TAHUN 2007
Dia dan abang dia (Uthayakumar) tubuhkan HINDRAF, awalnya depa saman UK 1 juta pound bagi setiap penduduk berbangsa India di Malaysia, total 4 trillion pound.
Alasan, sebab British bawak depa mai Malaysia jadi buruh secara paksa, bila merdeka, British tinggal depa kena hadap kerajaan zalim yang menindas depa.
Takda layanan dari UK, akhir October depa buat demo HINDRAF.
November 5 orang masuk ISA, termasuk abang dia, Manoharan(dah masuk DAP) dan Ganabatirau(dah masuk DAP) dan dua orang lagi.
Kecohlah masa tu, DAP lah yang bukak tabung dan sedia peguam untuk bela depa dan keluarga depa yang hilang punca pendapatan.
Apa jadi pada Waytha?
Lari ke luar negara.
.
TAHUN 2008
Dia buat round keseluruh dunia burukkan pasal Malaysia, jelajah India dan negara eropah. Kononnya atas perjuangan hak minoriti.
Maka Malaysia batalkan passportnya, jadi stateless.
Ironinya Waytha kemudian mendapat suaka politik dari kerajaan UK, pihak pertama yang depa saman mula².
.
TAHUN 2009- 2011
Round round dunia kutuk sana sini, tapi tak femes mana lah, sampailah ke Belanda video yang aku up hangpa viral masuk TV3 dia kata kita paksa Hindu masuk Islam tu.
.
TAHUN 2012
Mungkin dia rasa orang dah lupa kat dia, plus timing baik nak PRU, maka dia declare dia nak balik Malaysia, ramailah angkat dia jadi hero kata jangan balik, nanti kena humban penjara ISA.
Tapi dia balik jugak, dan kelakarnya tak kena tangkap pun. Dia pulak terhegeh² nak berdialog, juga tak ada layanan serius dari kerajaan.
.
TAHUN 2013
Masuk tahun berikutnya mungkin sebab tak ada siapa layan dia, maka dia buat lah mogok lapar, 21 hari mogok, mungkin minumlah, kalau tak mesti dah mati kan?
Najib PM masa tu jatuh kesian, buat MOU antara Hindraf dan Kerajaan (BN).
Hindraf keluar order penyokong depa dari undi BN untuk PRU-13.
BN menang PRU13. Waytha dapat jawatan jadi Timbalan Menteri.
.
TAHUN 2014
Letak jawatan Timbalan menteri, krik krik 3 tahun.
.
TAHUN 2017
Jumpa Mahathir, HINDRAF diterima PH.
Dia bagi order penyokong dia undi PH untuk PRU14.
.
TAHUN 2018
PH menang PRU-14, undi India 88% kepada PH, kononnya sebab order Waytha, maka dilantik jadi Menteri Perpaduan, tubuh MAP.
.
TAHUN 2018-2020
Takpayah ceritalah perangai sial dia, mishandle isu kuil, statement-statement membakar, isu ICERD, yang selalu sebut tu jangan buat buat lupa. Kerajaan PH tumbang, Waytha hilang.
.
TAHUN 2022
Waytha umum MAP + HINDRAF sokong BN, keluar gambar makan makan, peluk-peluk dengan Zahid Hamidi.
Alasan?
Sebab PH tak layan depa..
Anwar tak perlukan parti kaum India dia kata.
Paling kelakar dia kata Saifuddin Nasution bagi bluetick bila dia tanya MAP+PH. Mesej raya balas dia kata. Haha.
So kena lah berpaut dengan BN, dan nampak macam ada sambutan dari Zahid.
Ini dia kata.
.
Jadi kalau telusuri memang nilah politikus katak 'pure breed', yang menumpang berdasarkan agenda dia.
Sapa yang ada peluang dia menempel.
Cuma yang aku kelakar dan jijik, orang BN terutamanya orang UMNO selalu kata Anwar ini itu, chameleons, boleh kawan itu ini..
Haa bayangkan kalau tara Anwar pun tak mahu kat dia ni..hangpa boleh peluk-peluk??? 🤣
Paling tak boleh blah ada pulak yang nak backup kata, alah ada lah trick itu ini, tak boleh halang orang nak sokong kita..
Hang ingat kalau sokong free, sokong saja, Anwar tak mau ka? dia nak bagi bluetick ka?
Belajarlah dari sejarah, dulu dia dah gigit hangpa sekali, paling teruk dia fitnah jaja Malaysia tahap dewa punya, orang macamni hangpa masih berfikir nak kawan?
Masih berkira-kira, malu nak keluar statement apa pun?
Ambiklah pengajaran hadith,
لاَ يُلْدَغُ المُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
"Seorang Mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali".
🫰🫰

