerusi Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ telah melanjutkan pendaftaran Program N-GENE sehingga 15 Oktober 2021!

DAFTAR SEKARANG di pautan berikut: http://protege.gov.my/www/index.php?id=9&page_id=82

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA DAN TEMPAT TERHAD!!

#MEDACPrihatin #GraduanJadiUsahawan #letsstartyourcareerwithPROTÉGÉ #usahawanberjaya #BangsaUsahawan #usahawanbaru #BekerjaBersamaRakyat #changeyourlifewithPROTÉGÉ #programngene

..............................................................
Follow, Like & Share Instagram & FB Page : ptp.uthm

untuk info program & aktiviti keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
#ptputhm #GTU2030 #UTHMJohor #siswapreneur #joboncampus #sosialentrepreneur #membinalegasiusahawan #pusatteknousahawanpelajar #pembudayaankeusahawanan #pemerkasaankeusahawanan #UTHMproducesprofessionals
[ UTHM DI AKHBAR KOSMO - PERPUSTAKAAN TERBESAR ASIA TENGGARA, RUANG HIMPUN 300,000 JILID KOLEKSI BUKU ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Dari jauh, bangunan berbentuk silinder berwarna perak berdiri gah di tengah-tengah kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Ditubuhkan pada tahun 1993, ia kemudian dikenali sebagai Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) pada tanggal 11 Jun 2013 sebagai tanda penghormatan kepada Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, puteri tunggal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Di sebalik tembok konkrit yang dilihat umum, gedung ilmu itu baru-baru ini disebut-sebut sebagai perpustakaan yang terbesar dan canggih.

Perpustakaan tersebut mempunyai keluasan 16,000 meter persegi yang mampu memuatkan sebanyak 300,000 jilid koleksi buku dan boleh menampung kapasiti sehingga 2,400 pengguna.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/10/04/perpustakaan-terbesar-di-asia-tenggara/

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ SESI BERSAMA KEPIMPINAN PELAJAR / IKON PEMIMPIN PELAJAR ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Merujuk perkara di atas, Sesi Bersama Kepimpinan Pelajar / Ikon Pemimpin Pelajar akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 5hb Oktober 2021 (Selasa)
Masa: 9.00 pm - 11.00 pm
💻Platform: Youtube MHS UTHM
(https://youtu.be/DQRr35eB2kY)

Sehubungan dengan itu, semua Mahasiswa/i Pelajar Baharu Sesi 1 2021/2022 diwajibkan untuk hadiri taklimat ini. Kehadiran akan direkodkan.

Segala kerjasama, prihatin dan kesudian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian untuk tindakan.

Minggu Haluan Siswa
Sesi 1 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

------------------------------
Ikuti kami di media sosial rasmi MHS UTHM:
Instagram: @mhs_uthm
Tiktok: @mhs_uthm
Facebook: Minggu Haluan Siswa MHS UTHM

#mhsuthm #sayangiuthm #mhs21/22 #kamihussein
| PERTANDINGAN SUKOL SECARA MAYA |

Acara terbuka kepada semua pelajar UTHM. Setiap peserta yang berminat untuk sertai pertandingan ini, sila layari media sosial setiap kolej kediaman masing-masing.

Segala media sosial & syarat pertandingan boleh didapati pada link di bio Instagram ini.

📌 TARIKH PENDAFTARAN: 21/9/21 — 18/10/21
📌 TARIKH PERTANDINGAN: 21/10/21 — 30/10/21
📌 MAJLIS PERASMIAN DAN TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN: 20/10/2021
📌 MAJLIS PENUTUP DAN PENGUMUMAN PEMENANG: 01/11/21

SMAP DAN E-SIJIL DISEDIAKAN

Yang Ikhlas,

Jawatankuasa SUKOL
Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP)
Kolej-Kolej Kediaman,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

#SUKOL2021
#pengacaraansukan
#PenaltyShoot-outBolaJaring
#SukanMerentasiSempadan
#DenganHikmahKitaMeneroka
#UTHM
#staysafe
[ 05 OKTOBER 2021 - SALAM TAKZIAH MUHAMMAD FIKRI BIN MASTOR ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan arwah Muhammad Fikri bin Mastor, Pelajar Tahun 2 Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) UTHM Sesi 2020/2021. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

...

The Student Representative Council (MPP) Session 2020/2021 would like to express our condolences to all the family members, friends and acquaintances of Muhammad Fikri bin Mastor student of Electrical Engineering Technology Department, Faculty of Engineering Technology (FTK) UTHM Session 2019/2020. May his soul receive blessings and be placed among the pious.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JOBCENTRE@UTHM mengalu-alukan kehadiran pelajar/graduan UTHM untuk menyertai MEET & HIRE daripada PRefChem pada butiran yang berikut:

Tarikh : 7 Oktober 2021 (KHAMIS)
Masa : 8:30 PM
Speaker :En Shahaizar Walat @ Walad
Jawatan : Section Head, Talent Acquisition

Medium : Zoom Meeting
https://bit.ly/3ouqWL1

Ini merupakan salah satu inisiatif UTHM dengan kerjasama PKKA untuk membantu pelajar/graduan bagi mendapatkan hebahan dan maklumat berkaitan peluang/program kerjaya yang ditawarkan oleh PRefChem.

Jangan ketinggalan. Mungkin ini destinasi kerjaya anda

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi hotline JOBCENTRE http://wassap.my/601121896481 atau email jobcentre@uthm.edu.my.

Jom sertai kami bagi mendapatkan pelbagai hebahan peluang latihan industri, pekerjaan dan pelbagai informasi terkini daripada kami melalui paitan media sosial kami https://linktr.ee/PKKAUTHM