OFFICIAL MPP USIM
4.72K subscribers
994 photos
50 videos
75 files
518 links
Download Telegram
[NOTIS PEMBAYARAN LUAR PAKEJ]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah menerima aduan dan mengambil maklum tentang masalah pembayaran yuran luar pakej mahasiswa USIM.

Sehubungan dengan itu, MPP sedang segera berhubung dengan pusat tanggungjawab yang berkaitan untuk menguruskan permasalahan tersebut.

Nyatakan aduan anda dalam pautan ini:
https://forms.gle/XoZtvvWkZo6Lxje67

Sebarang masalah/kecelaruan boleh berhubung terus dengan Bendahari MPP USIM di talian berikut:

☎️ Saudara Hilman: https://wa.me/60104440787
☎️ Saudari Sabrina:
https://wa.me/60137262165

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
27 SAFAR 1445H | 13 SEPTEMBER 2023
[ADUAN CAS PEMBAYARAN LUAR PAKEJ]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah menerima aduan tentang masalah pembayaran yuran luar pakej mahasiswa USIM. Melalui kajian _google form_ yang telah dijalankan, MPP telah mengutarakan permasalahan tersebut kepada Jabatan Bendahari USIM.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang masih mengalami permasalahan atau kekeliruan diminta menghubungi Jabatan Bendahari USIM melalui:

✉️ E-mel: kredit.bend@usim.edu.my

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
28 SAFAR 1445H | 14 SEPTEMBER 2023
[FAQ BERKAITAN TENTANG CAJ YURAN LUAR PAKEJ]

1. Apakah yang dimaksudkan yuran luar pakej?

- Yuran luar pakej adalah yuran tambahan atau caj yuran yang tidak termasuk yuran pengajian, iaitu yuran kokurikulum atau yuran peperiksaan gantian dan lain lain kursus tambahan. Boleh merujuk kepada Pusat Pengurusan Akademik bagi jenis luar pakej.

2. Saya dah bayar yuran pengajian penuh, tapi kenapa baru sekarang dikenakan caj yuran luar pakej?

- Yuran pengajian dan yuran luar pakej adalah 2 perkara yang berbeza, yuran pengajian akan dicaj secara automatik kepada pelajar setiap sem, yuran luar pakej tidak termasuk yuran pengajian. Yuran luar pakej dicaj setelah semakan dengan pihak fakulti dan pusat pengurusan akademik untuk memastikan pelajar memang menghadiri kursus tersebut.

3. Kenapa badan beruniform kena bayar jugak sedangkan wajib 6 sem?

- Badan uniform adalah subjek di luar pakej yuran semester biasa/tambahan. 1 credit hour = RM 30, 2 credit hours pertama koko sudah termasuk dalam yuran pengajian, manakala untuk credit hours seterusnya akan dicaskan dalam yuran luar pakej, lebihan credit hour inilah sebenarnya yuran luar pakej yang dikenakan.

4. Kenapa subjek tambahan baru satu sem dah kena bayar sampai RM90?

-1 credit hour = RM 30. Sekiranya 3 credit hour = RM 90

5. Apa keperluan caj pakej luar ini dikenakan pada pelajar kokurikulum tambahan?

- Pelajar mengambil subjek tambahan. Mohon rujuk dengan Pusat Pengurusan Akademik / peraturan pengajian bagi tambahan subjek

6. Kenapa tak dimaklumkan awal di penyata (ledger student) pada pertengahan sem? Kenapa mesti penghujung sem? Kenapa notis dikeluarkan lewat?

- Data diterima daripada sistem akademik pada awal September kerana beberapa proses semakan di peringkat fakulti dan Pusat Pengurusan Akademik

7. Kalau caj ini perlu dikenakan kepada pelajar..bolehkah pinda tarikh pembayaran yuran selepas sem hadapan untuk memudahkan pelajar membayar yuran?

- Pelajar yang mempunyai tajaan/pinjaman seperti PTPTN, JPA, Yayasan, Zakat dan lain-lain boleh membuat bayaran pada semester akan datang sekiranya nama penaja ada rekod aktif di istudent

8. Saya telah membayar yuran luar pakej tapi masih dicaj? Saya tak ambil mana2 ulangan peperiksaan atau subjek luar pakej tapi dicaj?

