Monocal - GrowthHack
1.1K subscribers
91 photos
4 videos
5 files
120 links
Run by marketers, growth hackers and entrepreneurs! We share our content and sometime our thoughts on certain things related to marketing, sales and brands!

๐Ÿ•ธ monocal.io
Download Telegram
Dah boleh join ya ๐Ÿ˜๐Ÿš€ Jom!
3 jenis kreatif iklan anda boleh cuba.

1. Video style TikTok
2. Gambar statik
3. GIFs

Boleh baca lanjut di sini.
Bagaimana nak dapatkan leads secara konsisten tanpa iklan berbayar?

Gambar di bawah adalah graf leads yang berjaya kami dapat di Monocal menggunakan SEO.(Bulan Apr & Mei jatuh sebab tengah buat migration)

Adalah dalam 10-15 leads masuk setiap bulan. Dengan average conversion 10% boleh close 1 client sebulan.

SEO ni bila dah menjadi, kita tak buat apa pun leads akan tetap masuk.

Apa beza leads dari SEO dan FB Ads?

Leads dari SEO lebih mudah nak convert berbanding FB Ads. Sebab apa?

Sebab intention membeli lebih tinggi. Prospek sedang mencari solusi kepada masalah di Google.
Kita tulis konten untuk bantu dia dan tawarkan penyelesaian kepada prospek.

Susah ke nak buat SEO?

Tak susah. Tapi perlu konsisten buat konten.

Kemudian optimize konten supaya mudah Google nak baca (on-page SEO).

Belajar asas on-page SEO pun dah memadai.

Disclaimer:
- Kalau tak sanggup labur sekurangnya 6 bulan buat konten, jangan buat SEO. SEO ni hasil dia lambat berbanding iklan berbayar.
- Bukan semua niche sesuai buat SEO. Bergantung sama ada prospek kita cari masalah dia di Google atau tidak.
Langkah-Langkah Merancang Kempen Pemasaran Berkesan

Untuk mengelakkan kita bakar duit, perlu ada perancangan rapi sebelum mulakan aktiviti marketing.

Jadi saya nak kongsikan bagaimana Monocal rancang kempen pemasaran untuk client kami.

1. Kenal Pelanggan

2 cara untuk kenal pelanggan, temu bual atau buat kajian.

Antara perkara penting kita nak tahu tentang pelanggan adalah:
- Apa masalah yang dia tengah hadapi sekarang?
- Apa solusi dia pernah cuba sebelum ini?
- Apa impian dia nak capai?
- Apa yang menghalang dia mencapai impian?
- Masalah ni buat dia rasa apa?

Bagaimana nak buat research?

Cari produk atau konten dalam niche kita. Kemudian baca komen di YouTube, FB group, TikTok. Go through komen di Shoppe, amazon.

Tapi cara terbaik untuk dapatkan maklumat tentang pelanggan adalah dengan menemu ramah mereka.

2. Tentukan Angle Jualan

Apa itu angle?

Angle adalah poin yang kita tekankan yang menyebabkan pelanggan terkesan.

Boleh jadi masalah, impian, kelebihan produk atau testimoni.

Katakan kita jual pakaian wanita. Ini 2 angle yang boleh digunakan.

Angle self-reward
Contoh ayat: "Aku dah kerja penat-penat bulan ni, rasanya takpe kot kalau self-reward dengan beli baju cantik,โ€

Angle keselesaan bekerja dari rumah
Contoh ayat: "Pakaian paling selesa untuk online meeting dan juga berehat" Kalau angle kena dengan keinginan pelanggan, harga bukan lagi satu masalah.

Ini cara untuk test marketing angle di FB:
- 1 campaign dengan 5 ad sets.
- Setiap ad sets (angle), ada 5 ads (hook berbeza)
- Jadi boleh test 5 angle dengan 25 copy.
- Lepas 3-4 hari, tengok data.
- Optimize.

3. Creative Brief

Kreatif (gambar, video) antara penentu utama berjaya atau tidak kempen pemasaran kita.

Kreatif yang dihasilkan perlu selari dengan angle jualan.

Tentukan gaya kreatif (style) yang nak digunakan dalam iklan.

Contoh-contoh gaya kreatif:
- Video introductions
- Video Product Demo
- Poster Offer
- Video How-To
- Video UGC
- Gambar/Video Before-After,
- Gambar katalog

4. Channel Jualan

Nak jual di mana?

Tarik masuk ke website, salespage? Atau tarik leads ke whatsapp dan close secara manual?

5. Strategi

Ada banyak strategi kita boleh guna dalam kempen pemasaran.

Boleh guna paid ads, content marketing, blog atau influencer marketing.

Anda boleh terus menjual kepada cold audience. Atau tarik prospek dengan content education kemudian baru menjual.

Boleh juga guna strategi lead gen di mana kita berikan sesuatu kepada prospek seperti ebook, free consultation, tester. Kemudian nurture prospek dan jual kepada mereka.

6. Monitor, Analyse, Adjust & Optimize

Dah lancarkan kempen tak boleh biar macam tu je. Perlu sentiasa monitor.

Cuba cari dekat mana bottle neck dalam kempen.

Kalau iklan conversion tak convert mungkin salah dekat messaging.

Kalau orang tak berhenti tengok iklan mungkin hook tak cukup menarik.

