OFFICIAL MPP USIM
4.73K subscribers
991 photos
50 videos
75 files
515 links
Download Telegram
Forwarded from Perpustakaan USIM | USIM Library (Harianti)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*BENGKEL METODOLOGI ASAS SLR*

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perpustakaan USIM akan menganjurkan *Bengkel Metodologi Asas SLR ( Systematic Literature Review)* pada :

📆Tarikh: 7 September 2023 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
🏦Tempat: Bilik Seminar, Aras 4, Perpustakaan USIM
💰Yuran: Percuma
📝 Daftar : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd3bKABFiQUsHgp7ANEiJgjiAW9xiCvrx46cVfmpgVWQOMhuw/viewform

Sehubungan itu, Perpustakaan USIM berbesar hati menjemput Tuan/ Puan untuk menyertai bengkel ini.

Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan:
Puan Siti Zahirah Zamri (06-7986244)/
Puan Harianti Hussein (06-7986243)

Terima kasih.
Forwarded from Info@HEP.USIM
PENGEMASKINIAN NAMA JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT

DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) ADALAH DIMOHON UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT DIRI TERUTAMANYA MELENGKAPKAN NAMA DALAM EJAAN JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT SEPERTI DI NOTIS.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT TERSEBUT SEBELUM ATAU PADA 20 SEPTEMBER 2023. KEGAGALAN PELAJAR MENGEMASKINI MAKLUMAT TERSEBUT TERUTAMANYA PELAJAR YANG AKAN BERGRADUASI PADA TAHUN INI MENYEBABKAN NAMA JAWI DALAM SKROL IJAZAH PELAJAR TIDAK TERTERA.

SEBARANG KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG TERUS MELALUI SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PRASISWAZAH (BPPS) DI SAMBUNGAN 06-798 8326/8335 ATAU APLIKASI WHATSAPP wa.me/6067988335 ATAU EMEL pengijazahan@usim.edu.my

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN.

Dikeluarkan oleh,
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
[KENYATAAN RASMI MPP USIM - PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN (KONSERT)]

Assalamualaikum W.B.T

Berikut merupakan maklum balas pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM berkenaan penyediaan garis panduan persembahan atau konsert.

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
20 SAFAR 1445H | 6 SEPTEMBER 2023
[TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN STPM/SETARAF]

Assalamualaikum W.B.T

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar lepasan Tamhidi/Diploma/STPM/Setaraf yang berjaya mendapatkan tempat untuk menyambung pengajian di USIM!

Semoga apa yang diimpikan dapat dicapai di gedung ilmu di universiti yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli.

Sila sertai group Telegram pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 untuk rujukan dan pertanyaan tentang kemasukan ke USIM menerusi pautan yang berikut:

🔗Pautan: https://t.me/+YYzlBpBI3EtlZDE1

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
21 SAFAR 1445H | 7 SEPTEMBER 2023
Merafak sembah ucapan takziah kepada Kerabat Diraja Negeri Sembilan atas kemangkatan YMM Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Canselor Pertama USIM.

Sembah takziah daripada seluruh warga USIM. Al-Fatihah

#TakziahDariUSIM
Pusat Sukan dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar USIM akan menganjurkan Kejohanan Sepak Penalti Merdeka pada 23 September 2023 di Padang A & B, Universiti Sains Islam Malaysia. Syarat, peraturan dan borang penyertaan boleh diakses melalui pautan http://surl.li/lamkd . Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia seperti yang tertera dalam poster.
🔉[ PENCARIAN KRU OLEK GODANG @ USIM 2023]🔉

Assalamualaikum W.B.T

Untuk makluman semua, Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kali Ke-21 akan mengadakan sesi Pencarian Kru Pesta Konvokesyen pada kali ini yang dikenali sebagai Olek Godang @ USIM

▶️ Adakah anda seorang yang berani dan mampu memberikan komitmen yang tinggi? 🤔🔥

▶️ Anda ingin menabur bakti kepada USIM? 🤩

Ayuh, sertai keluarga kami dalam menimba ilmu pengetahuan baharu serta mencipta memori indah di USIM sempena Olek Godang @ USIM 2023

Anda boleh mengisi permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan:
📆 12 - 17 September 2023 (Selasa - Ahad)

📍Sila ikuti langkah berikut:
1. Isi borang permohonan yang disediakan:
https://forms.gle/42cgEmPtp6Sj9c9u6
2. Tunggu pengesahan daripada pihak kami.
3. Urus setia Olek Godang akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Jumpa anda di sana ‼️🔥

☎️ Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan:
🧑🏻‍🎓 Shamsul Aiman: www.wasap.my/+60196306375
👩🏻‍🎓 Syahirah: www.wasap.my/+60136187451
[NOTIS PEMBAYARAN LUAR PAKEJ]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah menerima aduan dan mengambil maklum tentang masalah pembayaran yuran luar pakej mahasiswa USIM.

Sehubungan dengan itu, MPP sedang segera berhubung dengan pusat tanggungjawab yang berkaitan untuk menguruskan permasalahan tersebut.