- Boleh emelkan bukti pembayaran, lejer istudent berkaitan kepada jabatan bendahari

9. Apakah kesan jika lambat bayar yuran dari tarikh yang sepatutnya ?

- Pelajar pembiayaan sendiri dan tiada penaja aktif di istudent akan disekat melihat keputusan peperiksaan dan tidak boleh mendaftar pada semester akan datang.

Utk pertanyaan lanjut boleh hubungi jabatan bendahari melalui emel: kredit.bend@usim.edu.my
[UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA]

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Skuad Futsal USIM yang akan berentap dalam Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Fasa 3 bertempat di Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya (UNITEN).

Kami mendoakan supaya Skuad Futsal USIM memperoleh kejayaan seterusnya mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan.

“BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
29 SAFAR 1445H | 15 SEPTEMBER 2023
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2023]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia 2023 kepada seluruh warga tanah air yang tercinta.

Semoga kita mengambil iktibar akan segala usaha dan jasa yang telah dilaksanakan bagi menjadikan negara Malaysia sebagai satu negara majmuk yang maju dan harmoni sehingga kini.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
1 RABIULAWAL 1445H | 16 SEPTEMBER 2023
[DUKACITA BANJIR BESAR DI LIBYA]

Assalamualaikum W.B.T

Atas rasa prihatin dan simpati, kami Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mewakili warga USIM ingin mengucapkan salam takziah buat semua mangsa yang terkorban akibat banjir besar yang berlaku di Derna, Libya pada 14 September 2023 disebabkan oleh Taufan Daniel.

Semoga semua ahli keluarga mangsa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian bencana alam ini.


ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Al-Baqarah (2:156)

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
2 RABIULAWAL 1445H | 18 SEPTEMBER 2023
PENDAFTARAN BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A231)

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti dinotis rasmi diatas.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
[SALAM MAULIDUR RASUL 1445H]

Assalamualaikum W.B.T

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1445H kepada seluruh umat Islam.

Di hari penuh barakah ini, mari kita perbanyakkan doa dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
12 RABIULAWAL 1445H I 28 SEPTEMBER 2023
Forwarded from Info@HEP.USIM
Forwarded from Info@HEP.USIM
[DEWAN SYURA SISWA SIDANG 2 2023]

Assalamualaikum WBT.

Untuk makluman semua, Dewan Syura Siswa (DeSIS) merupakan Parlimen Mahasiswa bagi Universiti Sains Islam Malaysia. DeSIS juga adalah forum perundingan antara wakil pelajar bagi hal yang berkenaan kebajikan dan pembangunan pelajar.

Sidang 2 Dewan Syura Siswa (DeSIS) 2023 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

📆 Tarikh: 29 Oktober 2023 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
🏛️ Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Sidang 2 Dewan Syura Siswa (DeSIS) akan bersidang semula pada tahun ini dengan menghimpunkan pimpinan Badan Pelajar untuk membahaskan usul yang telah dikumpul dalam kalangan mahasiswa.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2021/2022
17 OKTOBER 2023 | 2 RABIULAKHIR 1444H
[PENGHANTARAN USUL DEWAN SYURA SISWA (DESIS) SIDANG 2]

Assalamualaikum W.B.T.

Untuk makluman semua, Majlis Perwakilan Pelajar USIM akan mengadakan Dewan Syura Siswa (DeSIS) Sidang 2 2023 yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

📆Tarikh: 29 Oktober 2023 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
🏢Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, FKP

📝 Sebarang usul yang ingin dikemukakan hendaklah diisi melalui pautan Google Form berikut:
https://forms.gle/KVyiTyx5wuh9LCB48

🗳️ Tempoh penghantaran usul bermula 17-22 Oktober 2023, jam 11.59 malam.


"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
2 RABIULAKHIR 1445H | 17 OKTOBER 2023
Forwarded from Info@HEP.USIM
Semua pelajar yang masih belum menghantar dokumen perjanjian diminta untuk segera ke Pusat Hal Ehwal Pelajar untuk menghantar dokumen perjanjian. Kegagalan penghantaran akan mengakibat perjanjian PTPTN dibatalkan.