Leads dah masuk tapi tak close? Mungkin salah messaging di iklan atau skrip closing perlu diperbaiki.
6 Setting Teknikal Untuk Rank Di Google.

Sebelum bermula, pastikan anda dah install plugin SEO dulu. Boleh install Yoast SEO atau Rank Math. (Kami prefer Rank Math)

Dengan optimize 6 perkara ini sahaja pun dah cukup untuk rank di Google.
1. Masukkan keyword dalam H1

H1 adalah tajuk artikel.

Keyword di dalam H1 penting bagi memudahkan Google mengetahui artikel tersebut bercerita tentang apa.

Sebagai contoh anda target keyword "cara hilangkan jewarat".

Anda boleh buat tajuk seperti "5 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan"
2. Gunakan URL yang jelas dan padat.

URL tidak perlu panjang seperti H1. Kadang kala letakkan keyword sahaja sudah memadai.

Pesanan: Link tak boleh edit. Jadi lebih baik letakkan URL yang lebih general supaya mudah untuk anda edit tajuk atau artikel di masa depan.
3. Optimize title tag

Title tag adalah tajuk yang muncul di laman carian Google.

Biasanya title tag akan sama dengan H1.

Tapi anda boleh ubah title tag ini. Kalau H1 terlalu panjang, pendekkan sedikit untuk elakkan jadi seperti dalam gambar ini.
4. Tulis meta description yang menarik.

Meta description adalah perenggan yang keluar di bawah tajuk dalam halaman carian Google.

Meta description bukan ranking factor yang kuat. Tetapi ia penting untuk menarik pembaca ke website anda.
5. Optimize image.

Tulis alt text yang betul untuk gambar anda.

Pastikan alt text anda menjelaskan gambar anda tentang apa.

Contoh kalau letak gambar ini, boleh letakkan "kucing oren sedang tidur" sebagai alt text.

Pastikan juga anda dah compress gambar terlebih dahulu supaya website boleh load dengan laju.
6. Masukkan internal link dan external link

Link ke website/artikel berkaitan yang membantu pembaca.

Itu sahaja. Mudah kan?
Tips menulis daripada David Ogilvy
Anda rasa harga mana satu yang lebih ramai akan beli?

Kemungkinan untuk orang beli lebih tinggi bagi topi berharga $29.99. Kenapa?

Sebab manusia tidak menilai harga dengan rasional.

Angka .99 dibelakang itu lebih menarik di mata manusia. Lebih menggoda berbanding angka genap.

Baca lebih lanjut di sini
1.2 juta Follower Dalam 6 bulan Dengan Content Marketing.

Alex Hormozi dedahkan strategi beliau meraih follower di media sosial dalam satu videonya.

Ini apa saya boleh ringkaskan daripada video beliau.

1. Tiada tulisan/video yang terlalu panjang, hanya terlalu membosankan.

Orang tak tengok video panjang? Bukan. Orang tak tengok video yang membosankan.

Kalau video kita menarik, panjang macam mana pun orang akan tengok.

2. Kualiti > Kuantiti

Tetapi untuk dapatkan kualiti, perlu ada kuantiti.

Kita perlu cuba pelbagai konten dahulu sebelum berjaya hasilkan konten berkualiti.

5 Fasa Dalam Content Marketing

Fasa pertama: Hasilkan konten dan post

Tak perlu fikir format apa terbaik, apa hook paling power, dekat mana nak post dan sebagainya.

Hasilkan content dan post sahaja dulu.

Fasa kedua: Post konten secara konsisten

Pilih satu sahaja platform dahulu.

Dan buat kalendar konten untuk memastikan kita konsisten.

Set satu hari untuk siapkan konten seminggu/sebulan.

Fasa ketiga: Post di pelbagai platform

Repurpose konten daripada satu platform ke platform yang lain.

Dari blogpost boleh repurpose ke newsletter, Twitter Thread, video TikTok.

Fasa keempat: Maksimumkan output di setiap platform

Ada platform boleh post sampai 5-10 posting sehari seperti Twitter. Ada platform 3-5 post sehari.

Fasa kelima: Capturing & Creating

Objektif Fasa 1-2
Lead nurturing. Daripada orang tak kenal kita, tak tahu kita buat apa kepada kenal.

Objektif Fasa 3-5
Dapatkan pelanggan daripada konten yang dihasilkan.

"The more you give, the more you grow. Content marketing is all about giving value." - Alex Hormozi

Fun Fact: Alex belanja $70,000 sebulan untuk hasilkan 160 konten seminggu.

Ada banyak lagi tips menarik yang Alex terangkan dalam video. Boleh tonton di sini.
Nak tahu bagaimana kami rancang kempen pemasaran untuk klien kami?

Jom join Office Hours esok jam 5 petang.
Antara kelebihan SEO adalah anda dapat tarik prospek yang ada intention membeli.

Dengan strategi yang betul, anda dapat trafik percuma setiap bulan.

Selain SEO, banyak lagi strategi pemasaran yang boleh anda manfaatkan.

Jom ๐Ÿ˜

Office Hours: Langkah Merancang Kempen Pemasaran Berkesan - AJ
Friday, September 2 ยท 5:00 โ€“ 6:00pm
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/ede-svcu-vxy