👍10
Terdapat tuduhan-tuduhan liar kononnya UMNO menggadaikan prinsip parti apabila Presiden DS Ahmad Zahid bertemu dengan pengasas Hidraf Waythamoorthy dalam satu majlis Deepavali baru-baru ini.
Pertama sekali, UMNO tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk memberikan sokongan kepada kami. Malahan, sokongan yang tidak dijangka daripada musuh ini sebenarnya menunjukkan kekuatan sebenar parti yang selama ini dituduh akan pupus dan tidak relevan lagi.
Namun, sokongan itu tidak bermakna UMNO akan berkompromi pada apa-apa perkara yang menggugat perlembagaan. Atau memberi maksud UMNO akan berkompromi jika ada tindakan mereka yang bercanggah dengan undang-undang sebelum ini.
Sokongan Waythamoorthy kepada BN hari ini adalah kerana beliau yakin BN boleh menjaga kebajikan kaum India. Tapi sebenarnya tanpa Hindraf sekalipun, UMNO dan BN selama ini sentiasa memberikan tumpuan kepada kebajikan kaum tersebut.
Dalam Bajet 2017 contohnya, kerajaan memperuntukkan lebih RM260 juta bagi pembangunan sosio ekonomi khusus untuk masyarakat India. Daripada jumlah itu, RM150juta disediakan bagi pinjaman perniagaan melalui TEKUN dan AIM.
Namun di zaman PH (Bajet 2020), peruntukan pinjaman TEKUN bagi kaum India hanyalah RM20 juta sahaja.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2020-mengecewakan-kaum-india-220544
Kaum India mula diberikan perhatian semula pada zaman DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Apabila kerajaan menyediakan RM125juta dalam pelbagai skim pembangunan usahawan kaum India.
https://malaysiapost.com.my/2022/10/16/masyarakat-india-sentiasa-diberi-perhatian/
Inilah Barisan Nasional. Kami walau tanpa sokongan mana-mana pihak, tidak pernah berganjak untuk memastikan setiap kaum dapat bersaing dengan adil di negara kita. Dan semua ini dilakukan dalam keadaan BN sentiasa berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan mempertahankannya.
Adalah sesuatu yang aneh bila UMNO dituduh mengiktiraf ICERD hanya kerana Waythamoorthy sudah menyokong BN. Sedangkan BN tidak pernah pun menyokong atau mengangkat Waythamoorthy sebagai calon kami di dalam PRU kali ini.
Tetapi PN telah mengangkat Dato Saifuddin sebagai salah seorang calon pilihanraya mereka. Sedangkan Saifuddin adalah menteri yang bertanggungjawab dalam usaha meratifikasikan ICERD sebelum ini.
Adakah hanya kerana sudah menjadi sekutu, maka individu seperti beliau boleh diangkat menjadi pemimpin negara semula? Dimanakah logik pemimpin parti-parti sekutu PN ini?
UMNO konsisten kekal dengan pendirian teguh bagi mempertahankan soal kedudukan Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera serta Kesucian Agama Islam seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Usahlah bermain dengan propaganda murahan seperti ini yang jelas menunjukkan realiti dan sikap pihak lawan yang ketandusan bahan-bahan kempen PRU-15 bagi menyemai kebencian yang tidak ada asasnya.
#SemaKSebelumSebar
#LawanPolitikFitnah
#KestabilanDanKemakmuran

Astro Awani
Belanjawan 2020 mengecewakan kaum India
Belanjawan 2020 disifatkan sebagai belanjawan yang kurang menggembirakan semua pihak, tetapi lebih menguntungkan satu pihak tertentu iaitu kaum peniaga sahaja.
👍2
TUN M LETAK JAWATAN : APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?
”Saya tidak tikam sesiapa. Saya cuma mahu menyelamatkan negara”
Tun Mahathir kata saya tikam beliau dari belakang. Jenuh saya memikirkan bila masa saya menikamnya.
Saya pada mulanya tidak mahu melayan tuduhan ini kerana bagi saya ini cerita politik yang telah berlalu. Saya lebih suka mengambil sikap berlapang dada.
Tetapi saya berfikir semula. Kalau saya tidak jelaskan kedudukan yang sebenarnya, ramai orang akan mempunyai pandangan serong terhadap saya.
Mungkin ramai yang tidak tahu cerita sebenar. Jadi, marilah saya ceritakan.
Pada pagi 24 Februari 2020, iaitu hari Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, saya menemui beliau di rumahnya. Beliau tidak beritahu saya tentang niatnya untuk meletak jawatan.
Setelah saya pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat daripada Tun Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan. Pada masa yang sama, sepucuk surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dihantar ke Istana Negara.
Saya amat terkejut dengan tindakan Tun Mahathir meletak jawatan. Saya bergegas semula ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Namun beliau berkeras untuk meneruskan niatnya.
Pada sebelah petangnya, pimpinan BERSATU, PAS, UMNO, GPS dan WARISAN berkumpul di rumah Tun Mahathir untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Malangnya, beliau masih berdegil.
Kenapa Tun Mahathir meletak jawatan?
Alasan yang diberikan di dalam suratnya kepada saya ialah kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan Majlis Tertinggi parti yang mewakili ahli-ahli parti. Sehari sebelumnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH). Beliau meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan keputusan MPT BERSATU untuk keluar PH.
Sebenarnya, Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk BERSATU keluar dari PH. Tetapi beliau membuat pusingan u di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020 membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Sebelum itu, kalau kita masih ingat, beliau telah didesak oleh beberapa pihak di dalam PH supaya berundur untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM-8.
Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT Bersatu supaya kekal berada di dalam PH. Tetapi MPT Bersatu hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya.
Keputusan ini dibuat kerana memikirkan BERSATU semakin kehilangan sokongan orang Melayu akibat tindak-tanduk beberapa pihak di dalam PH terutamanya parti DAP yang dilihat gagal menjaga sensitiviti orang Islam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam dua pilihan raya kecil di Semenyih dan Tanjung Piai, calon BERSATU yang bertanding atas tiket PH kalah. Sokongan pengundi Melayu kepada Bersatu ketika itu merosot walaupun kedua-kedua kerusi ini dimenangi oleh BERSATU dalam PRU-14.
Walaupun kecewa dengan keputusan MPT BERSATU, Tun Mahathir tidak sepatutnya meletak jawatan. Kerana pada masa itu telah ada 138 Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen dari BERSATU, PKR, PAS, BN, GPS, PBS dan WARISAN yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Saya adalah salah seorang Ahli Parlimen yang telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Maksudnya, walaupun BERSATU keluar PH, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak terjejas. Malangnya, Tun Mahathir meletak jawatan juga atas kerelaannya sendiri.
Apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan, maka menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang Perdana Menteri baharu mesti dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Dengan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU, saya sebagai Presiden parti telah mempengerusikan mesyuarat khas MPT Bersatu.