Nyatakan aduan anda dalam pautan ini:
https://forms.gle/XoZtvvWkZo6Lxje67

Sebarang masalah/kecelaruan boleh berhubung terus dengan Bendahari MPP USIM di talian berikut:

☎️ Saudara Hilman: https://wa.me/60104440787
☎️ Saudari Sabrina:
https://wa.me/60137262165

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
27 SAFAR 1445H | 13 SEPTEMBER 2023
[ADUAN CAS PEMBAYARAN LUAR PAKEJ]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah menerima aduan tentang masalah pembayaran yuran luar pakej mahasiswa USIM. Melalui kajian _google form_ yang telah dijalankan, MPP telah mengutarakan permasalahan tersebut kepada Jabatan Bendahari USIM.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang masih mengalami permasalahan atau kekeliruan diminta menghubungi Jabatan Bendahari USIM melalui:

✉️ E-mel: kredit.bend@usim.edu.my

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
28 SAFAR 1445H | 14 SEPTEMBER 2023
[FAQ BERKAITAN TENTANG CAJ YURAN LUAR PAKEJ]

1. Apakah yang dimaksudkan yuran luar pakej?

- Yuran luar pakej adalah yuran tambahan atau caj yuran yang tidak termasuk yuran pengajian, iaitu yuran kokurikulum atau yuran peperiksaan gantian dan lain lain kursus tambahan. Boleh merujuk kepada Pusat Pengurusan Akademik bagi jenis luar pakej.

2. Saya dah bayar yuran pengajian penuh, tapi kenapa baru sekarang dikenakan caj yuran luar pakej?

- Yuran pengajian dan yuran luar pakej adalah 2 perkara yang berbeza, yuran pengajian akan dicaj secara automatik kepada pelajar setiap sem, yuran luar pakej tidak termasuk yuran pengajian. Yuran luar pakej dicaj setelah semakan dengan pihak fakulti dan pusat pengurusan akademik untuk memastikan pelajar memang menghadiri kursus tersebut.

3. Kenapa badan beruniform kena bayar jugak sedangkan wajib 6 sem?

- Badan uniform adalah subjek di luar pakej yuran semester biasa/tambahan. 1 credit hour = RM 30, 2 credit hours pertama koko sudah termasuk dalam yuran pengajian, manakala untuk credit hours seterusnya akan dicaskan dalam yuran luar pakej, lebihan credit hour inilah sebenarnya yuran luar pakej yang dikenakan.

4. Kenapa subjek tambahan baru satu sem dah kena bayar sampai RM90?

-1 credit hour = RM 30. Sekiranya 3 credit hour = RM 90

5. Apa keperluan caj pakej luar ini dikenakan pada pelajar kokurikulum tambahan?

- Pelajar mengambil subjek tambahan. Mohon rujuk dengan Pusat Pengurusan Akademik / peraturan pengajian bagi tambahan subjek

6. Kenapa tak dimaklumkan awal di penyata (ledger student) pada pertengahan sem? Kenapa mesti penghujung sem? Kenapa notis dikeluarkan lewat?

- Data diterima daripada sistem akademik pada awal September kerana beberapa proses semakan di peringkat fakulti dan Pusat Pengurusan Akademik

7. Kalau caj ini perlu dikenakan kepada pelajar..bolehkah pinda tarikh pembayaran yuran selepas sem hadapan untuk memudahkan pelajar membayar yuran?

- Pelajar yang mempunyai tajaan/pinjaman seperti PTPTN, JPA, Yayasan, Zakat dan lain-lain boleh membuat bayaran pada semester akan datang sekiranya nama penaja ada rekod aktif di istudent

8. Saya telah membayar yuran luar pakej tapi masih dicaj? Saya tak ambil mana2 ulangan peperiksaan atau subjek luar pakej tapi dicaj?

- Boleh emelkan bukti pembayaran, lejer istudent berkaitan kepada jabatan bendahari

9. Apakah kesan jika lambat bayar yuran dari tarikh yang sepatutnya ?

- Pelajar pembiayaan sendiri dan tiada penaja aktif di istudent akan disekat melihat keputusan peperiksaan dan tidak boleh mendaftar pada semester akan datang.

Utk pertanyaan lanjut boleh hubungi jabatan bendahari melalui emel: kredit.bend@usim.edu.my
[UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA]

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Skuad Futsal USIM yang akan berentap dalam Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Fasa 3 bertempat di Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya (UNITEN).

Kami mendoakan supaya Skuad Futsal USIM memperoleh kejayaan seterusnya mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan.

“BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
29 SAFAR 1445H | 15 SEPTEMBER 2023
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2023]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia 2023 kepada seluruh warga tanah air yang tercinta.

Semoga kita mengambil iktibar akan segala usaha dan jasa yang telah dilaksanakan bagi menjadikan negara Malaysia sebagai satu negara majmuk yang maju dan harmoni sehingga kini.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
1 RABIULAWAL 1445H | 16 SEPTEMBER 2023
[DUKACITA BANJIR BESAR DI LIBYA]

Assalamualaikum W.B.T

Atas rasa prihatin dan simpati, kami Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mewakili warga USIM ingin mengucapkan salam takziah buat semua mangsa yang terkorban akibat banjir besar yang berlaku di Derna, Libya pada 14 September 2023 disebabkan oleh Taufan Daniel.

Semoga semua ahli keluarga mangsa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian bencana alam ini.


ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Al-Baqarah (2:156)

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MENTRANSFORMASI ASPIRASI"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2022/2023
2 RABIULAWAL 1445H | 18 SEPTEMBER 2023
PENDAFTARAN BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A231)

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti dinotis rasmi diatas.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia