ULAS T4 DAN T5 KSSM
5.58K subscribers
52 photos
2 videos
153 files
105 links
Platform yang disediakan untuk perbincangan dan perkongsian bahan terutama subjek Sains Menengah Atas serta berkaitan Modul Ulas Tingkatan 4 dan 5 khususnya.
Link Youtube Channel :
https://www.youtube.com/channel/UCKGY6llLqkZV1iOzEMITv6A
Download Telegram
LATIHAN BAHAGIAN A - LIVEWORKSHEET
TINGKATAN 4
1) Kadar Denyutan Nadi
2) Kekuatan Tulang
3) Teknologi Hijau
4) Ketahanan aloi dan logam tulen
5) Kekerasan aloi dan logam tulen
6) Pengoksidaan epal
7) Inersia
8) Jatuh Bebas

TINGKATAN 5
9) Kepekatan antibiotik
10) Nilai kalori
11) Kadar tindak balas (Saiz bahan)
12) Kadar tindak balas (Suhu)
13) Kadar Tindak balas (Mangkin)
14) Prinsip Bernoulli

Harap ada sangkut 4 eksperimen untuk SPM nanti..mudah-mudahan
JAWAPAN KEPADA MODUL SNIPER + JAWAPAN KEPADA SOALAN TAMBAHAN YANG DISELITKAN ANTARA SOALAN SEBENAR

Minta maaf atas kesulitan
TIPS MENULIS INFERENS bagi SOALAN TANPA PEMERHATIAN
Contoh kalau soalan tanya inferens tapi tak ditanya pemerhatian
1) mesti kena mulakan dengan apa pemerhatian dia

contoh:
1) Hirisan epal menjadi keperangan apabila diletakkan di dalam air suling kerana air suling tidak mempunyai bahan antioksida

2) Masa ayunan 10 lengkap bagi plastisim 70g lebih lama berbanding plastisin 3g kerana plastisin 70g mempunyai inersia yang besar

3) Bilangan buku teks yang dapat disokong oleh silinder berongga lebih banyak berbanding silinder padat kerana silinder berongga lebih kuat daripada silinder padat

4) Masa untuk tanda 'X' hilang daripada pandangan bagi suhu larutan natrium tiosulfat 70 oC lebih cepat kerana mempunyai tenaga kinetik yang tinggi
TIPS MENCARI KLU INFERENS
Tips mencari inferens
1) Ada pada kata kunci soalan

contoh :
Rajah menunjukkan eksperimen bagi menunjukkan kesan jenis silinder terhadap kekuatan tulang
itu kata kunci untuk inferens - kekuatan tulang

rajah menunjukkan eksperimen mengkaji kesan larutan terhadap proses pengoksidaan
itu kata kunci untuk inferens - proses pengoksidaan

alasan kepada pemerhatian..sebab apa..jadi inferens adalah ikut kata kunci yang diberi
inferens (biasanya di sebalik eksperimen) - benda tak nampak
pemerhatian (adalah apa yang nampak)

Contoh : hirisan epal menjadi perang (nampak - pemerhatian)
alasannya telah berlaku proses pengoksidaan (benda tak nampak - inferens)
TIPS MENULIS HIPOTESIS
Tips menulis hipotesis
Dalam soalan biasanya dah diberikan atau pada jadual
Kalau dalam jadual - sebelah kiri (Pemboleh ubah dimanipulasi) - PM
Sebelah kanan (Pemboleh bergrak balas) - PM

Jadi masukkan sahaja dalam rumus
Semakin bertambah atau berkurang PM, semakin bertambah atau berkurang PB

Contoh:
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas
jadi PM - Saiz bahan tindak balas
PB - Kadar tindak balas

Jadi, hipotesis
Semakin berkurang saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas

Hipotesis jenis penyataan
Soalan Kekuatan Tulang
Tulis hipotesis macam ni Silinder berongga lebih kuat berbanding silinder padat

Soalan aloi
Tulis hipotesis macam ni - Bongkah gangsa lebih keras daripada bongkah kuprum
Kira halaju pada pita detik