👍1
Mesyuarat tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Semua Ahli Parlimen BERSATU telah diarahkan supaya menyokong Tun Mahathir.
Pada ketika itu, Presiden PAS dan Presiden UMNO mencadangkan supaya saya menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri. Saya tolak pencalonan itu kerana keputusan parti ialah untuk menyokong Tun Mahathir.
Ketika semua Ahli Parlimen dipanggil menghadap oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, saya telah menyatakan sokongan saya kepada Tun Mahathir.
Malangnya, Tun Mahathir gagal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen. Sebahagian besar Ahli-Ahli Parlimen yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini telah menarik balik sokongan kepadanya. Oleh sebab itu, menurut Perlembagaan Persekutuan, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri.
Seorang lagi calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pun gagal mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Negara pada masa itu terumbang-ambing kerana tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada ketika itulah saya sekali lagi didatangi oleh rakan-rakan dalam parti PAS dan UMNO yang menyatakan sokongan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Menurut mereka, inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan negara daripada keadaan yang terumbang-ambing.
Sebagai tanda hormat saya kepada Tun Mahathir, saya telah menemui beliau untuk meminta sokongannya. Beliau beritahu saya beliau sedia memberi sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri jika saya berjaya mendapatkan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.
Saya beritahu Tun Mahathir,Insya-Allah saya akan mendapat sokongan majoriti.
Namun, Tun Mahathir membuat pusingan u sekali lagi apabila beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk berlawan dengan saya. Allahuakbar.
Jadi, cuba saudara dan saudari bayangkan.
Adakah saya menikamnya dari belakang? Adakah saya khianat?
Saya buat ini demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara saya. Saya bukan pengkhianat.
Mengenai sebab BERSATU keluar PH, saya akan ceritakan kemudian.
-Muhyiddin Yassin-

👍6👎1
@501Awani: Pengerusi Penaja GTA, Tun Mahathir berkata, beliau dalam proses memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu namun 'ditikam' Muhyiddin dari belakang.
#MalaysiaMemilih
#AWANInews https://t.co/4OZZU62dMV
#MalaysiaMemilih
#AWANInews https://t.co/4OZZU62dMV
DAP kata tiada Tol jika menang PRU. Semasa jadi Menteri Kewangan cakap ini perkara sangat mustahil. Bila PRU tiada yang mustahil. Harap ada manifesto semua rakyat dapat 1 juta jika menang PRU. Berhenti bodohkan rakyat. 😅
👍2
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tiga daripada empat calon Perdana Menteri yang menjadi pilihan utama pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, berdasarkan unjuran awal dibuat firma penyelidik politik itu, Ismail Sabri berada di hadapan dengan sokongan 19 peratus responden pelbagai kaum, diikuti dengan Muhyiddin (13 peratus) dan Anwar (11 peratus).
Untuk berita penuh, boleh baca pautan yang kami sediakan ini:
Ismail Sabri, Muhyiddin dan Anwar pilihan calon PM paling popular [https://bit.ly/3fpGkGC]

Sinar Harian
Ismail Sabri, Muhyiddin dan Anwar pilihan calon PM paling popular
SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar...
👍3