MPP UTHM OFFICIAL
3.39K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ MPP UTHM TERIMA SUMBANGAN RM72,000.00 BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN PELAJAR ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM berbesar hati menerima sumbangan daripada YB Ahli Parlimen Pagoh, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dan YB ADUN Bukit Kepong, Yang Berhormat Dato' Dr Sahruddin bin Haji Jamal berjumlah RM72,000 bagi program-program keusahawanan pelajar. Pada 02 Januari 2022 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Students' Barbershop dan Students' Minimart di Kolej Kediaman Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Cawangan Pagoh.

YB Dato' Dr. Sahruddin Jamal, ADUN Bukit Kepong dan YBhg. Datuk Haji Tahir bin Taat, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pagoh, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh telah hadir ke majlis perasmian tersebut mewakili YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh. Turut hadir Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki bin Mustafa, Penasihat Program, YBhg. Prof. Dr, Abdul Mutalib bin Leman, Penasihat MPP, YBrs. Dr. Mohd Faisal bin Hushim, YBrs. Ts. Dr. Khalid bin Isa, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman Pagoh, YBrs. Ts. Suhairi bin Ismail, YBrs. Encik Muhammad Qusyairi bin Abdul Rahman dan YBrs. Ts. Dr. Md. Norrizam bin Mohmad Jaat @ Mohd Noh, barisan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan wakil-wakil pelajar.

Telah berlangsung serahan mock cheque sumbangan yang telah disampaikan oleh YB Dato' Dr. Sahruddin bin Haji Jamal dan telah dipanjangkan kepada YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin selaku Ahli Parlimen Pagoh sebanyak RM50,000.00 bagi Pembinaan Students' Barbershop & Students' Minimart dan sumbangan sebanyak RM20,000.00 untuk Program Bakti Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia daripada Ahli Parlimen Pagoh, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Sumbangan sebanyak RM2,000.00 bagi Modal Perniagaan Students' Barbershop & Students' Minimart anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 daripada YB Dato' Dr. Sahruddin Jamal juga turut disampaikan. Selain itu, sebagai tanda simbolik perasmian, YB Dato' Dr. telah menurunkan tandatangan beliau kepada Papan Perasmian yang akan dilekatkan di Students' Barbershop. YB Dato' Dr. Sahruddin juga telah menyampaikan 20 unit bakul makanan kepada mahasiswa/i UTHM. Di kesempatan itu juga, YB Dato' Dr. Sahruddin juga telah menyampaikan sijil kepada peserta Program Bakti Siswa UTHM, Kursus Menggunting Rambut Professional dan Kursus Asas Pertanian dan Servis Perpaipan. MPP UTHM juga telah menyampaikan laporan akhir program yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Faris bin Abdul Hadi, Yang Dipertua MPP UTHM kepada YB Dato' Dr. Sahruddin untuk dipanjangkan kepada YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin.

Tahniah diucapkan kepada AJK pelaksana majlis, barisan kepimpinan pelajar UTHM dan barisan pengurusan UTHM yang sentiasa menyokong usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTHM sepanjang tahun 2021. Sekaligus seiring dengan Halatuju UTHM ke arah Global Technopreneur University 2030.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Vanakam dan Salam Sejahtera🙏🏻😁

Kami dari Perwakilan Mahasiswa India (PMI) akan menganjurkan BENGKEL E-DAGANG 2.0 yang akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut🔥

⚜️ Tema : Mahasiswa Versatil Pemangkin Transformasi Negara

⚜️ Tarikh :
7-9 Januari 2022

⚜️ Masa :
2.00PM - 4.00PM

⚜️ Platform : Zoom

📌 Objektif Bengkel E-dagang 2.0 :

i. Menanam sifat keusahawanan dalam kalangan pelajar
ii. Menambah pengetahuan berkenaan program-program Insken dan hal perundangan dalam perniagaan.
iii. Memberi motivasi, inspirasi dan idea untuk berniaga secara atas talian.

⚜️ Merit Istar dan E-Sijil disediakan.

⚜️ Cabutan bertuah juga turut diadakan bagi para peserta.🥳

⚜️ Jom daftar Sekarang !
https://me-qr.com/6510714

⚜️ Kuiz dengan hadiah yang menarik juga menanti anda !!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
📞Mineshwara : 013-5929543
📞Kavenittha : 012-5902166

#togetherweareone #pmiukm #perwakilanmahasisiwaindia #universitikebangsaanmalaysia #ஒற்றுமைஓங்கட்டும்
#infoptta
KEMPEN PULANG BUKU TANPA DENDA PTTA
Jom pulangkan buku tanpa dikenakan denda!!! 💪💪

📆 Kempen bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
‼️ Dendaan akan dikenakan dari tarikh 1 Februari 2022.
📚 Pemulangan bahan rujukan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi atau melalui pos ke alamat PTTA:

Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat
Johor
(u/p: Unit Perkhidmatan Maklumat dan Sirkulasi)

#uthmlibrary #pttalibrary
#uthmjohor #kamiuthm
[ NOTIS PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM SESI 2020/2021 & PELANTIKAN CARETAKER ]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa dengan pengisytiharan Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 pada 26 Disember 2021, maka dengan ini Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2020/2021 adalah terbubar berkuatkuasa pada tarikh notis berkenaan.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 akan menjalankan tugas sementara (Caretaker) di atas persetujuan dan pelantikan oleh Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkuatkuasa 26 Disember 2021 sehingga Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022 terbentuk.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia